Caroline Herschel
Caroline Lucretia Herschel (/ˈhɜːrʃəl, ˈhɛər-/;[1] 16 Mac 1750 - 9 Januari 1848) ialah seorang ahli astronomi Jerman, yang sumbangannya paling signifikan terhadap astronomi ialah penemuan beberapa komet, termasuk komet berkala 35P/Herschel–Rigollet, yang menggunakan namanya.[2] Beliau ialah adik perempuan ahli astronomi William Herschel, yang bekerja dengannya sepanjang kerjayanya.
Caroline Herschel | |
---|---|
Kelahiran | Caroline Lucretia Herschel 16 Mac 1750 |
Meninggal dunia | 9 Januari 1848 Hanover, Kerajaan Hannover, Gabungan Jerman | (umur 97)
Warganegara | Jerman |
Terkenal kerana | Penemuan beberapa komet |
Anugerah | Pingat Emas Royal Astronomical Society (1828) Pingat Emas Prusia untuk Bidang Sains (1846) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Astronomi |
Beliau merupakan wanita pertama yang menerima gaji sebagai saintis,[3] sekaligus menjadi wanita pertama di England yang memegang jawatan kerajaan.[4] Beliau juga ialah wanita pertama yang dianugerahkan Pingat Emas Persatuan Astronomi Diraja (1828), dan dinobatkan sebagai Ahli Kehormat dari Persatuan Astronomi Diraja (1835, bersama Mary Somerville). Beliau juga dinobatkan sebagai anggota kehormat Akademi Diraja Ireland (1838). Raja Prusia menghadiahkannya Pingat Emas untuk Sains pada hari ulang tahunnya yang ke-96 (1846).[5]
Rujukan
sunting- ^ "Herschel". Random House Webster's Unabridged Dictionary.
- ^ Nysewander, Melissa. Caroline Herschel. Biographies of Women Mathematicians, Atlanta: Agnes Scott College, 1998.
- ^ Brock, Claire (2004). "Public Experiments". History Workshop Journal. Oxford University Press. 58 (58): 306–312. doi:10.1093/hwj/58.1.306. JSTOR 25472768.
- ^ Ogilvie, Marilyn Bailey (1986). Women in Science: Antiquity through the Nineteenth Century. MIT Press. m/s. 97–98. ISBN 978-0-262-65038-0.
- ^ Herschel, Caroline Lucretia (1876). Herschel, Mrs. John (penyunting). Memoir and Correspondence of Caroline Herschel. London: John Murray, Albemarle Street.
Bacaan lanjut
sunting- Holmes, Richard (2009). The Age of Wonder: The Romantic Generation and the Discovery of the Beauty and Terror of Science. ISBN 978-1-4000-3187-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Herschel, Caroline Lucretia". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di
- Brock, Claire (2007). The Comet Sweeper: Caroline Herschel's Astronomical Ambition. Icon Books Ltd. ISBN 978-1-84046-720-8.
- Herschel, Caroline Lucretia (1876). Herschel, Mrs. John (penyunting). Memoir and Correspondence of Caroline Herschel (ed. 2). New York: Harpers.
- Hoskin, Michael (2008). "Carolyn Lucretia Herschel". New Dictionary of Scientific Biography. 3. Scribners. m/s. 286–287.
- Winterburn, Emily (2017). The Quiet Revolution of Caroline Herschel: The Lost Heroine of Astronomy. Brimscombe Port Stroud: The History Press. ISBN 978-0-7509-8067-8.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Caroline Herschel |
- Karya ditulis oleh atau mengenai Caroline Herschel di Wikisource
- John J. O'Connor dan Edmund F. Robertson. Caroline Herschel di Arkib Sejarah Matematik MacTutor.
- Karya oleh Caroline Herschel di LibriVox (buku audio domain awam)
- Karya-karya oleh Caroline Herschel di Faded Page (Kanada)
- Biografi Caroline Lucretia Herschel di fembio.org
- Biografi Caroline Herschel, SEDS
- Deep-sky Objects Caroline Herschel, SEDS
- Tentang Museum Astronomi Herschel
- Berita kematian Caroline Lucretia Herschel. Monthly Notices of the Royal Astronomical Society, Vol. 8, p. 64 (1847).
- Bibliografi dari Astronomical Society of the Pacific
- Makalah digital yang berhubungan dengan Caroline Herschel dan pekerjaannya, termasuk surat darinya ke Board of Longitude diarsipkan di Perpustakaan Digital Cambridge
- Katalog Bintang (London, 1798)