Chaos;Head

permainan video

Chaos;Head (digayakan sebagai ChäoS;HEAd ) adalah permainan video novel visual sains fiksyen 2008 yang dibangunkan oleh 5pb. dan Nitroplus . Ia adalah permainan pertama dalam siri Science Adventure . Menuruti keluaran Windows asal, versi dipertingkatkan Chaos;Head Noah dikeluarkan untuk Xbox 360 pada tahun 2009, dan sejak itu telah dialih pasarkan ke pelbagai platform. Terjemahan bahasa Inggeris telah dikeluarkan oleh Spike Chunsoft untuk Nintendo Switch dan Windows pada tahun 2022. Permainan ini menuruti kisah Takumi Nishijou, yang terlibat dalam kes pembunuhan bersiri "New Gen" di sekitar Shibuya. Dia kerap mengalami khayalan dan halusinasi, sebahagian daripadanya boleh dipengaruhi oleh pemain, yang memberi kesan kepada perkembangan dan kemajuan cerita.

Chaos;Head
Pembangun5pb. Sunting ini di Wikidata
PenerbitSpike Chunsoft Sunting ini di Wikidata
Pengeluar
  • Chiyomaru Shikura
  • Digitarou
Komposer
  • Takeshi Abo
  • Chiyomaru Shikura
  • 5zizz
  • Isoe Toshimichi
  • Syntarou Jimbo
  • Ooyama You
SiriScience Adventure (siri permainan video) Sunting ini di Wikidata
PlatformWindows, Xbox 360, PlayStation 3, PlayStation Portable, PlayStation Vita, iOS, Android, Nintendo Switch
Pelepasan
April 25, 2008
  • Windows
    • JP: 25 April 2008
    • WW: 7 Oktober 2022
    Xbox 360
    • JP: 26 Februari 2009
    PlayStation Portable
    • JP: 24 Jun 2010
    iOS
    • JP: 18 November 2010
    Android
    • JP: 24 Januari 2012
    PlayStation 3
    • JP: 22 November 2012
    PlayStation Vita
    • JP: 21 Ogos 2014
    Nintendo Switch
    • JP: 24 Februari 2022
    • WW: 7 Oktober 2022
GenreVisual novel
ModPemain tunggal Sunting ini di Wikidata

Permainan ini telah dirancang oleh Chiyomaru Shikura dan ditulis oleh Hayashi Naotaka, dan menampilkan reka bentuk watak oleh Sasaki Mutsumi dan gubahan muzik oleh Takeshi Abo, yang menggambarkan runut bunyi permainan itu sebagai "kehujanan". Permainan ini telah pun berjaya di pasaran komersial, membantu 5pb. mengukuhkan kehadiran syarikat tersebut sebagai pembangun permainan, dan jalan ceritanya diterima baik ramai. Sebagai tambahan kepada sekuel langsung Chaos;Head Love Chu Chu! dan sekuel tematik Chaos;Child, manga, siri anime dan rancangan radio internet Chaos;Head telah dihasilkan.

Tatapermainan

sunting

Chaos;Head ialah permainan novel visual di mana pemain memainkan peranan Takumi Nishijou, [1] [2] seorang otaku dan yang suka berkurung, yang sering mengalami delusi. [1] Permainan ini kebanyakannya linear, tetapi selalunya turut menyertakan pilihan oleh pemain: [2] pemain boleh memilih sama ada delusi yang dialami Takumi berada dalam keadaan positif atau negatif, atau jika dia harus kekal dalam realiti. Delusi positif biasanya melibatkan adegan lucu atau erotik, manakala delusi negatif termasuk unsur seram dan ganas. [1] Pemain akan memilih khayalan melalui sistem "cetusan delusi", di mana lampu hijau dan merah dipaparkan di bahagian atas skrin, mewakili delusi positif dan negatif. [2]

Selepas pemain telah menyelesaikan permainan sekali, delusi yang dipilih semasa permainan seterusnya menentukan yang mana di antara tiga penghujung yang akan mereka capai. [1] Apabila pemain memainkan semula permainan, mereka dapat melangkau majukan petikan teks yang telah mereka baca dengan pantas. [2] Dalam keluaran semula Chaos;Head Noah yang dikemas kini, pengakhiran selebihnya boleh dicapai juga dengan memilih delusi yang akan dialami. [1] Pemain boleh membaca tentang perbendaharaan kata utama yang digunakan dalam permainan, termasuk slanga internet, melalui glosari "TIPS", yang dikemas kini dengan item baharu apabila pemain menemuinya dalam dialog permainan. [2]

Permainan ini berlatarkan tahun 2009 di Shibuya, Tokyo, tempat Takumi tinggal di dalam peti kontena di atas sebuah bangunan apartmen. [1] Dia membincangkan kes pembunuhan bersiri "New Generation Madness" ("New Gen") di Shibuya baru-baru ini bersama rakan internetnya Grim, apabila seseorang dengan nama pengguna "Shogun" menghantar fail imej kepada Takumi dengan seorang lelaki yang disemat dan ditikam pada dinding dengan pancang. Kemudian, Takumi menyaksikan seorang gadis tak dikenalinya melakukan pembunuhan seakan di dalam fail imej itu, lalu dia melarikan diri dari tempat kejadian. Beberapa hari kemudian, perempuan itu duduk di sebelahnya di sekolah. Dia fikir perempuan itu akan membunuhnya, tetapi dia mengkhabarkan mereka kononnya telah berkawan selama setahun dan memberitahu namanya ialah Rimi Sakihata.

Berasa yakin bahawa Shogun sedang menyasarkannya, Takumi cuba mengelak daripada terlibat dalam kes pembunuhan itu, yang mana telah menarik perhatian polis. Apabila dia menjadi suspek dan lebih banyak pembunuhan terjadi, Takumi bimbang Shogun akan terus menyasarkannya, dan tetap mengalami paranoia dan halusinasi, dan menjadi kabur tentang kenyataan dan siapa yang boleh dipercayainya. Dalam salah satu delusinya, Shogun muncul sebagai seorang lelaki tua di atas kerusi roda dan memberitahunya bahawa lebih ramai orang akan mati melainkan dia sedar dan bangun.

Apabila Takumi melihat seorang gadis membawa pedang besar di khalayak ramai dan menyedari bahawa dia sahaja yang boleh melihatnya, Ayase Kishimoto - seorang pelajar yang baru bertukar ke sekolah Takumi - memberitahunya bahawa dia memerlukan "pedang-DI (DI-sword)" untuk dia boleh diselamatkan. Ayase mewujudkan pedang itu di tangannya dengan nyata, dan bercerita tentang bagaimana Takumi, gadis yang sering membawa pedang - Sena Aoi - dan rakannya Kozue Orihara adalah Gigalomaniacs: orang yang mempunyai keupayaan untuk menyatakan khayalan menjadi realiti, yang dipanggil "but-penyataan (real-booting)".

Kumpulan Syarikat Nozomi, sebuah syarikat teknologi di Shibuya, didedahkan menggunakan mesin Noah II milik mereka untuk menjana dan menggunakan kuasa Gigalomaniac secara sintetik, dan terdapat kakitangannya yang membawa pemancar untuk meningkatkan jangkauan isyarat Noah II tersebut.

Takumi mengetahui bahawa kewujudannya adalah delusi yang diunjurkan dengan memori rekaan: sebuah salinan dicipta oleh Shogun, yang merupakan Takumi yang sebenar. Adiknya Nanami ditahan di lokasi Noah II sebenar, di mana dia dibangun sebagai Gigalomaniac dan menjana DI-sword. Rimi - juga seorang Gigalomaniac - cuba menyelamatkannya, tetapi diserang oleh Norose dan ditawan di tempat Nanami. Shogun sekali lagi bertemu dengan Takumi untuk memberitahunya bahawa dia berhasrat untuk menghalang Nozomi daripada mengambil alih kemanusiaan dengan Noah II, tetapi tubuhnya - yang sudah tua akibat penyakit dan juga penggunaan kuasa Gigalomanianya yang menghalangnya, mendorongnya untuk mencipta Takumi sebagai wakilnya. Takumi memperoleh DI-sword, dan memusnahkan pemancar-pemancar itu, mendedahkan jururawat Hazuki sebagai pembunuh New Gen dengan membaca ingatannya dan menayangkannya ke skrin bangunan-bangunan. Lalu gempa bumi berlaku, memusnahkan sebahagian besar Shibuya; Takumi menyelamatkan Gigalomaniac yang lain daripada kemusnahan, dan terus ke lokasi Noah II. Dia melawan Norose, tetapi Noah II mengatasinya dengan delusi; dia menegaskan kewujudannya dengan bantuan penyegerakan delusi Gigalomaniac yang lain dan memusnahkan Norose dan Noah II dengan DI-swordnya. Lalu dia didapati terbaring di runtuhan Shibuya bersama Rimi. Bergantung pada apa yang pemain pilih semasa penyegerakan, dia akan sama ada melepaskan nyawanya menurut Shogun yang sedang nazak (dalam laluan "A"), atau terus hidup dengan Rimi (laluan "AA"). Dalam Chaos;Head Noah, pemain dikunci pada laluan "Silent Sky" pada kali pertama mereka bermain permainan – serupa dengan laluan "A" yang asal – dan ia juga menampilkan laluan tambahan yang dikhaskan untuk heroin.

Pembangunan dan keluaran

sunting

Chaos;Head telah dibangunkan dengan kerjasama antara 5pb. dan Nitroplus, [3] yang menggambarkannya sebagai "delusional science novel/novel sains delusi" (妄想科学NVL, Mōsō Kagaku NVL) . [4] Ia telah dirancang oleh Chiyomaru Shikura, [5] pengasas dan pengarah eksekutif 5pb., [3] dan ditulis oleh Naotaka Hayashi, dengan reka bentuk watak oleh Mutsumi Sasaki dan seni konsep oleh Yukihiro Matsuo. [6] Shikura berhasrat untuk membuat cerita menurut keadaan realiti untuk menjadikannya lebih terkait, berpendapat bahawa dia sukar untuk teruja dengan cerita fantasi. [3]

Muzik runut bunyi permainan ini digubah oleh Takeshi Abo, Toshimichi Isoe, Yoh Oyama, dan Shintaro Jimbo, dengan Abo menggubah 21 lagu. Walaupun adalah perkara biasa bagi permainan dalam genre untuk mempunyai muzik yang dimainkan dalam beberapa babak, Abo terpaksa mengarang beberapa lagu yang secara khusus sepadan dengan adegan individu tertentu yang bertujuan untuk memberi kejutan dan kegelapan. Dia menyifatkan imej utama untuk bunyi permainan itu sebagai "kehujanan", berbanding permainan Science Adventure kemudiannya Steins;Gate, Robotics;Notes and Chaos;Child, yang masing-masing dipanggil "mendung", "cerah" dan "bergelora". . Sebagai persediaan menggubah muziknya, Abo akan membaca cerita permainan untuk memahami latar belakang dan personaliti watak sebanyak mungkin. Beliau mencatat tanggapan awalnya tentang aliran emosi permainan dan peristiwa dan situasi sepanjang cerita, dan menggunakannya untuk mencipta pandangan dunia muzik untuk permainan itu. Beliau berkata bahawa pendekatan ini mengambil lebih banyak masa daripada hanya menetapkan lagu ke keadaan yang berbeza dalam permainan, tetapi ia membolehkan beliau mencipta lagu dengan lebih baik dengan adanya hubungan lebih dekat dengan pandangan alam permainan. [7] Chaos;Head pada asalnya diumumkan di bawah tajuk Gigalomaniacs (ギガロマニアックス, Gigaromaniakkusu) , [8] dan dikeluarkan untuk Microsoft Windows pada 25 April 2008, oleh Nitroplus. [4] Sekitar Jun 2008, pembangun memutuskan untuk mengalih pasarkan permainan ke Xbox 360 dengan kandungan tambahan: [9] versi ini dikeluarkan pada 26 Februari 2009, sebagai Chaos;Head Noah . [10] [11] Chaos;Head Noah telah dialihkan ke pelbagai platform, termasuk PlayStation Portable pada 24 Jun 2010, [12] iOS pada 18 November 2010, [13] Android pada 24 Januari 2012, [14] dan PlayStation 3 pada 22 November 2012 [15] Walaupun versi Xbox 360 dinilai dengan taraf Z (18 tahun dan ke atas) oleh CERO, versi PlayStation Portable dan PlayStation 3 telah menyunting beberapa babak untuk membolehkannya dikeluarkan dengan taraf-D (17 tahun dan ke atas). Versi PlayStation Vita menggabungkan versi taraf-Z dengan permainan susulan Chaos;Head Love Chu Chu! di bawah tajuk Chaos;Head Dual, dan dikeluarkan pada 21 Ogos 2014. [16] Satu lagi kumpulan, Chaos;Head Noah / Chaos;Child Double Pack – juga dikenali sebagai Chaos; Double Pack – mengumpulkan Noah dan Chaos;Child, dan telah dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 24 Februari 2022, dengan grafik berdefinisi tinggi. [17]

