Anjing pemburu darah
Anjing pemburu darah, anjing darah, bloodhound (Sebutan bahasa Melayu: [bladhaʊn]),[a] anjing Santo Hubert, atau anjing pemburu Santo Hubert[b] ialah satu baka anjing pemburu bau besar yang pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu rusa, babi hutan, dan arnab, dan, sejak Zaman Pertengahan, untuk menjejak orang. Oleh sebab anjing ini dipercayai diturunkan daripada anjing pemburu yang pernah dipelihara di Gereja Saint-Hubert, Belgium, nama aslinya dalam bahasa Perancis ialah chien de Saint-Hubert ("anjing Santo Hubert").
Nama lain | Anjing darah Bloodhound Anjing St. Hubert Anjing pemburu St. Hubert | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Belgium Perancis United Kingdom | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Baka ini masyhur kerana kebolehannya untuk mencerap bau manusia dari jarak jauh, malah yang berusia berhari-hari kemudian. Deria baunya yang amat tajam digabungkan dengan naluri penjejakan kuat untuk menghasilkan anjing pemburu bau unggul dan ia digunakan oleh pihak polis dan penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia untuk menjejak banduan pelarian, orang hilang, dan haiwan peliharaan sesat.[1]
Penampilan
suntingAnjing pemburu darah berukuran seberat 36–72 kg (79–159 lb). Ia berdiri setinggi 58–70 sentimeter (23–28 in) pada paras kelasa. Menurut piawaian AKC untuk baka ini, anjing lebih besar lebih diutamakan oleh para hakim pengakuran. Warna-warna yang diterima untuk anjing pemburu darah merupakan hitam, hati, dan merah. Anjing pemburu darah memiliki struktur rangka yang agak luar biasa besar dengan tumpuan kebanyakan beratnya pada tulang yang sangat tebal untuk anjing dengan panjang seperti ini. Lapis bulunya, tipikal untuk anjing pemburu bau, adalah keras dan terdiri daripada bulu singkat sahaja, tanpa percampuran dengan bulu panjang.[1]
Perangai
suntingBaka ini dilaporkan sebagai anjing bersikap lembut dan jarang penat apabila mengikuti bau. Oleh sebab naluri penjejakan kuatnya, ia dapat menjadi segil dan agak susah dilatih untuk patuh dan dikendalikan dengan cawak. Anjing pemburu darah dikenali memiliki sifat mesra dan tenang terhadap manusia, lalu membuatnya dianggap sebagai anjing peliharaan sangat baik untuk keluarga.[1]
Jenis warna
suntingSehingga sekurang-kurangnya abad ke-17, bloodhound terdiri daripada semua warna,[2] namun pada zaman moden, kriteria warnanya telah menjadi lebih terbatas. Warnanya biasanya tersenarai sebagai hitam dan sawo matang, hati dan sawo matang, dan merah. Warna putih tidak jarang di dada dan kadang-kadang muncul di kaki. Secara genetik, jenis-jenis utama ditentukan oleh tindakan dua gen yang ditemukan pada banyak spesies. Salah satu gen menghasilkan perselangan antara hitam dengan perang (hati). Jika anjing mewarisi alel hitam (varian) daripada salah seekor induk, ia memiliki hidung, bingkai mata, dan tapak kaki hitam, dan jika ada pelana, pelananya hitam. Alel lagi satu menindas pigmen hitam dan adalah resesif. Maka, alelnya mesti diwarisi daripada kedua-dua induk. Alel ini menghasilkan hidung, bingkai mata, tapak kaki, dan pelana berwarna hati.
Gen kedua menentukan pola lapis bulu. Gen ini dapat menghasilkan individu tanpa pelana (pada asasnya sawo matang menyeluruh, tetapi juga dipanggil 'merah' pada anjing pemburu darah), individu dengan tanda pelana, atau individu yang dilitupi kebanyakannya dengan pigmen lebih gelap (hitam atau hati), kecuali bibir, kening, dada hadapan, dan tungkai bawah sawo matang. Anjing-anjing ini kadang-kadang dirujuk sebagai jenis lapis bulu menyeluruh. Dalam kajian perintis pada tahun 1969,[3] Dennis Piper mengusulkan lima alel dalam gen penanda pola, yang menghasilkan keragaman antara jenis merah atau tanpa pelana, yang terdiri daripada tiga jenis berlainan yang bertanda pelana semakin besar menurut urutan jenis, dengan jenis litupan menyeluruh. Walau bagaimanapun, kajian lebih moden[4] mengatributkan keragaman kepada tiga alel berlainan bagi gen agouti. Ay menghasilkan anjing "merah" tidak bertanda pelana, As menghasilkan tanda pelana, dan at menghasilkan anjing lapis bulu menyeluruh. Antara ketiga-tiganya, Ay adalah dominan, dan at adalah resesif kepada yang lain. Interaksi sesama keragaman dua gen ini menghasilkan enam jenis asasi yang ditunjukkan di bawah.
-
Jenis lapis bulu menyeluruh hitam dan sawo matang
-
Jenis lapis bulu menyeluruh hati dan sawo matang
-
Jenis pelana hitam dan sawo matang
-
Jenis pelana hati dan sawo matang
-
Jenis merah, berpigmen hitam
-
Jenis merah, berpigmen hati
Sumber lagi satu tidak mengiktiraf as sebagai varian tersendiri. Sebaliknya, sumber ini menyatakan bahawa "at menyertakan titik sawo matang dan sawo matang pelana, kedua-duanya terlihat seperti titik sawo matang pada kelahiran. Gen pengubah suai pada anjing sawo matang pelana menyebabkan pengurangan beransur bagi kawasan hitam sehingga pola sawo matang pelana tercapai". 'Titik sawo matang' merujuk jenis menyeluruh daripada kening, muncung, dan stoking sawo matang tipikal.
Boleh jadi gen ketiga menentukan sama ada terdapat topeng melanisme atau tidak. Em, alel untuk topeng, adalah dominan ke atas E, alel untuk ketiadaan topeng.
Kesihatan
suntingPenyakit
suntingBerbanding dengan anjing baka tulen lain, anjing pemburu darah menderitai penyakit perut dan usus pada kadar tinggi yang luar biasa. Volvulus pendilatan gastrik (kembung) merupakan masalah perut dan usus paling umum.[5] Baka ini juga menderitai angka tinggi luar biasa bagi penyakit-penyakit mata, kulit, dan telinga;[5] maka, kawasan-kawasan ini perlu diperiksa dengan kerap untuk gejala-gejala masalah yang berpotensi. Para pemilik patut terutamanya sedar tentang gejala-gejala kembung, yang merupakan penyakit paling umum dan punca paling utama kematian bagi anjing pemburu darah. Lapis bulu tebalnya memberi baka ini kecenderungan untuk cepat memanas secara berlebihan.
