Stesen LRT Awan Besar
Stesen LRT Awan Besar ialah stesen LRT di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dimana Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di kawasan perumahan Awan Besar, Selangor. Stesen ini dibuka pada 31 Oktober 2015 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling daripada Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]
Lokasi | Stesen Awan Besar, Jalan 4/155, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°3′43.3″N 101°40′14.3″E / 3.062028°N 101.670639°EKoordinat: 3°3′43.3″N 101°40′14.3″E / 3.062028°N 101.670639°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||
Platform | 1 | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: 651, 652, T580, T582, T583 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 193 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ada | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SP19 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 31 Oktober 2015 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Ciri-ciri stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di sepanjang Jalan 4/155, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Terletak kira-kira 400m timur laut stesen adalah Persimpangan Awan Besar Lebuhraya Shah Alam Lebuhraya Shah Alam (KESAS). Juga terletak berhampiran stesen adalah Dewan Freemason Bukit Jalil, kondominium Kiara Residences, kondominium Bukit OUG dan taman perumahan Bukit Jalil.
Susunan stesen
suntingL2 Platform |
SP Arah Utara | → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP1 Sentul Timur (Sri Petaling) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
SP Arah Selatan | ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Muhibbah) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai sebuah platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 193 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan Bas
suntingBas RapidKL laluan 651, 652, T580, T582 dan T583 berkhidmat di stesen ini. Pavilion Bukit Jalil juga menbekalkan servis bas percuma dari stesen ini ke pusat beli belah setiap 40 minit.
Rujukan
sunting- ^ Ryannesh Panicker (23 Okt 2015). "Four stations to begin operations on Oct 31". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jan 2020. Dicapai pada 6 Jan 2020.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.