Terier Lakeland
Terier Lakeland[a] ialah satu baka anjing yang mendapat namanya sempena tempat asal usulnya,[1] Daerah Lake di England. Anjing ini ialah anggota bersaiz kecil hingga sederhana dalam keluarga terier. Sementara berkeperibadian bebas, ia berinteraksi dengan baik dengan pemilik dan semua anggota keluarga.[2] Di United Kingdom, terier Lakeland dianggap sebagai baka anjing rentan yang berisiko pupus melalui paras rendah pembiakbakaan, menurut The Kennel Club. Di Amerika Syarikat, terier Lakeland menempati tangga ke-148 daripada 193 baka menurut angka pendaftaran anak anjing dengan American Kennel Club pada tahun 2019.[3]
Negara asal | England | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Perihal
suntingPenampilan
suntingDengan berat 15–17 lb (6.8–7.7 kg), terier Lakeland ialah terier hitam dan sawo matang bertungkai panjang paling kecil.[2] Ia serupa dari segi penampilan dengan terier Wales yang lebih besar sedikit tetapi bertulang lebih halus.[2] Yang terbesar antara tiga baka dalam kumpulan terier serupa ini ialah terier Airedale.[2] Terier Lakeland ialah anjing tegap,[4] padat, bebas bergerak, dan mampu menjangkau kawasan dengan sedikit usaha dan kepantasan tinggi.[2] Anjing ini berdada agak sempit dan mempunyai muncung lebar, namun lebih sempit sedikit daripada terier Wales, dengan telinga kecil berbentuk V.[2] Baka terier Lakeland mempunyai lapis bulu luar lebat tebal dan lapis bulu bawah lembut.[4] Ia terdapat dengan pelbagai warna. The Kennel Club menyenaraikan yang berikut sebagai warna yang boleh diterima: hitam dan sawo matang, biru dan sawo matang, merah, gandum, grizzle merah, hati, biru, atau hitam.[4] Terier Lakeland mempunyai ekor tegak, yang sebelum ini lazimnya dipotong di United Kingdom[4] dan terus lazimnya dipotong di Amerika Syarikat.[5] Kebanyakan terier Lakeland tumbuh sehingga setinggi 13.5–15 inci (34–38 cm) apabila diukur hingga paras kelasa.[6]
Matanya kecil dan berwarna gelap serta berbentuk bujur.[2] Hidung dan tapak kakinya berwarna hitam kecuali pada anjing berwarna hati yang mempunyai pewarnaan hati pada hidung dan tapak.[2] Anjing berwarna hati mempunyai mata berwarna sedikit lebih cerah.[2] Anjing ini tidak bersalin bulu jika didandani dengan betul.[7] Ada cadangan bahawa "pelucutan dan pemangkasan kerap meningkatkan tekstur dan kualiti lapis bulu" dan "ada keperluan untuk meningkatkan tujuan utilitarian anjing ini" serta "memperbaiknya untuk gelanggang pertunjukan".[8]
Perangai
suntingAnjing ini ramah, berani, dan yakin.[9] Sifat malu adalah sangat tidak tipikal, begitu juga keagresifan.[2] Sebagai anjing sangat cerdas dan berfikiran bebas, ia cepat belajar dan mudah dilatih, walaupun terier Lakeland kerap mempamerkan "kepekakan terpilih" apabila tahap minatnya terangsang.[2] Terier Lakeland menerima pelatihan kurungan dengan agak baik.[2] Seperti kebanyakan terier, terier Lakeland adalah bertenaga; senaman dan masa bermain harian merupakan kemestian, supaya anjing aktif ini tidak mencari saluran lain untuk tenaganya dengan hasil yang tidak diingini untuk pemiliknya.[2]
Sejarah
suntingSebagai salah satu baka terier ("[anjing] bumi") terawal, yang bertarikh dari tahun 1700-an, anjing "bumi" ini ialah keturunan terier hitam dan sawo matang lama Inggeris dan fell terrier.[2] Perkhidmatan sasli terier Lakeland adalah untuk "memasuki tanah" di ladang untuk memburu haiwan perosak. Saiz dan tenaganya menjadikannya popular sebagai pemburu di tempat yang sukar dijangkau; baka ini ialah antara yang layak untuk bertanding dalam ujian anjing bumi yang disokong.
