Donald Duck
Donald Duck adalah salah satu watak Disney yang merupakan seekor itik yang sering ditampilkan mengenakan baju kelasi biru tanpa celana. Donald muncul buat pertama kali pada 9 Jun 1934 dalam kartun "The Wise Little Hen".
Donald Duck | |
---|---|
Kemunculan pertama | The Wise Little Hen (Silly Symphonies), 1934[1] |
Dicipta oleh | Walt Disney dan Dick Lundy |
Disuara oleh | Clarence Nash (1934-1985), Tony Anselmo (1985-kini) |
Juga dikenali sebagai | Paperinik |
Menurut kartun Donald Gets Drafted (1942), nama lengkap Donald Duck adalah Donald Fauntleroy Duck (nama tengahnya merupakan rujukan untuk topi kelasinya yang merupakan aksesori untuk baju Fauntleroy). Laman Disney juga menyatakan bahawa namanya adalah Donald Fauntleroy Duck dan sebuah episod dalam film Quack Pack juga menyatakan hal yang sama.[2]
Watak Donald dengan suara khasnya merupakan hasil kerja dari penata suaranya, iaitu Clarence "Ducky" Nash. Karyanya inilah yang berjaya mengangkat Donald dan tertanam pada pemirsanya sebagai watak dengan ciri khas yang unik.
Sifat Donald yang paling terkenal adalah sifatnya yang mudah marah. Dia juga sering dipecat dan bertukar-tukar pekerjaan, namun itu menunjukan bahawa dia lebih menonjol dari watak Disney yang lain kerana dapat bekerja dalam hampir semua bidang.
Hari ulang tahun Donald disahkan pada 9 Jun 1934,[3] iaitu pada hari Donald muncul buat pertama kali, tetapi dalam film The Three Caballeros, ulang tahunnya jatuh pada hari Jumaat ke-13, bahkan, menurut kartun Donald's Happy Birthday, ulang tahun Donald jatuh pada 13 Mac.
Suara Donald yang terkenal menggunakan suara Nash, namun dia mengisi suara Donald hanya hingga tahun 1985, sejak tahun 1985, Donald berlatarkan suara Tony Anselmo yang telah dilatih oleh Nash sendiri.
Donald Duck dalam filem animasi
suntingKehadiran awal
suntingMenurut Leonard Maltin, Donald dibuat oleh Walt Disney ketika mendengar Clarence Nash mengucapkan suara itiknya ketika menceritakan "Mary had a little lamb". Mickey Mouse telah kehilangan beberapa peminatnya sejak menjadi model untuk kanak-kanak dan Disney ingin adakan watak yang boleh memberikan gambaran watak dengan sifat negatif.
Donald muncul dalam filem Silly Symphonies dalam cerita The Wise Little Hen pada 9 Jun 1934. The Wise Little Hen mengisahkan tentang seekor ibu ayam betina dengan anak-anak ayamnya yang meminta bantuan Peter Pig dan Donald Duck untuk menuai hasil kebun jagungnya. Tapi mereka selalu beralasan dengan berpura-pura sakit perut. Ketika jagung sudah dituai, ibu ayam membuat kuih jagung. Dia tidak memberi Donald dan Peter kuih tersebut, malah memberi ubat sakit perut. Asalnya, pihak Disney berniat menjadikan Peter Pig sebagai bintang, namun yang menjadi bintang dalam filem itu adalah Donald Duck. [4]
Bert Gillett, pengarah filem The Wise Little Hen[4], membawa Donald kembali dalam kartun Mickey Mouse, The Orphan's Benefit pada 11 Ogos 1934. Donald semakin terkenal pada filem ini, dan dia disukai oleh ramai orang kerana kekecohannya dalam film ini. Donald semakin terkenal dan terus meningkat popularitinya. Watak ini mula muncul hampir dalam semua kartun Mickey Mouse. Pada kartun tahun 1935 yang berjudul The Band Concert, Donald berkali-kali mengganggu Orkestra Mickey Mouse yang membawakan lagu The William Tell Overture dengan memainkan lagu Turkey in the Straw. Dalam filem inilah Donald benar-benar menjadi bintang.
Tahun 1936, Donald mulai membintangi kartunnya sendiri, kartunnya yang pertama pada 9 Januari 1937 adalah Don Donald. Cerita ini juga memperkenalkan teman Donald, Daisy Duck (di dalam filem ini disebut Donna Duck. Anak saudara Donald, Huey, Dewey, dan Louie, muncul pada 15 April 1938 dalam filem Donald's Nephews, diarahkan oleh Jack King (namun mereka sudah diperkenalkan oleh Al Taliaferro lebih dahulu melalui komik jalur).
Donald Duck semasa Perang Dunia II
suntingLucu yang membingitkan dan tidak tenang. Hal ini tidak aneh kerana ketika itu adalah era yang sama lahirnya dan berkembangnya Bugs Bunny dan juga populariti Donald yang kian melonjak. Pada tahun 1949, Donald telah mengalahkan Mickey Mouse sebagai watak disney yang paling popular. Sebelum tahun 1941, Donald telah muncul dalam 50 kartun, sedangkan antara tahun 1941 dan 1965, Donald telah muncul dalam 100 kartun.
Ketika Perang Dunia II, Donald Duck juga digunakan sebagai propaganda berbentuk filem, terutama pada filem Der Fuehrer's Face yang muncul pada 1 Januari 1943. Dalam filem itu, Donald bekerja di kilang peluru di "Nutzi Land" (Nazi Jerman). Dia harus berjuang dengan waktu kerja yang sangat panjang, jumlah makanan yang sangat sedikit, dan harus memuja dan berkata Hail Hitler setiap kali melihat wajah Führer (Adolf Hitler). Terdapat banyak gambar Führer di tempat itu, contohnya ketikaDonald bekerja menutup kepala peluru, tiba-tiba muncul gambar Führer, sehingga dia harus bekerja sambil berkata Hail Hitler. Malah, ketika terdapat gambar Führer yang terbalik, dia harus memujanya dengan keadaan terbalik dan berkata Hail Hitler. Gambar Führer terus muncul dan sangat banyak, bahkan peluru yang muncul dari yang sangat kecil hingga yang sangat besar, tentu membuatkan Donald sungguh menderita. Akhirnya Donald terbangun dan ternyata itu hanyalah mimpi buruk. Pada akhirnya, Donald melihat bayangan dan berkata Hail Hit.. namun ternyata itu adalah Patung Liberty lalu Donald bersyukur menjadi warga Amerika Syarikat. Filem Der Fuehrer's Face memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Pendek pada tahun 1943, namun kini kartun ini telah dilarang untuk ditayangkan di televisyen.
Kartun lain yang menunjukkan zaman perang dan tentang kehidupan Donald sebagai Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat dan melakukan tugasan dalam latihan di bawah sarjan Boris. Misi pertama Donald adalah sabotaj lapangan udara Jepun. Kartun-kartun tersebut adalah:
No. | Nama filem | Tarikh tayangan pertama |
1 | Donald Gets Drafted | 1 Mei 1942 |
2 | The Vanishing Private | 25 September 1942 |
3 | Sky Trooper | 6 November 1942 |
4 | Fall Out Fall In | 23 April 1943 |
5 | The Old Army Game | 5 November 1943 |
5 | Commando Duck | 2 Jun 1944 |
Dalam filem Donald Gets Drafted juga terdapat kisah pemeriksaan kesihatan dan fizikal Donald sebelum menjadi pasukan. Menurut pemeriksaan, tinggi Donald pendek dan tidak dapat membezakan biru dan hijau (rabun warna), selain itu, sarjan Boris juga memberi ulasan bahawa Donald tidak berdisiplin.
Ketika Perang Dunia 2 berlangsung, filem animasi Disney dilarang ditayangkan di Eropah yang diduduki Nazi Jerman. Maka, diputuskan untuk mendapat penonton baru dari Amerika Selatan. Donald memutuskan untuk bercuti ke negara-negara Amerika Latin dengan pembantunya, selanjutnya dibuatlah 2 filem animasi. Yang pertama adalah Saludos Amigos, dalam filem inilah Donald bertemu dengan Joe Carioca. Filem kedua adalah The Three Caballeros. Dalam filem tersebut, dia bertemu dengan Panchito Pistoles.
Banyak filem-filem Donald yang dibuat setelah Perang Dunia II berkisah tentang sang itik yang diganggu oleh watak-watak lainnya. Donald berkali-kali diserang, diganggu dan diejek oleh anak saudaranya, lalu oleh Chip dan Dale, selain itu ia juga diperlakukan hal yang sama oleh watak lainnya seperti Humphrey si Beruang, Buzz si Lebah, "Serangga Botol", Burung Aracuan, "Louie si Singa Gunung", bahkan koloni semut. Hal ini membuatkan pengaruh terhadap artis-artis Disney yang akhirnya membuat cerita dengan tema "Donald menjadi mangsa perilaku yang buruk watak lain". Kemarahan Donald menjadi sangat kejam, sehingga mendapat kritikan kerana film itu menjadi tidak lucu sama sekali.
Pada film Fun and Fancy Free yang muncul pada 27 September 1947, terdapat 2 bahagian, yaitu "Bongo", namun Donald muncul dalam bahagian cerita "Mickey and the Beanstalk", cerita yang menceritakan kembali Kisah Jack dan Kacang Ajaib, dengan Mickey Mouse, Donald dan Goofi sebagai petani yang mencapai Istana Raksasa di langit dengan bantuan kacang ajaib.
Filem Donald setelah Perang Dunia II juga ditampilkan dalam bentuk filem pendidikan, contohnya Donald in Mathmagic Land (1959), dan muncul sebagai tokoh dalam berbagai projek-projek Disney seperti contohnya The Reluctant Dragon (1941) dan Disneyland television show (1959). Acara Disneyland television show ini melahirkan watak baru yang merupakan bapa saudarai Donald, iaitu Ludwig Von Drake pada tahun 1961.
Filem Donald Duck tahun 1980-sekarang
suntingPada tahun 1985, Clarence Nash meninggal, maka dia digantikan oleh Tony Anselmo, yang telah dilatih oleh Nash sendiri. Suara Tony Anselmo untuk Donald muncul pertama kali dalam filem Who Framed Roger Rabbit.
Donald juga muncul dalam banyak acara televisyen yang berbeza dan filem animasi pendek. Dia memainkan peranan dalam film Mickey’s Christmas Carol dan Good Morning, Mickey!, selain itu, ia juga hadir sebagai watak kecil dalam filem A Goofy Movie. Dalam filem Who Framed Roger Rabbit, Donald melakukan duet bermain piano dengan watak Warner Bros., Daffy Duck.
Donald juga muncul sebagai watak kecil dalam filem Bonkers yang muncul pada 19 November 1993. Donald juga muncul dalam film:
- Mickey's 60th Birthday (1988)
- Prince and the Pauper (1990)
- A Goofy Movie (1995)
- Fantasia 2000 (1999)
- Mickey's Once Upon a Christmas (1999)
- Mickey's Magical Christmas: Snowed in at the House of Mouse (2001)
- Mickey's House of Villains (2003)
- Donald Enters Dave Rancilio! (2003)
- Mickey's Twice Upon a Christmas (2004)
- Mickey, Donald, Goofy: The Three Musketeers (2004)
- Mickey Mouse Clubhouse (2006)
- Donald Duck Presents
- Quack Pack (1996-1997)
Donald mendapatkan siri animasinya sendiri, iaitu Quack Pack yang muncul pada 2 September 1996. Dalam siri ini juga terdapat keluarga Duck dengan imej yang sudah moden. Donald tidak lagi memakai baju kelasi dan topi kelasinya, namun dia mengenakan baju Hawaii. Huey, Dewey, dan Louie kini sudah hampir remaja, dengan penampilan, suara dan watak yang berbeza. Daisy tidak lagi memakai baju pinknya dan memiliki fesyen rambut rambut yang berbeza. Namun, terdapat keanehan pada siri ini, tiada anggota keluarga Duck lainnya yang muncul, dan Ludvig von Drake yang muncul dalam filem ini, selain itu penduduk Kota Duck adalah manusia, bukan itik, atau binatang.
Donald tidak banyak memainkan peranan dalam siri animasi DuckTales yang muncul pada 18 September 1987. Dalam siri itu, Donald dikisahkan bergabung dengan tentera laut, dan harus menghantarkan anak saudaranta, Huey, Dewey, dan Louie, kepada Uncle Scrooge, yang selanjutnya harus mengurus mereka. Peranan Donald dalam seluruh siri ini sangat sedikit, dan hanya muncul dalam beberapa episod.
Donald juga memainkan peranan penting dalam Mickey Mouse Works dan House of Mouse. Dia memiliki kartunnya sendiri dalam Mickey Mouse Works, selain itu ketika judul kartun tersebut ("Mickey Mouse Works") muncul, dia selalu muncul dengan berbagai cara untuk menunjukan tulisan "starring Donald Duck"(contohnya menaiki balon udara). Dalam House of Mouse, dia bersama Mickey Mouse dan temannya yang lain mengurus sebuah kelab malam. Kelab tersebut selalu menayangkan filem kartun Donald, Mickey, Pluto, Minnie, Daisy, Goofi dan Profesor Drake.
Donald dalam komik
suntingKetika kartun Donald menikmati popularity yang tinggi di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, komik-komik Donald baik yang mingguan ataupun bulanan menikmati populariti terhebatnya di banyak negara-negara Eropah, bukan sahaja di Norway dan Finland, tapi juga Denmark, Jerman, Itali, Belanda, dan Sweden. Kebanyakan komik itu diterbitkan oleh Syarikat Disney cawangan Itali di Itali dan oleh Syarikat Disney Egmont di Denmark, Norway, Finland dan Sweden.
Menurut data tentang komik Disney di seluruh dunia, komik-komik Amerika, Itali dan Denmark disebar ke beberapa negara. Hampir antara semua negara di bawah, penerbitan komik Donald masih berlanjutan: Australia, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Austria, Belgium, Belanda, Brazil, Bulgaria, Denmark, Kepulauan Faroe, Estonia, Finlandia, Guyana, Hungary, India, Indonesia, England, Iceland, Israel, Itali, Jerman, Colombia, Latvia, Lithuania, Mexico, Mesir, Norway, Perancis, Poland, Portugal, Romania, Russia, Slovenia, Spain, Sweden, Thailand, China, Turki, Yunani, dan bekas Yugoslavia
Perkembangan awal
suntingWalaupun sebuah penerbitan Disney yang bernama Mickey Mouse Annual pada tahun 1931 menyebutkan sebuah watak bernama Donald Duck, watak ini muncul pertama kali dalam komik akhbar yang berdasarkan pada filem pendek The Wise Little Hen dan diterbitkan tahun 1934, untuk beberapa tahun kemudian, Donald muncul dalam beberapa jalur komik Disney, dan pada tahun 1936, dia telah berkembang menjadi salah satu watak paling popular dalam komik jalur Silly Symphonies . Ted Osborne adalah penulis utama komik jalur tersebut, bersama Al Taliaferro sebagai artisnya. Osborne dan Taliaferro juga memperkenalkan beberapa watak pembantu Donald, termasuk anak saudaranya, Huey, Dewey, dan Louie.
Pada tahun 1937, sebuah penerbit Itali bernama Mondadori membuat cerita pertama Donald Duck dalam bentuk buku komik. Cerita 18 halaman yang dibuat oleh Federico Pedrocchi adalah cerita pertama yang mengisahkan Donald sebagai pengembara, bukan sebagai pelawak. Syarikat penerbitan Fleetway di England juga mulai menerbitkan buku komik Donald Duck.
Perkembangan di bawah Taliaferro
suntingSebuah komik jalur harian yang bernama Donald Duck yang dilukis oleh Taliaferro dan cerita ditulis oleh Bob Karp mula muncul di Amerika Syarikat pada 2 Februari 1938. Taliaferro dan Karp membuat lebih banyak watak Dunia Donald Duck. Anjing St. Bernard bernama Lubas, dan keluarganya termasuk sepupunya Gus Goose dan nenek Elvira Coot. Juga munculnya teman wanita Donald, Daisy Duck. Taliaferro juga memberikan Donald sebuah kereta, iaitu kereta berwarna merah mempunyai nombor plat 313 dengan jenis kereta Belchfire Runabout tahun 1934, dalam sebuah cerita di tahun 1938.
Penerbitan bawah Carl Barks
suntingPada tahun 1942, Western Publishing mula membuat komik dan cerita tentang Donald dan watak Disney yang lain. Bob Karp bekerja pada mula, membuat sebuah cerita bernama Donald Duck Finds Pirate Gold. Penerbit baru bererti pelukis baru, seperti Carl Barks and Jack Hannah. Barks kemudiannyaterus membuat komik dengan tema berburu harta karun.
Barks terus mengambil alih penerbitan versi buku komik Donald Duck baik penulis dan pelukis. Di bawah penanya, versi komik Donald Duck bercambah lebih jauh dari rakan animasinya, menjadi lebih banyak tema pengembaraan, tahap kemarahannya dikurangkan, dan lebih pandai. Boris adalah watak satu-satunya dari komik jalur Mickey Mouse yang muncul dalam Dunia Donald Duck.
Barks juga membuat Duckburg untuk tempat tinggal Donald Duck. Di Duckburg juga terdapat beberapa watak pembantu, contohnya Gladstone Gander (1948), Gyro Gearloose (1952), Uncle Scrooge McDuck (1947), Magica de Spell (1961), Flintheart Glomgold (1956), the Beagle Boys (1951), April, May and June (1953), Neighbour Jones (1944) dan John D. Rockerduck (1961). Banyak watak Taliaferro yang juga muncul dalam cerita buatan Carl Barks, termasuk Huey, Dewey, dan Louie. Barks banyak membuat kisah Donald yang beraksi, dan Uncle Scrooge menjadi salah satu watak kegemarannya untuk bergandingan dengan Donald Duck. Populariti Scrooge berkembang, dan pada tahun 1952, Uncle Scrooge akhirnya memiliki komiknya sendiri.
Pada ketika ini, Barks lebih menumpukan usahanya pada cerita-cerita Scrooge, dan kemunculan Donald lebih difokuskan dalam komedi atau dia menjadi pembantu Scrooge, disebabkan dia dikisahkan memiliki banyak sekali hutang kepada bapa saudaranya yang sangat kaya itu.
Donald sebagai Super Donald
suntingWalaupun Donald adalah watak yang pemalas, pemberontak, dan pemarah, namun ia memiliki identiti rahasia sebagai seorang pahlawan yang selalu membela kebenaran. Pada tahun 1969, beberapa orang kanak-kanak memprotes penerbit Donald Duck versi Itali, Mondadori kerana mereka tidak suka jika Donald selalu menjadi watak yang kalah dalam komik. Penulis Guido Martina dan artis Giovan Battista Carpi menjadikan Donald adiwira yang disebut sebagai Super Donald. Di Denmark, aksinya telah diterbitkan dalam sebuah buku kecil yang berjudul "Jumbobøger". Di Finland, Super Donald diterbitkan dalam cerita "Aku Ankan Taskukirja". Pencipta Super Donald juga memperkenalkan Super Donald dalam cerita sebanyak 60 halaman yang berjudul "Paperinik il diabolico vendicatore" yang diterbit dalam 2 bahagian pada 8 Jun dan 15 Jun 1969. Kemunculan pertama cerita bermula ketika Donald mewarisi Villa de Rossa dan di sana dia akan menemukan catatan harian Fantom, penjahat terkenal yang kejahatannya amat melampau. Setelah itu dia meminta bantuan Gyro Gearloose untuk memberinya peralatan. Misi pertamanya adalah mencuri tempat tidur milik Scrooge McDuck. Pada tempat tidur milik Scrooge, terdapat wang sejumlah $1,000,000 dan membuat Gladstone Gander yang disalahkan. Setelah itu Scrooge dan Gladstone Gander bersama polis mengikut jejak pencuri ke Villa de Rossa pada hari berikutnya. Gladstone Gander yang berusaha membersihkan nama baiknya dengan menyiasat villa, namun "lilin" yang dia gunakan adalah sebuah dinamit. Tiba-tiba dia menghancurkan villa dan wang itu berterbangan ke semua tempat. Scrooge menyalahkan Gladstone Gander dan menyatakan tidak akan menuntutnya jika dia mengumpulkan semua wangnya.
Kemudian dia sedar bahawa dia boleh menyelamatkan penduduk Duckburg dengan peralatannya dan meminta bantuan Gyro Gearloose yang juga satu-satunya watak yang mengetahui rahsianya.
Penerbitan bawah Don Rosa
suntingBekerja untuk penerbit Gladstone
suntingPada tahun 1985, dia menemui buku komik terbitan penerbit Gladstone di tingkap kedai komik kecil. Ini adalah komik Amerika Syarikat yang pertama yang berisi tentang watak Disney setelah tahun 1970. Sejak Don Rosa kecil, dia sangat suka dengan cerita Donald Duck dan Scrooge McDuck. Artis Carl Barks juga suka dengannya dan terus menyukainya selama sisa kerjayanya. Barks segera memanggil penyunting Gladstone Byron Erickson dan memberitahunya bahawa Don Rosa adalah salah seorang rakyat Amerika yang lahir untuk menulis dan melukis komik Scrooge McDuck. Byron setuju dan membiarkannya mengirim ceritanya, dan Don Rosa mulai menulis cerita pertamanya, Son of the Sun yang dibintangi oleh Scrooge McDuck, Donald Duck, Huey, Dewey, dan Louie, dan Flintheart Glomgold. Kisah Son of the Sun berjaya dan dicalonkan dalam Harvey Award.
Don Rosa juga menulis beberapa komik lainnya untuk Gladstone hingga tahun 1989. Dia akhirya berhenti bekerja untuk Gladstone kerana peraturan Disney yang tidak membenarkan cerita asal lukisan artis untuk dikembalikan kepada artis. Hal ini tidak diterima oleh Don Rosa, kerana sebahagian pendapatannya adalah menjual ceritanya yang asli, tanpa pendapatan tambahan itu, ia tidak boleh hidup sebagai pelukis buku komik.
Bekerja untuk penerbit Oberon
suntingSetelah dia berhenti bekerja untuk Gladstone, dia bekerja untuk penerbitan Belanda, Oberon yang menerbit majalah Disney untuk kanak-kanak yang bernama DuckTales (berdasarkan filem animasinya pula) kerana Oberon menawarkannya gaji yang lebih besar berbanding ketika dia di penerbitan Gladstone. Don Rosa hanya membuat 1 naskah, iaitu Back in Time for a Dime, setelah itu penerbit Oberon tidak memintanya untuk membuat lebih banyak lagi, dan juga kerana masalah dalam menerima gaji, Don Rosa tidak peduli.
Bekerja untuk penerbit Egmont
sunting[[Berkas:drosa.jpg|thumb|250px|left|Don Rosa mengunjungi Finland tahun 1999]]Setelah dia bekerja untuk majalah DuckTales, Don Rosa mendapati bahawa penerbit Denmark, Egmont (pada waktu itu disebut Gutenberghus) telah menerbitkan ceritanya dan ingin lebih banyak lagi. Don bergabung dengan Egmont pada tahun 1990 bersama Byron Erickson, penyunting Gladstone sebelumnya.
Pada tahun 1991, dia mula membuat kisah The Life and Times of Scrooge McDuck, sebuah cerita dalam 12 bahagian tentang watak kegemarannya. Cerita ini sangat berjaya, dan pada tahun 1995, ia memenangkan Anugerah. Setelah itu,, Don mulai menerbitkan bahagian yang hilang. Beberapa bahagian tambahan tidak diterbitan kerana mereka tidak tertarik lagi dengan episod tersebut, namun, penerbit Perancis, Piscou menerbitkan cerita itu, lalu sejak tahun 1999, Don Rosa mula bekerja dengan Picsou. Kisah tambahan ini disebut dengan Life and times of Scrooge McDuck Companion.
Selain itu, dia juga banyak membuat karya lain, contohnya salasilah keluarga Duck, dia juga membuat banyak kisah pengembaraan Donald Duck dan Scrooge McDuck.
Tanggapan atas karyanya
suntingDia sangat terkenal di Eropah, namun di tanah kelahirannya, Amerika Syarikat, dia tidak terlalu terkenal.[5] Selain itu, tidak semua peminat dari Carl Barks senang dengan apa yang dia lakukan, malah beberapa orang mengatakan bahawa Don Rosa telah menghancurkan dunia yang telah dibuat oleh Barks.
Donald pada masa kecilnya
suntingKadang-kala pada beberapa komik tentang Donald Duck pada masa kecilnya, yang akrab disebut Doni Duck. Pada masa kecilnya, dia tinggal bersama dengan Nenek Elvira Coot. Dia bersekolah di situ dan berkawan dengan beberapa temannya, terutama dengan Barni Luis, Betty Lou, dan Tom. Donald pada masa kecil memakai baju kelasi seperti ketika dia dewasa. Sifat Donald pada masa kecilnya sangat jahil, nakal dan aktif.
Terbitan lain
suntingPenulis-penulis melanjutkan untuk menggunakan Donald dalam ceritanya di seluruh dunia, contohnya beberapa artis dari studio Disney, yang membuat komik yang ditujukan untuk pasaran Eropah. 2 daripada mereka adalah Dick Kinney dan Al Hubbard yang membuat watak baru, iaitu sepupu Donald yang selalu menjadi punca kekacauan, Fethry Duck yang muncul buat pertama kali dalam cerita The Health Nut.
Artis Amerika Syarikat, Vic Lockman dan Tony Strobl, yang bekerja untuk komik Amerika, membuat watak Moby Duck. Strobl adalah salah satu artis Disney yang paling produktif, dan menggambar banyak cerita yang ditulis oleh Barks setelah dia bersara. Pada tahun 1990, naskah-naskah ini dilukis kembali oleh artis Belanda, Daan Jippes.
Giogio Cavazzano dan Carlo Chendi membuat watak Humphrey (Umperio Bogarto dalam bahasa Itali) yang merupakan seorang detektif dan memiliki pembantu, iaitu Fethry Duck. Giogio Cavazzano dan Carlo Chendi juga membuat watak bernama O.K Quack, seekor itik luar angkasa yang mendarat di Bumi dari kapal terbang yang dalam bentuk syiling. Namun dia kehilangan kapal terbangnya, dan menemani Scrooge, kini dia dibenarkan Scrooge untuk mencari piring terbangnya di Gudang Duit Scrooge McDuck.
Romano Scarpa, artis Disney yang sangat penting dan berpengaruh, membuat watak Brigitta McBridge, seekor itik wanita yang sangat mencintai Scrooge. Walaupun dia selalu ditolak Scrooge, Brigitta terus cuba merebut hatinya. Scarpa juga membuat Dickie Duck, cucu Glittering Goldie (cinta pertama Scrooge sewaktu dia masih muda di Klondike) dan Kildare Coot, anak saudara dari Nenek Duck.
Artis Itali Corrado Mastantuono membuat watak Bum Bum Ghigno, seekor itik yang sinis dan suka mengeluh yang bekerja sama dengan Donald dan Gyro Gearloose.
Artis Amerika William van Horn juga memperkenalkan watak baru: Rumpus McFowl, seorang itik tua dengan kemalasannya, yang dikatakan sebagai saudara Scrooge. Namun, Scrooge akhirnya mengetahui tentang persaudaraan Rumpus adalah sebahagian daripada keluarganya. Kemudiannya, Rumpus turut mengetahuinya.
Artis Disney paling produktif hari ini adalah Victor Arriagada Rios, yang lebih dikenali dengan nama Vicar. Dia memiliki studionya sendiri. Dia dan pembantunya melukis cerita yang dikirim oleh Egmont. Vicar membuat watak puteri Oona, seorang puteri dari zaman batu yang muncul di Duckburg pada tahun 1990 dengan menggunakan mesin waktu Gyro Gearloose.
Artis lain adalah Freddy Milton dan Daan Jippes yang membuat kisah yang dinyatakan oleh beberapa orang bahawa hasilnya sebaik dengan hasil karya Carl Barks.
Artis Jepun Shiro Amano mengadaptasi Donald ke dalam grafik manga dalam permainan Kingdom Hearts.
Donald Duck dalam permainan video
suntingDonald Duck muncul dalam beberapa permainan, baik dalam Sony PlayStation, Sony PlayStation 2, permainan komputer, Nintendo 64, Nintendo GameCube, Sega Dreamcast dan Game Boy Advance. Contohnya, dalam permainan Disney's Donald Duck: Goin' Quackers (dilancarkan pada tahun 2000, 2001, 2002), yang dapat dimainkan dengan Nintendo 64, Nintendo GameCube, Sony PlayStation, Sony PlayStation 2, dan Sega Dreamcast, dia harus berusaha mengatasi Gladstone Gander dalam menyelamatkan Daisy Duck. Ia akan menghadapi musuh-musuh dan halangan yang harus ditempuhi. Dalam permainan Kingdom Hearts, yang dapat dimainkan dengan Sony PlayStation 2 (dirilis tanggal 28 Mac 2002). Dalam permainan tersebut, Donald menjadi penyihir di Istana Disney dan harus bersama Sora dan Goofy menyelamatkan Raja Mickey. Dalam permainan itu, Donald berlatarkan suara Tony Anselmo untuk versi Bahasa Inggeris dan Kōichi Yamadera untuk versi bahasa Jepun. Dalam permainan [Disney's PK: Out of the Shadows (dilancar pada 30 November 2002) , dia berperanan sebagai Super Donald yang dibawa ke masa hadapan untuk membantu melawan makhluk asing[6]. Permainan lainnya yang ada peranan Donald adalah:
- Donald Duck's Playground (1984)
- Donald's Alphabet Chase (1988)
- Quackshot (1991)
- The Lucky Dime Caper starring Donald Duck (1991)
- World of Illusion Starring Mickey Mouse and Donald Duck (1992)
- Deep Duck Trouble Starring Donald Duck (1993)
- Disney's Magical Quest 3 Starring Mickey and Donald (1995), (2005)
- Maui Mallard in Cold Shadow (1996)
- Disney's Donald Duck: Goin' Quackers (2000)
- Mickey's Speedway USA (2000)
- Kingdom Hearts (2002)
- Disney Golf (2002)
- Disney's PK: Out of the Shadows (2002)
- Kingdom Hearts: Chain of Memories (2004)
- Kingdom Hearts II (2005)
Donald Duck sebagai maskot
suntingMaskot Tentera Udara Amerika Syarikat
suntingDonald muncul sebagai maskot di Skuadron Perajurit ke-309 Army Air Corps[7] dan United States Coast Guard Auxiliary yang menunjukan Donald sebagai tentera laut yang siap untuk mempertahankan pantai Amerika Syarikat dari para penyerang[8]. Donald juga muncul sebagai maskot dari Skuadron Perajurit ke-415, Skuadron Perajurit ke-438, Skuadron Bombardmen ke-479, Bombardmen ke-531.
Pada tahun 1984, ketika perayaan ulang tahun ke-50 Donald, US Army mengangkat Donald menjadi sarjan kerana peranannya dalam filem sepanjang Perang Dunia II. Upacara untuk Donald sama dengan upacara kenaikan pangkat tentera lain, dengan Donald mengenakan seragam militer dan menerima sijil serta lencana sarjan, setelah itu dia memeluk Daisy Duck dalam kegembiraan.
Maskot pasukan olahraga Oregon Ducks
suntingDonald Duck adalah satu-satunya watak filem popular yang muncul sebagai maskot untuk pasukan olahraga, dan Donald Duck digunakan sebagai maskot oleh Universiti Oregon, dan pasukan olahraga itu bernama Oregon Ducks.
Pada tahun 1984, Donald Duck diberi penghormatan oleh Universiti Oregon ketika perayaan ulang tahunnya ke-50. Ketika kunjungan ke Lapangan Terbang Eugene, 3000 sampai 4000 peminat berkumpul untuk mepersembahkan topi akademi dan gaun untuk Donald. 1000 penduduk dari kawasan kediaman di situ mendatangani ucapan tahniah pada Donald, dan dokumen itu adalah kini sebahagian dari arkib Disney.
Sebagai barangan berjenama
suntingNama dan gambar Donald juga digunakan dalam beberapa barangan komersil, salah satunya adalah jenama Donald Duck Orange Juice yang diperkenalkan oleh Citrus World tahun 1940.
Ajukan Donald Duck
suntingPada tahun 1950, sebuah majalah ajukan Mad Magazine yang mengajuk Mickey Mouse (disebut "Mickey Rodent" dan dibuat oleh "Walt Dizzy") juga mengajuk Donald Duck dengan nama "Darnold Duck" yang suara Ducknya telah diterjemahkan untuk pembaca.
Dakwaan berkenaan Donald Duck
suntingArne Anka
suntingDi Sweden, seorang artis komik bernama Charlie Christensen berbalah dengan Disney kerana karyanya Arne Anka terlihat serupa dengan Donald Duck (Arne adalah pemabuk yang pesimistik). Charlie lalu melukis komik jalur tentang Arne yang mengarang kematiannya, lalu dia melakukan pembedahan plastik dan muncul lagi sebagai Arne X dengan paruh gagak.
Donald Dach
suntingPada tahun 1991, syarikat Disney menuntut seorang pelukis Israel, Dudu Geva kerana masalah hak cipta dan Disney menyatakan bahawa watak buatan Dudu Geva, "Donald Dach" dalam cerita "Moby Duck" adalah ciplak Donald Duck kerana keserupaannya[9]. Pengadilan memutuskan agar Geva membayar denda dan menghilangkan semua bukunya.
Howard the Duck
suntingDisney menekan Marvel kerana watak yang merupakan salah satu watak komik Marvel, Howard the Duck mirip dengan Donald Duck, sehingga watak tersebut diulang rekaannya.
Donald Duck dan Holywood Walk of Fame
suntingPada tahun 2004, Donald dianugerahkan Hollywood Walk of Fame di 6840 Hollywood Blvd[10] bersama watak lain seperti Mickey Mouse, Bugs Bunny, Woody Woodpecker, The Simpsons, Winnie the Pooh, Kermit, Godzilla dan Snow White.
Karya
suntingFilem
sunting- Saludos Amigos (1942)
- The Three Caballeros (1944)
- Fun and Fancy Free (1947)
- Mickey’s Christmas Carol (1983)
- Good Morning, Mickey! (1983)
- Who Framed Roger Rabbit (1988)
- Mickey's 60th Birthday (1988)
- Prince and the Pauper (1990)
- A Goofy Movie (1995)
- Fantasia 2000 (1999)
- Mickey's Once Upon a Christmas (1999)
- Mickey's Magical Christmas: Snowed in at the House of Mouse (2001)
- Mickey's PhilharMagic (2003)
- Mickey's House of Villains (2003)
- Donald Enters Dave Rancilio! (2003)
- Mickey's Twice Upon a Christmas (2004)
- Mickey, Donald, Goofy: The Three Musketeers (2004)
- Disneyland: The First 50 Magical Years (2005)
Siri telvisyen
sunting- DuckTales (1987-1990)
- Donald Duck Presents
- Donald's Quack Attack
- Bonkers (1993-1995)
- Quack Pack (1996-1997)
- Mickey Mouse Works (1999-2000)
- House of Mouse (2001-2003)
- Mickey Mouse Clubhouse (2006)
- The Next Best Thing (2007)
Permainan video
sunting- Donald Duck's Playground (1984)
- Donald's Alphabet Chase (1988)
- Quackshot (1991)
- The Lucky Dime Caper starring Donald Duck (1991)
- World of Illusion Starring Mickey Mouse and Donald Duck (1992)
- Deep Duck Trouble Starring Donald Duck (1993)
- Disney's Magical Quest 3 Starring Mickey and Donald (1995), (2005)
- Maui Mallard in Cold Shadow (1996)
- Disney's Donald Duck: Goin' Quackers (2000)
- Mickey's Speedway USA (2000)
- Kingdom Hearts (2002)
- Disney Golf (2002)
- Disney's PK: Out of the Shadows (2002)
- Kingdom Hearts: Chain of Memories (2004)
- Kingdom Hearts II (2005)
Buku komik
suntingAmerika Syarikat
sunting- Walt Disney's Comics and Stories
- Donald Duck
- Uncle Scrooge
- Uncle Scrooge Adventures
- Donald Duck Adventures
- Mickey and Donald
- DuckTales
- Donald and Mickey
- Donald Duck and Mickey Mouse
- Walt Disney Giant
- Walt Disney's Comics and Stories Penny Pincher
- Uncle Scrooge and Donald Duck
- The Adventurous Uncle Scrooge McDuck
Belanda
sunting- Donald Duck
- Donald Duck pocket
- Donald Duck extra
- De beste verhalen van Donald Duck albums
- Donald Duck dubbelpocket
- Donald Duck vakantieboek
- Donald Duck mini-pocket
Czech
sunting- Kačer Donald
Denmark
sunting- Anders And & Co.
- Anders And tambahan.
- Jumbobog.
- Mammutbog.
Finland
sunting- Aku Ankka
- Aku Ankan taskukirja
- Aku Ankka Sarjistambahan
- Aku-Palat
- Roope-setä
- Iines
Indonesia
sunting- Album Donald Duck
- Poket Paman Scrooge
Itali
sunting- Paperino giornale (1930s)
- Topolino (libretto)
- Zio Paperone
Jepun
sunting- Kingdom Hearts - (adaptasi manga oleh Shiro Amano)
- Kingdom Hearts: Chain of Memories - (adaptasi manga oleh Shiro Amano)
- Kingdom Hearts II - (adaptasi manga oleh Shiro Amano)
Jerman
sunting- Micky Maus Magazin
- Lustiges Taschenbuch
- Die tollsten Geschichten von Donald Duck
Latvia
sunting- Donalds Daks
Lithuania
sunting- Donaldas ir Kiti
Norway
sunting- Donald Duck & Co.
- Mikke Mus
- Donald Duck Pocket / Onkel Skrue Pocket
- Fantonald
Perancis
sunting- Le Journal de Mickey
- Hardi présente Donald
- Picsou magazine
- Mickey Parade Geant
- Super Picsou Géant
Poland
sunting- Kaczor Donald
Sweden
sunting- Kalle Anka & C:o
- Kalle Ankas Pocket
Slovakia
sunting- Káčer Donald
Yunani
sunting- Ντόναλντ
- Μίκυ Μάους
- Κόμιξ
- Κλασικά
- Αλμανάκο
- Μίννι
Vietnam
sunting- Donald và bạn hữu
Pelukis terkenal
suntingDonald dalam berbagai bahasa
suntingCatatan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Donald Duck. |
- ^ "Donald Duck". Disney Archives. Disney. Dicapai pada 2007-08-30.
- ^ "All Hands On Duck". Quack Pack. TV.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-10-04.
- ^ "When is Donald Duck's birthday? When did he debut?". Guest Services. Disney. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-01. Dicapai pada 2007-10-04.
- ^ a b Malone, Patrick A. "The Wise Little Hen". The Encyclopedia of Disney Animated Shorts. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-10. Dicapai pada 2007-06-09. Cite has empty unknown parameters:
|month=
dan|coauthors=
(bantuan) - ^ Kutipan: Di Amerika Syarikat bahkan jirannya tidak tahu apa yangd ia lakukan, ketika dia di Eropah, dia dilayankan bagaikan bintang muzik.
- ^ Tentang permainan PK: Out of Shadow di mobygames.com
- ^ "309th Fighter Squadron". 31st Figher Group.
- ^ Noble, Dennis L. (2001-06). "The Corsair Fleet". The Beach Patrol and Corsair Fleet. Coast Guard. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Becher, Nir. "The Duck". Haaretz. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-01. Dicapai pada 30-8-2007. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Donald Duck". Hollywood Icons. Hollywood Chamber of Commerce.
Pautan luar
sunting- (Inggeris)Salasilah keluarga Donald Duck
- (Inggeris)Profil Donald di Inducks
- (Inggeris)Toonopedia: Donald Duck
- (Inggeris)Ensiklopedia filem pendek animasi Disney - Donald Duck Diarkibkan 2010-01-19 di Wayback Machine
- (Inggeris)Disney's Hoo Zoo - Donald Duck
- (Inggeris)Disneyania Diarkibkan 2007-11-18 di Wayback Machine
- (Inggeris)DuckMaster
- (Inggeris)Duckhunt
- (Inggeris) Artikel tentang karya Don Rosa Diarkibkan 2007-04-07 di Wayback Machine
- (Inggeris) (Perancis) Duckstories Data Don Rosa dan Carl Barks
- (Suec)Kalle Anka & C:o - Porträtt av Kalle
- (Suec)Nationella Ankistförbundet i Sverige (kvack)
- (Suec)Forum Donald Duck
Senarai bacaan
sunting- Ariel Dorfman, Armand Mattelart, David Kunzle (trans.), How to Read Donald Duck: Imperialist Ideology in the Disney Comic ISBN 0-88477-023-0 (Anti-Donald Duck Marxist Critique)
- Walt Disney Productions, Walt Disney's Donald Duck: 50 Years of Happy Frustration, Courage Books, May 1990 ISBN 978-0-89471-530-3.