Pada 2018, Shikura membalas respons kepada permintaan peminat di Twitter, mengatakan bahawa Chaos;Head Noah "mungkin" akan dikeluarkan dalam bahasa Inggeris, [18] dan pada Februari 2022, Mages meminta orang ramai menunggu maklumat mengenai keluaran bahasa Inggeris. [19] Terjemahan Inggeris Chaos; Double Pack oleh Spike Chunsoft akhirnya diumumkan pada Mac 2022, dan dikeluarkan pada 7 Oktober 2022. [20] Pada Julai 2022, Spike Chunsoft mengumumkan bahawa versi kendiri Noah akan tersedia pada Windows melalui Steam pada tarikh yang sama. [21] Walau bagaimanapun, suntingan yang ditemui dalam pangkalan data Steam pada Ogos 2022 membawa kepada khabar angin tentang Chaos;Head diharamkan daripada platform sebelum keluarannya. [22] Keluaran itu pada mulanya dibatalkan pada 30 September, memetik garis panduan Steam yang memerlukan perubahan pada kandungan permainan yang mencetuskan bantahan peminat terhadap Steam akibat isu penilaiannya yang tidak konsisten; [23] tetapi pada 6 Oktober, Spike Chunsoft mengumumkan bahawa Valve telah membalikkan keputusan mereka, membenarkan Noah dikeluarkan pada platform seperti yang dirancang pada asalnya. [24] Versi bahasa Inggeris juga dipasarkan di platform GOG.com bermula 31 Oktober 2022.

Penerimaan

sunting
Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
MetacriticNS: 68/100[25]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
NintendoLife          [26]
Nintendo World Report5/10[27]

Chaos;Head Noah menerima ulasan yang "bercampur atau purata" mengikut agregator ulasan Metacritic .

Permainan ini mencatat sambutan komersial yang baik, dan, bersama dengan Steins;Gate, membantu menonjolkan 5pb. sebagai pembangun permainan. [3] Sebulan sebelum keluaran asalnya pada April 2008, Chaos;Head menjadi permainan PC keempat yang paling banyak pratempahannya di Jepun. [28] Ia bermula baik sebagai permainan PC ketiga terlaris pada April 2008 di Jepun; [29] [30] kemudian berada di tempat keenam belas permainan novel visual terlaris di kedai permainan video Getchu.com pada separuh pertama tahun 2008, [31] dan seterusnya ketiga puluh lima keseluruhan untuk tahun itu. [32] Chaos;Head Noah ialah permainan video terlaris kesebelas mingguan di Jepun semasa minggu sulungnya, dengan 18,000 salinan terjual. [33]

Dalam menulis untuk Kotaku, Richard Eisenbeis mendapati Takumi sangat tidak disukai, sehingga tidak pasti sama ada pemain perlu bersimpati dengannya atau tak. Beliau juga menyatakan bahawa permainan ini terasa pendek berbanding dengan permainan Pengembaraan Sains kemudiannya, dan bahawa watak utama lain tak terasa sebagai satu kumpulan dan bahagian penting dalam kehidupan Takumi, dengan Takumi sebaliknya "mengembara masuk dan keluar dari cerita mereka". Walaupun begitu, dia mendapati plot dan dunia amat mencengkam, dan permainan itu tidaklah teruk mana, tetapi ia "mungkin juga tak terasa apa" dibanding dengan Steins;Gate . [1] Kowachi dari Dengeki Online mengesyorkannya dalam versi Chaos;Head Dual kerana mempunyai watak yang kaya personaliti dan protagonis yang unik, dan memuji cara Takumi berkembang sebagai sebuah watak sepanjang jalan cerita. [34] Jenni Lada di TechnologyTell mengesyorkan permainan itu, memanggilnya sebagai cerita yang menarik dan matang, dan menyifatkan kekurangan keluaran bahasa Inggeris sebagai kurang baik. [35] Game Informer menyertakan Chaos;Head dalam senarai permainan yang mereka mahu lihat diterjemahkan; dan agak mungkin dengan adanya keluaran bahasa Inggeris Steins;Gate pada tahun 2014. [36]

Selepas keluaran terjemahan bahasa Inggeris rasmi Chaos;Head Noah pada Oktober 2022, kualiti versi terjemahan telah dikritik oleh Kiri Kiri Basara sebagai tidak memuaskan.Kritikan termasuk pilihan tipografi dipersoalkan seperti kekurangan tanda petikan bagi dialog, salah terjemahan yang memutarbelitkan makna dalam babak tertentu, penulisan yang gagal menangkap kembali keperibadian watak-watak, dan CG yang tidak diterjemahkan daripada bahasa Jepun asal dan sebaliknya mempunyai sarikata bertindih yang mencacatkan. Selain itu, menu TIPS juga dikritik kerana sebaliknya menyertakan nota dan penjelasan penterjemah, yang dianggap bertentangan dengan tujuan asalnya untuk menyediakan glosari untuk slanga dan istilah yang digunakan dalam cerita. [37]

Media berkaitan

sunting

Chaos;Head telah menyaksikan beberapa adaptasi dan media sampingan dihasilkan. Rancangan radio internet Chaos;Head Radio Delusional Radio Channel [a] mula disiarkan pada 28 Mac 2008, untuk membantu mempromosikan permainan dan dihoskan oleh pelakon suara Takumi dan Rimi, Yoshino Hiroyuki dan Kitamura Eri . [38] Adaptasi manga oleh Sumihey mula disirikan dalam majalah shōnen ASCII Media Works Dengeki Daioh pada 21 Mei 2008. [39] Manga kedua oleh Sakaki Nagako iaitu Chaos;Head: Blue Complex, yang mengadaptasi cerita dari perspektif watak Sena Aoi, mula disirikan dalam majalah seinen Media Factory Monthly Comic Alive pada 27 September 2008. [40] [41] Adaptasi manga komedi romantik Chaos;Head H [b] telah disirikan oleh Jive dalam Comic Rush bermula 26 September 2008. [42] Adaptasi anime oleh Madhouse Studios disiarkan pada tahun 2008, [43] dan dikeluarkan dalam bahasa Inggeris oleh Funimation . [44] [45]

Selepas penghasilannya, populariti Chaos;Head digunakan untuk menjual novel visual Steins;Gate, yang mana judul itu juga akan menjadi lebih berjaya. Ia juga digunakan sebagai asas untuk siri Science Adventure yang lain, dengan setiap entri utama mempunyai hubungan utama dengan Chaos;Head . Dua permainan video secara langsung berdasarkan Chaos;Head telah dibuat: sekuel langsung Chaos;Head Love Chu Chu! [46] dan sekuel tematik Chaos;Child . [47] Selain itu, Shikura telah berkata bahawa dia mahu mencipta permainan video erotik berdasarkan Chaos;Head dan Chaos;Child, menyasarkan pemain dewasa. [5] Adaptasi anime Chaos;Child juga menyertakan Chaos;Head sebagai sebahagian daripada imbasan semula "episod 0"nya. [48]

