Februari 2009
Februari 2009 ialah bulan kedua untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Ahad dan berakhir selepas 28 hari pada hari Sabtu. Bulan Februari ini merupakan Februari segi empat tepat kerana susunan harinya empat baris tujuh hari yang sama jika mengikut hari Ahad sebagai hari pertama untuk seminggu. Februari segi empat tepat sebelum ini terjadi pada tahun 1998.
Portal:Hal semasa
suntingBerikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 26 Februari - Bekas Presiden Serbia Milan Milutinović dibebaskan dari tuduhan jenayah perang oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia.
- 23 Februari - Slumdog Millionaire memenangi lapan Anugerah Akademi termasuk "Gambar Terbaik".
- 20 Februari - Perdana Menteri Latvia Ivars Godmanis dan kerajaannya meletakkan jawatan.
- 15 Februari - Gunung berapi Andes Galeras meletus di Colombia, memaksa 8,000 orang berpindah.
- 11 Februari - Morgan Tsvangirai menjadi Perdana Menteri Zimbabwe.
- 7 Februari - Kebakaran belukar di Victoria, Australia (gambar) menyebabkan kematian lebih 200 orang dan kemusnahan lebih 2,000 rumah.
- 7 Februari - Lebih 100 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan di Antananarivo, Madagaskar.
- 6 Feb - Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu selepas beberapa ADUN PKR dan DAP keluar parti dan menjadi calon bebas, hingga membolehkan Barisan Nasional menubuhkan kerajaan di Perak, Malaysia.
- 3 Februari - Iran melancarkan Omid, satelit buatan sendirinya yang pertama.