Seorang ahli astronomi adalah seorang ahli sains yang mengkaji mengenai jasad cakerawala seperti planet, bintang, dan galaksi.

Galileo biasa dirujuk sebagai Bapa Astronomi Moden.

Secara umumnya mengikut sejarah, bidang astronomi difahamkan lebih kepada pengelasan dan gambaran fenomena di langit manakala bidang astrofizik cuba menerangkan fenomena dan perbezaan dalam kalangan fenomena ini menggunakan hukum fizik. Hari ini, tiada lagi perbezaan di antara kedua-dua perkara sudah tiada lagi. Ahli astronomi profesional biasanya difahami sebagai individu yang berpendidikan tinggi serta mempunyai kelayakan PhD di dalam fizik, atau ahli astronomi yang diminta bekerja oleh institusi penyelidikan atau universiti.[1] Mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka bekerja melakukan penyelidikan, walaupun mereka mempunyai tanggungjawab lain seperti mengajar, membina peralatan, atau menolong operasi sebuah balai cerap. Bilangan ahli astronomi profesional di Amerika Syarikat sebenarnya agak kecil. Persatuan Astronomi Amerika, adalah organisasi ahli astronomi profesional yang besar di Amerika Utara, mempunyai lebih kurang 7,700 ahli. Bilangan ini termasuklah ahli sains dari bidang lain seperti fizik, geologi, dan kejuruteraan, yang mana penyelidikan lebih berkait rapat dengan astronomi.[2] The Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengandungi 9,259 ahli dari 89 negara berbeza yang terlibat di dalam penyelidikan astronomi pada aras PhD dan ke atas.[3]

Walaupun bilangan ahli astronomi profesional seluruh dunia tidak lebih daripada sebuah populasi pekan kecil, terdapat juga sebuah masyarakat astronomi amatur. Kebanyakan bandar raya mempunyai kelab-kelab astronomi amatur yang selalu berjumpa pada sesuatu masa dan juga menganjurkan pertemuan melihat bintang di dalam komuniti mereka. Persatuan Astronomi Pasifik adalah persatuan astronomi umum terbesar di dunia, yang mengandungi kedua-dua ahli astronomi profesional dan amatur serta pendidikan dari 70 negara yang berbeza.[4] Seperti hobi-hobi yang lain, kebanyakan orang yang memikirkan mereka adalah ahli astronomi amatur mungkin menghabiskan masa beberapa jam sebulan untuk melihat bintang dan membaca penemuan terkini di dalam penyelidikan. Bagaimanapun, ahli-ahli amatur terdiri daripada "armchair astronomers" hingga kepada yang paling bercita-cita tinggi, yang mempunyai teleskop sains mereka sendiri yang membolehkan membuat penemuan mereka sendiri dan membantu ahli astronomi profesional di dalam penyelidikan.

Pengiraan di dalam astronomi

sunting
 
Corpus Christi College MS 283

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Frequently Asked Questions About Becoming an Astronomer". NOAO. Unknown parameter |url3= ignored (bantuan); Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ "American Astronomical Society Home". AAS. Dicapai pada 14 Aug 2009.
  3. ^ "About IAU". IAU. Dicapai pada 14 Aug 2009.
  4. ^ "About Us". Astronomical Society of the Pacific. Dicapai pada 29 March 2009.

Pautan luar

sunting