Jamal Jamaluddin (lahir 7 Julai 1963) merupakan seorang penyampai radio Malaysia,[1] terkenal sebagai penyampai radio Era, Sinar[2] dan Kool 101.

Jamal Jamaluddin
جمال جمال الدين
Kelahiran (1963-07-07) 7 Julai 1963 (umur 60)
PekerjaanPenyampai radio, pelakon
Tahun aktif1986–kini
Majikan
PasanganNoor Faridah Mohd. Noor
Anak-anak3

Kehidupan dan kerjaya

sunting

Jamal dilahirkan pada 7 Julai 1963 di Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Beliau mula didedahkan dengan radio ketika berusia 16 tahun, semasa menduduki tingkatan empat. Selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Jamal menyambung pelajarannya di Kolej Knox, Illinois, Amerika Syarikat dalam jurusan sains komputer. Demi minat yang mendalam, beliau menyertai stesen radio milik kampus universiti sebagai penyampai.[2]

Selepas menamatkan pengajian pada 1986, Jamal pulang ke Malaysia bagi memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio.[2] Berkat kesabaran, pada 1998, beliau menyertai AMP Radio Networks (kini Astro Radio), seterusnya diberi tawaran menyertai stesen radio Light & Easy (kini Lite) sebagai penyampai, kemudian beliau ditukarkan ke Era yang baru sahaja memulakan siaran pada 1 Ogos 1998. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Nadira Azizan, Kudsia Kahar, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed.[2]

Pada Mei 2001 Jamal Pernah Ditawarkan Menjadi Pelakon Pembantu Dalam Filem Bollywood Yang Bertajuk Hum Kisise Kum Nahin Yang Ditayangkan Pada Tahun 2002 Dimana Jamal Melankon Aksi Dengan Menjadi Anggota Polis Memeluk Raja (Ajay Devgn) Di Sunway Pyramid Petaling Jaya Selangor Menurut Jamal Dia Mula Bingung Apabila Ditawarkan Oleh Pihak Produksi "Lelaki itu bertanya sama ada saya ada masa kelapangan. Saya jawab saya ok sahaja. Dia kemudian tanya boleh tak saya berlakon jadi anggota polis! Bingung sekejap macam tak percaya apa yang saya dengar. Agaknya dia fikir saya macam tak minat, dia kata saya akan dibayar RM100,” kata Jamal mengakui tanpa bayaran sekalipun beliau sanggup berlakon percuma demi Aishwarya" Selepas Menerima Beliau Diberi Pakaian Seragam Polis Berwarna Biru Dalam Filem Itu Jamal Keluar Di Pintu Belakang Kiri" Terdapat Satu Babak Dalam Video ERA REUNION Part 2 Di Channel YouTube Linda Onn Table Talk Jamal Bercerita Dimana Ada Seorang Wartawan Yang Berkata "Awak Merupakan DJ Radio Pertama Yang Berlakon Dalam Filem Bollywood" Ujar Dari Wartawan Tersebut Kepada Jamal.

Pada awal 2004, Jamal (bersama-sama dengan Subarma Mokhtaruddin, David Low dan Najman Mohamed) berpindah ke Sinar FM yang mula beroperasi pada 1 Mac 2004. Sejak itu, beliau berkhidmat untuk Sinar. Bersama Sinar, beliau mengendalikan rancangan Arena Rock, Cetusan Hati dan Dedikasi.[2] Jamal telah berhenti berkhidmat untuk Sinar pada April 2019.

Setelah 4 tahun bersama Sinar dalam segmen Sinar Malam khdimatnya, beliau berpindah ke Kool 101 dalam segmen Cerita Malam Kita pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 8 hingga 11 malam.[3]

Radiografi

sunting
Tahun Tajuk Stesen
1 Mac 2004 - April 2019 Arena Rock, Cetusan Hati & Dedikasi Sinar
19 Februari 2024 - kini Cerita Malam Kita Kool 101

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau berkahwin dengan Noor Faridah Mohd. Noor dan dikurniakan dua anak, iaitu Mikhael Jordan dan Noor Jordania Erina.[4]

Jamal merupakan seorang yang aktif bersukan. Beliau ialah peminat fanatik pemain bola keranjang terkenal, Michael Jordan.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Jamal Jamaluddin Diarkibkan 2018-08-28 di Wayback Machine Sinar. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  2. ^ a b c d e f Nina Farzuin Md. Shahrom (19 Julai 2012). Jamal Jamaluddin serasi dengan Sinar FM Sinar Harian. Diperoleh pada 8 Ogos 2012.
  3. ^ Affan Rostam (19 Februari 2024). "Jamal Jamaluddin wajah baharu Kool 101". bHarian. Dicapai pada 19 Februari 2024.
  4. ^ Amirah Amaly Syafaat (11 Ogos 2013). Misi DJ Jamal, Lin Diarkibkan 2018-08-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 8 Ogos 2014.

Pautan luar

sunting