Novel visual Full Metal Daemon Muramasa 2009, projek ulang tahun kesepuluh Nitroplus, menampilkan kameo Chaos;Head semasa adegan imbas kembali banyak karya Nitroplus yang diterbitkan sebelum ini.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g Eisenbeis, Richard (2016-01-21). "The Massive World of Steins;Gate, Explained". Kotaku. Gawker Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-13. Dicapai pada 2016-07-16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "kotaku massive" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c d e Tamura, Shinji (2008-05-22). "連載「キャラゲー考現学」第33回:「CHAOS;HEAD」". 4Gamer.net (dalam bahasa Jepun). Aetas Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-07-07.
  3. ^ a b c d Ishaan (2011-04-20). "5pb's Founder On Why Chaos;Head And Steins;Gate Are Successful". Siliconera. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-23. Dicapai pada 2016-07-16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "sil successful" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ a b "CHAOS;HEAD". Nitroplus. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-10. Dicapai pada 2016-07-16.
  5. ^ a b Sherman, Jennifer (2016-06-19). "5pb. Head Wants to Make Erotic Chaos;Head, Chaos;Child Game". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-20. Dicapai pada 2016-06-20. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ann erotic" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ アニメのことならアニメイト! (dalam bahasa Jepun). Animate. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-01. Dicapai pada 2016-07-16.
  7. ^ Jia, Oliver; Greening, Chris (2015-09-15). "Takeshi Abo Interview: Behind the Science Adventures". VGMO. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-26. Dicapai pada 2016-06-09.
  8. ^ "【コミケ72】来春、Nitroplus×5gk.で新作PCゲーム" (dalam bahasa Jepun). Animate. 2007-08-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-28. Dicapai pada 2016-07-16.
  9. ^ "【ゲームクリエイターインタビュー】『カオスヘッド ノア』制作者・5pb.松原達也さん&林直孝さんに誕生秘話を直撃!(後編)" (dalam bahasa Jepun). Animate. 2009-02-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-14. Dicapai pada 2016-07-16.
  10. ^ カオスヘッド ノア まとめ [360]. Famitsu (dalam bahasa Jepun). Enterbrain. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-08. Dicapai pada 2016-07-16.
  11. ^ Ashcraft, Brian (2008-10-29). "Chaos;Head Noah, More Japan-Specific Xbox 360 Content". Kotaku. Gawker Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-17. Dicapai pada 2016-07-16.
  12. ^ "カオスヘッド ノア まとめ [PSP]". Famitsu (dalam bahasa Jepun). Enterbrain. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-25. Dicapai pada 2016-07-16.
  13. ^ "カオスヘッド ノア [iPhone/iPod]". Famitsu (dalam bahasa Jepun). Enterbrain. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-22. Dicapai pada 2016-07-16.
  14. ^ "CHAOS;HEAD NOAH[Android]". 4Gamer.net (dalam bahasa Jepun). Aetas Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-27. Dicapai pada 2016-07-16.
  15. ^ "カオスヘッド ノア [PS3]". Famitsu (dalam bahasa Jepun). Enterbrain. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-23. Dicapai pada 2016-07-16.
  16. ^ Spencer (2014-07-08). "The 18+ Version Of Chaos;Head Noah Comes To PlayStation For The First Time". Siliconera. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-02. Dicapai pada 2016-07-16.
  17. ^ "妄想科学アドベンチャー『CHAOS;HEAD NOAH / CHAOS;CHILD DOUBLE PACK』がSwitchで2022年2月24日に発売。初回製造特典には"セクシーパッチ"も付属". Famitsu (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Game Linkage. 2021-11-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-25. Dicapai pada 2021-11-25.
  18. ^ Shikura, Chiyomaru (2018-05-19). "The chaos fluctuation is caused by a random number or a chaos generation function. I will probably meet your expectations!!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-30. Dicapai pada 2018-05-30 – melalui Twitter.
  19. ^ Pineda, Rafael Antonio (2022-02-24). "Chaos;Child, Chaos;Head 'Double Pack' English Release Teased". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-24. Dicapai pada 2022-02-24.
  20. ^ Romano, Sal (2022-03-10). "Chaos;Head Noah / Chaos;Child Double Pack coming west on October 7". Gematsu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-03-10. Dicapai pada 2022-03-10.
  21. ^ Romano, Sal (2022-07-02). "CHAOS;HEAD NOAH coming to PC on October 7". Gematsu. Dicapai pada 2022-07-02.
