Helikopter tentera

(Dilencongkan daripada Helikopter latihan)

Helikopter tentera merupakan helikopter yang digunakan oleh angkatan tentera. Ia boleh didapati dalam pelbagai peranan dalam angkatan tentera yang berbeza. Kegunaan utama helikopter adalah dalam misi pengangkutan udara taktikal. Beberapa angkatan tentera juga memiliki helikopter penyerang dan helikopter khusus untuk misi-misi khas seperti pengawasan medan pertempuran, CSAR, CASEVAC, pos perintah udara, peperangan anti-kapal selam dan membersihkan periuk api. Helikopter khusus hanya digunakan oleh angkatan tentera yang memiliki belanjawan yang banyak dan pasukan paling berkemampuan.

Helikopter penyerang Westland WAH-64 Apache Longbow yang digunakan oleh Tentera Darat British.
Anggota tentera Iraq bersedia untuk menaiki helikopter Blackhawk semasa Operasi COIN.
Mi-24P Hind-F Rusia merupakan sebuah helikopter bersenjata dan dan mampu mengangkut sejumlah kecil anggota tentera.
Generasi pertama helikopter anti kereta kebal Alouette milik Tentera Darat Jerman yang dipersenjatai dengan peluru berpandu SS.10.
Helikopter penyerang Cobra sedang diisi minyak semasa Operasi Iraqi Freedom.
AH-64 Apache dalam latihan ikhtiar hidup, komponen-komponen utamanya mampu bertahan daripada tembakan meriam berkaliber 23 mm.[1]
Tiger UHT milik Tentera Darat Jerman.
Helikopter Kazak Mi-17, sesetengah ahli keluarga Mil Mi-8 mampu membawa sejumlah besar peralatan perang dan tentera.
CH 53 dengan kemungkinan bebanan dalaman.
CH-21C dengan howitzer 105mm sebagai bebanan tergantung.
Helikopter Gazelle yang digunakan oleh ALAT, Perancis.
Fail:OH-58 CM.jpg
OH-58 Kiowa dengan tiang bebola penderia dan pod roket.
Dengan pembatalkan program helikopter RAH-66 Comanche, helikopter seirasnya Kawasaki OH-1 mewakili bentuk terakhir sebuah helikopter peninjau bersenjata.
Kombinasi OH-58 dan AH-1 membentuk gandingan pemburu-pembunuh semasa Perang Dingin.[2]
Helikopter UH-1D mengangkut anggota Batalion Kedua, Rejimen Infantri Ke-14 A.S., Tentera Darat A.S. pada 1966.
HH-60 Pave Hawk Tentera Udara A.S sedang diisi minyak oleh HC-130P
AgustaWestland EH101 Merlin British digunakan dalam peperangan anti-kapal selam, pengangkut udara sederhana dan utiliti.
Sebuah helikopter LAMPS SH-60B Seahawk 2.
Mil Mi-14PŁ milik Tentera Laut Poland di pameran statik Pertunjukan Udara Radom 2005
Helikopter Kamov Ka-27 dengan sistem rotor berlawanan yang unik dan radom radar bebuli.
Lynx Tentera Laut Diraja Denmark melakukan pengisian minyak di udara daripada kapal peronda Denmark.
Bell 47 dengan raga pemindahan pesakit.
Penurunan pantas melalui tali semasa aksi Cari dan Selamat dengan menggunakan HH-60G Pave Hawk.
Unit pemindahan pesakit untuk helikopter CH-53G milik Kor Penerbangan Tentera Darat Jerman.

Jenis dan peranan

sunting

Helikopter tentera memainkan peranan penting di darat, laut dan udara dalam operasi ketenteraan moden. Secara am, pengeluar helikopter akan membangunkan kerangka-kerangka helikopter dalam berat/saiz berlainan yang dapat digunakan untuk peranan-peranan berbeza melalui pemasangan peralatan misi khusus. Bagi meminimumkan kos-kos pembangunan, asas kerangka helikopter ini boleh dipanjangkan dan dipendekkan, dinaik taraf dengan memasang enjin dan elektronik baru dan keseluruhan sistem mekanikal dan penerbangan dipadankan dengan fuislaj baru untuk mewujudkan helikopter baru. Sebagai contoh, UH-1 Huey telah dinaik taraf ke satu bentuk helikopter terbitan yang lain melalui program pemanjangan dan pemasangan enjin baru, program sebegini juga dilakukan ke atas helikopter lain seperti AH-1 Cobra.

Helikopter moden direka berasaskan sistem modular yang mana membolehkan penggunaan kerangka pesawat yang sama bagi dikonfigurasikan untuk peranan yang berlainan, sebagai contoh EH-101 di dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja British boleh ditukar konfigurasinya dengan pantas untuk peperangan anti-kapal selam (ASW) atau misi pengangkutan dalam masa beberapa jam sahaja, tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri fleksibel dan had kos. Pekakasan seperti ini boleh dipasang ke dalam kerangka pesawat tanpa sistem-sistemnya, contohnya kesemua helikopter AH-64D Apache milik Tentera Darat Amerika Syarikat boleh dipasang dengan sistem radar Longbow, akan tetapi jumlah radar yang diperolehi tidak mencukupi untuk dipasang pada kesemua helikopter. Oleh itu, sistem radar Longbow hanya akan dipasang pada kerangka helikopter yang memerlukannya, atau apabila faktor kewangan membenarkan untuk mencukupkan kekurangan unit yang diperlukan.

Kelengkapan

sunting

Kebanyakan helikopter dilengkapi dengan perisai sehingga kadang kala telah menghadkan kuasa dan keupayaan angkatnya. Perisai paling banyak dipasang di sekitar kokpit juruterbang, enjin transmisi dan tangki bahan api. Rangkaian bahan api, kabel kawalan dan kuasa ke rotor ekor juga mungkin diselubungi dengan perisai Kevlar. Jenis helikopter yang paling banyak dipasang dengan perisai pula adalah penyerang, tempur dan pasukan khas. Ruang krew di dalam helikopter pengangkut mungkin sebahagian sahaja atau mungkin tidak akan dipasang dengan perisai, sebagai tolak ansur perisai Kevlar akan dipasang pada kerusi penumpang. Kadar ikhtiar hidup dipertingkatkan oleh lebihan dan pemasangan komponen yang akan melindungi antara sama lain. Sebagai contoh dalam helikopter dari keluarga Blackhawk menggunakan dua enjin dan masih boleh terbang dengan menggunakan satu enjin sahaja. Enjin-enjin ini diasingkan oleh sistem transmisi yang direka sebegitu rupa, dan sekiranya ia ditembak dari satu sisi, enjin pada sebelah sisi ini akan melindungi sistem transmisi dan enjin di sebelah satu lagi daripada kerosakkan.

Peralatan elektronik seperti radio komunikasi, bantuan navigasi, ECM dan IFF adalah biasa pada semua helikopter. Sistem-sistem yang dipasang disesuaikan dengan helikopter misi khusus, sebagai contoh kamera-kamera optik dan inframerah untuk helikopter peninjau, sonar mencecah dan radar pencari untuk helikopter anti-kapal selam, pemancar dan penerima radio tambahan untuk geganti radio, pos arahan helikopter dan sebagainya.

Penambahan perisai, pemadam api, sistem dinamik dan elektronik disembunyikan semasa pemeriksaan bersahaja, sebagai tindakan pengurangan kos oleh beberapa negara dan perkhidmatan yang cuba menggunakan helikopter komersil bagi tujuan ketenteraan. Sebagai contoh, terdapat laporan bahawa China sedang membesarkan rejimen helikopter penyerangnya dengan helikopre versi kegunaan awam Mil Mi-17 dengan pantas.[3] Helikopter-helikopter ini tidak memiliki perisai dan tindak balas elektronik akan berfungsi dengan baik untuk tujuan latihan, tatapi merupakan langkah membunuh diri sekiranya diperanankan sebagai helikopter penyerang di dalam situasi pertempuran sebenar. China berniat untuk memasang semula helikopter-helikopter ini dengan komponen-komponen elektronik dan perisai buatan tempatan, mendapatkan cukup dana bagi mewujudkan rejimen yang cukup dengan pantas bagi dilengkapkan pada setiap Kumpulan Tentera Darat, bagi menimba pengalaman di dalam operasi helikopter.

