UH-60 Black Hawk
UH-60 Black Hawk merupakan sebuah helikopter utiliti sederhana berenjin kembar yang dikeluarkan oleh Sikorsky Aircraft. Sikorsky telah menghantar rekabentuk S-70 dalam pertandingan Sistem Pesawat Pengangkut Taktikal Utiliti untuk Tentera Darat Amerika Syarikat pada 1972. Pihak tentera darat kemudian memberi designasi prototaip ini sebagai YUH-60A dan telah memilih Black Hawk sebagai pemenang program pada 1976, selepas bersaing dengan helikopter YUH-61 yang dicadangkan oleh Boeing Vertol. UH-60A telah mula berkhidmat dengan Tentera Darat A.S pada 1979, bagi mengantikan helikopter UH-1 Iroquois sebagai helikopter pengangkut taktikal.
UH-60 Black Hawk | |
---|---|
| |
Peranan | Helikopter utiliti |
Pengeluar | Sikorsky Aircraft Corporation |
Penerbangan sulung | 29 November 1974 |
Diperkenalkan | 1979 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Australia Tentera Darat Republik Korea Angkatan Tentera Turki |
Dikeluarkan | 1974-kini |
Jumlah dibina | 2,600+ |
Kos seunit | AS$5.9 juta |
Kelainan | SH-60 Seahawk HH-60 Pave Hawk HH-60 Jayhawk Sikorsky S-70 |
Pembangunan
suntingPada akhir 1960-an, Tentera Darat Amerika Syarikat mula merangka keperluan untuk sebuah helikopter Sistem Pesawat Pengangkut Utiliti Taktikal (SPPUT) bagi mengantikan helikopter UH-1 Iroquois berdasarkan pengalaman Perang Vietnam. Tentera Darat A.S juga memulakan pembangunan enjin turbin General Electric T700 baru untuk helikopternya. Pihak tentera darat memerlukan peningkatan ketara pada keupayaan, ikhtiar hidup dan kebolehpercayaan daripada pesawat SPPUT dan janakuasa.[1] Pihak Tentera Darat A.S kemudian mengeluarkan "Permohonan Cadangan" bagi program SPPUT pada Januari 1972.[2] Empat buah prototaip kemudian telah dibina. Helikopter prototaip pertama (YUH-60) telah melakukan penerbangan sulung pada Oktober 1974, dan telah dinilai bersama-sama helikopter dari firma Boeing-Vertol, iaitu YUH-61A. Sebelum penghantaran prototaip kepada Tentera Darat A.S, a penilaian awal telah dilakukan pada November 1975 bagi memastikan boleh beroperasi dengan selamat semasa ujian.[3] Tiga buah prototaip lagi telah dihantar kepada Tentera Darat A.S pada Mac 1976, dan sebuah darinya telah disimpan oleh Sikorsky untuk tujuan penyelidikan sendiri. Black Hawk telah dipilih untuk pengeluarkan pada Disember 1976. Penghantaran helikopter UH-60A kepada Tentera Darat A.S bermula Oktober 1978 dan memasuki perkhidmatan pada Jun 1979.[4]
Pada akhir 1980-an, model ini telah dinaik taraf kepada UH-60L yang mana memiliki lebih kuasa dan beban muatan dengan pemasangan enjin GE baru model 701C. Pengeluaran model UH-60M pada masa ini akan memanjangkan jangka hayat perkhidmatan helikopter UH-60 sehingga tahun 2020.
Spesifikasi (UH-60L)
suntingData dari Ensaiklopedia Pesawat Perang Moden,[5] US Army Fact File,[6] Frawley[7]
Ciri umum
- Anak kapal: 2 juruterbang
- Kapasiti: 2,640 lb kargo di dalam, termasuk 14 tentera atau 6 pengusung, atau 8,000 lb (UH-60A) atau 9,000 lb (UH-60L) kargo di luar
- Panjang: 64 kaki 10 in (19.76 m
- Rentang sayap: 53 kaki 8 in (16.36 m)
- Tinggi: 16 kaki 10 in (5.13 m)
- Sayap luas: 2,260 kaki² (210 m²)
- Berat kosong: 10,624 lb (4,819 kg)
- Berat berisi: 22,000 lb (9,980 kg)
- Berat berlepas maksimum: 23,500 lb (10,660 kg)
Prestasi
- Kelajuan tidak melebihi: 193 knot (222 bsj, 357 km/j)
- Kelajuan maksimum: 159 knot (183 bsj, 295 km/j)
- Kelajuan sederhana: 150 knot (173 bsj, 278 km/j)
- Jejari bertempur: 368 batu (320 batu nautika, 592 km)
- Jarak maksimum: 1,380 batu[5] (1,200 batu nautika, 2,220 km)
- Lelangit khidmat 19,000 kaki (5,790 m)
- Kadar kenaikan: 700 kaki/min (3.6 m/s)
- Beban sayap: 7.19 lb/kaki² (35.4 kg/m²)
Persenjataan
- Meriam: 2× 7.62 mm (0.30 in) mesingan M240H atau minigan M134.
- Boleh dilengkapkan dengan system dispersal periuk api VOLCANO. Lihat sub sistem persenjataan UH-60 untuk maklumat lanjut.
- Boleh dilengkapkan dengan 2x meriam Gatling GAU-19 .50 in (12.7 mm).[perlu rujukan]
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
sunting- ^ Leoni 2007, pp. 8-10.
- ^ Leoni 2007, m/s. 11, 39.
- ^ Leoni m/s. 165.
- ^ Eden, Paul. "Sikorsky H-60 Black Hawk/Seahawk", Encyclopedia of Modern Military Aircraft. Amber Books, 2004. ISBN 1-904687-84-9.
- ^ a b Gunston, Bill (1995). The Encyclopedia of Modern Warplanes. London: Aerospace Publishing Ltd. ISBN 1-56619-908-5.
- ^ fail fakta Black Hawk, Tentera Dara A.S.
- ^ Frawley, Gerald. The International Directory of Military Aircraft, 2002/2003. Aerospace Publications, 2002. ISBN 1-875671-55-2.
- ^ "M240H 7.62mm Machine Gun (Aviation Version)" (PDF). U.S. Army PEO Soldier. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-06-14. Dicapai pada 2007-04-08. External link in
|publisher=
(bantuan)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: UH-60 Black Hawk. |
- Black Hawk U.S Army fact file
- UH-60 Black Hawk
- Army Aviation Training Center (at Ft. Rucker) UH-60A Black Hawk page Diarkibkan 2008-06-06 di Wayback Machine
- Sikorsky Aircraft's BLACK HAWK page Diarkibkan 2008-11-26 di Wayback Machine
- UH-60A, H-60, AH-60L and Sikorsky S-70 on GlobalSecurity.org
- H-60 Series aircraft photos and info on HawkOnline.us Diarkibkan 2009-04-30 di Wayback Machine
- S-70A-42 Black Hawk of the Austrian Army
- UTTAS program, origin of the Black Hawk
- Military.com with data on range extending devices
- Black Hawk Training courses and Equipment