  22. ^ Orpheus, Joshua (August 17, 2022). "[UPDATE] Chaos;Head Noah Seemingly Banned on Steam; No Comments from Spike Chunsoft Yet". Noisy Pixel. Dicapai pada September 30, 2022.
  23. ^ Romano, Sal (September 30, 2022). "CHAOS;HEAD NOAH for PC no longer coming to Steam; Spike Chunsoft looking into alternative storefronts". Gematsu. Dicapai pada September 30, 2022.
  24. ^ "CHAOS;HEAD NOAH to Launch on Steam". Spike Chunsoft (dalam bahasa Inggeris). October 6, 2022. Dicapai pada October 7, 2022.
  25. ^ "CHAOS;HEAD NOAH for Switch Reviews". Metacritic. Dicapai pada November 5, 2022.
  26. ^ Cannon, Trent (October 7, 2022). "Chaos;Head Noah Review (Switch eShop)". Nintendo Life. Dicapai pada November 5, 2022.
  27. ^ Theriault, Donald (November 2, 2022). "Chaos;Head Noah (Switch) Review Mini". Nintendo World Report. Dicapai pada November 5, 2022.
  28. ^ "PCpress" (dalam bahasa Jepun). PCpress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-17. Dicapai pada 2008-05-31.
  29. ^ 2008年・4月セールスランキング! (dalam bahasa Jepun). Getchu.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-03. Dicapai pada 2008-07-17.
  30. ^ 2008年・5月セールスランキング! (dalam bahasa Jepun). Getchu.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-04. Dicapai pada 2008-07-17.
  31. ^ 2008年上半期セールスランキング! (dalam bahasa Jepun). Getchu.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-04. Dicapai pada 2008-07-30.
  32. ^ 2008年・年間セールスランキング! (dalam bahasa Jepun). Getchu.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-11. Dicapai pada 2009-03-01.
  33. ^ "ゲームソフト販売本数ランキング TOP30】集計期間:2009年2月23日~3月1日". Famitsu (dalam bahasa Jepun). Enterbrain. 2009-03-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2009-11-08.
  34. ^ 電撃オンライン. "『カオスヘッド デュアル』をプレイしてほしい3つの理由。『ノア』と『らぶChu☆Chu!』の魅力をまとめてリアルブート". 電撃オンライン (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-17. Dicapai pada 2021-12-17.
  35. ^ Lada, Jenni (2011-05-06). "Important Importables: 5pb". TechnologyTell. GadgeTell. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-06. Dicapai pada 2016-07-16.
  36. ^ Mikos, Justin (2015-02-04). "12 Games We Want Localized". Game Informer. GameStop. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-28. Dicapai pada 2016-07-16.
  37. ^ Fasty (2022-10-06). "Chaos;Head NoAH Review: A Masterpiece Marred". Kiri Kiri Basara (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-09.
  38. ^ "RADIO-CHAOS;HEAD特設ページ" (dalam bahasa Jepun). Nitroplus. 2008-05-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-05-31.
  39. ^ "付録は『JINKI』の青葉フィギュア! 電撃大王6月号、21日発売。……で、新生って何だ?" (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. 2008-04-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-02. Dicapai pada 2008-05-12.
  40. ^ コミックアライブ11月号は 9月27日(土)発売!! 表紙は『ゼロの使い魔』兎塚エイジ先生です!! (dalam bahasa Jepun). Media Factory. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-11-09.
  41. ^ "New Queen's Blade, Chaos;Head Game Manga Announced". Anime News Network. 2008-08-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-22. Dicapai pada 2016-07-17.
  42. ^ "Chaos;Head Game Gets Third Manga in Comic Rush Mag". Anime News Network. 2008-09-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-17. Dicapai pada 2016-07-17.
  43. ^ "Chaos;HEAd Promo with Anime Footage Streamed". Anime News Network. 2008-09-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-20. Dicapai pada 2016-07-17.
  44. ^ "Funimation Adds Rosario+Vampire Anime And More". Anime News Network. 2010-05-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-16. Dicapai pada 2016-07-17.
  45. ^ "Chaos;Head: The Complete Series (Limited Edition, Blu-ray/DVD Combo)". Amazon. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-18. Dicapai pada 2015-04-14.
  46. ^ Ishaan (2012-07-18). "Chaos;Head Noah And Love Chu Chu! Targeting PlayStation For November". Siliconera. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-27. Dicapai pada 2016-07-22.
  47. ^ Eisenbeis, Richard (2016-01-29). "Chaos;Child is a Murder Mystery with Delusions and Superpowers". Kotaku. Gawker Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-13. Dicapai pada 2016-06-10.
  48. ^ "CHAOS;CHILD - The Winter 2017 Anime Preview Guide". Anime News Network. 2017-01-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-14. Dicapai pada 2017-01-14.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan