Tentera laut merupakan sebuah pasukan ketenteraan sesebuah negara yang secara prinsipnya ditugaskan untuk peperangan laut dan pertempuran amfibia; contohnya, operasi-operasi tempur di tasik atau laut dan fungsi-fungsi yang berkaitan. Ia termasuk apa saja yang dilakukan oleh kapal-kapal permukaan dan amfibia, kapal selam dan penerbangan udara di laut, selain sokongan sampingan, komunikasi, latihan dan lain-lain; pembangunan terkini telah memasukkan operasi berkaitan angkasa. Peranan serangan strategik bagi sesebuah tentera laut adalah menumpukan tentera ke dalam kawasan yang melangkaui pantai negara (sebagai contoh, bagi melindungi garis laut, mengangkut anggota, atau menyerang pasukan tentera laut, pelabuhan atau kemudahan di pantai negara-negara lain). Kegunaan pertahanan strategik tentera laut pula adalah bagi menghalang pelancaran dari laut oleh negara musuh. Tugas-tugas strategik tentera laut juga mungkin termasuk menghalang serangan peluru berpandu nuklear.

Armada pelbagai jenis kapal pelbagai dari 5 negara, semasa Operasi Enduring Freedom di Laut Oman.

Etimologi

sunting
 
Sebuah helikopter Sikorsky S-76B milik Tentera Laut Diraja Thailand, semasa Latihan CARAT 2001.

"Navy" berasal dari perkataan Perancis Lama dan Latin navigium = "armada kapal-kapal" daripada navis = "kapal" dan agere = "mengawal" (seperti mengawal sekumpulan haiwan) atau "bagi melakukan sesuatu".

"Naval" berasal dari perkataan Latin navalis = "berkaitan dengan kapal" (yang mana bermaksud di dalam nama biologi Teredo navalis), tetapi disebabkan persamaan ia ditukar kepada "berkaitan dengan tentera laut".

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting

www.navy.mil.my Portal Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia