Ali Setan
Filem Ali Setan yang mula ditayangkan dipawagam pada 16 Februari 1985 merupakan filem romantik komedi arahan pengarah terkenal Jins Shamsuddin, yang menggabungkan pelakon lelaki yang baru iaitu Azmil Mustapha dengan penyanyi popular Fauziah Ahmad Daud.
Ali Setan | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Jins Shamsuddin |
Penulis | Osman Abadi |
Lakon layar | Jins Shamsuddin |
Cerita oleh | Osman Abadi |
Dihasilkan oleh | Harun Hassan |
Dibintangi | Azmil Mustapha Fauziah Ahmad Daud Izi Yahya Liza Abdullah Ebby Saiful Shah Rezza Sheila Majid |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Adnan Abu Hassan |
Syarikat penerbitan | Amir Communications |
Tarikh tayangan | 16 Februari 1985 (Malaysia) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.1 Juta |
Pecah panggung | RM 990,852 |
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/a/a8/Ali_setan.jpg)
Sinopsis
suntingKisah mengenai kenakalan seorang pelajar senior Universiti Sains Malaysia bernama Ali. Dia sering mengacau pelajar-pelajar lain termasuk pelajar baru bernama Asmidar sebagai mangsanya. Namun perasaan Asmidar berubah menjadi cinta. Tipah sepupu Ali cuba merebut Ali dengan mengaku dinodai oleh Ali.
Kisahnya bermula apabila Asmidar dan Ali bertemu dalam keretapi semasa perjalanan ke Pulau Pinang ,Ali dan rakan-rakan mengenakan dia dengan air Coke kemudian Asmidar balas semula dengan hempuk telur dekat kepala Ali.Tidak berakhir di situ Ali masih meneruskan kerja menyakat Asmidar hingga pernah dimarahi oleh Dekan di tempat belajar namun Asmidar meminta Dekannya agar tidak melakukan apa-apa tindakan dan perbuatan dia hanyalah gurauan.
Dalam masa sama Jeff tidak menyukai kelakuan Ali lebih-lebih lagi melakukan perbuatan terhadap Asmidar wahal Jeff ada simpan perasaan terhadap beliau. Walaupun Ali gemar mengacau tetapi tidak pernah abaikan pelajaran dan kerap memberi nasihat kepada rakan lain tentang masa depan selain beri pandangan tentang sesuatu benda.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Azmil Mustapha sebagai Ali
- Fauziah Ahmad Daud sebagai Asmidar
Pelakon pembantu
sunting- Izi Yahya sebagai Jeff
- Liza Abdullah sebagai Aini
- Ebby Saiful sebagai Latiff
- Shah Rezza sebagai Jali
- Sheila Majid sebagai Tipah
- Jins Shamsuddin sebagai Tan Sri (bapa angkat Ali)
- Nena Ahmad sebagai Pensyarah adegan berbalas pantun katak di dalam dewan kuliah
Anugerah dan pencapaian
suntingKedua-dua pelakon utamanya telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-6, 1986. Selain itu filem ini telah memenangi beberapa kategori lain seperti Penyunting Terbaik (Johari Ibrahim), Penataan Muzik Terbaik (Adnan Abu Hassan) dan Lagu Terbaik iaitu "Debu Di Hati" yang telah dicipta oleh Azmi Ab Rahman. Cerita ini disambung dengan filem Ali Setan 2. Filem ini mendapat kutipan sebanyak RM 990,852 (RM 0.99 Juta).[1]. Pada waktu ditayangkan filem ini tidaklah begitu popular berbanding filem Adik Manja yang menjadi fenomena sewaktu ditayangkan dan mendapat kutipan jauh lebih tinggi dari Filem Ali Setan iaitu sebanyak RM 3.5 Juta. Tetapi TV swasta, TV3 sentiasa menayangkan filem Ali Setan setiap tahun menjadikan filem Ali Setan lebih popular di kaca tv.[2].
Lagu
suntingAntara lagu dimuatkan dalam filem Ali Setan:
•Wajah Rahsia Hati - Sheila Majid versi intro & Fauziah Ahmad Daud versi album
•Debu di Hati - Ebby Saiful
•Wajah Rahsia Hati - versi instrumental
Lain-lain
suntingColorfilm Sydney (Australia) ... Pasca Penerbitan
Rujukan
sunting- ^ http://www.filemkita.com/filem/a/ali_setan_01.html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-23. Dicapai pada 2016-04-17.