Stesen LRT Cahaya
Stesen LRT Cahaya ialah stesen LRT yang terletak di Ampang, Selangor, Malaysia di mana perkhidmatan Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di Taman Cahaya. Stesen ini dibuka kepada awam pada 16 Disember 1996.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]
Lokasi | Stesen Cahaya, Jalan Pandan Cahaya 1/1, Pandan Cahaya, 68000 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°8′26″N 101°45′23″E / 3.14056°N 101.75639°EKoordinat: 3°8′26″N 101°45′23″E / 3.14056°N 101.75639°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: AJ2A | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Atas Tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | AG17 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Disember 1996 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Ciri-ciri stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di sepanjang Jalan Pandan Cahaya 1/1. Di sebelah selatan stesen adalah Pandan Cahaya dan di sebelah utara stesen adalah Taman Cahaya. Juga terletak berhampiran adalah Taman Nirvana, Taman Dagang, Taman Cahaya Indah, Kampung Baru Ampang, Pandan Indah, Taman Cempaka, Flat Taman Nirvana, Pangsapuri Sri Cahaya dan Flat Taman Cahaya Indah.
Pelan stesen
suntingG Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
AG Arah Selatan | → 3 Laluan Ampang menghala ke AG1 Sentul Timur (Cempaka) | |
AG Arah Utara | ← 3 Laluan Ampang menghala ke AG18 Ampang | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3]
Perkhidmatan bas
suntingBas Smart Selangor laluan AJ2A berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
sunting- ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
- ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. Dicapai pada 27 Mei 2019.
- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.