Aman Perdana
Aman Perdana adalah kawasan perumahan mewah yang terletak di Klang, Selangor yang dibina oleh Mah Sing Group. Aman Perdana terletak strategik berdekatan dengan Klang Sentral dan juga Bandar Setia Alam. Aman Perdana berkeluasan 315 ekar, bersifat freehold yang terdiri dari rumah semi-d dan banglo. Rumah-rumah banglo Aman Perdana adalah berpagar dan dikawal untuk keselamatan dan ketenangan fikiran. Aman Perdana dibina bertemakan konsep resort tropika di mana lanskap yang cantik dan tasik-tasik yang indah dijadikan sebagai tarikan utama. Semua rumah di Aman Perdana menghadap arah Utara - Selatan untuk mengelakkan sinar matahari. Aman Perdana lengkap dengan kemudahan seperti trek joging, taman permainan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pin Hwa (2), kedai-kedai dan pengawal keselamatan.
Aman Perdana | |
---|---|
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Klang |
kawasan perumahan | Aman Perdana |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 42200 |
Kod kawasan | +603 |
Lokasi Aman Perdana di Peta Google |
Lokasi
suntingLokasi strategik Aman Perdana akan menjanjikan kemudahan kepada penduduknya kerana Setia City Mall, The Galleria Lifestyle Streetmall dan Lebuhraya Pantai Barat hanya berada kurang 5 minit memandu.Dengan pembukaan Kuala Lumpur - Kuala Selangor Expressway, (LATAR Expressway), dapat memendekkan perjalanan ke Kuala Selangor dan Rawang. Uitm Puncak Alam juga berada 20 minit daripada Aman Perdana. Dengan adanya NKVE-Setia Alam, Aman Perdana hanya 5 km ke Shah Alam, 15 km ke Subang Jaya, 18 km ke Damansara dan 20 km ke Jalan Duta di Kuala Lumpur.
Kemudahan asas
suntingPendidikan
suntingTempat beribadat
suntingPoskod
suntingPoskod yang digunakan di Aman Perdana, Klang, Selangor ialah 42200.[1]