Versi anjing pekerja bagi terier Lakeland kerap dikenali sebagai fell terrier atau terier Patterdale. Walaupun kebanyakan baka terier hanya perlu meluru ke arah buruannya, atau menandakannya dengan mengepung, terier Lakeland mesti mampu membunuh rubah di dalam sarang rubah itu.[2]
Di Daerah Lake di England, rupa bumi pergunungan dan berbatu tidak sesuai untuk pemburuan rubah secara berkuda dan rubah diburu dengan berjalan kaki.[2] Telah ada cadangan bahawa stamina hebat terier Lakeland berasal daripada larian sepanjang hari dengan hound, tidak seperti sepupu rapatnya, terier rubah, yang perlu dibawa di dalam beg pelana untuk dilepaskan hanya apabila rubah telah memasuki bumi.[2]
The Kennel Club United Kingdom mendakwa telah mengiktiraf terier Lakeland pada tahun 1921,[9] sementara Lakeland Terrier Club mencadangkan bahawa ini lebih hampir dengan tahun 1928.[1] Lakeland Terrier Association (kini bubar) diasaskan pada tahun 1921.[1] Pada tahun 1925, baka ini mencapai kehomogenan ikutan pembiakbakaan silang dengan terier rubah dan terier Airedale.[2] Lakeland Terrier Club diasaskan pada tahun 1932[1] dan mempromosikan baka ini di peringkat kebangsaan[1] melalui pertunjukan yang disokong oleh The Kennel Club.[2] American Kennel Club mengiktiraf baka ini pada tahun 1934.[10] Terier Lakeland telah dua kali memenangi Best in Show dalam Crufts[11] dan dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club.[12]
Kesihatan
suntingSebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 14.2 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[13]
Terier Lakeland terkenal/popular
sunting- Stingray of Derryabah - anjing pertama yang memenangi Best in Show/Supreme Champion dalam kedua-dua pertunjukan teratas Amerika Syarikat dan United Kingdom Westminster (1968) dan Crufts (1967)[14]
- Zelda Van Gutters - Wartawan/Maskot Berkeliaran Nickelodeon Magazine
- Champion Revelry's Awesome Blossom - terier Lakeland pemenang teratas yang dimiliki oleh Jean L. Heath dan Bill Cosby[15]
- Kevin - yang dimiliki oleh Neil Tennant (penyanyi dalam Pet Shop Boys)[16]
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: تيريئر ليکلند ; bahasa Inggeris: Lakeland terrier
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Terier Lakeland |
- ^ a b c d e Punter, Ron. "Profile of the Lakeland Terrier" [Profil Terier Lakeland] (dalam bahasa Inggeris). The Lakeland Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2012. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s Alderton, David (1993). Dogs [Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 214. ISBN 9781564581761. OCLC 45131913.
- ^ "The Most Popular Dog Breeds of 2019" [Baka Anjing Paling Popular 2019] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 1 Mei 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2020. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ a b c d "Lakeland Terrier" [Terier Lakeland] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "LAKELAND TERRIER BREED STANDARD" [PIAWAIAN BAKA TERIER LAKELAND] (dalam bahasa Inggeris). United States Lakeland Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2022. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "Breed Profile/ Breeders" [Profil Baka / Pembiak Baka] (dalam bahasa Inggeris). The Lakeland Terrier Club. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Peters, Patricia. "GROOMING THE PET LAKELAND" [MENDANDANI TERIER LAKELAND PELIHARAAN] (dalam bahasa Inggeris). United States Lakeland Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2009. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Peters, Patricia. "FOR THE SHOW RING" [UNTUK GELANGGANG PERTUNJUKAN] (dalam bahasa Inggeris). United States Lakeland Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2012. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b "Breed Information Centre: Lakeland Terrier" [Pusat Maklumat Baka: Terier Lakeland] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2012. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "Breeds by Year Recognized" [Baka mengikut Tahun Pengiktirafan] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "Past and Present Winners" [Pemenang Terdahulu dan Semasa] (dalam bahasa Inggeris). Crufts. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2020. Dicapai pada 1 Februari 2025.
- ^ "Best in Show Winners" [Pemenang Best in Show] (dalam bahasa Inggeris). Westminster Kennel Club. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Punter, Ron (2007). "The Lakeland Terrier Ch Stingray of Derryabah 40 years ago the first dog to win BIS at both Crufts and Westminster" [Terier Lakeland Ch. Stingray of Derryabah 40 tahun lalu anjing pertama yang memenangi BIS dalam kedua-dua Crufts dan Westminster] (dalam bahasa Inggeris). homepage.ntlworld.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2015. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Green, Ranny (9 Februari 1997). "Schnauzer, Dobe Lead Way At Westminster" [Schnauzer, Dobe Pimpin Jalan di Westminster] (dalam bahasa Inggeris). The Seattle Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2012. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "Message from Neil" [Pesanan daripada Neil] (dalam bahasa Inggeris). Pet Shop Boys. 21 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 6 Mac 2024.