Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2
Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 atau nama ringkasnya SK Bukit Kemuning 2, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Lot No 4, Jalan Anggerik Doritis 31/143,
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING 2 | |
---|---|
Alamat | |
Malaysia Lot N0 4, Jalan Anggerik Doritis 31/143, Kota Kemuning, SHAH ALAM, KLANG, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 603-351227124 |
Kod sekolah | BBA0037 |
Pengerusi PIBG | ENCIK ALI NA'AZZAM BIN AJHUREE |
Guru besar | ENCIK HAMIDI BIN SHARIFF |
GPK Pentadbiran dan Akademik | PUAN NOR HAINI BINTI DALIMI |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | ENCIK NOR RAHIM BIN HUSSIN |
Penolong Kanan Kokurikulum | PUAN NOR HASMAH BT. MD ISA |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | PUAN TEE SUAT RING |
Faks | 603-351219914 |
Laman sesawang | https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sk-bukit-kemuning-2/ |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 bilangani 609 pelajar lelaki dan 606 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1215 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 Shah Alam Selangor mula dibuka pada 1 Disember 2001. Sesi persekolahan bermula pada 7 Januari 2002 dengan bilangan murid seramai 250 orang dan 13 orang guru serta seorang kakitangan pejabat.
Barisan pentadbiran pada ketika itu ialah Encik Jamil bin Sha’ari sebagai Guru Besar. Guru Penolong Kanan Pentadbiran ialah Encik Mohammed Ashaari bin Bero. Manakala Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) ialah Pn Subasree A/P Unikumaran. Guru Penolong Kanan Kokurikulum pula ialah En Mohd Ibrahim bin Mohd Walid.
Pada tahun 2001 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan dan memainkan peranan penting dalam menjayakan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah, seperti Kejohanan Sukan & Olahraga, Karnival Tunas Mini Olimpik, Sambutan Hari Guru, Perkhemahan Unit Beruniform, Sambutan Hari Kemerdekaan dan sebagainya.
Pencapaian akademik murid-murid SK Bukit Kemuning 2 berada di tahap yang memberangsangkan. Murid-murid telah diletakkan pada landasan yang tepat dalam memenuhi aspirasi kurikulum di samping usaha pihak sekolah dengan bantuan, dorongan dan sokongan PIBG bagi memastikan mereka memperolehi pendidikan yang maksimum.
Senarai Guru Besar
sunting- ENCIK JAMIL BIN SHAARI - 2002 ~ 2010
- PUAN ZAHARAH BINTI HASSAN - 2010 ~ 2013
- PUAN HAJAH HUZAIMAH BINTI MOKHTAR - 2013 ~ 2021
- ENCIK HAMIDI BIN SHARIFF - 2021 ~ Sekarang
Pencapaian Sekolah
suntingAlumni, Nur Adib Zafry bin Nur Aziz merupakan pemain hoki ais negara, kapten bagi pasukan debat bahasa inggeris Negeri Selangor dan olahragawan bagi dan kapten pasukan sukan sekolah menengah berasrama di Subang Jaya.
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2
- Lot N0 4, Jalan Anggerik Doritis 31/143
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 0351227124
- Fax = 0351219914