Anjing pemburu tikus

jenis anjing

Anjing pemburu tikus ialah sebarang anjing yang digunakan untuk penangkapan dan pembunuhan tikus dan haiwan perosak serupa.[1] Baka penangkap tikus khusus terdapat di banyak negara. Anjing pemburu tikus tipikal adalah bersaiz kecil hingga sederhana dan mempunyai lapis bulu pendek dan licin, namun bermacam-macam baka anjing dan baka tempatan anjing mungkin digunakan.[2][1][3] Penggunaan anjing pemburu tikus dianggap secara meluas sebagai kaedah paling mesra alam, berperikemanusiaan, dan cekap untuk membasmi tikus.[4][2] Anjing pemburu tikus dianggap lebih cekap daripada kucing bela jinak.[1]

Sejarah

sunting
 
Anjing pemburu tikus Jerman, diterbitkan pada 1895

Pemburuan tikus telah wujud selama berabad-abad, terutamanya di Eropah.[4][5] Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menyenaraikan lebih daripada 20 penyakit yang dikaitkan secara langsung dengan tikus, yang menjadikan anjing pemburu tikus popular sebagai cara pembendungan penyakit.[4][6][2] Tikus dikaitkan dengan kerosakan pada tanaman dan bangunan.[7][2] Pada Zaman Pertengahan, penangkap tikus digunakan untuk membendung penyebaran penyakit. Penangkap tikus yang menggunakan anjing adalah lebih berjaya dan penangkap tikus dengan kawanan anjing pemburu tikus kerap mengembara dari pekan ke pekan.[2][5][3]

Kebanyakan anjing pemburu tikus berdokumen pertama adalah semasa pertengahan hingga lewat tahun 1800-an di United Kingdom. Semakin populasi di London bertambah, kesesakan dan sistem pengurusan sisa tidak cukup menyebabkan tahap kebersihan menurun dan penggunaan penangkap tikus dan anjing pemburu tikus mereka semakin popular.[4][5][8]

The Guinness Book of World Records menyenaraikan sebagai "anjing penangkap tikus terpantas" seekor bull-and-terrier bernama Billy, yang membunuh 100 ekor tikus dalam masa 5 minit 30 saat (purata seekor tikus setiap 3.3 saat) pada sebuah acara pada tahun 1825.[9] Guinness juga menyebut bahawa Billy telah membunuh 4000 ekor tikus dalam tempoh 17 jam (purata seekor tikus setiap 15.3 saat) pada acara yang tidak disebut;[9] sumber lain, termasuk Atlas of Dog Breeds of the World edisi tahun 1993, menyebut bahawa ia membunuh 2501 ekor tikus dalam tempoh 7 jam (purata seekor tikus setiap 10 saat).[10][11][12][13]

Semasa Perang Dunia Pertama, anjing pemburu tikus digunakan untuk mengawal populasi tikus di dalam parit.[2]

Penggunaan anjing pemburu tikus semakin meningkat lagi di banyak kawasan kerana tikus telah mengembangkan keimunan terhadap racun tikus.[14][15] Ryders Alley Trencher-fed Society (R.A.T.S.) ialah sebuah kumpulan Bandar Raya New York yang diasaskan pada tahun 1990-an[16] yang menjalankan pemburuan tikus terancang dengan anjing. Kumpulan itu dinamai oleh ahli pengasas Richard Reynolds sempena Ryders Alley di Manhattan, yang pernah dipenuhi oleh tikus, dan kawanan yang diberi makan di atas trencher berkumpul untuk berburu.[17][18][19] Kumpulan ini kerap berburu di lokasi Lower Manhattan seperti Theater Alley yang mempunyai sampah yang boleh dicapai oleh haiwan perosak.[20][21]

 
Pengumpan tikus pada 1873

Pengumpanan tikus ialah sukan berdarah yang melibatkan pelepasan tikus tangkapan di dalam ruang tertutup dengan penonton yang bertaruh atas masa yang diambil oleh anjing, biasanya terier, untuk membunuh tikus. Ini kini menyalahi undang-undang di kebanyakan negara.

Ujian anjing bumi menguji kebolehan kerja dan naluri terier kecil yang kerap bertungkai pendek atau dachshund. Ujian anjing bumi melibatkan terowong buatan manusia yang mesti dilalui oleh anjing, sambil menghidu tikus, iaitu "buruan". Anjing mesti mengikut bau ke arah buruan dan kemudian "mengerjakan" buruan. Bergantung pada pertubuhan penyokong, "mengerjakan" memaksudkan menyalak, mencakar, merenung, mengais, menggali; sebarang tingkah laku aktif. Buruan ini dilindungi pada setiap masa oleh palang kayu di hujung terowong. Pertemuan perburuan dikawal dan anjing mahupun buruan (biasanya dua ekor tikus) tidak terancam oleh kegiatan tersebut.[22][23]

Perburuan bangsal ialah sukan kompetitif pencarian tikus yang tersembunyi di dalam bandela rumput kering. Tikus jinak ditempatkan di dalam tiub keras untuk mengelakkan kecederaan dan disembunyikan di dalam bandela rumput kering sementara anjing mencarinya.[24]

Baka anjing pemburu tikus

sunting

Antara banyak baka yang digunakan untuk pemburuan tikus merupakan beberapa terier, pelbagai pincer dan schnauzer, dan baka anjing pemburu tikus Sepanyol. Penangkap tikus juga menggunakan anjing baka silang untuk menangkap tikus, termasuk lurcher dan silangan anjing penuding.[3]

Terier dan feist

sunting

Terier ialah anjing daripada mana-mana baka atau baka tempatan daripada jenis terier, yang biasanya kecil, tegap, game, dan tidak takut.[25] Feist ialah anjing pemburu kecil yang disilangkan dengan terier, yang dikembangkan di kawasan luar bandar Selatan oleh pembiak baka untuk pemburuan buruan kecil dan penghapusan haiwan perosak.[26] Terier dan feist yang lazimnya digunakan sebagai anjing pemburu tikus termasuk:

Anjing pemburu tikus Sepanyol

sunting
 
Anjing pemburu tikus di Negara Basque

Terdapat lima baka anjing pemburu tikus rantauan di Sepanyol:

Pincer dan schnauzer

sunting

Banyak anjing jenis pincer dan schnauzer digunakan secara tradisional untuk menangkap tikus; baka moden yang diterbitkan daripada itu termasuk:

Lain-lain

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i Robertson, DVM, Elizabeth (21 April 2021). "The Best Dog Breeds For Killing Rats | National Canine Research Association Of America" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  2. ^ a b c d e f g h "Barn Hunt Association". www.barnhunt.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  3. ^ a b c d e Matthews, Ike (1898). Full Revelations of a Professional Rat-Catcher, after 25 Years' Experience (dalam bahasa Inggeris). The Friendly Societies' Printing Co., Ltd.
  4. ^ a b c d e f g h i j k l m n "Rat Hunting Dogs: The History Of Rat Terriers and Ratcatchers". A Life of Dogs (dalam bahasa Inggeris). 24 Februari 2020. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  5. ^ a b c Chronicler (1 Februari 2022). "Professional Rat Catchers Became The Pride of A Filthy Europe". Lessons from History (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  6. ^ "How to Control Wild Rodent Infestations | Healthy Pets, Healthy People | CDC". Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (dalam bahasa Inggeris). 15 Februari 2023. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  7. ^ Chicago, Casey Toner, Mina Bloom, Block Club (31 Ogos 2023). "Why Chicago is Losing the War on Rats". Illinois Answers Project (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  8. ^ "The Rat-Catcher Job And Rat-Baiting: Myth And History | Weird History Facts". weird-history-facts.com (dalam bahasa Inggeris). 7 Jun 2023. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  9. ^ a b "Fastest canine rat catcher". Guinness World Records (dalam bahasa Inggeris). 13 April 1825. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  10. ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1993). Rat Terrier (dalam bahasa Inggeris). 2 (ed. ke-4). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H. m/s. 714–715. ISBN 0-86622-873-X.
  11. ^ Rat Terrier (Inggeris) savearescue.org
  12. ^ a b c "newratstandards1". www.nrta.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  13. ^ "HISTORY OF THE RAT TERRIER". ratattacknc.tripod.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  14. ^ a b c d e Henton, Alexandra (11 Februari 2015). "Ratting with terriers. Which terrier is top?". The Field (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  15. ^ Schappi, Colin (12 April 2023). "Rat-Hunting Dogs in Bushwick". Curbed (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  16. ^ Leah Bitsky (23 Mac 2017), "Meet the fearless dogs solving NYC's rat problem", New York Post (dalam bahasa Inggeris)
  17. ^ Corey KILGANNON (21 November 2013), "In Manhattan Alleys, Dogs on Rat Hunts Find Bags of Fun", The New York Times (dalam bahasa Inggeris)
  18. ^ WILL NEWMAN (9 Disember 2014), Spending a Night with New York's Finest Rat-Hunting Club (dalam bahasa Inggeris), Vice.com
  19. ^ Emma Patti Harris (11 Ogos 2014), "The Rat Catchers of New York", The Dark Room (Photo essay) (dalam bahasa Inggeris), The Baltimore Sun
  20. ^ Corey Kilgannon (7 Disember 2013), "Brits can keep their foxes; New Yorkers do rat hunts", The SeattleTimes (dalam bahasa Inggeris)
  21. ^ a b Mitch Moxley (2013), The Rat Hunters of New York (dalam bahasa Inggeris), Roads & Kingdoms, dicapai pada 8 Jun 2024
  22. ^ Lee, Muriel P. (17 April 2012). Fox Terrier (dalam bahasa Inggeris). Fox Chapel Publishing. ISBN 978-1-59378-630-4.
  23. ^ "About the American Working Terrier Association (AWTA)". American Working Terrier Association (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  24. ^ a b Gillespie, Kerry (15 April 2022). "'In it for the treats': Ratting, where dogs sniff out live rats for awards, is making a comeback". Toronto Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  25. ^ Roeder, Oliver (16 Februari 2016). "Terriers Were Once The Greatest Dogs In The World". FiveThirtyEight (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  26. ^ a b "Breed Standards : Mountain Feist | United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  27. ^ Morris, Desmond (2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Trafalgar Square. m/s. 218. ISBN 978-1-57076-410-3.
  28. ^ a b c Morris, Desmond (2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Trafalgar Square. m/s. 207–208. ISBN 978-1-57076-410-3.
  29. ^ Morris, Desmond (2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Trafalgar Square. m/s. 215. ISBN 978-1-57076-410-3.
  30. ^ Thompson, Noah (18 Mei 2016). "Ratting Dogs: Dogs, Not Cats, Are the Ultimate Rat Hunters!". Rat Relief (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  31. ^ a b Las Razas Españolas (Sepanyol) Diarkibkan 16 Disember 2013 di Wayback Machine. Real Sociedad Canina de España. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  32. ^ History (Inggeris). Club del Ca Rater Mallorquí. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  33. ^ Estudio Sobre el Ratonero Murciano (Sepanyol). Asociación Canina de la Comunidad Autónoma de Murcia. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  34. ^ Castillo Matías, J. & Mediavilla Iglesias, M. (April 2008). "5. Villanuco de las Encartaciones" (Sepanyol). Los 26 tesoros de nuestra comunidad, hlm. 72. Sepanyol: La Anunciata Ikerketa. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  35. ^ Dohner, Janet Vorwald (4 Oktober 2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide to 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners (dalam bahasa Inggeris). Storey Publishing, LLC. ISBN 978-1-61212-593-0.
  36. ^ a b Morris, Desmond (2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Trafalgar Square. m/s. 200. ISBN 978-1-57076-410-3.
  37. ^ "Breed History - Affenpinscher Club of America". Affenpinscher Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.