Rasyid (Arab: رشيد; bahasa Qibti: ⲣⲁϣⲓⲧ Rashit; Perancis: Rosette; bahasa Inggeris: Rosetta) adalah bandar pelabuhan terletak dalam Delta Nil di wilayah pemerintahan Beheira Mesir iaitu 65 kilometer jauh sebelah timur Iskandariah.

Rasyid
رشيد
Rosetta
Bandar Raya
(atas) Rashid Cornich pada waktu senja,
(bawah) kota lama Rasyid
Lokasi dalam Kegabenoran Beheira
Lokasi dalam Kegabenoran Beheira
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Egypt Nile Delta" tidak wujud.
Koordinat: 31°24′16″N 30°24′59″E / 31.40444°N 30.41639°E / 31.40444; 30.41639Koordinat: 31°24′16″N 30°24′59″E / 31.40444°N 30.41639°E / 31.40444; 30.41639
NegaraMesir
KegabenoranBeheira
Penduduk
 (1996)
 • Jumlah58,432
Zon waktuUTC+2 (EET)
 • Musim panas (DST)UTC+3 (EEST)

Kota ini ditubuhkan sekitar abad ke-9; ia menjadi makmur dengan merosotnya kota Iskandariah yang ditawan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1517, namun kemudiannya jatuh dengan terbangkit kembalinya kota tersebut. Ia menjadi titik tumpuan para pengkaji ketamadunan Mesir Purba dengan dijumpainya suatu batu bersurat ditemui di sana pada tahun 1799 yang membantu mentafsir banyak penulisan lama tamadun tersebut. Ia adalah destinasi pelancongan terkenal dalam kalangan warga British pada abad ke-19 kerana suasana ia yang bersih dengan seni bina Uthmaniyah dan ladang-ladang limau yang menarik dan mencuci mata.

Sejarah

sunting

Bandar Rasyid dihuni sepanjang sejarah Mesir Purba bernama Khito ("penduduk") di bawah pemerintahan firaun Menes. Pada era Ptolemaious pula, kota ini diganti namanya menjadi Bolbitine (juga Bolbitinum atau Bolbitinon, salah satu dari tujuh cabang Sungai Nil zaman Herodotus).[1]

Kota ini menjadi kawasan pertahanan utama bani Umayyah sehingga tahun 749 dengan berlakunya Pemberontakan Bashmur.[2] Pada tahun 850-an, khalifah Abbasiyah memerintahkan sebuah kubu dibina di tapak kota ini, petempatan kota di sekitar kubu ini mula berkembang pada zaman abad pertengahan. Semasa Perang Salib Ketujuh, Louis IX dari Perancis menduduki bandar ini dalam masa singkat pada tahun 1249.[3]

Kekuasaan kota ini di bawah kerajaan Mamluk menyaksikan kota ini menjadi pusat komersial yang penting malah berterusan sepanjang pemerintahan Uthmaniyah hingga kebangkitan kembali pentingnya Iskandariah setelah pembinaan terusan Mahmudiyah pada tahun 1820.

Geografi

sunting

Suhu dan iklim

sunting
Data iklim untuk Rosetta
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 18.8
(65.8)
18.9
(66.0)
20.9
(69.6)
24
(75)
27.2
(81.0)
29.3
(84.7)
30.7
(87.3)
31.5
(88.7)
30.5
(86.9)
28.8
(83.8)
25
(77)
20.8
(69.4)
25.5
(77.9)
Purata suhu harian, °C (°F) 14.5
(58.1)
14.4
(57.9)
16
(61)
18.6
(65.5)
21.8
(71.2)
24.4
(75.9)
26.2
(79.2)
26.9
(80.4)
25.9
(78.6)
23.9
(75.0)
20.3
(68.5)
16.4
(61.5)
20.8
(69.4)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 10.2
(50.4)
10
(50)
11.2
(52.2)
13.2
(55.8)
16.4
(61.5)
19.5
(67.1)
21.7
(71.1)
22.4
(72.3)
21.3
(70.3)
19
(66)
15.7
(60.3)
12
(54)
16.1
(60.9)
Purata kerpasan, mm (inci) 50
(2.0)
26
(1.0)
13
(0.5)
4
(0.2)
3
(0.1)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
9
(0.4)
25
(1.0)
51
(2.0)
181
(7.2)
Sumber: climate-data.org[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ James Talboys Wheeler, The geography of Herodotus, 1854, p. 363
  2. ^ Mounir Megally (1991), Aziz Suryal Atiya (penyunting), "Bashmuric Revolts", The Coptic Encyclopedia, New York: Macmillan Publishers, Vol. 2, cols. 349b–351b |volume= has extra text (bantuan).
  3. ^ Peter Jackson, The Seventh Crusade, 1244–1254: Sources and Documents, Volume 16 of Crusade Texts in Translation, Ashgate Publishing, Ltd., 2009, p. 72
  4. ^ "Climate: Rosetta – Climate graph, Temperature graph, Climate table". climate-data.org. Dicapai pada 13 August 2013.