Gliseraldehid 3-fosfat
Gliseraldehid 3-fosfat atau triosa fosfat serta 3-fosfogliseraldehid (singkatan G3P, GA3P, GADP, GAP, TP, GALP atau PGAL) ialah metabolit yang wujud sebgai molekul perantara dalam beberapa laluan metabolisme utama dalam semua organisma.[2][3] Dengan formula kimia H(O)CCH(OH)CH2OPO32-, anion ini ialah ester monofosfat bagi gliseraldehid.
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC
2-hidroksi-3-oksopropil dihidrogen fosfat
| |
Pengecam | |
Imej model 3D Jmol
|
|
1725008 | |
ChEBI | |
ChEMBL | |
ChemSpider | |
DrugBank | |
ECHA InfoCard | 100.008.839 |
Nombor EC |
|
KEGG | |
MeSH | Glyceraldehyde+3-Phosphate |
PubChem CID
|
|
UNII | |
CompTox Dashboard (EPA)
|
|
| |
| |
Sifat | |
C3H7O6P | |
Jisim molar | 170.058 |
Takat lebur | 102–104 °C[1] |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Dalam metabolisme
suntingGlikolisis/Glukoneogenesis
suntingD-Gliseraldehid 3-fosfat dibentuk daripada tiga sebatian berikut dalam tindak balas berbalik:
β-D-fruktosa-1,6-bisfosfat | fruktosa-bisfosfat aldolase | D-gliseraldehid 3-fosfat | dihidroksiaseton fosfat | ||
+ | |||||
fruktosa-bisfosfat aldolase |
- Dihidroksiaseton fosfat (DHAP), dimangkinkan oleh triosa fosfat isomerase.
Dihidroksiaseton fosfat | triosa fosfat isomerase | D-gliseraldehid 3-fosfat | |
triosa fosfat isomerase |
- 1,3-Bisfosfogliserat (1,3BPG), dimangkinkan oleh gliseraldehid 3-fosfat dehidrogenase; sebagai substrat untuk menghasilkan 1,3-bisfosfo-D-gliserat dalam glikolisis.
gliseraldehid 3-fosfat | gliseraldehid fosfat dehidrogenase | D-gliserat 1,3-bisfosfat | |
NAD+ + Pi | NADH + H+ | ||
NAD+ + Pi | NADH + H+ | ||
D-Gliseraldehid 3-fosfat juga memiliki kepentingannya sendiri kerana molekul ini bertindak sebagai pintu masuk gliserol (sebagai DHAP) ke laluan glikolisis/glukoneogenesis. Di samping itu, ia terlibat sebagai produk dalam laluan pentosa fosfat.
Dalam fotosintesis
suntingSemasa fotosintesis, 2 gliserat 3-fosfat setara (GP; juga dikenali sebagai 3-fosfogliserat) dihasilkan oleh langkah pertama tindak balas gelap apabila ribulosa 1,5-bifosfat (RuBP) dan karbon dioksida dimangkinkan oleh enzim RuBisCO. GP ditukarkan kepada D-gliseraldehid 3-fosfat (G3P) menggunakan tenaga dalam adenosina trifosfat (ATP) dan kuasa penurunan NADPH sebagai sebahagian daripada kitaran Calvin. Ini mengembalikan adenosina difosfat (ADP), ion fosfat Pi dan NADP+ kepada tindak balas cahaya fotosintesis bagi kegunaan lanjut. RuBP dijana semula bagi kitaran Calvin seterusnya.
G3P secara amnya dianggap sebagai hasil akhir utama fotosintesis, dan ia boleh digunakan sebagai nutrien segera, atau digabungkan dan disusun semula untuk membentuk gula monosakarida seperti glukosa yang boleh diangkut ke sel lain, atau dibungkus untuk penyimpanan sebagai polisakarida yang tidak larut seperti kanji.
Rumus am metabolisme G3P adalah seperti yang berikut:
6 CO2 + 6 RuBP (+ tenaga daripada 12 ATP dan 12 NADPH) → 12 G3P (3 karbon)
10 G3P (+ tenaga daripada 6 ATP) → 6 RuBP (bahan pemula dihasilkan semula)
2 G3P → glukosa (6 karbon).
Sintesis asid amino
suntingGliseraldehid 3-fosfat wujud sebagai bahan sampingan dalam laluan biosintesis triptofan, asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Selain itu, gliseraldehid 3-fosfat wujud sebagai bahan tindak balas dalam laluan biosintesis tiamina (Vitamin B1), satu lagi asid amino perlu.
Rujukan
sunting- ^ "metabocard for Glycerol 3-phosphate".
- ^ Berg, Jeremy M.; Tymoczko, Stryer (2002). Biochemistry (ed. 5th). New York: W.H. Freeman and Company. ISBN 0-7167-3051-0.
- ^ Nelson, D. L.; Cox, M. M. "Lehninger, Principles of Biochemistry" 3rd Ed. Worth Publishing: New York, 2000. ISBN 1-57259-153-6.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gliseraldehid 3-fosfat |
- D-Gliseraldehid 3-fosfat, dan tindak balas dan laluan disertai, daripada KEGG PATHWAY Database
- Gliseraldehid 3-fosfat, dan tindak balas dan laluan disertai, daripada KEGG PATHWAY Database