A. Rahim
Abdul Rahim Abu atau lebih dikenali sebagai A. Rahim (19 Mei 1930 – 20 April 1992), ialah seorang pelakon dan pengarah Malaysia. Memulakan kerjaya hiburannya di layar lebar semasa zaman kegemilangan perfileman Tanah Melayu, beliau terkenal dengan peranan antagonis di dalam filem-filem terbitan Malay Film Productions sehingga menerima jolokan Rahim Debuk.[1][2][3]
A. Rahim | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Rahim bin Abu 19 Mei 1930 |
Meninggal dunia | 20 April 1992 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 61)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Pusara Aman Singapura |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
Tahun aktif | 1951–1992 |
Pasangan | Junainah Haris |
Kerjaya
suntingBeliau banyak berlakon dalam produksi Malay Film Productions dan juga berlakon filem Cathay-Keris Film Productions (Rumah Itu Dunia Aku dan Chuchu Datok Merah). Rata-ratanya banyak watak antagonis yang dipegangnya - cuma tiga kali berlakon watak baik misalnya dalam filem Isi Neraka, Ibu Mertua-ku dan Anak Buloh Betong serta watak lawak dalam filem Ali Baba Bujang Lapok apabila beliau memegang watak sebagai Momotaro-san, salah seorang daripada 40 orang penyamun yang berketurunan Jepun-Muslim dan dari situlah nama beliau mula dikenali.
Selain berlakon, beliau juga merupakan pakar seni bela diri dan turut menjadi tenaga pengajar untuk babak pergaduhan kepada beberapa pelakon, sebaris dengan seniman Salleh Kamil dan S. Kadarisman. Salah satunya ialah pencak Silat Kuntau Tekpi dan berkemahiran bermain pisau Tekpi dimana beliau mendapat didikan dari guru Zainal Abidin Baling. Pencak yang sama turut dipelajari bekas birasnya, P. Ramlee untuk berlakon dalam filem 6 Jahanam.
Selepas malapnya era filem Melayu di Singapura, beliau pulang semula ke Malaysia dan terus berlakon beberapa filem lagi, seperti Pendekar, Tiada Esok Bagimu, Esok Masih Ada, Bukit Kepong dan lain-lain. Selain itu, beliau juga aktif berlakon dalam drama-drama terbitan RTM.
Kehidupan peribadi
suntingBeliau dilahirkan sebagai Abdul Rahim bin Abu pada 19 Mei 1930 di Kuala Kangsar, Perak dan merupakan bekas biras P. Ramlee kerana beliau pernah berkahwin dengan Junainah (adik Junaidah isteri pertama P. Ramlee).[4]
Kematian
suntingBeliau meninggal dunia pada hari Isnin, 20 April 1992 dalam van miliknya di perkarangan Studio Merdeka, akibat sakit jantung pada usia 62 tahun.[5] Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura dan ia merupakan permintaan terakhirnya.[6][7]
Dua hari sebelum sebelum kematiannya, beliau dilaporkan sempat bergurau dengan memberitahu penerbit JD Production, Julie Dahlan bahawa filemnya Kanang Anak Langkau mungkin tidak sempat ditontonnya.[8]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1951 | Rayuan Sukma | Musa | Filem pertama |
Juwita | Hassan | ||
1952 | Sedarah | Hashim | |
1953 | Pachar Puteh | ||
Seniwati | |||
1954 | Panggilan Pulau | Musa | |
1955 | Empat Isteri | Yusof | |
1956 | Hang Tuah | Orang Mengamuk 2 | Pelakon tambahan |
Semerah Padi | Jejaka | ||
Keadilan Illahi | Pengikut Malaun | ||
1957 | Seruan Darah | ||
1958 | Sri Menanti | ||
Masharakat Pinchang | Hassan | ||
Azimat | |||
Kaki Kuda | Yakkub | ||
Sumpah Orang Minyak | |||
1959 | Pendekar Bujang Lapok | Rahim | |
Musang Berjanggut | Samseng kuncu 1 | ||
1960 | Pertarongan | Garang | |
Megat Terawis | Tengku Johan Lela Pahlawan | ||
Isi Neraka | Tulat | ||
Putera Sangkar Maut | |||
Lela Manja | Panglima Harimau Berantai | ||
1961 | Sri Tanjung | ||
Ali Baba Bujang Lapok | Momotaro-san | ||
Seniman Bujang Lapok | Pelakon Malay Filem Production | Penampilan khas | |
Mas Merah | Gadik | ||
Si Tanggang | Jelutong | ||
1962 | Lubalang Daik | Japri | |
Ibu Mertua-ku | Omar Hashim | ||
1963 | Rumah Itu Dunia Aku | ||
Chuchu Datok Merah | Long Daik | ||
Tajul Ashikin | Datok Perantau | ||
Gul Bakawali | |||
1964 | Hutang Darah Dibayar Darah | Reno Sanggora | |
1965 | Taqdir | Panglima Jati | |
1966 | Anak Buloh Betong | Orang Kaya Manera | |
1977 | Pendekar | ||
1979 | Esok Masih Ada | Ramon | |
Tiada Esok Bagimu | Suami Zarah | ||
1981 | Sesejuk Air Mata Ibu | Juga sebagai pengarah, penulis, cerita asal dan lakon layar[9] | |
Bukit Kepong | Lans Koperal 7186 Jidin Omar | Juga sebagai penolong pengarah | |
1990 | Hati Bukan Kristal | Kekasih Michelle | |
1991 | Juara | Chief | |
Bayangan Maut | Jinggo | ||
Kanta Serigala | Omar | Filem terakhir |
Rujukan
sunting- ^ Tuminah Sapawi (30 April 1992). "Bengis di filem baik di luar". Berita Harian. m/s. 5. Dicapai pada 8 November 2018.
- ^ "Bergelar Datuk Debuk". Harian Metro. 21 April 1992. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ Zainuri Misfar (23 Januari 1994). "A Rahim terkenal kerana watak samseng". Berita Minggu. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "Asal Kuala Kangsar". Harian Metro. 21 April 1992. Dicapai pada 20 Disember 2021.
- ^ "Veteran actor A. Rahim dies". New Straits Times. 21 April 1992. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ "Wasiat terakhir kepada keluarga". Harian Metro. 21 April 1992. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ "A. Rahim to be buried in Singapore". The Malay Mail. 21 April 1992. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ Saodah Ismail (22 April 1992). "Gurau A. Rahim jadi nyata". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ Suhairi Es (27 April 1980). "A. Rahim pula dilantik jadi pengarah filem". Berita Minggu. m/s. 7. Dicapai pada 17 November 2018.