Gunung Perlis
Gunung Perlis merupakan sebuah gunung yang terletak di Mukim Ulu Tembeling di Daerah Jerantut, Pahang dan Chiku di Jajahan Gua Musang, Kelantan, Malaysia serta ia berada di tengah-tengah sempadan negeri Pahang dan Kelantan.[1][2][3] Titik ketinggian bagi Gunung Perlis ialah 1,279 m (4,196 ka).[2][3] Ia terletak kira-kira 190 km (120 bt) dari utara ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.[3]
Gunung Perlis | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,279 m (4,196 ka) |
Koordinat | 4°42′25″N 102°21′54″E / 4.706973°N 102.365012°E |
Geografi | |
Lokasi | Sempadan negeri Kelantan dan Pahang, Malaysia |
Peta topo | JUPEM Gunung Perlis (MY502A) |
Gunung Perlis mempunyai hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa atas serta hutan montane. Gunung ini juga terletak di kawasan Taman Negara.[4][2] Gunung Perlis merupakan kawasan bagi punca sesetengah anak sungai tidak bernama atau dikenali sebagai lembangan dan salah satu anak sungai bernama iaitu Sungai Keniyam yang merupakan anak sungai kepada Sungai Tembeling.[2][5]
Berdasarkan maklumat dalam peta topografi terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), gunung ini merupakan kawasan yang bergunung-ganang serta ia berdekatan dengan Gunung Tahan. Ia ditumbuhi dengan hutan-hutan primer.[2]
Rujukan
sunting- ^ Jeyarajasingam, Allen (2012-03-22). A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-963942-7.
- ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) (2013). Gunung Perlis (Kelantan & Pahang). Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad. Edisi 1. Nombor Lembar FE22, MY502A (Semenanjung Malaysia) Berskala 1:50 000.
- ^ a b c "Gunung Perlis, Malaysia". www.geonames.org (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 2025-01-19.
- ^ "Peninsular Malaysia". hutanwatch.com (dalam bahasa Inggeris). Hutanwatch. Dicapai pada 2025-01-19.
- ^ Pusat Geospatial Negara (PGN). "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Pusat Geospatial Negara, dengan bantuan dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta jabatan-jabatan lain. Dicapai pada 2025-01-19.