Anugerah Juara Lagu ke-38
Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2023 yang diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Anugerah Juara Lagu Ke-38 | |
---|---|
Tarikh | 3 Mac 2024 |
Tempat | Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
Tajaan | Alha Alfa Cosmetics |
Pengacara | Sherry Alhadad ni Alif Satar Fiza Frizzy (Karpet Merah) Fizi Ali (Karpet Merah) |
Penerbit | Primeworks Studios |
Ketua Juri | Datuk Haji Mokhzani Ismail |
Pengarah | Genervie Kam |
Tempoh Tayangan | 180 minit |
Juara Lagu | "Hasrat" Nyanyian: Amir Jahari Muzik: Amir Jahari Lirik: Amir Jahari |
Sorotan | |
Persembahan Terbaik | Aisha Retno ("Sutera") |
Vokal Terbaik | Aina Abdul ("Jangan Mati Rasa Itu") |
Separuh Akhir Muzik Muzik 38
Senarai Finalis
Senarai finalis Anugerah Juara Lagu 38 telah diumumkan pada 17 Disember 2023.[1][2]
Tajuk lagu | Komposer | Penulis lirik | Penyanyi | |
---|---|---|---|---|
"Jangan Mati Rasa Itu" | Aina Abdul | Aina Abdul | ||
"Sutera" | Aisha Retno | MFMF | Aisha Retno | |
"Santai" | Ezra Kong & Faizal Tahir | Naqiu (menggantikan Faizal Tahir) | ||
"Inilah Jalannya" | Noh Salleh | Kugiran Masdo | ||
"Astana" | Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel | Ernie Zakri | ||
"Darah" | Naim Daniel & Firdaus Rahmat | Marsha Milan Londoh | ||
"Kalam" | Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat | Shiha Zikir | ||
"Hasrat" | Amir Jahari | Amir Jahari | ||
"Kucuma" | A Ramlee & Ezra Kong | Wany Hasrita & Afieq Shazwan (menggantikan Dato Jamal Abdillah) | ||
"Bintang" | Hael Husaini | Hael Husaini | ||
"Waktu" | Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat | Hasif Upin & Ziana Zain | ||
"Selagi Ku Ada" | Amylea Azizan | Khai Bahar & Nabila Razali |
Keputusan Anugerah Juara Lagu 38
Menandakan Anugerah Sampingan |
Anugerah | Kedudukan | Judul Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Ganjaran |
---|---|---|---|---|---|---|
Juara Lagu | Juara Lagu | "Hasrat" | Amir Jahari | RM 100,000 dan trofi | ||
Naib Juara | "Sutera" | Aisha Retno | MFMF | Aisha Retno | RM 50,000 dan trofi | |
Tempat Ketiga | "Jangan Mati Rasa Itu" | Aina Abdul | RM 30,000 dan trofi | |||
Persembahan Terbaik | "Sutera" | Aisha Retno | RM 12,000 dan trofi | |||
Vokal Terbaik | "Jangan Mati Rasa Itu" | Aina Abdul | RM 12,000 dan trofi | |||
Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa | "Jangan Mati Rasa Itu" | Aina Abdul | RM 12,000 dan trofi |
Jemaah Juri
- Datuk Mokhzani Ismail (Ketua Juri)
- Wah Idris
- Datuk Hashridz Murshim Hassim (Acis)
- Azlan Abu Hassan
- Adlin Aman Ramlie
- Rozman Shafie (LY)
- Ad Samad
- Noryn Aziz
- Jari
- Efry Arwis
Trivia
- Amir Jahari penulis lagu dan penulis pertama kelahiran Sarawak untuk memenangi Juara Lagu dengan hasil komposisinya.
- Amir Jahari hanya pemenang kelima dalam sejarah 38 tahun Juara Lagu untuk menjulang ketiga-tiga trofi sebagai penulis lagu, penulis lirik dan penyanyi pada malam kemuncak Juara Lagu dengan lagu "Hasrat".
- Amir Jahari juga cuma penyanyi ketiga kelahiran Sarawak untuk memenangi Anugerah Juara Lagu selain Dayang Nurfaizah dan Hafiz Suip.
- "Hasrat" juga berjaya ditempatkan dalam sejarah sebagai lagu yang dominasi anugerah lagu terbaik Malaysia tahun 2024 kerana juga telah memenangi Lagu Tema Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 untuk filem Imaginur yang menyapu tujuh anugerah, termasuk Filem Terbaik, Pelakon Pengarah Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penyunting Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.
- Pementasan lagu "Hasrat" merupakan dedikasi kepada anak-anak Palestin yang syahid dalam serangan Israel, selain mengangkat tema kesihatan mental dan melawan kemurungan dalam persembahan yang juga menampilkan cameo dari pelakon-pelakon utama Imaginur, Beto Kusyairy dan Diana Danielle.
- Aisha Retno merupakan alumni Big Stage pertama yang menyertai Juara Lagu sejak rancangan realiti itu mula ditayangkan pada tahun 2018.
- Edisi ini merupakan penyertaan pertama kali buat Aisha Retno dan Hasif Upin. Naqiu dan Afieq Shazwan pula pertama kali tampil di pentas Juara Lagu sebagai penyanyi gantian.
Rujukan
- ^ GP, Mustazah (17 Disember 2023). "Senarai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024) : Keputusan Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik (SFMM) 2023". Iluminasi. Dicapai pada 17 Disember 2023.
- ^ Azmi, Mohammad Shahemy (17 Disember 2023). "Aina, Ernie, Marsha kembali berentap di pentas AJL38". Kosmo. Dicapai pada 17 Disember 2023.