Cairn terrier
Cairn terrier[a] ialah satu baka terier yang berasal dari Tanah Tinggi Scotland dan diiktiraf sebagai salah satu baka anjing pekerja terawal.
Negara asal | Scotland | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Nama "cairn terrier" merupakan cadangan kompromi semasa baka ini dibawa ke pertunjukan rasmi di United Kingdom pada tahun 1909, awalnya di bawah nama "short-haired Skye terrier" ("terier berbulu pendek Skye"). Nama ini tidak diterima oleh The Kennel Club apabila berhadapan dengan bantahan daripada pembiak baka terier Skye. Nama alternatif "cairn terrier" diterima pakai.
Sejarah
suntingCairn terrier berasal dari Tanah Tinggi Scotland dan Kepulauan Skye.[3] Sebelum tahun 1873, terier di Scotland dirujuk secara kolektif sebagai "Scottish terriers" ("terier Scotland").[4] Pada zaman awal pengasasan baka ini, nama "short haired Skye Terrier" ("terier Skye berbulu pendek") digunakan.[5][6] Selepas kebimbangan dibangkitkan oleh Skye Terrier Club, nama "Cairn Terrier" diberikan kepada baka ini pula.[4] Nama "Cairn Terrier" berasal daripada batu limas atau cairn, iaitu tempat untuk terier ini kerap menggarah haiwan perosak.[7]
The Kennel Club United Kingdom memberi cairn terrier daftar terpisah pada tahun 1912; pada tahun pertama pengiktirafan, 134 ekor anjing didaftarkan dan baka ini diberi status Kejuaraan.[8] Ia diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1963.[9]
Perihal
suntingCairn terrier mempunyai lapis bulu luar kasar tahan cuaca yang dapat berwarna hitam, krim, gandum, merah, pasir, kelabu, atau brindle. Hitam legam, hitam dan sawo matang, dan putih tidak diizinkan oleh banyak kelab kenel. Walaupun pendaftaran cairn terrier putih pernah diizinkan, selepas tahun 1917, American Kennel Club mensyaratkan agar ia didaftarkan sebagai terier putih Tanah Tinggi Barat. Satu ciri penting cairn terrier ialah bahawa cairn terrier brindle kerap bertukar warna sepanjang hayatnya. Ini bukan hal luar biasa untuk cairn terrier brindle yang menjadi semakin hitam atau perak semakin ia menua. Cairn terrier berlapis bulu ganda, dengan lapis bulu bawah lembut dan padat dan lapis bulu luar keras. Cairn terrier yang terawat dengan rapi mempunyai penampilan kasar dan sedia, bebas daripada penampilan buatan. Cairn terrier didaftarkan ke dalam American Kennel Club pada tahun 1903.
Cairn terrier cenderung untuk kelihatan serupa dengan terier Norwich, tetapi dengan sesetengah perbezaan (contohnya bulu berjumbai). Lapis luar bulunya adalah berjumbai, tetapi ia mempunyai lapis bulu bawah lembut mirip kapas. Ketinggian unggul ialah kira-kira 28–31 cm (11–12 in) dengan berat berperkadaran, biasanya sekitar 6–7.5 kg (13–17 lb).[1][2]
-
Brindle
-
Merah/gandum
-
Seekor anak anjing berusia sembilan minggu
Kesihatan
suntingSebuah kajian Perancis tahun 2015 mendapati jangka hayat sebanyak 13.42 tahun.[10] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 14 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[11]
Sesetengah masalah kesihatan keturunan lebih umum yang ditemukan pada cairn terrier merupakan:[12][13]
- Atrofi retina progresif
- Diabetes melitus
- Displasia pinggul
- Distrofi kornea
- Entropion
- Fistula bronkoesofagus
- Hipotiroidisme
- Katarak
- Kehelan kanta
- Melanosis okulus
- Osteopati kraniomandibel (rahang singa)
- Penyakit Krabbe (leukodistrofi sel globoid)
- Penyakit Legg–Calvé–Perthes
- Penyakit von Willebrand
- Pirau portosistemik
- Sarkoma tisu lembut
- Tempurung lutut terkehel
Baka ini cenderung terhadap dermatitis atopi.[14]
Catatan
sunting- ^ Jawi: کيئرن تيريئر ; bahasa Inggeris: cairn terrier
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Cairn terrier |
- ^ a b c "FCI-Standard N° 4 CAIRN TERRIER" [Piawaian FCI No. 4 Cairn Terrier] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Mac 1998. Dicapai pada 21 Disember 2024.
- ^ a b c "Cairn Terrier" [Cairn Terrier] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2024. Dicapai pada 28 Disember 2024.
- ^ "Cairn Terrier: History" [Cairn Terrier: Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Oktober 2014. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ a b "History of the Cairn Terrier" [Sejarah Cairn Terrier] (dalam bahasa Inggeris). Cairn Terrier Club of Canada. Dicapai pada 11 September 2024.
- ^ "Cairn Terrier" [Cairn Terrier] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 11 September 2024.
- ^ "Cairn History" [Sejarah Cairn] (dalam bahasa Inggeris). Cairn Terrier Club of America. Dicapai pada 11 September 2024.
- ^ Bovsun, Mara (3 November 2015). "Cairn Terrier Facts You May Not Know" [Fakta Cairn Terrier yang Mungkin Tidak Anda Ketahui] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 11 September 2024.
- ^ "THE CAIRN TERRIER: A brief history" [CAIRN TERRIER: Sejarah ringkas] (dalam bahasa Inggeris). South Wales and West of England Cairn Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2018. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: CAIRN TERRIER (4)" [Tatanama baka FCI: CAIRN TERRIER (4)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 21 Disember 2024.
- ^ Leroy, Grégoire; Phocas, Florence; Hédan, Benoît; Verrier, Étienne; Rognon, Xavier (18 November 2014). "Inbreeding impact on litter size and survival in selected canine breeds" [Impak pembiakbakaan dalam terhadap saiz dan kemandirian perinduk pada baka anjing terpilih]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 203 (1): 74–78. doi:10.1016/j.tvjl.2014.11.008. ISSN 1532-2971. PMID 25475165. S2CID 27631883. min=12.23 ± 4.18 median=13.42
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ "HEALTH RELATED CONCERNS: Genetic Anomalies of the Cairn Terrier" [KEBIMBANGAN BERKAITAN DENGAN KESIHATAN: Anomali Genetik Cairn Terrier] (dalam bahasa Inggeris). Cairn Terrier Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2010. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ Gough, Alex; Thomas, Alison (16 April 2004). Breed Predispositions to Disease in Dogs & Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Oxford, United Kingdom: Wiley-Blackwell. doi:10.1002/9780470690802. ISBN 9781405107488. OCLC 53231203.
- ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.