Anjing pemburu bau
Anjing pemburu bau (bahasa Inggeris: scent hound / scenthound )[1] ialah sejenis hound yang terutamanya berburu melalui bau dan bukannya penglihatan. Baka-baka ini merupakan anjing pemburu dan pada umumnya dianggap mempunyai hidung yang merupakan antara yang paling peka sesama anjing. Anjing pemburu bau pakar dalam mengikuti bau. Kebanyakannya cenderung untuk mempunyai telinga panjang dan terkelepai dan rongga hidung besar untuk meningkatkan kepekaan bau. Ia perlu mempunyai daya ketahanan agak tinggi untuk dapat menjejaki bau di sepanjang jarak jauh dan rupa bumi mencabar. Ia dipercayai pertama kali dibiakbakakan oleh orang Celt dengan menyilangkan anjing jenis mastif dengan anjing pemburu penglihatan. Anjing pemburu bau berasas pertama ialah anjing pemburu Santo Hubert (leluhur kepada anjing pemburu darah kini) yang dibiakbakakan oleh para rahib di Belgium semasa Zaman Pertengahan.[2]
Perihal
suntingHound ialah anjing pemburu yang berburu sama ada dengan mengikuti bau haiwan buruan (anjing pemburu bau / scenthound) atau dengan mengikuti haiwan buruan dengan penglihatan (anjing pemburu penglihatan / sighthound). Terdapat banyak baka dalam jenis anjing pemburu bau dan anjing pemburu bau mungkin melakukan kerja lain juga, jadi terdapat kontroversi mengenai liputan tepat bagi istilah anjing pemburu bau. Kelab kenel meletakkan baka anjing dalam kumpulan, yang secara longgar berdasarkan jenis baka. Setiap kelab kenel menentukan baka yang ditempatkan dalam kumpulan tertentu.
Anjing pemburu bau pakar dalam mengikuti bau. Kebanyakan baka ini mempunyai telinga panjang dan terkelepai. Satu teori menyebut bahawa trait ini membantu untuk mengumpulkan bau dari udara dan menyimpannya dekat dengan muka dan hidung anjing. Ia juga mempunyai rongga hidung besar, yang membantunya untuk menghidu dengan lebih baik. Bibirnya yang biasanya longgar dan lembap dikatakan membantu dalam memerangkap zarah bau.
Oleh sebab anjing pemburu bau cenderung untuk berjalan atau berlari dengan hidungnya di atas tanah, banyak baka anjing pemburu bau telah dikembangkan supaya anjing berkenaan mengangkat ekornya dengan tegak apabila mengikuti bau. Di samping itu, sesetengah baka (cth. beagle) telah dibiakbakakan untuk mempunyai bulu putih pada hujung ekornya. Trait-trait ini membolehkan tuan anjing mengenal pastinya apabila berada pada jarak jauh atau di kawasan rumput lebih panjang.
Anjing pemburu bau tidak perlu sepantas anjing pemburu penglihatan, kerana ia tidak perlu terus melihat mangsa, namun ia memerlukan daya ketahanan supaya dapat kekal dengan bau dan mengikuti bau tersebut di sepanjang jarak jauh melalui rupa bumi mencabar. Anjing pemburu bau terbaik dapat mengikuti jejak bau walaupun menyeberangi air mengalir dan walaupun baunya berusia berhari-hari. Kebanyakan anjing pemburu bau digunakan untuk berburu dalam kawanan berbilang anjing. Anjing pemburu bertunkai lebih panjang berlari dengan lebih cepat dan biasanya memerlukan agar pemburu menyusul secara berkuda; anjing pemburu bertungkai pendek membolehkan pemburu menyusul secara berjalan kaki. Perburuan dengan sesetengah baka, seperti anjing pemburu Jerman, anjing pemburu rubah Amerika, atau anjing pemburu rakun, melibatkan keizinan kepada kawanan anjing untuk berlari dengan bebas sementara pemburu menunggu di tempat tetap sehingga bunyi baying anjing mengumumkan bahawa buruan telah "dikejar ke atas pokok". Pemburu kemudiannya pergi ke tempat itu dengan berjalan kaki dan mengikuti bunyi baying anjing.[3]
Penyuaraan
suntingKebanyakan anjing pemburu bau mempunyai pelbagai penyuaraan, yang dapat berbeza-beza bergantung pada situasi yang dialami oleh anjing berkenaan. Suara baying-nya—paling kerap digunakan apabila teruja dan berguna untuk memaklumkan tuannya bahawa ia sedang mengikuti jejak bau—adalah dalam dan berdentum dan dapat menjadi berbeza daripada suara salakannya, yang sendiri dapat mempunyai variasi dari segi nada, daripada keterujaan kepada kegementaran atau ketakutan.
Oleh sebab ia dibiakbakakan untuk "bersuara" apabila teruja, anjing pemburu bau mungkin menyalak dengan jauh lebih kerap berbanding dengan baka anjing lain. Walaupun ini dapat menjadi gangguan di kawasan petempatan, ini ialah trait bernilai yang membolehkan pengendali anjing mengikuti anjing atau kawanan anjing semasa perburuan walaupun ketika di luar pandangan, seperti semasa mengikuti rubah atau rakun melalui hutan kayu.
Pengelasan
suntingPersekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) meletakkan anjing pemburu bau dalam pengelasannya "Kumpulan 6". Ini termasuk subbahagian, "Seksyen 2, Anjing Pemburu Cawak", sesetengah contohnya ialah anjing pemburu bau gunung Bavaria (217), anjing pemburu bau Hanover (213), dan anjing pemburu bejar Alp (254). Di samping itu, anjing Dalmatia dan anjing belakang permatang Rhodesia diletakkan dalam Kumpulan 6 sebagai "Baka berkaitan".
Sejarah genetik
suntingKajian genetik menunjukkan bahawa anjing pemburu bau lebih berkait rapat antara satu sama lain berbanding dengan perkaitannya dengan cabang lain pada salasilah keluarga anjing.[4]
Baka
suntingJenis anjing pemburu bau termasuk baka-baka berikut:
- Baset Artois Normandie
- Baset biru Gascogne
- Baset grifon besar Vendée
- Baset grifon kecil Vendée
- Baset perang Bretagne
- Beagle
- Beagle desa utara (anjing pemburu utara) (pupus)
- Beagle Kerry
- Beagle-harrier
- Anjing Billy
- Black mouth cur
- Blue lacy
- Dachshund
- Drever (anjing pemburu bejar Sweden)
- Anjing Dunker (anjing pemburu Norway)
- Grifon besar Vendée
- Grifon biru Gascogne
- Grifon perang Bretagne
- Grifon sederhana Vendée
- Anjing harimau bintang Catahoula
- Harrier
- Anjing Lakonia
- Limer (istilah lapuk)
- Mountain cur
- Ogar Poland
- Anjing pemburu Appennino
- Anjing pemburu Ariège
- Anjing pemburu Artois
- Anjing pemburu baset
- Anjing pemburu bau gunung Bavaria
- Anjing pemburu bau Hanover
- Anjing pemburu bejar Alp
- Anjing pemburu bejar Westfalia
- Anjing pemburu berang-berang
- Anjing pemburu berbulu dawai Istria
- Anjing pemburu berbulu dawai Itali
- Anjing pemburu berbulu kasar Bosnia
- Anjing pemburu berbulu kasar Stiria
- Anjing pemburu berbulu pendek Istria
- Anjing pemburu berbulu pendek Itali
- Anjing pemburu berkaki pendek Switzerland (anjing pemburu kecil Switzerland)
- Anjing pemburu besar Gascogne Saintonge
- Anjing pemburu biru besar Gascogne
- Anjing pemburu biru kecil Gascogne
- Anjing pemburu darah
- Anjing pemburu Estonia
- Anjing pemburu Finland
- Anjing pemburu gunung Montenegro
- Anjing pemburu Hamilton
- Anjing pemburu harimau bintang Amerika
- Anjing pemburu hitam dan sawo matang Austria
- Anjing pemburu Inggeris-Perancis (anjing pemburu Inggeris yang disilangkan dengan anjing pemburu rubah Inggeris)
- Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis (anjing pemburu bersaiz sederhana Inggeris-Perancis)
- Anjing pemburu putih dan hitam besar Inggeris-Perancis
- Anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis
- Anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis
- Anjing pemburu Jerman
- Anjing pemburu Jura St. Hubert
- Anjing pemburu kecil Gascogne Saintonge
- Anjing pemburu Kriti
- Anjing pemburu Maremma
- Anjing pemburu Perancis
- Anjing pemburu Plott
- Anjing pemburu Poland
- Anjing pemburu porselin
- Anjing pemburu Posavina
- Anjing pemburu rakun
- Anjing pemburu rakun berbintik biru
- Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang
- Anjing pemburu rakun Inggeris Amerika (anjing pemburu rakun Inggeris / anjing pemburu rakun berbintik merah)
- Anjing pemburu rakun Redbone
- Treeing Walker coonhound
- Anjing pemburu rubah
- Anjing pemburu Schiller
- Anjing pemburu selatan (pupus)
- Anjing pemburu Sepanyol (anjing pemburu bau Sepanyol)
- Anjing pemburu Serbia
- Anjing pemburu Slovakia
- Anjing pemburu Småland
- Anjing pemburu Switzerland
- Anjing pemburu Talbot
- Anjing pemburu Tirol
- Anjing pemburu Transilvania
- Anjing pemburu Trigg
- Anjing pemburu triwarna Serbia
- Anjing pemburu Yunani
- Rache (istilah lapuk)
- Sabueso fino colombiano
- Stephens cur
- Treeing cur
- Treeing Tennessee brindle
Kumpulan Anjing Pemburu Bau United Kennel Club (Amerika Syarikat)
suntingKumpulan Anjing Pemburu Bau (bahasa Inggeris: Scenthound Group ) ialah kategori kumpulan yang digunakan oleh United Kennel Club (Amerika Syarikat), yang dibahagikan kepada dua kategori. Yang pertama menyertakan anjing pemburu Amerika yang dikenali sebagai anjing pemburu rakun atau coonhound dan anjing pemburu Eropah yang merupakan punca perkembangan bagi anjing pemburu Amerika. Ini dirujuk sebagai tree hound ("anjing pemburu pokok"). Kategori ini juga menyertakan cur, anjing Amerika yang dibiakbakakan untuk pemburuan pelbagai jenis buruan, seperti tupai, rakun, oposum, bobcat, kugar, beruang hitam Amerika, dan babi jalang. Kategori kedua dirujuk sebagai trailing scenthound ("anjing pemburu bau penjejak") dan menyertakan anjing yang digunakan untuk penjejakan manusia, yang kononnya diturunkan daripada anjing pemburu Santo Hubert.[5]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Breed Group Designations" [Penetapan Kumpulan Baka]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "Scenthound History - American Kennel Club". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Coon hunting on ESPN". www.espn.com (dalam bahasa Inggeris). 18 Oktober 2004.
- ^ vonHoldt, Bridgett Marie; Pollinger, John P.; Lohmueller, Kirk E.; Han, Eunjung; Parker, Heidi G.; Quignon, Pascale; Degenhardt, Jeremiah D.; Boyko, Adam R.; Earl, Dent A.; Auton, Adam; Reynolds, Andy; Bryc, Kasia; Brisbin, Abra; Knowles, James C.; Mosher, Dana S.; Spady, Tyrone C.; Elkahloun, Abdel G.; Geffen, Eli; Pilot, Małgorzata; Jędrzejewski, Włodzimierz; Greco, Claudia; Randi, Ettore; Bannasch, Danika L.; Wilton, Alan Norman; Shearman, Jeremy; Musiani, Marco; Cargill, Michelle; Jones, Paul G.; Qian, Zuwei; Huang, Wei; Ding, Zhao-Li; Zhang, Yaping; Bustamante, Carlos Daniel; Ostrander, Elaine Ann; Novembre, John Peter; Wayne, Robert Keith (17 Mac 2010). "Genome-wide SNP and haplotype analyses reveal a rich history underlying dog domestication" [SNP seluruh genom dan analisis haplotip mendedahkan sejarah kaya di sebalik pembelajinakan anjing]. Nature (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 464 (7290): 898–902. Bibcode:2010Natur.464..898V. doi:10.1038/nature08837. ISSN 1476-4687. PMC 3494089. PMID 20237475. S2CID 1030127.
- ^ "United Kennel Club (US) breed information". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2011. Dicapai pada 27 Mei 2024.