Jangka hayat
suntingSebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 9.3 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[6] Dalam tinjauan The Kennel Club tahun 2004, punca paling lazim bagi kematian ialah volvulus pendilatan gastrik pada 34%, sementara punca kedua paling utama bagi kematian dalam kajian itu ialah kanser, pada 27%.[5]
Sejarah
suntingAnjing Santo Hubert
suntingAnjing Santo Hubert, menurut legenda, pertama kali dibiakbakakan pada sekitar 1000 Masihi oleh para rahib di Biara Saint-Hubert di Belgium; anjing ini paling mungkin berasal dari Perancis, tanah air bagi banyak baka hound moden. Anjing ini didakwa sebagai leluhur bagi beberapa baka lain, seperti anjing pemburu Normandie dan anjing pemburu Saintonge yang telah pupus; dan anjing pemburu biru besar Gascogne, anjing pemburu Gascogne Saintonge, anjing pemburu Ariège, dan anjing pemburu Artois Normandie, serta bloodhound moden. Ada cadangan bahawa anjing ini merupakan anjing baka kacuk dan bukan jenis seragam.[7][halaman diperlukan]
Asal usulnya di sana atau leluhurnya tidak dapat dipastikan, tetapi mulai sekitar tahun 1200, para rahib Gereja St. Hubert pada setiap tahunan mengirimkan beberapa pasang anjing pemburu hitam sebagai hadiah kepada Raja Perancis. Anjing-anjing ini tidak selalu dipandang tinggi dalam kawanan diraja. Charles IX 1550–1574, lebih memilih anjing-anjing pemburu putih baginda dan chien-gris yang lebih besar, dan menyuratkan bahawa anjing St. Hubert sesuai untuk orang yang menantikan gout, namun bukan untuk yang berhasrat untuk menyingkatkan nyawa haiwan buruan. Baginda memerihalkan anjing-anjing ini sebagai anjing pemburu kawanan berpendirian sederhana, bertubuh panjang, berusuk kurang melengkung, dan kurang kuat.[8] Dalam tulisan beliau pada tahun 1561, Jaques du Fouilloux memerihalkan anjing ini sebagai anjing bertubuh kuat, namun dengan tungkai rendah dan pendek. Beliau menyatakan bahawa ia telah kacuk dalam pembiakbakaan sampai baka ini terdiri daripada semua warna dan tersebar meluas.[9] Charles pula memerihalkan 'baka jati' anjing St. Hubert sebagai anjing hitam dengan tanda-tanda merah/perang di sebelah atas mata dan tungkainya biasanya sewarna juga, lalu mencadangkan liputan hitam dan sawo matang menyeluruh (lihat seksyen tentang jenis warna di atas). Pada pendapat De Fouilloux, yang 'hitam tulen' merupakan anjing terbaik daripada baka kacuk ini. Kedua-dua penulis menyangkakan anjing ini hanya berguna sebagai anjing pemburu bercawak. Kedua-duanya merujuk anjing pemburu putih, juga anjing St. Hubert, yang menjelang zaman mereka telah lenyap, setelah pembiakbakaan menyaling dengan anjing pemburu putih lain, greffier, untuk menghasilkan anjing pemburu kawanan pilihan sang raja, kadang-kadang dipanggil le chien blanc du roi, "anjing putih sang raja".
Ia kelihatannya lebih dipandang tinggi semasa pemerintahan Henri IV (1553–1610), yang mempersembahkan sebuah kawanan kepada James I dari England. Menjelah penghujung pemerintahan Louis XIV (1715), anjing ini sudah pun menjadi jarang.[10][11] Pada tahun 1788, D'Yauville, yang merupakan pengendali anjing diraja, mengatakan bahawa anjing yang dikirimkan oleh para rahib St. Hubert, dahulunya dijulung, telah merosot, dan jarang-jarang salah seekor daripada hadiah tahunan yang terdiri daripada enam atau lapan ekor disimpan.[12]
Menjelang Revolusi Perancis pada tahun 1789, pengiriman hadiah terhenti, dan perburuan di Perancis merosot sehingga penghujung Perang Napoleon. Apabila dipulihkan semasa abad ke-19, para pemburu, dengan banyak pilihan baka, kelihatannya kurang minat kepada anjing St. Hubert. Yang terkecuali ialah Baron Le Couteulx de Canteleu, yang mencuba untuk mencari anjing-anjing ini. Beliau melaporkan bahawa jarang ada lagi anjing baka ini di Perancis, dan yang ada di Ardenne pula dibiakbakakan terlalu banyak sehinggakan ciri-ciri baka telah hilang.[11][13]
Para penulis tentang bloodhound pada dua abad terkini pada umumnya bersetuju bahawa strain asli anjing St. Hubert telah pupus pada abad ke-19, dan bahawa anjing St. Hubert Eropah dapat wujud kini kerana perkembangan bloodhound.[10][13][14][15]
Anjing pemburu darah
suntingRujukan kepada bloodhound pertama kali muncul dalam tulisan Inggeris pada awal hingga pertengahan abad ke-14, dalam konteks yang mencadangkan bahawa baka ini telah cukup mantap pada masa itu.[16][17][18] Kerap ada dakwaan bahawa leluhurnya dibawa dari Normandie oleh William si Penakluk, namun tiada bukti sebenar untuk hal ini. Kedatangan orang Norman yang membawa anjing pemburu dari Eropah semasa zaman pasca-Penaklukan adalah pasti, tetapi hal bahawa anjing berkenaan termasuk bloodhound sendiri dan bukan hanya leluhurnya merupakan perkara pertikaian yang barang kali tidak dapat diselesaikan atas dasar bukti terselamat.
Dalam perburuan zaman pertengahan, kegunaan tipikal bagi bloodhound adalah sebagai limer, atau lyam hound, yang merupakan anjing yang dikendalikan dengan cawak atau lyam, untuk mencari rusa atau babi hutan sebelum haiwan-haiwan ini diburu oleh anjing pemburu kawanan (rache).[19] Anjing ini dihargai kerana kebolehannya untuk memburu bau malis bagi individu haiwan, dan, walaupun biasanya tidak ikut serta dalam pembunuhan, ia diberi ganjaran istimewa daripada bangkai buruan.[20]
Dari zaman terawal, bloodhound kelihatannya digunakan untuk menjejak orang. Ada kisah tersurat dari Scotland zaman pertengahan bahawa Robert the Bruce (pada tahun 1307) dan William Wallace (1270–1305) diiringi oleh sleuth hound.[21][22] Sama ada benar atau tidak, kisah-kisah ini menunjukkan bahawa sleuth hound sudah terkenal sebagai penjejak orang, dan kemudian sleuth hound dan bloodhound jelas dikenal pasti sebagai haiwan sama.
Pada abad ke-16, John Caius,[23] dalam sumber tunggal paling penting dalam sejarah bloodhound memerihalkan telinga dan bibir tergantungnya, kegunaannya di lapangan margasatwa untuk mengikuti bau darah, yang memberinya namanya (blood, "darah"), kebolehannya untuk menjejak pencuri dan pemburu haram melalui bau kaki, cara ia meneruskan pencarian jika bau telah hilang apabila pencuri merentasi perairan, dan kegunaannya di sempadan Scotland untuk menjejak penjarah rentas sempadan, yang dikenali sebagai border reiver. Hal ini mengaitkannya dengan sleuth hound,[24] dan daripada Caius juga datang maklumat bahawa bloodhound Inggeris dan sleuth hound pada intinya merupakan anjing sama, walaupun bloodhound lebih besar sedikit, dengan lebih keragaman warna bulu.[25]
Gambar di sebelah diterbitkan di Zürich pada tahun 1563, dalam Thierbuch (ikhtisar tentang haiwan) karya Conrad Gesner dengan kapsyen: Englischen Blüthund dan Canis Sagax Sanguinarius apud Anglos (anjing pemburu bau Inggeris dengan perkaitan darah). Lukisannya dihasilkan oleh John Caius, atau di bawah penyeliaan John Caius, dan dikirimkan kepada Gesner dengan lukisan-lukisan lain untuk menggambarkan perihal-perihal beliau tentang anjing-anjing British untuk para pembaca dari Eropah. Maka, ini merupakan gambar terawal yang diketahui yang diterbitkan khusus untuk menunjukkan penampilan bloodhound. Lukisannya dikhabarkan dihasilkan berdasarkan anjing hidup,[25] dan perincian seperti telinga gantung lembut menandakan bahawa pemerhatian teliti dilakukan. Sama ada ini sepenuhnya tepat atau tidak, lukisan ini mencadangkan perubahan antara bloodhound masa itu dengan anjing pemburu darah moden. Kolar dan tali panjang bergulung mencerminkan fungsi tipikal bloodhound sebagai limer atau penjejak orang bercawak pada zaman itu.