Helikopter penyerang

sunting

Helikopter penyerang merupakan sebuah helikopter bersenjata yang digunakan dalam peranan anti kereta kebal dan sokongan udara dekat. Helikopter penyerang moden pertama adalah helikopter AH-1 Cobra semasa era Perang Vietnam, yang mana telah menjadi perintis akan susunan klasik kedudukan juruterbang dan pegawai sistem senjata dalam bentuk tandem dalam fiuslaj yang sempit, meriam yang dipasang pada dagu dan roket serta peluru berpandu jenis tembak-dan-lupa yang dipasang pada tenggekan di tunggul sayap. Penderia-penderia terkini seperti sistem radar gelombang milimeter Longbow telah dipasang pada helikopter penyerang moden bagi mencari dan mengenal sasaran-sasarannya, telah menjadikan helikopter penyerang seperti Apache milik UK sebagai aset pengawasan yang sangat berguna.

Di antara contoh helikopter penyerang adalah,

Helikopter pengangkut

sunting

Helikopter pengangkut tentera digunakan di tempat di mana kegunaan pesawat udara lain mustahil digunakan. Sebagai contoh helikopter pengangkut tentera merupakan pengangkut utama kelengkapan Kor Marin Amerika Syarikat yang turun dari LHD dan LHA. Keupayaan mendarat helikopter hampir tanpa had, dan di mana pendaratan mustahil, sebagai contoh hutan tebal, keupayaan helikopter untuk mengapung bagi menurunkan anggota tentera dengan menggunakan teknik abseiling dan penurunan pantas melalui tali.

Beberapa contoh helikopter pengangkut adalah;

Helikopter pengawasan/peninjau

sunting

Kebanyakan helikopter peninjau dalam Kelas Ringan telah mengantikan penggunaan pesawat-pesawat seperti Taylorcraft L-2 dan Fieseler Fi 156, dalam peranan iringan (pengawasan) dan pemerhatian udara (pemerhati artileri/kawalan udara hadapan). Contoh helikopter pemerhati termasuk Aérospatiale Gazelle dan OH-58 Kiowa.[4]

Pada awalnya, peranan helikopter-helikopter ini terhad pada melakukan pemerhatian visual oleh krew udara, dan kebanyakannya memiliki kokpit bulatan yang digilap baik untuk memaksimumkan kadar penglihatan. Penglihatan manusia kini dibantu dengan sistem-sistem oenderia optik yang lebih baik. Pada hari ini, sistem-sistem optik termasuklah laser pelbagai fungsi yang mampu bertindak sebagai sistem pengukur dan pengesan laser dan pembidik, kamera pencahayaan rendah dan sistem pengimbas garis inframerah yang sering kali dipasang di dalam bebola penderia optik distabilkan. Bebola penderia ini boleh didapati dalam pelbagai kedudukan, kedudukan di dagu dan hidung memiliki kelebihan disorientasi paling rendah apabila digunakan sebagai bantuan penerbangan malam. Kedudukan-kedudukan lain termasuk pada bumbung kabin dan tiang di atas rotor utama> Kedudukan-kedudukan ini memiliki kelebihan yang membenarkan majoriti helikopter kekal tersembunyi apabila menggunakan profil penerbangan "melompat-pagar" dan menyusur bumi.

Beberapa contoh helikopter peninjau ringan adalah,

Helikopter utiliti

sunting

Helikopter asas yang sama boleh dilengkapi dengan peranan khusus yang berbeza sebagai contoh Eurocopter Dauphin dan kelainannya wujud sebagai sebuah helikopter anti kereta kebal, anti kapal selam, cari dan selamat, pemngangkut dan versi VIP. Walaupun dikonfigurasi sebagai helikopter utiliti, helikopter ini boleh diubah dengan pantas bagi melaksanakan sebarang tugasan misi yang lain. Ia mungkin tidak boleh melaksanakan tugasnya sebaik helikopter khusus tetapi sudah cukup baik untuk membawa perubahan. Alasan utama mengapa helikopter utiliti digunakan melangkaui fungsinya adalah kerana tidak semua pengguna boleh mengekalkan keseluruhan helikopter khusus, antara sebab-sebabnya mungkin;

  • Kewangan dan perkhidmatan negara pengguna tidak mampu untuk memperoleh dan menyelenggara kesemua helikopter yang diperlukan.
  • Teknologi contohnya PZL W-3 Sokół merupakan satu-satunya jenis helikopter yang dikeluarkan oleh Poland dan ia disesuaikan bagi memenuhi kesemua keperluan negara itu.
  • Operasi contohnya kapal penyerang amfibia hanya boleh membawa jumlah helikopter yang terhad, maka jenis helikopter yang dibawa mesti melaksanakan kesemua tugasan yang mungkin.
  • Politik seperti tentera udara enggan membenarkan tentera darat untuk menggunakan helikopter melepasi saiz dan keupayaan tertentu.

Di antara contoh helikopter utiliti adalah,

Helikopter maritim

sunting

Antara kegunaan helikopter praktikal pertama berlaku apabila R4 dan R5 yang diperolehi oleh pasukan tentera A.S dan UK diatur gerak dari penjajap dan kapal tempur tentera laut, pada mulanya untuk membantu tetapi kemudian telah mengantikan penggunaan pesawat pengawasan yang dilancarkan menggunakan manjanik. Keupayaan helikopter terawal dalam bidang lain adalah sebagai pesawat kawalan yang beroperasi dari kapal pengangkut pesawat dan ditugaskan untuk menyelamatkan juruterbang yang terpaksa mendarat di atas air.

Kematangan teknologi helikopter seiring dengan peningkatan muatan dan ketahanannya dalam peperangan anti-kapal selam. Pada awalnya, helikopter telah digunakan sebagai sistem penghantaran senjata, melancarkan torpedo dari udara dan caj dalam berdasarkan maklumat yang telah disediakan oleh pangkalannya atau kapal-kapal lain. Pada 1960-an, enjin turboshaft dan pengecilan telah membenarkan dua laluan pembangunan, helikopter lebih kecil seperti Westland Wasp mempunyai keupayaan seperti helikopter enjin piston awal tetapi cukup kecil bagi digunakan daripada frigat, manakala helikopter seperti Sea King dengan gabungan peralatan sonar cecah, radar dan pengesanan anomali magnetik yang telah dipasang yang mana membolehkannya untuk bertindak secara bersendirian dari kapal pembawanya.

Helikopter maritim pada hari ini masih dikategorikan sebagai dari jenis pelbagai guna kecil dan sederhana besar. Jenis kecil seperti LAMPS dan Westland Lynx telah direka untuk dioperasikan daripada kapal tempur bersaiz frigat dan pembinasa. Kegunaan helikopter sebegini dan keinginan untuk membawa dan mengoperasikan dua jenis helikopter ini daripada kapal bersaiz frigat dan pembinasa telah memberi kesa pada saiz maksimum helikopter ini dan saiz minimum bagi kapal. Dengan peningkatan pengecilan, enjin lebih baik dan persenjataan moden, pemusatan keupayaan dilakukan bagi membenarkan helikopter pelbagai peranan moden yang beroperasi di atas kapal pembinasa beroperasi bersendirian di dalam peperangan anti-kapal selam, anti-kapal, mengangkut dan SAR dan pengawasan. Kebanyakan helikopter ini sekarang telah dilengkapi dengan kombinasi penderia optik di dalam bebola penderia penstabilan.

Dalam beberapa angkatan tentera laut, keperluan untuk helikopter bersaiz sederhana dan besar dihapuskan. Dalam angkatan tentera lain, penggunaannya terus dikekalkan untuk dioperasikan daripada kapal pengangkut dan pangkalan darat; ia wujud sebagai contoh, merupakan kekuatan utama cabang udara kapal pengangkut British, Sepanyol dan Itali dalam peperangan anti-kapal selam. Apabila beroperasi daripada pangkalan darat, helikopter bersaiz sederhana dan besar berperanan sebagai anti-kapal selam bagi mempertahankan pelabuhan dan limbungan tentera daripada serangan kapal selam musuh. Antara sebab lain penggunaan jenis helikopter ini dikekalkan adalah faktor kelebihan muatan dan ketahanannya berbanding jenis yang lebih kecil. Sebagai contoh, helikopter Lynx yang digunakan dalam peranan anti-kapal hanya boleh membawa peluru berpandu anti kapal jarak dekat dan ringan Sea Skua, sementara helikopter Sea King yang digunakan untuk peranan yang sama boleh membawa peluru berpandu Sea Eagle yang lebih berat.

Helikopter maritim Soviet, yang beroperasi daripada kapal [penjajap]], diberi peranan tambahan sebagai pemandu dan pesawat mid-course update bagi mengekploitasi kelebihan julat penuh peluru berpandu anti-kapal jarak jauh yang terdapat pada kapal penjajap.

Kebanyakan helikopter maritim "dimarinkan" untuk beroperasi daripada kapal, ini termasuk meningkatkan perlindungan melawan pengaratan oleh air masin, perlindungan dari kemasukan air (termasuk semasa mencuci dengan air tawar bagi membersihkan air masin), memastikan talaan peralatan elektronik yang dipasang mesti serasi dengan pelaratan elektronik kompleks pada kapal perang dan peruntukan pendaratan kecemasan di laut.

Setelah penggunaan helikopter diperkenalkan dalam perkhidmatan tentera, ia mula digunakan dalam misi Cari dan Selamat. Secara teori, helikopter memiliki kelebihan berbanding pesawat konvensional dengan berupaya untuk mengapung dan berlepas atau mendarat di mana-mana. Bagaimanapun, pada awalnya jarak dan keupayaan terhadnya menghalang keberkesanannya. Semasa di dalam misi Kempen Burma, sebuah helikopter telah membuat beberapa kali perjalanan bagi memindah keluar penumpang dari pesawat pengangkut yang terhempas. Semasa Perang Korea, teknologi helikopter telah berkembang ke tahap di mana ia boleh menyelesaikan misi menyelamat. Dalam Cari dan Selamat Temppur (CSAR), pasukan payung terjun Tentera Udara Amerika Syarikat boleh diatur gerak dengan menggunakan helikopter bagi mencari, menstabilkan dan mengeluarkan krew udara yang ditembak jatuh di dalam kawasan musuh. Dalam peranan CASEVAC/MEDEVAC, helikopter seperti Bell 47 boleh mengurangkan masa yang diambil bagi membawa anggota yang tercedera dari garisan hadapan ke hospital.

Semasa Perang Vietnam, Tentera Udara A.S telah memperoleh helikopter Sikorsky S-61R (Jolly Green Giant) dan MH-53 Pave Low (Super Jolly Green Giant) untuk misi CSAR. Helikopter-helikopter ini dilengkapi dengan perisai, beberapa minigan dan penderia penerbangan malam dan navigasi terbaik yang boleh didapati, helikopter milik Tentera Udara A.S. ini merupakan pesawat paling canggih dan berkuasa dalam kalangan helikopter pengangkut Amerika Syarikat.[2] After the war the MH-53's were continuously updated.

Amerika Syarikat merupakan satu dari sejumlah kecil negara di dunia yang mengekalkan sejumlah besar helikopter khusus. Kebanyakan negara memenuhi keperluan mereka dengan membeli helikopter kegunaan am yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis misi, dengan memasang sistem modular sekiranya keadaan memerlukan. Sebagai contoh, meskipun beberapa helikopter Chinook British telah dilengkapi dengan peralatan penerbangan malam dan lain-lain bagi membolehkannya digunakan bagi misi masuk dan keluar pasukan khas, ia tidak menghalang British dari menggunakan Chinook dalam peranan pengangkutan udara am. Chinook juga boleh melaksanakan peranan CASEVAC kerana keupayaan pengangkutannya membenarkan helikopter ini membawa pasukan perubatan dan peralatan khusus. Walau bagaimanapun, kekurangan helikopter khusus dalam Angkatan Tentera British, terutama untuk CASEVAC (helikopter yang ditugaskan bagi peranan CASEVAC datang dari helikopter kongsi yang boleh didapati), telah mendatangkan kebimbangan di dalam negara dan medan pertempuran.[5][6][7]

Helikopter latihan

sunting

Beberapa perkhidmatan menggunakan versi helikopter operasi mereka, biasanya helikopter dalam kelas ringan untuk melatih juruterbang. Sebagai contoh, British menggunakan Aérospatiale Gazelle dalam misi operasi dan latihan. Beberapa perkhidmatan juga memiliki fasa ab initio dalam latihan yang menggunakan helikopter yang sangat ringkas. Tentera Laut Mexico telah memperoleh sejumlah helikopter komersil Robinson R22[8] dan R44 untuk tujuan ini.

Taktik dan operasi

sunting

Sungguhpun tidak penting semasa operasi tempur, helikopter mampu memberikan kelebihan yang besar bagi pengendali mereka sebagai pengganda kuasa. Bagi memaksimakan kesannya, helikopter digunakan dalam pendekatan senjata gabungan (combined arms).[9]

Peperangan keamatan tinggi

sunting

Taktik helikopter dalam peperangan kematan tinggi di dunia barat dibangunkan dari segi Perang Dingin. Pasukan helikopter NATO di lihat sebagai penting bagi melumpuhkan sebarang serangan pukal oleh tentera dan kereta kebal Soviet.[2] Selama beberapa tahun, kekuatan tunjang pasukan ini adalah generasi pertama helikopter anti kereta kebal seperti Alouette Perancis dan Westland Scout British. Ia dilengkapi dengan peluru berpandu udara ke permukaan seperti SS.11 dan SS.12. Kemudian ini digantikan dengan Aerospatiale Gazelle dan MBB Bo 105, dilengkapi dengan peluru berpandu HOT, dalam perkhidmatan Perancis dan Jerman, dan Westland Lynx, dilengkapi dengan TOW, dalam perkhidmatan British. Disebalik berhadapan dengan serangan, pasukan helikopter akan digunakan bagi memandu pasukan penjajah kesaluran yang kemudiannya akan diserang oleh perisai NATO, peluru pemampan (stand off munitions dan serangan udara.

Bagi mempertingkatkan ketahanan tempur helikopter bersenjata peluru berpandu dengan menghapuskan keperluan terbang pergi balik ke pengkalan mereka, helikopter pengangkut akan membawa juruteknik, mengisi peluru dan bahan api (biasanya pada pundi bahan api di bawah) ke hadapan. Helikopter pengangkut ini akan mendarat dan membina "Titik Pengisian Peluru dan Senjata Hadapan" - (Forward Arming and Refueling Points -FARP) di lokasi dan masa yang telah dipersetujui di mana helikopterbersenjata akan berundur untuk pengisian peluru dan bahan api dengan enjin dan kipas masih berputar.[2] Sebaik sahaja helikopter bersenjata telah diisi dan berlepas, juru teknik akan menaiki helikopter pengangkut dan kembali ke pengkalan bagi mengambil lebih banyak bahan api dan peluru bagi FARP berikutnya. Keselamatan FARP dikekalkan dengan menghabiskan sedikit masa di daratan. Dengan keupayaan membawa juru teknik dan pengisian semula dalam ruang penumpangnya, Mil Mi-24 Soviet mampu bertindak sebagai pengangkut FARPnya sendiri.

Di udara, sepasang helikopter anti kereta kebal dan sepasang helikopter peninjau tidak bersenjata atau senjata ringan akan membentuk pasukan pemburu-bunuh (hunter-killer). Terbang pada aras rendah dalam pendekatan menyusur bumi (nap-of-the-earth) kearah musuh, helikopter peninjau akan digunakan bagi mengesan musuh dan memeta kedudukan serangan hendap bagi helikopter bersenjata. Kemudian, helikopter peninjau akan menggunakan penetap laser bagi memandu peluru berpandu yang dilepaskan dari helikopter bersenjata. Selepas menjumpai sasaran, helikopter peninjau akan mengarah helikopter bersenjata di mana untuk melepaskan tembakan. Helikopter bersenjata hanya perlu naik dari persembunyian seketika untuk melepaskan peluru berpandunya sebelum kembali berundur dari ancaman. Tanpa jejak dari tembakan peluru berpandu yang menampakkannya, helikopter peninjau boleh memandu peluru berpandu kepada sasaran dengan selamat.

Pasukan pemburu-bunuh akan bekerjasama dengan kapal terbang pemusnah kereta kebal sayap kekal dan kapal terbang serangan darat. Menyerang barisan kereta perisai musuh bergerak di jalan, pasukan pemburu bunuh akan cuba menghentikan barisan tersebut dengan memusnahkan kenderaan pertama dan terakhir, membenarkan masa bagi kapal terbang sayap kekal menyerang.[2]

Sebagai tambahan kepada helikopter anti kereta kebal, tugas mengarah pasukan Soviet juga dilakukan oleh pasukan anti kereta kebal bergerak, seperti kenderaan tempur berperisai bersenjata peluru berpandu anti kereta kebal dan pasukan kecil komando dalam kenderaan ringan dengan membawa ATGW mudah alih. Rancangan Tentera British memerlukan pasukan anti kereta kebal bersaiz seksyen dilengkapi dengan ATGW MILAN mudah alih bawaan untuk diangkut oleh Lynx versi pengangkut pada kedudukan menyerang unsur echelon sisi dan belakang penceroboh.

Peperangan keamatan rendah

sunting

Dalam peperangan gurila dan menangkis pemberontakan (COIN - Counter-insurgency)) kedua pihak cuba mengekalkan kebebasan beroperasi sementara menafikan pihak lawan keupayaan ini. Dalam bentuk paling kasar, ini boleh ditakrifkan sebagai cubaan penguasaan darat. Sepanjang sejarah pertelingkahan sebegini, ini telah menjadi ciri pasukan penjajah/kerajaan berkubu dalam kubu pertahanan dan kawasan dari mana mengadakan rondaan dan konvoi. Pihak pemberontak dan gurila akan cuba memaksa kejatuhan pihak biasa melalui serang hendap, sabotaj, dan pembunuhan. Dalam permainan tikus dan kucing, pasukan COIN akan cuba menghalang pihak gurila beroperasi, dan menawan dan menghapuskan yang melakukan sebaliknya. Pihak gurila akan cuba mengelak pasukan COIN jika boleh kecuali mereka dalam keadaan menyerang hendap dan memenangi pertarungan dengan pasukan COIN.

Operasi pasukan COIN dari pengkalan tetap disambung dengan jaringan tetap jalan mungkin menjadi kelemahan. Penentang dan penyokong tempatan mungkin memantau kemudahan sebegini secara senyap dan mengumpul risikan mengenai jadual dan laluan peronda dan konvoi. Dengan risikan sebegini pihak penentang mampu menyelaras masa operasi mereka untuk mengelak pasukan COIN atau merancang serangan hendap bagi menghapuskan mereka, bergantung kepada situasi taktikal mereka sendiri.

Helikopter mengembalikan unsur kejutan dan kelenturan taktikal kepada pemerintah COIN. Peronda tidak perlu bermula di tempat yang sama (laluan utama kawasan tempatan), juga konvoy bekalan terpaksa melalui jalan dan lebuh raya yang sama. Sebagai contoh semasa keadaan The Troubles, Provisional Irish Republican Army menjadi mahir mengelak rondaan dan sekatan jalan raya tetap. Bagi mengelak pola mudah diramal, rondaan dijalankan oleh helikopter. Ini dikenali sebagai Peronda Helang (Eagle Patrols (pada awalnya menggunakan Westland Wessex dan kemudian ditambah dengan Aérospatiale Puma) dan mampu menghalang keupayaan IRA untuk mengerakkan ahli dan senjata.[2] Berupaya mengangkut 16 hingga 20 tentera, helikopter kerkeupayaan tinggi mampu mengerakkan cukup tentera bagi membentuk halangan jalan mudah alih yang berkesan, dengan separuh pasukan membentuk pasukan pencari dan separuh yang lain membentuk pasukan keselamatan pemantau. Sekatan jalan ini akan diletakkan bagi memintas kenderaan yang dikenal pasti oleh jaringan menara pemantau, helikopter peninjau, atau pemerintah Peronda Helang (Eagle Patrol), kerana bertindak dalam cara yang menimbulkan syak.

Dalam selepas penjajahan Iraq, 2003, helikopter telah digunakan sebagai lori bekalan udara dan pengangkut tentera bagi mematah penentang Iraqi.[10]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ PBS:AH-64A Apache
  2. ^ a b c d e f Cacutt, Len (1989). Combat. Aerospace Publishing Ltd. m/s. 185. ISBN 1555212409. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Kanwa Defense Review No26, "Is China's 20-year build-up Army Aviation Corps effective", February 2007.
  4. ^ Rotary Aircraft:Doctrinal Development
  5. ^ Briton's injured troops left in agony' for up to 7 hours[pautan mati kekal]
  6. ^ This complacency will cost us lives in battle
  7. ^ Army surgeon tells of delay in flying wounded to hospital
  8. ^ Air Forces Monthly, February 2001, "Mexico Navy acquires Robinson R22s"
  9. ^ Rotary Aircraft-Army Plans
  10. ^ "Iraq fire downed US helicopters". BBC Online. 4 February 2007. Dicapai pada 2007-10-04. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting