Nintendo Switch (Jawi: نينتيندو سويچ) merupakan konsol Nintendo yang ke-7 dan merupakan pengganti Wii U. Ia dikeluarkan pada 3 Januari 2013 di seluruh dunia dan merupakan konsol permainan video hibrid yang pertama dikeluarkan di pasaran sebanyak 25.72 juta unit diseluruh dunia seperti Jepun, Indonesia, Amerika Syarikat, Malaysia, Kanada, Australia, Eropah, Singapura, Switzerland, Mexico, & Sepanyol.

Nintendo Switch
Eine Nintendo Switch im TV-Modus mit Joy-Cons in der Joy-Con-Halterung
PembangunNintendo
PengilangNintendo PTD
JenisKonsol permainan video hibrid
GenerasiEra generasi ke-8
Ketersediaan runcit
  • Jepun 3 Januari 2013
  • Indonesia 4 Januari 2013
  • Amerika Syarikat 6 Januari 2013
  • Malaysia 6 Januari 2013
  • Kanada 12 Januari 2013
  • Australia 6 Januari 2013
  • Kesatuan Eropah 24 Januari 2013
  • United Kingdom 14 Januari 2013
  • Singapura 7 Januari 2013
  • Switzerland 6 Januari 2013
  • Lubnan 29 Januari 2013
  • Slovenia 21 Januari 2013
  • Slovakia 23 Januari 2013
  • Mexico 10 Januari 2013
  • Sepanyol 10 Januari 2013
  • Korea Selatan 11 Januari 2013
  • Vietnam 16 Januari 2013
  • Republik Rakyat Cina 20 Januari 2013
  • Belgium 29 Januari 2013
  • Jerman 17 Januari 2013
  • Itali 18 Januari 2013
  • Perancis 13 Januari 2013
  • Turki 16 Januari 2013
  • India 11 Januari 2013
  • Pakistan 9 Januari 2013
  • Senegal 12 Januari 2013
  • Republik Ireland 10 Januari 2013
  • Arab Saudi 12 Januari 2013
  • Portugal 11 Januari 2013
  • Poland 25 Januari 2013
  • Taiwan 17 Januari 2013
  • Thailand 19 Januari 2013
  • Rusia 22 Januari 2013
  • Finland 20 Januari 2013
  • Sweden 15 Januari 2013
  • Mexico 20 Januari 2013
  • Sepanyol 18 Januari 2013
  • Madagaskar 17 Januari 2013
Mediakad permainan & muat turun (Nintendo eShop)
Sistem pengendalianSistem Perisian
KuasaBateri litium-ion 2.4 V, 4310 mAh
CPUOcto-Core ARM Cortex-A57 & ARM Cortex-53 1.020 GHz
Muatan storaningatan kilat 32GB
Ingatan4GB LPDDR4
Paparan6.2 inci 1280x720 ppi 1080p apabila berada di dok dan 720p apabila tidak berada di dok.
GrafikNvidia Tegra X1
Pad sentuhKapasitif
KetersambunganWi-Fi 2.4/5 GHz 802.11 Ac Bluetooth 4.1

1 x USB 3.0 pada dok

2 x USB 2.0 pada dok

1 x USB Jenis-C pada unit
Permainan terlarisSuper Mario: Odyssey 11.17 Juta Unit(Pada 30 Jun 2018)
PendahuluWii U

Pembangunan dan sejarah

sunting

Pada tahun 2014, Nintendo mengalami masalah kewangan yang besar disebabkan jualan produk konsolnya sebelum ini, Wii U yang perlahan dan kepopularan permainan bimbit[1] Jadi, presiden syarikat terdahulu, Satoru Iwata (yang telah meninggal dunia pada Julai 2015[1]), Tatsumi Kimishima, Genyo Takeda, dan Shigero Miyamoto membina strategi perniagaan yang baharu, memasuki pasaran bimbit dan membina konsol baharu. Kimishima (presiden Nintendo yang baharu) menyatakan bahawa "ia bukan sahaja pengganti untuk Nintendo 3DS atau Wii U" malah ia direka untuk "cara bermain permainan video yang baharu". Selain itu, presiden Nintendo Amerika dan COO Reggie Fils-Animé menyatakan bahawa ia direka untuk bermain permainan video moden/konsol di mana-mana sahaja selain daripada bermain di televisyen. Beliau juga menyatakan bahawa, sasaran untuk konsol baharu mereka adalah "untuk mencipta produk yang unik yang tidak dapat ditiru oleh syarikat lain". Pada 17 Mac 2015, Nintendo mengumumkan permulaan perkongsian dengan syarikat DeNa dan mengumumkan kod nama konsolnya sebagai "NX".

Pendedahan dan reka bentuk

sunting
 
Sebuah Nintendo Switch Dipamerkan


Pada 20 Januari 2016, Nintendo mengumumkan dan mendedahkan konsol "NX" sebagai Nintendo Switch, tarikh konsol akan dikeluarkan, dan reka bentuknya di sebuah video treler oleh saluran YouTube Nintendo yang rasmi[2]. Dalam treler tersebut, reka bentuknya adalah seperti sebuah tablet Android yang mana ia akan diletakkan pada sebuah dok untuk memaparkan skrinnya pada televisyen.

 
Alat Kawalan Jauh JoyCon

Ia mempunyai dua jenis alat kawalan jauh iaitu JoyCon dan ProController. Alat kawalan jauh JoyCon akan digunakan untuk menarik tablet konsol tersebut dari dok dan dimainkan secara mudah alih dan ia mempunyai penderia gerakan. Selain itu, ia boleh dipisahkan untuk dimainkan bersama pemain lain. ProController pula ialah alat kawalan jauh yang biasa.

 
Alat Kawalan Jauh ProController

Spesifikasi

sunting

Nintendo Switch menggunakan grafik Nvidia Tegra X1 yang telah diubah suai kuasanya untuk menyerupai kuasa Nvidia GeForce yang merupakan kad grafik komputer peribadi permainan yang paling tinggi kuasanya di dunia. Ia menggunakan CPU 4x ARM Cortex-A57 dan 4x ARM Cortex-53 dan dijamkan pada 1.020 GHz. Ia mempunyai 4GB LPDDR4 ingatan (RAM), skrinnya mempunyai 6.2 inci termasuk leraian 1080p apabila berada di dok dan 720p apabila tidak berada di dok/mudah alih, mempunyai storan sebanyak 32GB dan dapat ditingkatkan sehingga 2TB menggunakan MicroSD, MicroSDHC dan MicroSDXC, dan mempunyai bateri 4310 mAh 3.7 V Lium-ion yang tidak dapat ditanggalkan. Bateri ini akan dicaskan secara automatik apabila dimasukkan ke dalam dok.

Jualan

sunting

Dalam masa sebulan, sebanyak 2.79 juta unit telah dijual menjadikan Nintendo Switch sebagai jualan produk konsol Nintendo yang paling laris.

Permainan

sunting

Setakat ini, sebanyak lebih 100 buah permainan yang telah diumumkan akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch oleh 70 pembangun/penerbit permainan video. Antara permainan video yang telah dikeluarkan ialah The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild, ARMS, Splashtoon 2, 1-2 Switch oleh Nintendo sendiri; Just Dance 2017 oleh Ubisoft; Fifa 18 oleh EA Games; dan Super Bomberman R oleh Konami. Antara permainan video yang akan dikeluarkan ialah The Elder Scrolls V: Skyrim, Doom 2016 dan Wolfenstein 2 oleh Bethesda; Resident Evil: Revelation 1 dan 2 oleh Capcom; L.A Noire oleh Rockstar Games; dan Minecraft oleh Mojang.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Nintendo president Satoru Iwata dies at 55" [Presiden Nintendo, Satoru Iwata meninggal dunia ketika berumur 55 tahun]. Polygon (dalam bahasa Inggeris). 12 Julai 2015. Dicapai pada 1 Oktober 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

sunting