E.M.A.S
E.M.A.S atau Edaran Muzik Aspirasi Semasa merupakan album studio kesembilan Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 3 Mac 2003. E.M.A.S terhasil diatas pengamatan Siti mengenai peredaran arus muzik tanah air. Album ini telah terjual melebihi 200,000 unit. E.M.A.S juga sering dikaitkan dengan TM Net kerana Siti telah bekerjasama dengan TMnet sebagai duta produk, dan TMnet terlibat dalam pembikinan beberapa buah video klip di dalam E.M.A.S, termasuk "Ku Milikmu", "Debaran Cinta", "Bukan Cinta Biasa" dan "Sebenar Cinta". Lagu "Untuk Selamanya" terpilih sebagai lagu tema untuk filem Laila Isabella.[2]
E.M.A.S | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 3 Mac 2003[1] | |||
Dirakamkan pada | Julai 2002 – Januari 2003 | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 44:43 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penerbit |
| |||
Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Single daripada E.M.A.S | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Rakaman
suntingE.M.A.S merupakan album keempat Siti Nurhaliza di mana beliau tidak menggunakan khidmat Adnan Abu Hassan sebagai penerbit album dan komposer, selepas Cindai, Sahmura dan Sanggar Mustika (ini juga berlaku kepada Prasasti Seni). Untuk album ini, beliau bekerjasama dengan Aubrey Suwito, Aidit Alfian, dan Julfekar, serta penerbit rakaman Indonesia, Dewiq, dengan Tan Su Loke bertindak sebagai Penerbit Eksekutif album. Album ini juga merupakan album kedua Siti yang menggunakan khidmat Aubrey sebagai penerbit album.
Rakaman album ini dijalankan pada Julai 2002 (empat bulan selepas Siti melancarkan album Sanggar Mustika) dan siap sepenuhnya pada Februari 2003. Dalam album ini, Siti menyumbangkan lirik untuk lima lagunya, iaitu “Bukan Cinta Biasa”, “Ku Yakini”, “Janji Kasih”, “Sebenar Cinta” dan “Ku Milikmu”.
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Bukan Cinta Biasa" | Dewiq, Siti Nurhaliza | Dewiq, Siti Nurhaliza | 4:23 | |
2. | "Debaran Cinta" | Faridah A. Razak | Zuriani | 3:40 | |
3. | "Untuk Selamanya" | Rashid S. | Julfekar | 4:54 | |
4. | "Ku Yakini" | Siti Nurhaliza | Helen Yap | 4:58 | |
5. | "Oda Bumi Anbia" | Ad Samad | Mat S. W | 4:14 | |
6. | "Janji Kasih" | Siti Nurhaliza | Aidit Alfian | 5:00 | |
7. | "Sebenar Cinta" | Siti Nurhaliza | Ajai | 4:24 | |
8. | "Airmata Ibu" | Ad Samad, Tanty | Aiman | 4:20 | |
9. | "Ku Milikmu" | Siti Nurhaliza | Zuriani, M. Zulkifli | 3:36 | |
10. | "Di Sini Ku Berjanji" | Senibayan | Azmeer | 4:46 | |
Bonus VCD | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Penerbit | Masa | ||||||
1. | "Intro: Siti" | |||||||||
2. | "Bukan Cinta Biasa" | Dewiq, Siti Nurhaliza | Dewiq, Siti Nurhaliza | 4:23 | ||||||
3. | "Ku Milikmu" | M. Zulkifli, Siti Nurhaliza | Zuraini | 3:36 | ||||||
Keluaran dan sambutan
suntingUntuk mempromosikan album, empat lagunya, “Bukan Cinta Biasa, “Debaran Cinta”, “Airmata Ibu” dan “Ku Milikmu” dikeluarkan sebagai single; Siti Nurhaliza juga menyanyikan Bukan Cinta Biasa dan Ku Milikmu semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004. E.M.A.S merupakan kejayaan komersial, telah terjual melebihi 200, 000 unit di Malaysia dan 300, 000 unit di Indonesia dan menerima pensijilan 2x platinum.[3] Siti juga mengadakan jelajah promosi selama 6 hari termasuk dijemput sebagai tetamu untuk beberapa rancangan televisyen Indonesia.[4]
Ulasan kritis
suntingE.M.A.S menerima ulasan kritis dari pengkritik muzik. Zul Husni dari Berita Harian mengulas album ini sebagai bukti kematangan Siti selepas 8 tahun melayari industri muzik.[5] Seorang pengulas dari Harian Metro memuji Siti kerana mengekalkan mutu piawai dengan memberikan yang terbaik apabila menyanyikan sebarang lagu.[6] Di dalam ulasan oleh Jad Mahidin dari Sunday Mail, beliau memberikan taraf 4 bintang untuk album ini.[7] Beliau berkata album ini amat "menarik" dari mula hingga akhir dan memuji "vokal yang memukau melalui album".[7] Suzan Ahmad dari Berita Minggu juga yakin dengan pendapat Jad dengan memuji vokal Siti di dalam album ini.[8]
Kedudukan carta
suntingSingle
Tahun | Tajuk | Kedudukan tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Radio Muzik | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | |||||||
2003 | 5 | 3 | - | - | ||||||
4 | 1 | - | 1 | |||||||
Untuk Selamanya |
10 | - | - | - | ||||||
1 | 1 | - | - | |||||||
Sebenar Cinta |
- | - | - | - | ||||||
4 | 8 | - | - | |||||||
Janji kasih |
6 | 12 | - | - |
Pensijilan
suntingNegara | Pensijilan | Jualan/penghataran |
---|---|---|
Malaysia (RIM) | 2× Platinum | 200,000[3] |
Indonesia (ASIRI) | Platinum | 300,000[9] |
Anugerah
suntingAnugerah Musik Indonesia
suntingTahun | Penerima | Anugerah | Keputusan | Negara Hos |
---|---|---|---|---|
2003[9] | E.M.A.S | Album Malaysia Terbaik | Menang | Indonesia |
Anugerah Industri Muzik
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2004[10] | E.M.A.S | Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) | Menang |
Album Pop Terbaik | Menang | ||
Album Terbaik | Menang | ||
Kulit Album Terbaik | Tercalon | ||
"Bukan Cinta Biasa" | Gubahan Terbaik Di Dalam Lagu | Menang |
Anugerah Planet Muzik
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan | Negara hos |
---|---|---|---|---|
2004[11][12] | "Bukan Cinta Biasa" | Lagu Paling Popular | Menang | Singapura |
Lagu Terbaik | Tercalon | |||
E.M.A.S | Album Terbaik | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2003 | "Ku Milikmu" | Lagu Pop Rock Terbaik | Tercalon |
Persembahan Terbaik | Menang |
Rujukan
sunting- ^ E.M.A.S oleh Siti Nurhaliza di iTunes Malaysia
- ^ Rosli Manah (6 Mac 2003). "Siti Nurhaliza - Album baru lebih moden". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-02. Dicapai pada 1 April 2018.
- ^ a b E.M.A.S Diarkibkan 2009-12-15 di Wayback Machine SitiZone (8 Disember 2009).
- ^ Utusan Malaysia Staff (22 Mac 2003). "Siti Nurhaliza - penuhi impian peminat seberang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-05. Dicapai pada 5 April 2018.
- ^ Zul Husni (13 Mac 2003). "Siti pertaruh lagu Air Mata Ibu". Berita Harian. Dicapai pada 6 April 2018.
- ^ Harian Metro Staff (25 March 2003). "Bukan Siti biasa" [Not the normal Siti]. Harian Metro. Dicapai pada 6 April 2018.
- ^ a b Jad Mahidin (30 March 2003). "Winning endeavours from two top songstresses". Sunday Mail. Dicapai pada 6 April 2018.
- ^ Suzan Ahmad (16 March 2003). "Siti terus unggul" [Siti continues to excel]. Berita Minggu. Dicapai pada 6 April 2018.
- ^ a b Abd. Aziz Iktar (4 Oktober 2003) Siti Nurhaliza menang Anugerah Muzik Indonesia Diarkibkan 2014-08-12 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 25 Januari 2010.
- ^ "Biduanita muda". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. 26 April 2004. Dicapai pada 2010-08-11.
- ^ Khadijah Ibrahim (31 Januari 2004). "APM: Penyertaan calon menggalakkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada 2016-12-19.
- ^ "APM 2004 - Kemenangan Siti Nurhaliza sudah diduga". Utusan Malaysia. 23 Februari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada 2016-12-19.