Klang
Klang ( Jawi: کلڠ) dahulunya dikenali sebagai Kelang merupakan Bandaraya DiRaja, bandar terbesar Selangor, bandar sekolah menengah persendirian dan sebuah daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor.
Klang | |
---|---|
Klang Bandaraya Diraja | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | كلڠ |
Cogan kata: Perpaduan Asas Kemakmuran' | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Ditubuhkan | 1643 |
Diberikan Status Majlis Perbandaran | 1977, 1 Januari |
Diberikan Status Majlis Bandaraya | 2024, 5 Februari |
Pentadbiran | |
• Ditadbir oleh | Majlis Bandaraya Diraja Klang Majlis Bandaraya Shah Alam (Kota Kemuning) |
• Datuk Bandar | Puan Noraini binti Roslan |
Keluasan | |
• Jumlah | 573 km2 (202 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 842,146 orang [1] |
• Kepadatan | 1,469,7/km2 (38,070/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak diperhatikan |
Laman sesawang | https://www.mbdk.gov.my/ms |
Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur, daerah Kuala Langat di sebelah selatan manakala Kuala Selangor di sebelah utaranya. Di sebelah baratnya pula merupakan Selat Melaka.
Daerah Klang terdiri dari dua jajahan perbandaran iaitu Majlis Bandaraya Diraja Klang (dulu dikenali sebagai Majlis Perbandaran Klang) dan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Bilangan sekolah menengah Cina persendirian paling banyak turut terletak di Klang. Terdapat 4 buah sekolah persendirian didirikan di Klang ini. Komuter Malaysia juga yang pertama sekali tiba di Klang dan di seluruh Malaysia.
Asal-usul nama Klang اصل-اصول نام كلاڠ
suntingTerdapat banyak versi tentang asal usul nama Klang diantaranya:
- Sejarah penubuhan Klang dipercayai lebih awal dari sejarah penubuhan Melaka. Klang dipercayai adalah sebahagian dari jajahan takhluk kerajaan Srivijaya dan Majapahit. Perkataan Klang dipercayai berasal dari perkataan bahasa Asli, rumpun bahasa Mon-Khmer atau bahasa Austro-Asia iaitu "Klong".[2] Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang. Charles A. Fishr pula berpendapat "Klang" itu bermaksud "terusan" atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai seperti Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg Kapar Indah, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini. Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857). Sehinggalah pada tahun 1875, Klang di pilih sebagai ibu kota Negeri Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880. Pada tahun 1886, Klang merupakan sebuah tempat yang cantik dan bersih.[3]
- Bandar Klang mendapat namanya dari istilah bahasa Langkasuka iaitu "klang" yang bererti 'tempat yang terletak di tengah-tengah’. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Sultan Kedah yang bernama Sultan Mahmud Shah II, Kedah (1506-1546) iaitu Sultan Kedah yang ke-10, baginda mula menerbitkan matawang baru yang diberi nama Tera, Pitis, Kupang (Kepeng), Jempal dan Rial. Baginda dari Kota Siputih (kini Kota Seputeh) telah melakukan kunjung hormat ke istana Melaka yang waktu itu yang diperintah oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Di tengah perjalanan, baginda telah menemui sebuah pelabuhan yang terletak di antara negeri Kedah dan Melaka. Pelabuhan tersebut dipanggil sebagai Klang. Nama tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.
Sejarah
suntingSiasatan arkeologi pada abad ke-20 menemui tiga buah genta purba serupa yang ditemukan dalam tapak arkeologi budaya Dong Son di Vietnam, dan bertarikh sekitar abad ketiga SM. Selain itu, tinggalan perkakasan besi purba juga ditemui di kawasan Klang. Walaupun begitu, sejarah terperinci masyarakat purba di Klang tidak dapat diperincikan dengan lengkap berikutan kekurangan bukti.[4]
- 1867 - 1874 Perang Kelang
- 1880 - 1889 Ibu negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur
- 1974 - 1977 Ibu negeri Selangor sebelum Shah Alam
- 1977 - Majlis Perbandaran Klang ditubuhkan
Tempat-tempat menarik
suntingTempat-tempat menarik di bandar ini ialah Istana Alam Shah, Tugu Kris (Jalan Tengku Kelana berhampiran bulatan simpang lima), Masjid Sultan Sulaiman (bersebelahan Istana Negeri), Stesen Keretapi Klang, Jalan Tengku Kelana (Little India), Taman Pengkalan Batu (Taman Persisiran Sungai), Kota Raja Mahadi, Gedung raja Abdullah(muzium), Bangunan Sultan Sulaiman, Masjid India Muslim, Tokong Qin Liang, Kuil Sri Sundaraja Perumal, Tokong Kwan Yin, Pelabuhan Klang, Kelab Kapal Layar Diraja Selangor, Taman Burung Unta, Pulau Carey, Pulau Ketam dan juga Tokong Dong Zen. Kawasan perumahan utama yang menjadi tumpuan kegiatan ekonomi adalah Bandar Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas, Bandar Botanic, Aman Perdana, Canary Garden (hampir siap), One Kesas (dalam pembinaan), Sazean Business Park (dalam pembinaan), Gravit8 (dalam pembinaan) dan Bukit Raja. Tanjung Harapan tempat paling popular untuk menikmati keindahan laut serta makanan laut.
Politik
suntingSenarai Wakil Rakyat di dalam daerah Klang, Selangor.
Ahli Parlimen
sunting- Ahli Parlimen Kapar
- YB Dr. Halimah Ali
- Ahli Parlimen Klang
- YB Tuan Ganabatirau Veraman
- Ahli Parlimen Kota Raja
- YB Datuk Seri Mohamad Sabu
Ahli Dewan Negeri (ADN)
sunting- ADN Meru
- YB Puan Mariam Abdul Rashid
- ADN Sementa
- YB Tuan Najhan Salleh
- ADN Selat Klang
- YB Datuk Abdul Rashid Asari
- ADN Bandar Baru Klang
- YB Tuan Dr. Quah Perng Fei
- ADN Pelabuhan Klang
- YB Tuan Azmizam Zaman Huri
- ADN Pandamaran
- YB Tuan Leong Tuck Chee
- ADN Sentosa
- YB Tuan Gunarajah George
- ADN Sungai Kandis
- YB Tuan Wan Dzahanurin Ahmad
- ADN Kota Kemuning
- YB Tuan Preakas Sampunathan
Demografik
suntingBerikut adalah statistik bancian penduduk Klang. Jumlah dari tahun 1957 dan 1970 diambil sebelum Klang diseragamkan dan status Bumiputera digunakan sebagai satu kategori. Jumlah dari tahun 2010 pula diambil dari Majlis Perbandaran Klang.
Kumpulan Etnik | Jumlah Penduduk | |||||
---|---|---|---|---|---|---|
1957[5] | 1970[5] | 2010[6] | ||||
Melayu | 37,003 | 24.68% | 72,734 | 31.13% | 234,293 | 41.18% |
Bumiputera lain-lain | 9,107 | 1.60% | ||||
Jumlah Bumiputera | 243,400 | 42.78% | ||||
Cina | 65,454 | 43.65% | 100,524 | 43.02% | 152,582 | 26.83% |
India | 44,393 | 29.60% | 59,333 | 25.39% | 121,533 | 21.37% |
Lain-lain | 3,105 | 2.07% | 1,079 | 0.46% | 2,994 | 0.53% |
Warganegara | 520,509 | 91.53% | ||||
Bukan warganegara | 48,198 | 8.47% | ||||
Jumlah | 149,955 | 100.00% | 233,670 | 100.00% | 568,707 | 100.00% |
Jenayah
suntingTerdapat beberapa kumpulan geng jenayah yang beroperasi di Klang.[7][8] Contohnya dalam kalangan masyarakat Cina, terdapat kumpulan geng Ang Bin Hoey dari Gang 21 yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Terdapat juga Gang 24, Geng 36 dan lain-lain.[9]
Pengangkutan awam dan kemudahan
suntingKlang mempunyai lima stesen komuter yang menghubungkan Laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim bagi sistem Komuter KTM, iaitu Stesen Komuter Bukit Badak, Stesen Komuter Kampung Raja Uda, Stesen Komuter Klang, Stesen Komuter Teluk Pulai dan Stesen Komuter Teluk Gadong.
Jambatan Ketiga Klang bernilai RM199 juta dan dibuka pada bulan Mei 2017, dan melengkapkan dua jambatan lain yang terdapat di Klang yang menghubungkan Klang Utara dan Klang Selatan.[10] Menjelang Ogos tahun 2020, Klang juga akan dihubungkan dengan landasan kereta api LRT 3 yang bernilai RM 9 bilion.
Infrastruktur dan pembangunan
suntingSenarai hospital dan pusat perubatan
sunting- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Jalan Langat
- Hospital Manipal Klang, Bandar Bukit Tinggi
- Hospital Pantai Klang, Persiaran Raja Muda Musa, Port Klang
- Pusat Perubatan Sri Kota, Jalan Mohet
- Pusat Perubatan Pakar KO Specialist, Jalan Goh Hock Huat
- KPJ Klang, Bandar Baru Klang
- Hospital Bersalin Metro, Jalan Pasar
- Hospital Pakar Sentosa
- Hospital Bersalin Razif, Taman Sri Andalas
- Hospital Columbia Asia, Bandar Bukit Raja
- Klinik Kesihatan Bandar Botanic (Hospital kesihatan kerajaan)
Senarai kompleks membeli-belah
sunting- Pusat Membeli-Belah ÆON Bukit Tinggi (Bandar Bukit Tinggi)
- Pusat Membeli-Belah ÆON Bukit Raja (Bandar Baru Klang)
- Pasar Borong ÆON (Jalan Kapar)
- Pusat Membeli-Belah Big (TUNE) Mall (sebelum ini dikenali sebagai Harbour Place Shopping Mall) (Persiaran Raja Muda Musa)
- Centro Mall
- Pasaraya Besar Giant (Bandar Bukit Tinggi, Klang Sentral)
- GM Klang (Bandar Botanic) – Terkenal dalam perjualan secara borong
- KSL City Mall @ Klang (Bandar Bestari) – dirancang, dan akan menjadi pusat-membeli terbesar di Bandar Klang.[11]
- Shaw Centrepoint (Bandar Klang)
- Tesco Extra (Bandar Bukit Tinggi)
Makanan
suntingMakanan Melayu
suntingTempat makanan yang terkenal di Klang adalah "Emporium Makan". Ia terletak di tengah-tengah pusat bandar, bertentangan dengan Pasar Jawa dan bersebelahan Jambatan Kota. Salah satu gerai popular "Emporium Makan" adalah "Lontong Klang". Ia menyajikan hidangan yang tidak dapat dilupakan seperti lontong dan nasi lemak sambal sotong. Tempat ini dikunjungi oleh semua kaum, Melayu, Cina dan India, dan masih dibuka sehingga kini.
Makanan India
suntingKlang tidak lengkap tanpa restoran India kerana Klang mempunyai salah satu restoran India terbaik di negeri ini. Nasi daun pisang, ayam, kambing, Nasi Briyani, Ayam Tandoori, Idiyappam, Idli adalah sebahagian makanan yang boleh didapati pada waktu tengah hari dan malam di Klang.
Makanan Cina
suntingKlang terkenal dengan Bak Kut Teh (Bahasa Cina Pinyin: Ròu Gŭ Chá), iaitu sup herba yang menggunakan tulang rusuk babi dan tenderloin. Hidangan ini dianggap berasal dari Klang.[12] Bak Kut Teh terkenal di pelbagai lokasi termasuk Taman Intan (sebelum ini dikenali sebagai Taman Rashna), Teluk Pulai, Jalan Kereta Api dan Pandamaran.
Terdapat pelbagai makanan di Klang yang menyajikan masakan tempatan. Di Taman Eng Ann, terdapat pelbagai makanan ringan seperti adalah Chee Cheong Fun, Yong Tau Foo, Popia, minuman herbal Lin Zhi Kang, termasuk rojak dan cendol.
Makanan laut
suntingKawasan pantai dan pulau-pulau berhampiran Pelabuhan Klang juga terkenal dengan makanan laut mereka, seperti Pulau Ketam, Bagan Hailam,[13] Teluk Gong,[14] Pandamaran dan Tanjung Harapan.[15]
Pendidikan
suntingSenarai sekolah
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Istana
- Sekolah Menengah Kebangsaan Meru
- Sekolah Kebangsaan Klang
- Sekolah Kebangsaan Telok Menegon
- KAFAI Telok Menegon
- Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa
- Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama
- Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama
- Sekolah Agama Rendah Batu 4 Jalan Kapar
- Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning
- Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2
- Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun
- Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas
- Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah
- Sekolah Kebangsaan Pulau Indah
- Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang
- Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Klang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Klang
- Sekolah Kebangsaan Convent (1) (M)
- Sekolah Kebangsaan Convent (2) (M)
- Sekolah Kebangsaan Batu Belah
- Sekolah Kebangsaan Sungai Udang
- Sekolah Kebangsaan Telok Gadong
- Sekolah Kebangsaan Telok Pulai
- Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hamzah
- Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah
- Sekolah Kebangsaan Simpang Lima
- Kolej Islam Sultan Alam Shah
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
- Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih
- Sekolah Agama Menengah Nurul Iman
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kwang Hua
- Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (Acs), Klang
- Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah
- Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Kuda
- Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda
- Sekolah Kebangsaan (P) Bukit Kuda
Hubungan antarabangsa
suntingBandar bersaudara
suntingKlang mempunyai dua bandar bersaudara
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Jumlah penduduk mengikut etnik dan mukim 2010 (Klang) http://www.mpklang.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=b9bbc4fb-2f76-4231-b6ed-58fa36eab0a4&groupId=283929
- ^ Mpklang.gov.my. 2013. Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang - Sejarah. [online] Tersedia di: http://www.mpklang.gov.my/web/guest/sejarah1 [Dicapai pada: 29 Dec 2013].
- ^ - Sejarah Klang, Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK)
- ^ Adil, Haji Buyong (1971). Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 1–2.
- ^ a b Katiman Rostam. "Population Change of the Klang-Langat Extended Metropolitan Region, Maalaysia, 1957–2000" (PDF). Akademika. 79 (1): 1–18. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-06-10. Dicapai pada 2018-12-06.
- ^ "Table 13.1 : Total population by ethnic group, Local Authority area and state, Malaysia, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. m/s. 181. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 February 2012.
- ^ "Brutal killings a sign of all-out gang war". The Malay Mail. 16 Februari 2015.
- ^ G. Prakash (3 April 2015). "Chopped up teen linked to Klang gang war, cops say". The Malay Mail.
- ^ "'Tis the season for extortion". The Malaysian Insider. 18 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2015. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Klang's third bridge opens". The Star, Malaysia.
- ^ "Mega-mall coming up in Klang". The Star (Malaysia). 8 April 2015.
- ^ Su-Lyn Tan; Mark Tay (2003). Malaysia & Singapore. Lonely Planet. m/s. 140.
- ^ Simon Richmond, Damian Harper. Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet. m/s. 130–131. ISBN 978-1740593571.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ Charles de Ledesma, Mark Lewis, Pauline Savage (2003). The Rough Guide to Malaysia, Singapore and Brunei. Rough Guides. ISBN 978-1843530947.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ "Medan Muara Ikan Bakar @ Tanjung Harapan, Port Klang". Foodstreet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-25. Dicapai pada 2019-01-12.
- ^ Yi Yanjun (2 September 2014). "Twin Towns and Sister Cities (Abroad)". Hong Shan. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2015. Dicapai pada 21 December 2015. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "List of Sister cities of Hunan". Hunan Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2015. Dicapai pada 21 December 2015. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Pautan luar
sunting- Panduan pelancongan Klang dari Wikivoyage
- Majalah Atas Talian & Peta Klang
- Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK)