PlayStation

(Dilencongkan daripada Sony PlayStation)

PlayStation (Jepun: プレイステーション, Hepburn: Pureisutēshon, dipendekkan secara rasmi sebagai PS) ialah sebuah jenama permainan video yang terdiri daripada empat buah konsol permainan video, dua buah konsol permainan video mudah alih, sebuah peranti telefon pintar serta beberapa buah majalah rasmi. Ia dicipta dan dimiliki oleh Sony Interactive Entertainment semenjak Januari 3 1994, pada masa konsol pertama Sony, PlayStation dilancarkan di Jepun[1]

Sony PlayStation
Jenis produkKonsol permainan video
Syarikat penerbitan
(Filem dan siri TV)
PemilikSony Interactive Entertainment
Negara asalMinami-Aoyama, Minato, Tokyo, Jepun
Diperkenalkan3 Januari 1994; 30 tahun yang lalu (1994-01-03)
PasaranSeluruh dunia

Konsol asal dalam siri produk ini merupakan konsol permainan video pertama yang mencapai hasil jualan sebanyak 100 juta unit, 9 tahun dan 6 bulan selepas pelancaran rasmi.[2] Pengganti kepada konsol asal, PlayStation 2, yang dikeluarkan pada tahun 2000, merupakan antara konsol yang paling laris di pasaran, mencapai hasil jualan lebih daripada 155 juta unit sejak Januari 28 2012.[3] Konsol PlayStation 3 yang merupakan pengganti kepada konsol PlayStation 2, dikeluarkan pada tahun 2006, telah terjual lebih daripada 80 juta unit di seluruh dunia setakat Januari 2013.[4] Manakala, konsol terkini daripada Sony, PlayStation 4, yang dikeluarkan pada tahun 2013, telah terjual sebanyak 1 juta unit pada masa 24 jam pertama selepas pelancaran, dan merupakan konsol yang paling cepat terjual dalam sejarah.[5]

Konsol mudah alih pertama di bawah jenama ini, dikenali sebagai PlayStation Portable (PSP), telah terjual sebanyak 80 juta unit setakat November 2013.[6] Penggantinya, PlayStation Vita, yang telah dilancarkan di Jepun pada Januari 17 2011 dan kebanyakkan kawasan lain pada bulan Februari 2012, telah terjual lebih daripada 4 juta unit setakat Januari 2013.[7] Sony juga mengeluarkan sebuah mikrokonsol yang dikenali sebagai PlayStation TV.[8] Selain itu, peranti lain yang dikeluarkan di bawah jenama PlayStation termasuklah PlayStation X, iaitu sebuah perakam video digital yang diintergrasikan daripada konsol PlayStation dan PlayStation 2 dan hanya dikeluarkan di kawasan Jepun sahaja.

Di bawah jenama PlayStation juga, Sony memperkenalkan beberapa aplikasi dan servis dalam talian yang dikenali sebagai PlayStation Network yang mempunyai pengguna berdaftar sebanyak 110 juta di seluruh dunia (setakat Julai 2013).[9] Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah kedai dalam talian yang diberi nama PlayStation Store, yang membolehkan pengguna melakukan pembelian permainan video dan bahan multimedia lain; servis atas talian berbayar yang dikenali sebagai PlayStation Plus dan PlayStation Home, perkhidmatan media sosial berteraskan grafik 3D yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan pemain lain yang telah ditamatkan perkhidmatannya pada 31 Mac 2015,[10] dan PlayStation Mobile (sebelum ini dikenali sebagai PlayStation Suite) yang merupakan kerangka perisian yang membawakan kandungan PlayStation kepada peranti mudah alih yang disahkan memiliki keupayaan menjalankan fungsi kerangka PlayStation Mobile. Setakat ini hanya peranti berasaskan sistem operasi Android sahaja yang memiliki pengesahan daripada Sony untuk menjalankan fungsi PSM.Namun pada tahun 2020,Sony Dijangkakan Akan Mengeluarkan PlayStation 5 atau PS5.[11]

Sejarah

sunting

Idea asal

sunting
 
Logo asal PlayStation

Sejarah penciptaan jenama dan produk PlayStation bermula seawal tahun 1988, bilamana Sony dan Nintendo bekerjasama dalam membangunkan teknologi penggunaan CD-ROM untuk konsol Super Famicom.[12] Walaupun Nintendo menafikan mengenai projek kerjasama dengan Sony lewat bulan Mac 1991,[13] Sony memperkenalkan konsol Super Famicom dengan pemain CD-ROM terbina, yang menggunakan teknologi Green Book atau CD-i yang dikenali sebagai "Play Station" (atau dikenali sebagai SNES-CD) dalam acara Consumer Electronics Show pada Jun 1991.[14] Sehari selepas Sony memperkenalkan konsol Super Famicom ini, pihak Nintendo mengumumkan bahawa mereka tidak ingin meneruskan projek kerjasama dengan Sony, dan memilih Philips sebagai rakan kerjasama baru dengan menggunakan teknologi dan konsep yang sama.[15] Projek kerjasama ini dihentikan Nintendo oleh kerana mereka tidak mencapai kata sepakat mengenai persetujuan keuntungan yang akan dibahagikan antara dua syarikat ini.[14] Pembatalan projek kerjasama ini membuatkan presiden Sony pada ketika itu, Norio Ohga sangat kecewa dan disebabkan perkara ini, Ohga melantik Ken Kutaragi untuk meneruskan projek PlayStation bagi menandingi konsol yang dikeluarkan Nintendo.[15]

Walaupun projek kerjasama Nintendo-Sony dibatalkan, Nintendo masih lagi berunding dengan pihak Sony dengan menawarkan mereka kontrak yang bukan berasaskan pembangunan konsol permainan video di bawah projek kerjasama Nintendo-Philips. Tawaran ini ditolak serta-merta oleh Kutaragi yang semakin mendapat kritikan atas usahanya untuk memasuki pasaran konsol permainan video daripada pihak dalaman Sony. Akhirnya, projek kerjasama Nintendo-Sony secara rasminya berakhir pada bulan Mei 1992. Beberapa pihak atasan Sony termasuklah Kutaragi, presiden Sony pada ketika itu, Ohga, dan beberapa ahli lembaga pengarah mengadakan mesyuarat pada bulan Jun 1992 bagi membincangkan nasib projek PlayStation ini. Dalam mesyuarat tersebut, Kutaragi telah memperkenalkan prototaip konsol permainan video yang menggunakan CD-ROM dan mampu menjana grafik 3D. Ohga menyatakan pendiriannya untuk meneruskan projek ini, lebih-lebih lagi setelah Kutaragi mengingatkan beliau akan penghinaan yang dibuat Nintendo (berkaitan dengan pembatalan projek kerjasama Nintendo-Sony).[16] Walaupun begitu, kebanyakan mereka yang berada dalam mesyuarat tersebut menentang idea Kutaragi ini. Disebabkan terlalu ramai yang menentang idea konsol permainan video Sony, Kutaragi dan pasukannya terpaksa dipindahkan dari ibu pejabat Sony ke Sony Music Entertainment, entiti yang berasingan yang dimiliki Sony bagi mengekalkan projek ini serta menjaga hubungan baik Sony dengan Philips bagi pembangunan projek MMCD (yang akhirnya membawa kepada penciptaan DVD)[15].

Peranan SCEI

sunting

Semasa dalam Sony Music Entertainment, Kutaragi bekerja bersama-sama dengan Ketua Pengarah Eksekutif Sony Music pada ketika itu, Shigeo Maruyama dan Akira Sato untuk membentuk sebuah entiti yang diberi nama Sony Computer Entertainment Inc. (SCEI) pada 16 November 1993.[17] Di awal penubuhan SCEI, Sony Music banyak membantu dalam mendapatkan mereka yang berpengalaman dalam dunia kreatif serta membantu dalam mereka cipta dan memasarkan cakera padat, sesuatu yang Sony Music telah lakukan pada cakera padat audio mereka. Beberapa ahli utama SCEI pada ketika itu ialah Terry Tokunaka, presiden SCEI dari ibu pejabat Sony serta Olaf Olafsson.[17] Olafsson merupakan ketua pengarah eksekutif Sony Interactive Entertainment yang berpangkalan di New York, dan merupakan syarikat induk kepada Sony Computer Entertainment of America (SCEA) yang ditubuhkan pada tahun 1994[18].

Projek PlayStation, projek rasmi SCEI pertama, mendapat lampu hijau daripada ahli lembaga pengarah Sony pada tahun 1993 selepas melakukan beberapa siri penyelidikan dan pembangunan sebelum itu. Pada tahun 1993 juga, Phil Harrison direkrut oleh SCEI untuk menarik pembangun dan pengeluar untuk membangunkan permainan video bagi konsol PlayStation baru Sony; dan dilantik sebagai presiden Sony Computer Entertainment Worldwide Studios selepas itu.[15]

Selepas Sony melakukan siri demonstrasi konsol terbaru mereka serta pelan promosi kepada pembangun permainan video dan pengeluar di Tokyo pada tahun 1994, beberapa pembangun mula menghubungi Sony untuk maklumat lanjut.[19] Dua daripadanya kemudian menjadi rakan kongsi utama SCEI iaitu Electronic Arts di kawasan Barat dan Namco di kawasan Jepun. Faktor utama yang menarik perhatian pembangun dan pengeluar permainan video ialah keupayaan konsol menjana grafik 3D serta kos pengeluaran CD-ROM yang lebih rendah dan mudah untuk diproses berbanding penggunaan katrij yang digunakan untuk konsol keluaran Nintendo pada ketika itu.[19] Konsol pertama Sony PlayStation akhirnya dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 1994, dan hasil jualan yang sangat memberangsangkan oleh kerana harga jualan yang lebih rendah berbanding konsol Sega Saturn yang telah dilancarkan lebih awal. Populariti konsol PlayStation ini juga tersebar dengan meluas selepas pelancaran di kawasan lain seperti di Eropah dan Amerika Utara.[15]


Konsol utama

sunting

PlayStation

sunting
Model awal PlayStation
Model semakan PSone

Konsol PlayStation asal ini mula dilancarkan di Jepun pada 3 Disember 1994 dan merupakan konsol pertama dikeluarkan di bawah jenama PlayStation. Konsol ini merupakan sebahagian daripada konsol permainan video generasi kelima yang mana ia bersaing dengan beberapa konsol utama lain seperti Nintendo 64 dan Sega Saturn. Beberapa model semakan telah dikeluarkan yang menyaksikan beberapa perubahan dari segi bilangan sambungan dan bicu dan lokasinya. Terdapat juga model yang dikhaskan untuk pembangun yang dikenali sebagai Net Yaroze. Konsol ini mencatatkan jualan sebanyak 102.49 juta unit di seluruh dunia sehingga Disember 2003, dan merupakan konsol permainan video pertama yang mencatatkan jualan lebih daripada 120 juta unit.[2]

PS One

sunting

PS One ialah model semakan konsol PlayStation yang mengalami perubahan drastik berbanding model asal.[20] Dari segi fizikal, konsol ini memiliki saiz badan yang lebih kecil dan ringan serta hadir dengan warna putih. Ia telah dikeluarkan pada 7 Julai 2000,[21] serentak dengan pelancaran konsol PlayStation 2.

PlayStation 2

sunting
 
PlayStation 2 model asal (kiri) dan model Slim (kanan) bersama alat pengawal DualShock 2 dan kad memori

Konsol PlayStation 2 yang merupakan konsol pengganti kepada PlayStation telah dilancarkan pada tahun 2000. Beberapa fungsi tambahan telah ditambah dalam konsol ini seperti keupayaan memainkan media DVD yang menawarkan jalan cerita permainan video yang lebih panjang berbanding penggunaan CD-ROM. Walaupun begitu, PlayStation 2 masih juga boleh memainkan hampir kesemua permainan video yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation. Model semakan juga telah dikeluarkan yang memiliki badan konsol yang lebih kecil dan ringan serta memiliki sambungan Ethernet terbina di bahagian belakang konsol. PlayStation 2 merupakan sebahagian daripada konsol permainan video generasi keenam dan bersaing bersama konsol utama lain seperti Nintendo GameCube dan Xbox yang telah dilancarkan lebih awal.

Model Slimline

sunting

Dikeluarkan pada tahun 2004, empat tahun selepas pelancaran rasmi model asal konsol PlayStation 2, model Slimline ini merupakan model semakan pertama bagi konsol ini. Berbanding dengan model terdahulu, model Slimline memiliki saiz badan konsol yang lebih kecil dan ringan, tidak mengeluarkan bunyi yang tinggi serta terdapat sambungan Ethernet terbina.[22] Pada tahun 2007, Sony mengeluarkan model semakan daripada model Slimline ini dengan penawaran berat konsol yang semakin ringan. Manakala pada tahun 2008 pula, Sony mengeluarkan model semakan untuk Slimline sekali lagi dengan merombak reka bentuk dalaman konsol ini dan menggabungkan bekalan kuasa AC ke dalam konsol itu sendiri.[23]

PlayStation 3

sunting
 
PlayStation 3 model asal (kiri) dan model Slim (kanan) bersama alat pengawal DualShock 3

Konsol PlayStation 3 merupakan konsol utama ketiga di bawah jenama PlayStation. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 17 November 2006 di kawasan Amerika Utara. Konsol ini merupakan konsol pertama yang menawarkan alat kawalan yang menggunakan fungsi pengesanan pergerakan menerusi alat pengawal Sixaxis yang diperkenalkan pada masa awal konsol ini diperkenalkan sebelum alat pengawal DualShock 3 mengambil alih. Selain itu, konsol PlayStation 3 juga berkeupayaan memainkan permainan video dalam media cakera Blu-ray yang menawarkan grafik permainan video berdefinisi penuh. Pada awalnya, konsol ini menawarkan storan terbina berkapasiti 20GB atau 60GB, namun begitu, penawaran kapasiti ini meningkat secara mendadak lebih setahun kemudiannya dengan pengguna ditawarkan PlayStation 3 dengan kapasiti sehingga 500 GB. Beberapa model semakan juga dikeluarkan untuk konsol ini seperti Slim dan Super Slim yang berbeza dari segi fizikal.

PlayStation 3 merupakan sebahagian daripada konsol permainan video generasi ketujuh dan bersaing dengan beberapa konsol utama lain seperti Xbox 360 dan Nintendo Wii. Setakat November 2013, konsol ini telah terjual sebanyak 80 juta unit di seluruh dunia.[4]

PlayStation 4

sunting
 
PlayStation 4 dengan alat pengawal DualShock 4

Konsol PlayStation 4 merupakan konsol utama yang paling terkini daripada Sony Computer Entertainment. Ia mula diumumkan pada 20 Februari 2013 semasa sidang akhbar di mana Sony juga turut mengumumkan beberapa spesifikasi mengenai konsol terbaharu mereka.[24][25] Konsol ini dilancarkan secara rasmi pada suku tahun keempat 2013. Beberapa fungsi terbaharu diperkenalkan pada konsol ini seperti beberapa servis dalam talian serta pengenalan kepada PlayStation App yang membolehkan pengguna PlayStation 4 menggunakan peranti mudah alih mereka sebagai paparan kedua.[26]

Konsol ini lebih menekankan media sosial[26] yang mana alat pengawal DualShock 4 memiliki butang Share yang membolehkan pemain berkongsi paparan permainan video mereka kepada rakan-rakan lain. Beberapa model semakan telah dikeluarkan untuk konsol PlayStation 4 ini seperti model Slim dan Pro. PlayStation 4 merupakan sebahagian daripada konsol permainan video generasi kelapan dan bersaing dengan beberapa konsol utama lain seperti Nintendo Wii U dan Xbox One.


Konsol mudah alih

sunting

PocketStation

sunting
 
PocketStation

PocketStation merupakan konsol permainan video mudah alih yang dikeluarkan oleh Sony sebagai sebahagian daripada aksesori tambahan untuk konsol PlayStation.[27] Ia telah dikeluarkan eksklusif untuk pasaran di Jepun sahaja pada 23 Disember 1999.[28] Ciri-ciri yang terdapat pada konsol ini ialah LCD monokrom, pembesar suara terbina, jam masa nyata serta keupayaan berkomunikasi menggunakan inframerah. Ia juga boleh digunakan sebagai kad memori konsol PlayStation yang biasa dengan dengan menyambungkannya kepada sambungan kad memori pada konsol PlayStation.[27] PocketStation mendapat sambutan yang hangat di Jepun dan Sony merancang untuk mengeluarkan konsol ini ke pasaran Amerika Syarikat, namun begitu rancangan ini tidak menjadi akibat beberapa masalah berkaitan pengeluaran dan permintaan.[29][30]

PlayStation Portable

sunting
 
Model asal PlayStation Portable (PSP-1000)

PlayStation Portable (PSP) merupakan konsol permainan video mudah alih pertama Sony yang bersaing dengan konsol mudah alih utama lain seperti Nintendo DS. Model asal PSP (PSP-1000) telah dikeluarkan pada bulan Disember 2004 dan Mac 2005.[31] Konsol ini merupakan konsol pertama yang menggunakan media berhak cipta yang dikenali sebagai Universal Media Disc (UMD), yang digunakan untuk menyimpan data berkaitan permainan video atau fail lain.[32][33] PlayStation Portable memiliki storan terbina berkapasiti 32 MB, yang boleh ditingkatkan menggunakan kad memori Memory Stick PRO Duo.[34]

Konsol PSP memiliki paparan butang yang sama seperti konsol-konsol PlayStation yang lain iaitu   ('Segi tiga'),   ('Bulat/O'),   ('X') dan   ('Segi empat'), yang kesemuanya berwarna putih.

PSP Go

sunting
 
Piano Black PSP Go (posisi terbuka)

PSP Go merupakan model semakan terbesar yang dibuat oleh Sony untuk PlayStation Portable dan dikeluarkan sekitar bulan Oktober 2009. Tidak seperti model-model PSP terdahulu, PSP Go tidak disertakan dengan pemacu media UMD tetapi memiliki ingatan kilat terbina berkapasiti 16 GB untuk menyimpan permainan video dan fail-fail lain.[35] Kapasiti ini boleh ditingkatkan sehingga 32 GB dengan menggunakan kad Memory Stick Micro (M2). Bateri yang terdapat pada PSP Go juga tidak boleh dicabut atau ditukar oleh pengguna. Model ini menawarkan berat yang lebih ringan sehingga 43% dan lebih kecil sehingga 56% berbanding model asal PSP (PSP-1000),[36] 16% lebih ringan dan 35% lebih kecil berbanding model PSP-3000.[37] Model ini menawarkan paparan skrin LCD bersaiz 3.8 inci[38] dengan resolusi 480 piksel x 272 piksel, dan boleh diluncurkan untuk mendedahkan alat pengawal yang terdapat di bawahnya.[39] Kesemua permainan video yang ditawarkan untuk PSP Go hanya boleh dibeli dan dimuat turun menerusi PlayStation Store oleh kerana model ini tidak menyokong penggunaan UMD yang digunakan untuk model-model PSP sebelumnya. PSP Go juga memiliki sambungan tanpa wayar Bluetooth yang digunakan untuk bersambung dengan alat pengawal PlayStation 3 sama ada Sixaxis atau DualShock 3.

PlayStation Vita

sunting
 
PlayStation Vita

Dilancarkan secara rasmi di Jepun pada 17 Disember 2011 dan di Amerika Utara pada 22 Februari 2012,[40] PlayStation Vita sebelum itu dikenali dengan nama kod Next Generation Portable (NGP).[41] Ia telah diumumkan secara rasmi oleh Sony pada 27 Januari 2011 semasa acara PlayStation Meeting 2011.[42] Model asal konsol ini (PCH-1000) memiliki ciri-ciri seperti skrin sesentuh berjenis OLED bersaiz 5 inci,[43] dua pengawal analog, pad sesentuh di bahagian belakang, pengesan pergerakan Sixaxis dan dijana dengan cip mikropemproses ARM Cortex-A9 MPCore empat teras.

Model berikutnya, PCH-2000, yang direka dengan reka bentuk yang lebih ringan diumumkan dalam sidang akhbar Sony pada September 2003 sebelum bermulanya acara Tokyo Game Show. Model ini dikemas kini dengan ciri-ciri seperti penggunaan bateri yang lebih lama, penggunaan paparan berjenis LCD, storan terbina berkapasiti 1GB dan memiliki sambungan USB mikro Type-B. Konsol ini dikeluarkan di Jepun pada 10 Oktober 2013 dan di Amerika Utara pada 6 Mei 2014[44] dan ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu putih, hitam, merah jambu, kuning, biru dan hijau muda.


Penerimaan

sunting

Pada tahun 2005, surat khabar The Age yang berpangkalan di Australia menulis artikel mengenai jenama PlayStation. Beberapa temu ramah telah dibuat bersama beberapa orang perseorangan, antaranya adalah bersama Dr Jeffrey Brand, professor madya dalam media dan komunikasi di Bond University yang menyebut, "PlayStation kembali mencetuskan imaginasi kita dengan permainan video". Pereka permainan video Yoshiki Okamoto menganggap jenama ini sebagai "revolusi yang mana PlayStation mengubah landskap industri permainan video secara keseluruhannya," dan Evan Wells daripada Naughty Dog berkata bahawa "PlayStation bertanggungjawab menjadikan bermain permainan video sesuatu yang hebat."[45]

Pada tahun 2009, ViTrue, Inc. menyenaraikan jenama PlayStation di tangga ke-13 dalam senarai The Vitrue 100: Top Social Brands of 2009 (Vitrue 100: Jenama Sosial Paling Popular 2009). Kedudukan ini mengambil kira pelbagai faktor terutamanya yang berkaitan dengan laman-laman media sosial popular dalam aspek-aspek seperti rangkaian sosial, perkongsian video, perkongsian gambar dan blog.[46]

Pada tahun 2010, Gizmodo menyatakan bahawa jenama PlayStation merupakan jenama Sony yang sememangnya mempunyai nilai tersendiri berbanding dengan pesaing lain, dengan berkata "Jika kita tanya orang biasa di jalanan apakah produk Sony yang paling diminati, selalunya kita akan mendengar PlayStation".[47] Sehingga April 2012, jenama PlayStation merupakan jenama yang paling banyak diikuti dalam laman Facebook, dengan 22 juta pengguna.

Pada tahun 2016, jenama PlayStation disenaraikan pada kedudukan 10 teratas oleh beberapa media seperti 20 Jenama Paling Hebat oleh The Centre For Brand Analysis yang berpangkalan di United Kingdom dengan kedudukan ke-9 yang berdasarkan kepada kepopularan sesebuah jenama,[48] serta Top 50 Prophet Brand Relevance Index UK oleh Prophet dengan kedudukan ke-4 yang berdasarkan kajian kepuasan pelanggan.[49]


Rujukan

sunting
  1. ^ "Business Development/Japan". Sony Computer Entertainment Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2007. Dicapai pada 19 Disember 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "PlayStation 2 Breaks Record as the Fastest Computer Entertainment Platform to Reach Cumulative Shipment of 120 Million Units" (PDF) (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment. November 30, 2005. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2009-12-23. Dicapai pada 8 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "NeoGAF". NeoGAF. Dicapai pada 22 Januari 2017.
  4. ^ a b "Now PS3 sales reach 80m units". Market for Home Computing and Video Games. 6 November 2013. Dicapai pada 6 Januari 2013.
  5. ^ "PLAYSTATION®3 SALES REACH 80 MILLION UNITS WORLDWIDE". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2013. Dicapai pada 19 April 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ rossmcguinness20 (27 November 2013). "Xbox One v PlayStation 4: Who will win the next-gen console race? - Metro News". Metro.
  7. ^ Keith Stuart (4 Januari 2013). "PlayStation 2 manufacture ends after 12 years". the Guardian.
  8. ^ "News: Sony announces PS Vita TV microconsole". ComputerAndVideoGames.com. 9 September 2013. Dicapai pada 2 Oktober 2013.
  9. ^ "Steam users eclipse Xbox Live, PSN still far and away tops". Slash Gear. 30 Oktober 2013. Dicapai pada 16 Mei 2017.
  10. ^ "RIP PlayStation Home, 2008-2015". Kotaku. 31 Mac 2015. Dicapai pada 16 Mei 2017.
  11. ^ "Frequently Asked Questions about Android™ OS versions of PlayStation™ Certified Devices". PlayStation. 8 April 2015. Dicapai pada 16 Mei 2017.
  12. ^ "Game Over", oleh David Scheff
  13. ^ "Celebrating Software". Computer Gaming World. Jun 1991. m/s. 64. Dicapai pada 17 November 2013.
  14. ^ a b Eben Shapiro (3 Jun 1991). "Nintendo-Philips Deal Is a Slap at Sony". The New York Times. Dicapai pada 7 Mei 2017.
  15. ^ a b c d e Editorial Majalah Edge (24 April 2009). "The Making Of: PlayStation". Edge Online. Edge Magazine. Dicapai pada 2 Februari 2014.
  16. ^ "A Fabled Nintendo PlayStation Prototype From 1991 Is Working". Popular Mechanics. 8 Mei 2017. Dicapai pada 12 Mei 2017.
  17. ^ a b "SIE History(1993 - 2002)". Sony Interactive Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-17. Dicapai pada 15 Mei 2017.
  18. ^ "75 Power Players: The Heavyweight". Next Generation (majalah). Imagine Media (11): 58. November 1995.
  19. ^ a b "History Of The PlayStation". IGN. 27 Ogos 1998. Dicapai pada 15 Mei 2017.
  20. ^ Smith, Tony (6 Disember 2000). "Sony PSone sales rocket as PS Two famine continues". theregister.co.uk. Dicapai pada 17 Januari 2011.
  21. ^ "SCEE 2000—Key Facts and Figures". Sony Computer Entertainment Europe. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2007. Dicapai pada 25 November 2006.
  22. ^ Gantayat, Anoop (8 Jun 2007). "PS2 Gets Lighter". IGN.com. Dicapai pada 10 Februari 2015.
  23. ^ Sony Computer Entertainment. "PlayStation®2 (SCPH-90000 SERIES) comes in a new design and in three color variations". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2010. Dicapai pada 25 Mac 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ Bishop, Bryan (20 Februari 2013). "Sony announces the PlayStation 4". TheVerge. Dicapai pada 20 Februari 2013.
  25. ^ Rivington, James (20 Februari 2013). "The PlayStation 4 has been officially revealed in New York!". TechRadar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-26. Dicapai pada 21 Februari 2013.
  26. ^ a b Sony Computer Entertainment Inc. (25 Februari 2013). "SONY COMPUTER ENTERTAINMENT INC. INTRODUCES PLAYSTATION®4 (PS4™)". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2013. Dicapai pada 25 Februari 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  27. ^ a b プレイステーションの楽しみをさらに広げる (dalam bahasa Japanese). Sony Computer Entertainment. 8 Oktober 1998. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Oktober 1998. Dicapai pada 28 Ogos 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
  28. ^ "PocketStation delayed in Japan". Computer and Video Games. Future Publishing. 9 Disember 1998. Dicapai pada 28 Ogos 2008. Sony has delayed the Japanese release of its PocketStation PDA from December 23 to January 23, 1999.
  29. ^ Wheeler, Commodore (13 Mei 1999). "Pocketstation Cancelled in the US". RPGFan. Dicapai pada 2 Disember 2009.
  30. ^ Staf IGN (13 Mei 1999). "PocketStation Slips Indefinitely". IGN. Dicapai pada 2 Disember 2009.
  31. ^ Thorsen, Tor (24 Mac 2005). "The US PSP Launch". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2007. Dicapai pada 12 Mac 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  32. ^ "E3 2003: PSP Press Release". gamedaily.com. 31 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2008. Dicapai pada 12 Mac 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  33. ^ "Support — PSP — Movies". "Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2008. Dicapai pada 12 Mac 2008.
  34. ^ Lam, Brian (11 Julai 2007). "New PSP Slim Coming September, Kinda Looks the Same". Dicapai pada 16 Oktober 2007.
  35. ^ Bramwell, Tom (30 Mei 2009). "Sony Qore accidentally outs PSP Go". EuroGamer. m/s. 1. Dicapai pada 30 Mei 2009.
  36. ^ Good, Owen (30 Mei 2009). "Qore Lets Slip the First Look at PSP Go". Kotaku. Dicapai pada 26 Julai 2010.
  37. ^ "UK Exclusive: More PSPgo Details". TheSixthAxis. 27 Jun 2009.
  38. ^ Staf Sony Computer Entertainment America. "PSP systems". PlayStation.com. Sony Computer Entertainment America. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-01. Dicapai pada 26 Julai 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  39. ^ Beaumont, Claudine (31 Mei 2009). "Sony PSP: Details of new Go console leak ahead of E3". Telegraph.co.uk. The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2009. Dicapai pada 26 Julai 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  40. ^ "Get Ready: PS Vita is Coming To the United Kingdom and North America at February 22nd". PlayStation Blog. Sony. 18 Oktober 2011. Dicapai pada 19 Oktober 2011.
  41. ^ "NGP becomes PlayStation Vita". Eurogamer. 7 Jun 2011. Dicapai pada 7 Jun 2011.
  42. ^ Savov, Vlad (27 Januari 2011). "Sony's next PSP, codenamed NGP". Engadget. AOL. Dicapai pada 2 Julai 2011.
  43. ^ "PS Vita 2000 LCD Compared To OLED Display In The PS Vita 1000". NextPowerUp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-22. Dicapai pada 2017-05-18.
  44. ^ Koller, John (10 Februari 2014). "New PS Vita Model Confirmed for US, Included in Borderlands 2 Bundle". Gamespot. Dicapai pada 12 Februari 2014.
  45. ^ Hill, Jason (17 November 2005). "Playing for keeps". theage.co.uk. The Age. Dicapai pada 30 Jun 2010.
  46. ^ Staf ViTrue, Inc. "The Vitrue 100: Top Social Brands of 2009". ViTrue, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2010. Dicapai pada 30 Jun 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  47. ^ Johnson, Joel (5 Mac 2010). "The Return of Sony". Gizmodo. Dicapai pada 25 Mac 2010.
  48. ^ "Top 20 CoolBrands 2016". The Centre For Brand Analysis. Ranking The Brands. Dicapai pada 19 Mei 2017.
  49. ^ "Top 50 Prophet Brand Relevance Index UK". Prophet. Ranking The Brands. Dicapai pada 19 Mei 2017.


Pautan luar

sunting