Laporan terawal yang dikenali tentang ujian kebolehan penjejakan bloodhound datang daripada ahli sains Robert Boyle,[26] yang memerihalkan cara seekor bloodhound menjejak seorang lelaki sejauh tujuh batu di sepanjang jalan yang dilazimi oleh khalayak ramai, dan menemukannya di sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah.[27]
Dengan peningkatan pemburuan rubah, pengurangan pemburuan rusa, dan kepupusan babi hutan di Great Britain, serta keadaan masyarakat yang lebih kerap menetap, kegunaan bloodhound berkurangan. Ia dipelihara oleh para bangasawan yang merupakan pemilik taman rusa yang sedikit[27] dan oleh beberapa orang penggemar,[11] dengan sedikit keragaman jenis, sehingga kepopularannya mula meningkat lagi dengan peningkatan pertunjukan anjing pada abad ke-19.[10] Walau bagaimanapun, bilangannya telah kekal rendah di Britain. Hanya sedikit yang terselamat daripada Perang Dunia Kedua, namun takungan gennya secara beransur telah disegarkan semula dengan import dari Amerika. Walau apa pun, oleh sebab batasan kuarantin United Kingdom, pengimportan adalah mahal dan susah sepanjang abad ke-20, dan pada tempoh pascaperang, eksport ke Amerika Syarikat dan ke Eropah, yang juga mengalami kemerosotan angka populasi baka ini akibat perang, melebihi import.[28]
Semasa lewat abad ke-19, banyak bloodhound diimport dari Britain oleh para penggemar dari Perancis, yang menyesali kepupusan anjing St. Hubert purba. Mereka berhasrat untuk mengasaskannya semula, dengan menggunakan bloodhound, yang, walaupun dikembangkan di Britain, dianggap oleh mereka sebagai anjing St. Hubert yang terpulihara dan tidak terubah. Banyak spesimen paling elok dibawa dan dipamerkan dan dibiakbakakan di Perancis sebagai chien de Saint-Hubert, terutamanya oleh Le Couteulx de Canteleu, yang, dengan usaha sendiri, membiakbakakan lebih daripada 300 ekor. Sebarang sisa anjing St. Hubert asli sama ada kekal pupus atau diserap ke dalam populasi baharu.[11][13] Hasilnya, bloodhound menjadi terkenal di sebahagian benua sebagai chien de Saint-Hubert. Pada pertengahan abad ke-20, FCI yang berpangkalan di Brussel menerima dakwaan bahawa Belgium merupakan negara asal. Kini ada perayaan tahunan di bandar Saint-Hubert yang disambut dengan para pengendali yang berpakaian sesuai zaman untuk memperarakkan anjing mereka. Di Britain, bloodhound terus terlihat sebagai baka asli dan anjing St. Hubert Eropah diterima oleh The Kennel Club di United Kingdom sebagai bloodhound.[29]
Dalam buku karya Le Couteulx dari tahun 1890, Le Chien de St Hubert actuel disebut sebagai anjing sangat besar, berukuran setinggi 69–80 cm (27–31 in).[10] Pernyataan ini tidak padan dengan perihal dari abad ke-16 tentang anjing St. Hubert yang disebut di atas, mahupun dengan piawaian FCI, tetapi idea bahawa anjing St. Hubert adalah lebih besar (sehingga 91.5 cm (36.0 in)) daripada bloodhound kekal sampai abad ke-20, malah dalam kalangan penggemar anjing St. Hubert.[30]
Waktu kali pertama bloodhound dieksport ke Amerika Syarikat tidak diketahui. Bloodhound digunakan untuk menjejak hamba pelarian sebelum Perang Saudara Amerika, namun ada persoalan mengenai ketulenan bloodhound yang digunakan. Walau bagaimanapun, pada lewat abad ke-19, dan pada abad seterusnya, bloodhound lebih tulen diperkenalkan dari Britain dan dibiakbakakan di Amerika, terutamanya selepas tahun 1888, apabila pembiak baka Inggeris, Edwin Brough, membawa tiga ekor anjing beliau untuk dipamerkan dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club di Bandar Raya New York. Beliau menjalinkan usaha sama dengan En. J. L. Winchell yang, bersama dengan orang Amerika lain, mengimport lebih banyak baka pengasas dari Britain.[15] Bloodhound di Amerika telah digunakan dengan lebih meluas dalam penjejakan orang hilang dan penjenayah – kerap dengan kejayaan cemerlang – berbanding dengan penggunaannya di Britain, dan sejarah bloodhound di Amerika penuh dengan eksploit penjejakan orang daripada bloodhound yang cemerlang dan para pengendali anjing. Anjing paling masyhur antara dalam kalangan bloodhound ini ialah Nick Carter.[15][31] Badan-badan penguatkuasaan undang-undang banyak terlibat dalam penggunaan bloodhound, malah ada National Police Bloodhound Association (Persatuan Bloodhound Polis Kebangsaan), yang ditubuhkan pada tahun 1962.[32]
Di Britain pula, dari masa ke masa, ada contoh kejayaan penggunaan bloodhound untuk menjejak penjayah atau orang hilang. Walau bagaimanapun, penjejakan orang dinikmati sebagai sukan oleh para pemilik bloodhound British, melalui ujian kerja kebangsaan, dan keghairahan ini telah menyebar ke Eropah. Sebagai tambahan, sementara bloodhound tulen digunakan untuk berburu bersendirian, kawanan anjing pemburu bau menggunakan anjing pemburu bau yang bersilang dengan anjing pemburu rubah untuk memburu bau manusia.
Sementara itu, anjing pemburu bau telah tersebar meluas di peringkat antarabangsa, walaupun bilangannya kecil di kebanyakan negara, apabila lebih bloodhound di Amerika Syarikat berbanding di tempat lain. Ikutan persebaran bloodhound dari Britain pada abad ke-19 dan pada abad ke-20, import dan eksport dan permanian beradas yang semakin meningkat mengekalkan populasi sedunia sebagai ternakan pembiakbakaan bersama, tanpa banyak pencapahan jenis di negara berlainan.[2]
Semasa lewat abad ke-19, bloodhound kerap menjadi subjek untuk seniman seperti Edwin Landseer[33] dan Briton Riviere; anjing-anjing yang digambarkan mempunyai penampilan dekat dengan anjing pemburu darah moden, menandakan bahawa perwatakan inti bagi bloodhound mendahului pembiakbakaan anjing moden. Walau bagaimanapun, anjing-anjing yang digambarkan oleh Landseer menujukkan kurang kedutan dan kelopak mata ketiga berbanding dengan anjing moden.[15]
Isu asal usul
suntingSepanjang kebanyakan tempoh sejarahnya, bloodhound terlihat sebagai anjing asal Inggeris atau Inggeris-Scotland, sama ada dengan leluhur yang tidak diketahui,[23][34][35][36] atau, lebih kini, dengan perkembangan separa daripada anjing St. Hubert.[13][14][31][37][38] Hanya pada abad ke-19, ia didakwa, terutamanya oleh Le Couteulx, sebagai anjing yang sama dengan anjing St. Hubert.[10] Gambar-gambar perburuan Zaman Pertengahan menunjukkan rache dan limer, daripada jenis sagax umum, dengan telinga dan bibir tergantung, tetapi tidak memiliki ciri-ciri spesifik bagi bloodhound. Perihal abad ke-16 bagi anjing St. Hubert yang bertungkai pendek dan hanya bersaiz sederhana[8][9][39] telah membawa kepada spekulasi bahawa leluhur bagi bloodhound sebaliknya merupakan anjing pemburu Normandie yang lebih besar daripada anjing St. Hubert.[12]
Anjing lain, seperti sleuth hound, Talbot hound, dun hound,[14] dan southern hound, serta anjing-anjing pemburu kawanan, juga telah dicadangkan sebagai penyumbang kepada baka ini. Sesetengah penulis ragu mengenai apa-apa kepastian tentang keleluhuran baka spesifik pada abad-abad lebih awal.[4][31][38] Gambaran yang diberikan oleh Le Couteulx dan D'Yauville bagi anjing St. Hubert ialah bahawa anjing berkenaan telah berubah dengan ketara melalui pembiakbakaan bercampur, malah juga merosot, sebelum kelenyapannya,[10][12] sementara bloodhound yang menggantikannya memulihara perwatakan aslinya. Walau bagaimanapun, ada kejelasan dari gambar-gambar abad ke-16 bahawa bloodhound sendiri juga telah berubah.[20][35]
Anjing St. Hubert moden ialah bloodhound Inggeris, dari segi keturunan dan jenis. Pada amnya, keragaman-keragaman kebangsaan dan rantauan bagi anjing pemburu, terier, spaniel, dll. telah diiktiraf sebagai baka-baka tersendiri; Perancis, khususnya, memiliki banyak baka rantauan bagi anjing pemburu;[7][12] pengenalpastian bloodhound sebagai anjing St. Hubert menjadikannya anomali dalam hal ini. Hal sama ada bloodhound berasal usul British atau Belgium bukan sesuatu yang dapat dibuktikan oleh seseorang melalui sejarah, bergantung pada keputusan untuk menganggap dua jenis haiwan berkaitan yang berbeza dari segi tradisi dan sejarah, malah juga jenis, sebagai baka terpisah atau keragaman bagi baka sama.
Piawaian baka
suntingPerihal bagi kualiti fizikal pilihan bagi anjing pemburu dapat dikesan kembali kepada buku zaman pertengahan tentang perburuan.[20] Semua anjing yang digunakan di lapangan perburuan adalah 'lembut',[23] iaitu daripada baka bagus (tidak semestinya baka tulen), dan induknya dipilih dengan teliti untuk mengekalkan dan memperbaik pengakuran. Pada tahun 1896, dengan memanfaatkan sesetengah kata yang ditemukan dalam perihal lebih awal, Edwin Brough dan Dr. J. Sidney Turner menerbitkan Points and Characteristics of the Bloodhound or Sleuth-Hound ("Isi dan Ciri Bloodhound atau Sleuth-hound").[40] Terbitan ini diguna pakai oleh Persatuan Pembiak Baka Anjing Pemburu Darah yang baru dibentuk, dan akhirnya, dengan sangat sedikit perubahan, menjadi piawaian baka 'rasmi' bagi The Kennel Club dan American Kennel Club.
Sementara itu, Comte Henri de Bylandt, atau H A Graaf van Bylandt, dari Belgium atau Belanda menerbitkan Les Races de chiens ("Baka-baka Anjing")[41] pada tahun 1897, sebuah kompilasi berilustrasi yang sangat besar dan sangat penting tentang perihal atau piawaian baka. Dalam edisi bahasa Perancis ini, anjing pemburu darah muncul sebagai chien de St. Hubert, walaupun gambaran ilustrasi piawaian adalah untuk bloodhound British dan banyak gambaran berasal daripada Edwin Brough. Buku ini disemak dan dicetak semula dalam empat bahasa pada tahun 1904, dan dalam edisi ini pula, teks bahasa Inggeris bagi piawaian berasal daripada Association of Bloodhound Breeders,[42] sementara teks bahasa Perancisnya hampir berdasarkannya. Walau bagaimanapun, piawaian FCI terkini menggunakan reka letak dan frasa agak berbeza.
Piawaian AKC jarang terubah daripada piawaian asli dari tahun 1896 dengan perubahan utama tentang warna daripada frasa "'black and tan', 'red and tan', and 'tawny'" ("'hitam dan sawo matang', 'merah dan sawo matang', dan 'kuning keperang-perangan'") kepada frasa "'black and tan', 'liver and tan', and 'red'," ("'hitam dan sawo matang', 'hati dan sawo matang', dan 'merah'"), tetapi The Kennel Club British[43] pula telah membuat perubahan ketara. Sesetengah perubahan ini hanya soal perbentangan dan tidak menjejaskan kandungan. Walau bagaimanapun, sebagai respons kepada pandangan bahawa syarat-syarat sesetengah piawaian baka berpotensi untuk menjejaskan kesihatan atau kebajikan haiwan berkenaan, perubahan telah dibuat mengenai syarat rupa bentuk mata dan kulit longgar, dengan semakan paling terkini yang dibuat pada tahun 2008–2009.[perlu rujukan]
Etimologi
suntingIstilah "anjing pemburu darah" dalam bahasa Melayu dicipta sebagai terjemahan harfiah bagi penggunaan sebagai padanan kata Inggeris bloodhound.[a] Penggunaan "bloodhound" dan "anjing pemburu darah" dalam teks bahasa Melayu rencana Wikipedia ini bergantung pada kesesuaian konteks.
Dalam bahasa Inggeris, kata bloodhound dicatat dari sekitar tahun 1330.[16][44] Kebanyakan keterangan paling terkini menyatakan bahawa maksudnya menurut etimologi ialah anjing pemburu berdarah tulen atau keturunan ternama. Ini berasal daripada cadangan asli Le Couteulx de Canteleu[10][13] pada abad ke-19, yang telah disokong bersungguh-sungguh tanpa kritikan oleh para penulis zaman kemudiannya, mungkin oleh sebab hal ini membebaskan anjing yang tanpa syak bersifat baik hati daripada sebarang tuduhan mengenai kecenderungan terhadap pertumpahan darah. Le Coutelux atau sesiapapun sejak itu tidak pernah menawarkan sebarang bukti sejarah untuk menyokong pandangan ini. Cadangan yang kadang-kadang terlihat[31] bahawa kata berkenaan diterbitkan daripada blooded hound ("anjing (pemburu) berdarah") tidak mempunyai dasar, kerana ungkapan ini tidak muncul dalam bahasa Inggeris awal, dan kata blooded dengan maksud ini tidak ditemukan sebelum lewat abad ke-18.
Sebelum itu, bloodhound telah difahami dengan maksud "anjing (pemburu) untuk darah", atau "anjing pencari darah". Inilah penjelasan yang dikemukakan oleh John Caius,[23] yang merupakan salah seorang cendekiawan paling terpelajar pada zaman beliau dan meminati etimologi, pada abad ke-16. Ini disokong oleh bukti linguistik sejarah cukup baik, yang dapat dikutip daripada sumber-sumber sedemikian seperti Oxford English Dictionary (OED): hakikat bahawa kegunaan-kegunaan pertama bagi kata blood untuk merujuk pembiakbakaan baik pada haiwan mengikuti kegunaan pertama bagi kata bloodhound; bahawa kegunaan-kegunaan lain yang dapat dibandingkan, seperti dalam blood horse dan blood stock, muncul hanya berabad-abad kemudian; dan bahawa kegunaan-kegunaan menghina bagi kata bloodhound, yang patut dilemahkan oleh sebarang cadangan tentang pembiakbakaan baik, muncul daripada sumber seawal sekitar tahun 1400.[45][46] Sumber-sumber awal lain memaklumkan bahawa anjing-anjing pemburu patut meminati darah, dan bahawa anjing pemburu darah digunakan untuk menjejak haiwan tercedera.[22][37] Jika tiada sebarang kegunaan awal, atau sebarang bukti sejarah, untuk menyokong penjelasan moden, kegunaan lebih lama mesti dianggap sebagai yang betul.[47]
Kerja dengan anjing pemburu darah
suntingKemampuan penghiduan
suntingCiri-ciri fizikal anjing pemburu darah bertanggungjawab untuk kebolehannya untuk mengikuti jejak bau yang terbiar selama beberapa hari lepas. Bebuli pembauan pada anjing adalah kira-kira 40 kali lebih besar daripada bebuli pembauan pada manusia, berbanding dengan jumlah saiz otak, dengan 125 hingga 220 juta reseptor pembauan.[48] Hasilnya, anjing mempunyai deria pembauan yang 40 kali lebih peka berbanding dengan yang pada manusia.[49]:246 Anjing pemburu bau seperti anjing pemburu darah mempunyai deria lebih berkembang dan mampu mencapai hampir 300 juta reseptor.[48]
Telinga besar panjang berjuntainya berguna untuk menghalang angin daripada menyerakkan sel-sel kulit berdekatan sementara hidung anjing berada di tanah; lipatan kulit berkedut di bawah bibir dan di bawah leher—disebut sebai—berguna untuk menangkap zarah-zarah bau terlepas di udara atau di dahan berdekatan semasa anjing pemburu darah menghidu, lalu memperkukuh bau dalam ingatan anjing dan di dalam hidung anjing.[50] Walau bagaimanapun, tidak semua bersetuju bahawa telinga panjang dan kulit longgar mempunyai fungsi, sesetengah menganggap ciri-ciri ini sebagai kecacatan.[31]
Penjejakan manusia
suntingAda banyak keterangan tentang anjing pemburu darah yang berjaya mengikuti jejak selama berjam-jam, malah yang berusia berhari-hari,[31][32] dengan rekod yang melibatkan sebuah keluarga yang ditemukan meninggal di Oregon, pada tahun 1954, setelah 330 jam selepas laporan tentang kehilangan mereka.[15] Anjing pemburu darah pada amnya digunakan untuk mengikuti bau individu bagi pelarian atau orang hilang, dengan mengambil bau daripada 'artikel bau' – sesuatu yang diketahui telah disentuh oleh sasaran, yang mungkin terdiri daripada item pakaian, tempat duduk kereta, bekas tapak kaki terkenal pasti, dll.[31][51] Banyak anjing pemburu darah mengikuti hanyutan bau sepanjang jarak jauh dari jejak kaki sebenar bagi sasaran, yang dapat membolehkannya untuk memintas jalan dan mencapai penghujung jejak dengan lebih cepat. Di Amerika, kekekalan dekat dengan jejak kaki disebut tracking (daripada track, "jejak"), sementara kaedah lebih bebas dikenali sebagai trailing (daripada trail, "denai; jejak"; di United Kingdom, hunting, "pemburuan"), dan hal ini digunakan untuk mencerminkan tumpuan anjing pemburu darah terhadap bau individu manusia, berbanding dengan bau tumbuhan yang dilenyek oleh kaki si sasaran.[51][52] Jika baunya hilang, anjing pemburu darah yang bagus terus mencari untuk menemukannya semula.[14][23][31] Anjing pemburu darah dikendalikan dengan abah-abah penjejakan, yang mempunyai gelang logam di atas bahu, yang padanya cawak disambungkan, supaya leher anjing tidak tersentap ke atas apabila cawak ditegangkan seperti yang terjadi dengan kolar. Cawaknya sekurang-kurang cukup panjang untuk membolehkan anjing untuk memintas dengan bebas di hadapan pengendalinya. Sesetengah pengendali lebih memilih cawak yang agak pendek untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan anjing, sementara yang lain lebih memilih yang panjang, mungkin sekitar 6–9 meter (20–30 ka).[51]
Pelatihan
suntingAda persetujuan umum bahawa asas pelatihan awal adalah untuk menjadikan pengalamannya menyeronokkan untuk anak anjing untuk mengekalkan semangatnya tinggi-tinggi.[14][51][53] Whitney lebih memilih untuk menunggu sehingga anjingnya berusia 18 bulan untuk memulakan pelatihan,[31] tetapi yang lain bermula semuda yang mungkin; agak-agak pada usia tiga bulan.[15][51] Pelatihan dapat dimulakan dengan jejak pendek ke arah ahli keluarga yang dapat dilihat berjalan menjauh, mula-mula kekal dalam pandangan, dan kemudian ke luar pandangan. Walaupun terbiasa dengan bau 'si pelari', anjing dapat memanfaatkan artikel bau, untuk dihidu, dan diberi arahan untuk diikuti. Anjing juga dapat diperkenalkan kepada abah-abah penjejakan, yang dipasangkan sebaik sebelum penjejakan bermula, dan ditanggalkan sebaik penjejakan selesai. Apabila mencapai si pelari, anak anjing diberi pujian banyak dan mungkin ganjaran. Pada amnya dalam pelatihan, pengendali mesti tepat-tepat mengetahui arah pergerakan si pelari supaya pengendali tidak menggalakkan anjingnya untuk menuju ke arah salah, atau 'membetulkan' anjingnya apabila mengikuti bau;[14][53] walau bagaimanapun, pengendali tidak patut terlalu bersedia dengan pembetulan jika anjingnya tersalah jalan, atau anjingnya bakal mula terlalu bergantung pada pengendali. Pengendali patut memberi anjingnya waktu untuk menyedari kesilapan dan membetulkan diri, jika mungkin. Apabila pelatihan beransur maju, pengendali perlu belajar 'membaca' tingkah laku anjingnya. Anjing mesti mempercayai hidungnya dan pengendali mesti mempercayai anjingnya. Daripada jejak bau segar ke arah orang yang dikenali, anjing muda beransur kepada jejak bau malis orang asing. Kemudian, pelatihan dapat direka bentuk untuk mengajarkan pelajaran tertentu: persilangan dengan jejak bau palsu, iaitu penjejakan yang melibatkan si pelari bermula dengan pendamping, yang kemudian meninggalkan si pelari di suatu titik di sepanjang jejak dan meninggalkan jejak di tanah yang kerap dilalui oleh haiwan liar pula. Hal ini bakal mengajar anjing untuk tidak beralih kepada manusia lain, atau merusuh tentang bau-bau haiwan (disebut staying clean [AS] ("kekal bersih") atau freedom from change [UK] ("kebebasan daripada perubahan")).[14][51][52] Anjing juga perlu bekerja dengan beragam-ragam rupa bumi dan belajar untuk menghadapi pelbagai jenis gangguan perhatian, serta diperkenalkan kepada 'jejak negatif': iaitu apabila diberi artikel bau yang tidak pernah dikendalikan oleh sesiapa di kawasan berkenaan, supaya anjing belajar untuk memberitahu pengendali bahawa bau yang diperlukan tidak hadir.[51][52] Jika anjing semakin kehilangan semangat, ia dapat kembali diberi tugas-tugas lebih ringkas untuk memulihkan semangatnya.
Pengenalpastian
suntingPengenalpastian anjing terhadap sesuatu suspek dapat membantu pihak polis dengan soal siasat mereka dan bukti pengenalpastian diterima dalam sesetengah mahkamah.[15][32] Kebanyakan kaedah pengenalpastian yang diluluskan melibatkan anjing yang melompat dan menempatkan kakinya pada dada subjek.[52][53] Dalam kes yang melibatkan orang hilang atau pelarian yang dikenali, pengenalpastian tidak begitu bermakna, dan dalam kes yang melibatkan pelarian mungkin bersenjata dan barang kali ganas, pengendali anjing pemburu bau pasti tidak mahu agak anjingnya mendekati buruan atas sebab kebimbangan kecederaan terhadap anjingnya. Banyak anjing pemburu darah yang tiba di penghujung jejak akan kehilangan minat pada orang yang dijejaki selama itu dan anjing sedemikian sukar dikenal pasti. Leon Whitney mengesyorkan kaedah pelatihan awal yang dalamnya pengenalpastian ialah hal pertama yang dipelajari,[31] dengan memberi anjing berkenaan artikel bau daripada seseorang, yang berjalan dengan jarak sangat singkat ke luar pandangan dan ke dalam bangsal, yang lalu berdiri di situ dengan secebis hati, sementara seorang lagi, yang juga berbau hati, berdiri berdekatan. Anjing dibimbing di sepanjang 'jejak', dan jika ia menunjukkan kecenderungan untuk pergi ke arah orang salah, anjing berkenaan ditegur, tetapi ia mendapat hati jika ia pergi ke arah orang betul. Apabila anjing pergi ke arah orang betul hampir tanpa silap, bilangan orang yang terlibat ditingkatkan, lalu menjadikan pilihan lebih susah, dan akhirnya sesi berjalan singkat dipanjangkan kepada jejak lengkap.[31]
Suara
suntingKesalahfahaman umum ialah bahawa anjing pemburu darah digunakan secara berkawanan; sementara hal ini kadang-kadang berlaku di Britain, kerana darah anjing pemburu rubah sudah dicampurkan untuk meningkatkan kelajuan, di Amerika Utara pula, anjing pemburu darah digunakan penjejak bersendirian. Apabila berada di jejak, ia biasanya senyap dan tidak mengeluarkan suara sebagaimana yang dilakukan oleh anjing pemburu bau lain. Kegunaan asli anjing pemburu darah sebagai anjing pemburu bercawak, untuk menemukan tanpa mengganggu haiwan buruan, memerlukan penjejakan senyap.[20]
Walau apa pun, lolongan anjing pemburu darah merupakan antara suara hound paling mengagumkan. Apabila berburu dalam kawanan, ia diharapkan melolong sepenuhnya. Ia lebih cenderung 'meraung', 'mengeluarkan lidah', atau 'bercakap' apabila berburu dalam kawanan berbanding dengan apabila berburu bersendirian, dan malah lebih cenderung apabila berburu dengan bebas berbanding dengan secara bercawak. Kualiti 'komunikasi di talian', iaitu apabila ia melolong jika menjejaki bau betul dan senyap jika belum berada di jejak betul, dihargai dalam kelompok anjing pemburu darah British, atas dasar estetik dan kerana hal ini memudahkan 'pembacaan' tingkah laku penjejakan anjing berkenaan. Hasilnya, piala khusus untuk komunikasi di talian betul ditawarkan dalam ujian-ujian kerja British (yang melibatkan anjing yang berburu bersendirian), namun jarang dianugerahkan.[14]
Ujian di Britain
suntingUjian-ujian Kerja Anjing Pemburu Darah, pertama kali dijalankan pada tahun 1898,[40] berlangsung di Britain sebanyak empat kali setahun, di bawah peraturan-peraturan The Kennel Club, sama ada diatur oleh Association of Bloodhound Breeders (Persatuan Pembiak Baka Anjing Pemburu Darah)Diarkibkan 23 Julai 2014 di Wayback Machine atau oleh The Bloodhound Club (Kelab Anjing Pemburu Darah). Ujian ini dijalankan di tanah perladangan dengan keizinan tuan tanah. Pejalan garis (pelari) diberi peta dan mula mengikuti laluan yang ditanda padanya, lalu meninggalkan artikel bau ('pemberi bau') yang terletak pada bendera yang menandakan permulaan jejak. Anjing dan pengendalinya bermula pada waktu yang kemudian dan mencuba untuk mengikuti jejak sementara hakim yang berbekalkan salinan peta ikut serta di belakang untuk mentaksir prestasi mereka. Apabila setiap anjing peserta telah menyelesaikan suatu jejak, hakim memilih pemenangnya. Tahap disusun mengikut kesusahan; yang termudah adalah sepanjang 1 batu dengan bau tinggalan setua ½ jam sementara yang tersusah adalah sepanjang 3 batu dengan bau tinggalan setua 2 jam. Setelah kemenangan pada setiap tahap, anjing melalui tahap seterusnya. Anjing boleh bekerja tanpa cawak jika telah melulusi ujian yang menjamin bahawa ia tidak mengganggu haiwan ternakan, terutamanya biri-biri.[54] Hadiah istimewa ditawarkan untuk pengenalpastian dan suara (komunikasi di talian). Anjing terbaik mungkin diundang untuk mengambil bahagian dalam tahap khas; tahap paling susah adalah sepanjang 3 batu dengan bau tinggalan setua 24 jam.[14]
Kawanan anjing pemburu darah
suntingBloodhound zaman pertengah kebanyakannya bukan anjing pemburu kawanan, tetapi sebaliknya anjing pemburu bercawak, walaupun mungkin ada kawanan di tempat lain atau pada waktu lain. Sehingga abad ke-19, anjing tunggal atau sepasang anjing digunakan di taman rusa untuk mencari rusa untuk ditembak. Walau bagaimanapun, pada pertengahan abad, dua kawanan muncul, iaitu kawanan milik Thomas Neville, yang berburu di kawasan New Forest dan lebih memilih anjing pemburu sangat hitam, dan kawanan milik Lord Wolverton.
Kedua-dua kawanan memburu rusa separa bela jinak ('rusa ternakan perburuan'), yang ditangkap semula selepas berjaya diburu dan dipulangkan. Ada kata-kata tentang anjing-anjing Lord Wolverton bahawa beliau kesusahan untuk menggalakkan anjing-anjing beliau untuk berburu dalam kawanan kerana setiap anjing suka mengikuti bau bersendirian.[14] Akhirnya, banyak anjing dijual kepada Le Couteulx de Canteleu dan dibawa ke Perancis.
Pada sekitar permulaan abad ke-20, sebilangan kawanan wujud buat masa singkat, sama ada mengikuti rusa, atau 'but bersih' – bau individu manusia tanpa sebarang tambahan seperti darah haiwan atau jintan manis.[55] Sejak Perang Dunia Kedua, terdapat beberapa kawanan, termasuk kawanan milik Eric Furness, yang memperkenalkan persilangan dengan anjing pemburu rubah hitam dan sawo matang Dumfriesshire ke dalam Peak Bloodhound beliau.[14]
Pada umumnya,[56] tuan-tuan anjing pemburu darah sejak itu mengekalkan paras pembiakbakaan silang luar dalam kawanan-kawanan mereka untuk memperbaik kelajuan dan ketangkasan, sementara mengekalkan jenis bloodhound. Kawanan-kawanan ini memburu but bersih dan diikuti oleh peserta berkuda.
Anjing pemburu darah terkenal
suntingGrafton ialah bloodhound dalam lukisan terkenal Landseer Dignity and Impudence ("Maruah dan Kebiadaban").[57] Kedua-dua anjing dalam gambar dimiliki oleh Jacob Bell.[33]
Ch Druid, dikenali sebagai 'Old Druid', milik En. T. A. Jennings ialah bloodhound juara pertama. Sebagai anjing yang lahir pada tahun 1857, ia kemudian dibeli oleh Maharaja Napoleon III untuk putera baginda, Putera Eugene Louis Jean Joseph, dan dibawa ke Perancis. Fotograf-fotograf baginya, bagi seekor lagi anjing terkenal, Cowen's Druid, dan bagi seekor anjing betina bernama Countess, muncul dalam sebuah buku jarang[11] dari tahun 1865 di Perpustakaan British(tapak web), dan mungkin merupakan fotograf-fotograf terselamat tertua bagi bloodhound.
Seekor bloodhound bernama Nick Carter kerap dikutip sebagai contoh tipikal bagi bloodhound penjejakan dan liputan meluas yang diperoleh oleh anjing ini mungkin merupakan sumber bagi banyak cerita rakyat berkaitan dengan anjing pemburu darah. Nick Carter, yang lahir pada tahun 1900, dimiliki dan dikendalikan oleh Kapten G. V. Mullikin dari Lexington, Kentucky; namanya dicatat untuk lebih daripada 650 penemuan, termasuk yang memerlukannya untuk mengikuti jejak berusia 300 jam, iaitu 12 hari.[15][31]
Ch. Heathers Knock on Wood, dikenali sebagai Knotty, ialah salah seekor anjing pemburu darah dengan paling banyak anugerah. Ia menerima lebih gelaran Best in Show berbanding dengan mana-mana anjing pemburu darah lain dan merupakan anjing pemburu darah hati dan sawo matang pertama yang pernah memenangi gelaran Best in Show. Knotty dianugerahi Best in Show di Eukanuba Tournament pada tahun 2005 dan memenangi Kumpulan Hound dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada tahun sama. Anak-anak Knotty juga pernah menjadi anjing pertunjukan dan oleh sebab banyak anaknya menerima gelaran "Juara" daripada AKC, Knotty diabadikan dalam Balai Kemasyhuran Anjing Pembaka AKC. Ia mati pada musim bunga tahun 2008, ikutan gigitan ular orok-orok, yang didapati olehnya semasa mencuba untuk melindungi pemiliknya daripada ular berkenaan.[perlu rujukan]
Dalam sitkom popular tahun 1960-an The Beverly Hillbillies, anjing pelakon veteran Stretch memainkan watak anjing pemburu darah milik Jed Clampett, Duke.[perlu rujukan]
Ladybird dalam sitkom animasi popular King of the Hill ialah seekor anjing pemburu darah baka tulen milik keluarga Hill.
Maskot Kompeni Polis Ketenteraan Ke-615 Tentera Darat Amerika Syarikat ialah seekor anjing pemburu darah bernama Andy, yang dinamai sempena anjing peliharaan dan maskot kompeni itu semasa Perang Vietnam.[perlu rujukan]
McGruff the Crime Dog ialah maskot bagi Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan Amerika Syarikat.
-
Anjing pemburu darah di Poland
-
Anjing pemburu darah
-
Anak anjing pemburu darah
-
Anjing pemburu darah
-
Anjing pemburu darah
-
Anjing pemburu darah
-
Anak-anak anjing pemburu darah
-
Ujian anjing pemburu darah, Alton
Lihat juga
sunting- Senarai baka anjing
- Jenis anjing
- Memburu but bersih
- Anjing pemburu utara (beagle desa utara) dan selatan
Catatan
sunting- ^ a b Jawi: انجيڠ ڤمبورو داره; انجيڠ داره; بلدهاءون ; bahasa Inggeris: bloodhound ; Belanda: bloedhond
- ^ Jawi: انجيڠ سنتو اوبير; انجيڠ ڤمبورو سنتو اوبير ; Perancis: chien de Saint-Hubert ; Belanda: sint-hubertushond ; bahasa Inggeris: Saint Hubert hound
Rujukan
sunting- ^ a b c Bauer, Nona Kilgore (22 November 2011). Bloodhound: A Comprehensive Guide to Owning and Caring for Your Dog [Anjing Pemburu Darah: Panduan Komprehensif untuk Memiliki dan Menjaga Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Freehold, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593789626. OCLC 769344241.
- ^ a b Topsell, Edward (1607). History of Four-footed beasts [Sejarah Binatang Berkaki Empat] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Piper, Dennis (1969). Colour Inheritance in the Bloodhound: A Simplified Presentation for Breeders [Pewarisan Warna pada Anjing Pemburu Darah: Perbentangan Ringkas untuk Pembiak Baka] (dalam bahasa Inggeris). Cranleigh, United Kingdom: Dennis Piper. OCLC 851374489.
- ^ a b Robinson, Roy (1990). Genetics for Dog Breeders [Genetik untuk Pembiak Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Oxford, United Kingdom: Pergamon Press. ISBN 9780080374925. OCLC 21037644.
- ^ a b c Adams, Vicki J.; Evans, Katy M.; Sampson, Jeff; Wood, James Lionel Norman (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 1748-5827. PMID 21029096. S2CID 36903216.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ a b Johnston, George; Ericson, Maria (1979). Hounds of France: Disciples of Diana [Hound di Perancis: Pengikut Diana] (dalam bahasa Inggeris). Hindhead, United Kingdom: Spur Publications. ISBN 9780904558432. OCLC 5800616.
- ^ a b Charles IX (1625). La Chasse Royale (Chs vii, viii) [Perburuan Diraja (Bab vii, viii)] (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 21 Disember 2023.
- ^ a b du Fouilloux, Jaques (1561). La Venerie de Jaques du Fouilloux [Perburuan Jaques du Fouilloux] (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2007. Dicapai pada 21 Disember 2023.
- ^ a b c d e f g Le Couteulx de Canteleu, Jean-Emmanuel Hector (1890). Manuel de vénerie française [Manual Perburuan Perancis] (dalam bahasa Perancis). Paris, Perancis: Hachette Livre. OCLC 2170694.
- ^ a b c d e Le Couteulx de Canteleu, Jean-Emmanuel Hector (1865). La Vénerie française : à l'exposition de 1865 : album de 36 photographies faites d'aprés nature [Perburuan Perancis: Dalam Eksposisi 1865: Album 36 Fotograf yang Diambil dari Alam Semula Jadi] (dalam bahasa Perancis). Paris, Perancis: J. Rothschild. OCLC 61103960.
- ^ a b c d Buchanan-Jardine, John (1937). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Methuen Publishing. OCLC 30338912.
- ^ a b c d e Brough, Edwin (1902). The Bloodhound and Its Use in Tracking Criminals [Anjing Pemburu Darah dan Kegunaannya dalam Penjejakan Penjenayah] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Illustrated Kennel News. OCLC 1118099352.
- ^ a b c d e f g h i j k Lowe, Brian (1981). Hunting the Clean Boot: The Working Bloodhound [Memburu But Bersih: Bloodhound Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). Dorset, United Kingdom: Blandford Press. ISBN 9780713709506. OCLC 7827453.
- ^ a b c d e f g h Brey, Catherine F.; Reed, Lena F. (1978). The Complete Bloodhound [Anjing Pemburu Darah Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876050521. OCLC 3912782.
- ^ a b "The romance of Guy of Warwick. The first or 14th-century version" [Roman tentang Guy dari Warwick. Versi pertama atau abad ke-14.]. archive.is (dalam bahasa Inggeris). 11 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2013.
- ^ Guillaume de Palerne; Alisaunder; Skeat, Walter W. (Walter William) (1898). "The romance of William of Palerne (otherwise known as The romance of William and the werwolf)" [Roman tentang Guillaume dari Palerne (sebaliknya dikenali sebagai Roman tentang Guillaume dan werwolf)] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Published for the Early English Text Society by K. Paul, Trench, Trübner. Dicapai pada 21 Disember 2023 – melalui Internet Archive.
- ^ "Salinan arkib" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 21 Disember 2023.
- ^ Forests and Chases of England and Wales: A Glossary. St John's College, Oxford.
- ^ a b c d Turbervile, George (1575). The Noble Art of Venerie or Huntyng [Seni Mulia Perburuan] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Barbour, John (1375). The Bruce (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b Henry the Minstrel (Blind Harry) (1470). The Actes and Deidis of the Illustre and Vallyeant Campioun Schir William Wallace (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b c d e Caius, John (1576). Fleming, Abraham (penyunting). Of Englisshe Dogges [Mengenai Anjing Inggeris] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Boece (Boethius), Hector (1536). Bellenden, John (penyunting). The History and Croniklis of Scotland [Sejarah dan Babad Scotland] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b Ash, Edward Cecil (1927). Dogs: Their History and Development [Anjing: Sejarah dan Perkembangannya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: E. Benn. OCLC 2872964.
- ^ "M.Barwick: Robert Boyle's Account" [M.Barwick: Kisah Robert Boyle]. Bloodhounds.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Disember 2023.
- ^ a b Boyle, Robert (1772) [1673]. Birch, T (penyunting). On the Strange Subtilty of Effluviums/Of the Determinate Nature of Effluviums (dalam bahasa Inggeris). J. and F. Rivington.
- ^ Tambahan Catatan Baka The Kennel Club
- ^ The Bloodhound, the St Hubert and the FCI, in Barwick M: Aspects of Bloodhound History
- ^ "Master of the Hounds", rencana tentang Christiane Barnard, American Bloodhound Club Bulletin musim panas 1989
- ^ a b c d e f g h i j k l Whitney, Leon Fradley (1947). Bloodhounds and How to Train Them [Anjing Pemburu Darah dan Cara untuk Melatihnya] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Orange Judd. OCLC 2880934.
- ^ a b c Tolhurst, William D.; Reed, Lena F. (1984). Manhunters!: Hounds of the Big T (dalam bahasa Inggeris). Puyallup, Washington, Amerika Syarikat: Hound Dog Press. ISBN 9780961772307. OCLC 15493955.
- ^ a b Treuherz, Julian (4 Mei 1993). Victorian Painting [Lukisan Zaman Victoria] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Thames & Hudson. ISBN 9780500202630. OCLC 28213848.
- ^ Edwards, Sydenham Teast (1800). Cynographia Britannica (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Charles Whittingham. OCLC 1264829292.
- ^ a b Gesner, Conrad (1563). Thierbuch (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Lee, Rawdon B (1902). Modern Dogs [Anjing Moden] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b Jesse, George Richard (1866). Researches into the History of the British Dog [Penyelidikan tentang Sejarah Anjing British] (dalam bahasa Inggeris). 1. London, United Kingdom: Robert Hardwicke. OCLC 2581820.
- ^ a b Dalziel, Hugh (1879). British Dogs: Their Varieties, History, Characteristics, Breeding, Management and Exhibition [Anjing British: Keragaman, Sejarah, Ciri, Pembiakbakaan, Pengurusan, dan Pempamerannya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: The Bazaar Office. OCLC 19420097.
- ^ Cotgrave, Randle (1611). A Dictionarie of the French and English Tongues [Kamus Bahasa Perancis dan Bahasa Inggeris] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b Daniel, F W (1995). The Association of Bloodhound Breeders 1897-1995 (dalam bahasa Inggeris).
- ^ van Bylandt, Hendrik A. (1897). Les Races de chiens, leurs Origines, Points, Descriptions, etc [Baka Anjing, Asal Usulnya, Kelebihannya, Perihalnya, dll.] (dalam bahasa Perancis). Brussel, Belgium: Vanbuggenhoudt. OCLC 38568305.
- ^ "Home - Association of Bloodhound Breeders". Association of Bloodhound Breeders (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2014. Dicapai pada 21 Disember 2023.
- ^ "Home". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Disember 2023.
- ^ Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "The alliterative Morte Arthure". 6 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2008. Dicapai pada 21 Disember 2023.
- ^ The alliterative Morte Arthure. 1993. Dicapai pada 21 Disember 2023.
- ^ The Derivation of the Word "Bloodhound", in Barwick M : Aspects of Bloodhound History
- ^ a b Coren, Stanley (3 Ogos 2004). How Dogs Think: Understanding the Canine Mind [Cara Anjing Berfikir: Memahami Minda Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Free Press. ISBN 9780743222327. LCCN 2004052821. OCLC 980544025.
- ^ Coren, Stanley (10 April 2000). How to Speak Dog: Mastering the Art of Dog–Human Communication [Cara untuk Menuturkan Bahasa Anjing: Menguasai Seni Komunikasi Anjing–Manusia] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Free Press. ISBN 9780684865348. OCLC 43526764.
- ^ "Underdogs ~ The Bloodhound's Amazing Sense of Smell | Nature" (dalam bahasa Inggeris). PBS. 9 Jun 2008. Dicapai pada 21 Disember 2023.
- ^ a b c d e f g Tolhurst, William D. (1991). The Police Textbook for Dog Handlers [Buku Teks Polis untuk Pengendali Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Sanborn, New York, Amerika Syarikat: Sharp Print. OCLC 25616514.
- ^ a b c d Procedures for Utilizing the Mantrailing Bloodhound [Prosedur untuk Menggunakan Anjing Pemburu Darah Penjejak Orang] (dalam bahasa Inggeris). Virginia Bloodhound SAR Association.
- ^ a b c Johnson-Ferguson, Edward (1959). Bloodhounds and Their Training [Anjing Pemburu Darah dan Pelatihannya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Association of Bloodhound Breeders. OCLC 1275053546.
- ^ The Kennel Club Year Book (sebarang tahun terkini)
- ^ Brough, Edwin (14 Jun 2007). Read, Tony (penyunting). Bloodhounds: History, Origins, Breeding & Training [Anjing Pemburu Darah: Sejarah: Asal Usul, Pembiakbakaan, dan Pelatihan] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781406787337. OCLC 190867459.
- ^ "Home – Masters of Draghounds & Bloodhounds Association". Masters of Draghounds & Bloodhounds Association (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Disember 2023.
- ^ Tate. "'Dignity and Impudence', Sir Edwin Henry Landseer, 1839". Tate (dalam bahasa Inggeris).
Bacaan lanjut
sunting- Barwick, M. Aspects of Bloodhound History
- Boitard, Jean-Pierre (15 Oktober 2002). Le Chien de Saint-Hubert [Anjing Pemburu Santo Hubert] (dalam bahasa Perancis). Paris, Perancis: Éditions Artémis. ISBN 9782844161550. OCLC 469710749.
- Brey, Catherine F.; Reed, Lena F. (1991). The New Complete Bloodhound [Anjing Pemburu Darah Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876050774. OCLC 24066468.
- Campbell, John (Mei 2006). "The Seminoles, the "Bloodhound War," and Abolitionism, 1796-1865" [Orang Seminole, "Perang Bloodhound", dan Abolisionisme, 1796–1865]. The Journal of Southern History (dalam bahasa Inggeris). Southern Historical Association. 72 (2): 259–302. ISSN 2325-6893. JSTOR 27649071. S2CID 150970087.
- Covington, James W. (Oktober 1954). "Cuban Bloodhounds and the Seminoles" [Bloodhound Cuba dan Orang Seminole]. The Florida Historical Quarterly (dalam bahasa Inggeris). Florida Historical Society. 33 (2): 111–119. ISSN 0015-4113. JSTOR 30138992.
- Dalziel, Hugh. British Dogs Ch IX
- Fogle, Bruce (1 September 2000). The New Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Baharu Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780789461308. OCLC 43615283.
- Johnson, Sara E. (Mac 2009). "You Should Give them Blacks to Eat: Waging Inter-American Wars of Torture and Terror" [Engkau Patut Memberi Mereka Orang Kulit Hitam untuk Dimakan: Melancarkan Perang Seksaan dan Keganasan Antara Amerika]. American Quarterly (dalam bahasa Inggeris). Johns Hopkins University Press. 61 (1): 65–92. doi:10.1353/aq.0.0068. ISSN 1080-6490. JSTOR 27734976. S2CID 146590828.
- Tweedie, Jan (Julai 1998). On the Trail!: A Practical Guide to the Working Bloodhound and Other Search and Rescue Dogs [Menjejak! Panduan Amali untuk Anjing Pemburu Darah Pekerja dan Anjing Pencarian dan Penyelamatan Lain] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577790051. OCLC 37705290.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pemburu darah |
- "Training Bloodhounds for Police Work". Popular Science, Jun 1942, hlm. 117–119.
- Dalziel, Hugh (1879). British Dogs: Their Varieties, History, Characteristics, Breeding, Management and Exhibition [Anjing British: Keragaman, Sejarah, Ciri, Pembiakbakaan, Pengurusan, dan Pempamerannya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: The Bazaar Office. OCLC 19420097.