Bob Lokman
Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman (15 April 1964 – 23 September 2022) merupakan bekas pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik Malaysia.[1] Beliau juga ialah penceramah agama dan politik di pentas PAS. Namanya melonjak naik selepas dikenali sebagai penulis lirik lagu popular "Isabella" nyanyian Search. Bob berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.
Bob Lokman | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Hakim bin Lokman 15 April 1964 |
Meninggal dunia | 23 September 2022 Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia | (umur 58)
Sebab kematian | Komplikasi Jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Bunut, Kubang Kerian, Kelantan |
Pendidikan | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Kajang, Selangor |
Pekerjaan | Penggubah lagu, penulis lirik, pelawak, pengacara, pelakon, penceramah agama, penulis buku, ahli politik |
Terkenal kerana | "Isabella" |
Parti politik | PAS |
Pasangan | Relawati Daud (k. 2004–2022) |
Anak-anak | 8 (seorang meninggal dunia) |
Bapa | Lokman Ahmad (bapa) |
Saudara | Ahmad Maher Ismail (datuk saudara) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Balada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock |
Tahun aktif | 1984–2011 |
Pendidikan
suntingBeliau pernah bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Beliau adalah merupakan ambilan pertama sekolah itu pada tahun 1977. Semasa di sekolah, bakat beliau menyerlah dalam sesi bahas dan pernah menjadi pembahas terbaik sekolah agama kerajaan negeri Selangor ketika itu. Pada tahun 1981 ketika di tingkatan lima, beliau telah dibuang asrama dan sekolah. Selepas itu beliau kemudiannya bersekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Pengalaman beliau semasa di sekolah ditulis dalam buku 'Aku, Isabella dan Tok Kenali'. Buku Travelong Hidayah ini diterbitkan oleh Jundi Resources.
Menyertai PAS
suntingPada 19 Februari 2011, Bob Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Borang keahlian PAS diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah/Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Diraja Azizan Abdul Razak pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut Diarkibkan 2020-07-03 di Wayback Machine, Alor Setar. Tindakannya itu memberi inspirasi baru kepada PAS dan 'dipentaskan' ke seluruh negara termasuk dalam Pilihan raya kecil Merlimau 2011 di Melaka.
Kontroversi
suntingDitahan kerana berceramah
suntingPada 10 Oktober 2011, Bob Lokman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa permit. Larangan mengajar atau berceramah tanpa tauliah ini telah termaktub dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 seksyen 14 (1).[2] Kesalahan berceramah tanpa tauliah bukanlah perkara baharu kerana ahli politik seperti Abdul Khalid Samad dari PKR juga tidak disambung permit ceramah dan berhadapan perbicaraan di Kapar. Jais juga pernah menahan bekas Mufti Perlis, Professor Madya Dr. Asri Zainul Abidin. Permohonan tauliah boleh dibuat melalui JAIS, [3] melalui empat kategori.
Ceramah itu disampaikan selepas Solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat dengan seramai 70 jemaah masjid ketika itu. Beliau ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan menghadiri siasatan di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat pada keesokannya. Pengarah Jais Marzuki Hussin mengesahkan Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Beliau tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada JAIS. Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Beliau mempersoalkan mengapa JAIS menahan beliau setelah bertaubat dan mendekati Allah. Sedangkan dahulu dia bergelumang dalam arus keduniaan dalam dunia hiburan.
Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan dimaklumkan bahawa penganjur majlis ceramah turut diminta memberi keterangan.[4][5]
Kehidupan peribadi
suntingBob Lokman berkahwin dengan Relawati Daud dan dikurniakan 8 anak. Anak sulungnya, Mohamad Adam Hakim meninggal dunia akibat ketumbuhan otak pada 5 Oktober 2018.[6]
Kematian
suntingBob meninggal dunia pada 23 September 2022 di usia 58 tahun di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan akibat penyakit jantung yang dideritainya sejak sekian lama.[7] Jenazahnya telah disolatkan di Masjid Al-Taqwa, Mukim Pulau, Kampung Pulau Hilir dan seterusnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Bunut, Kubang Kerian selepas solat isyak.[8]
Penulis lirik
suntingTahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
1987 | Intan, Ku Kesepian | Wings |
1988 | Taman Rashidah Utama | |
1989 | Isabella | Search |
Segalanya Ku Terima | Illusi | |
Pusara Di Lebuhraya | Ekamatra | |
Dendam Cinta Seusia Dunia | Bumi Putra Rockers | |
Falsafah Cinta | M. Nasir dan Rahim Maarof | |
1991 | Memburu Rindu | Hattan |
1991 | Kerana Cinta | Exists |
1993 | Pada Syurga Di Wajahmu | Nash |
1996 | Rendang Tak Berbuah | Hattan |
1997 | Ibu Kota Cinta | Def Gab C |
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1996 | Yes, Tuan! | Filem pertama | |
2001 | Getaran | ||
2003 | Iskandar | Eddie Gondol | |
2009 | Jin Notti | Jin Samsu | |
Santau | Bomoh | ||
2010 | Zoo | Encik Din | |
Mantra | Haji Fatah | ||
4 Madu | Aziz | Penampilan khas | |
2011 | Sekali Lagi | Bapa Sheila | Filem terakhir |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1994 | Pi Mai Pi Mai Tang Tu | Kamil | TV3 | Episod "Kaki Pau" |
1998 | Kamil | Episod: "Kaki Tipu" | ||
2001 | 2+1.com.my | Pelakon undangan | ||
2008 | Tentang Bulan The Series | Astro Prima | Drama terakhir |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Neon | Rock | VCD | Penampilan khas |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2000–2001 | Telebriti | Pengacara | TV1 | |
2007 | Teksi Tunai | Astro Prima | Rancangan realiti | |
2010 | Raja Lawak Astro (Musim 4) | Juri | bersama Afdlin Shauki & Din Beramboi | |
2011 | Raja Lawak Astro (Musim 5) | bersama Afdlin Shauki Minggu 1 (tarik diri) |
Rujukan
sunting- ^ Nur Aqidah Azizi (16 Mac 2018). "From heartbreak to hit". New Straits Times. Dicapai pada 23 September 2018.
- ^ ENAKMEN 9 TAHUN 1995 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
- ^ KAEDAH PERMOHONAN TAULIAH
- ^ "Bob Lokman: Saya ditangkap JAIS bukan kerana agama, tapi Umno". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-12. Dicapai pada 2011-10-11.
- ^ "Jais sahkan Bob Lokman ditahan kerana tiada tauliah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-12. Dicapai pada 2011-10-11.
- ^ "Menderita tumor otak, anak Bob Lokman meninggal dunia". Astro Awani. 5 Oktober 2018. Dicapai pada 23 September 2019.
- ^ Sairul Zamri Misrani (23 September 2022). "Bob Lokman meninggal dunia". Kosmo!. Dicapai pada 23 September 2022.
- ^ Hazira Ahmad Zaidi (23 September 2022). "Jenazah arwah Bob Lokman selamat dikebumikan". Berita Harian. Dicapai pada 23 September 2022.