Aedy Ashraf
Mohammad Addy Ashraf Rosmadi (Jawi: محمد ادي اشرف روسمادي; lahir 20 September 1993) atau lebih dikenali sebagai Aedy Ashraf ialah seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan di usia 10 tahun pada 2003 menerusi filem Jutawan Fakir dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sebagai pelakon kanak-kanak, beliau paling dikenali sebagai Faiz dalam Waktu Rehat, Muhammad dalam Qalesya, Shafiq dalam Oh My English!, Mukhriz dalam Cinta Tiada Ganti, Tongki dalam Budak Tebing dan Aizat dalam Projek: Anchor SPM. Aedy mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, seorang dramatis popular sejak era 90-an iaitu Liza Zain.[1]
Aedy Ashraf | |
---|---|
Kelahiran | Mohammad Addy Ashraf bin Rosmadi 20 September 1993 |
Nama lain | Addy Ashraf |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2003–kini |
Ketinggian | 1.65 m (5 ka 5 in) |
Ibu bapa | Liza Zain (ibu) |
Kerjaya
suntingAedy Ashraf mewarisi bidang lakonan daripada ibunya, pelakon veteran terkenal, Liza Zain. Di usia 10 tahun pada tahun 2003, Aedy memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak dengan membintangi filem komedi Jutawan Fakir arahan Abdul Razak Mohaideen yang mana beliau memegang watak sebagai Azman, seorang gelandangan. Menerusi filem ini, beliau berlakon di samping nama-nama besar seperti Saiful Apek, Bob Kuman, Waheeda dan Farid Kamil.
Beliau kemudian muncul pula dalam filem Cinta Kolestrol dengan memegang watak sebagai Ahmad Yusry kecil, manakala watak dewasanya dilakonkan oleh Yusry Abdul Halim. Pada tahun 2004, beliau membintangi drama pertamanya, Doa Imran dengan memegang watak sebagai Imran. Aedy mendapat pengiktirafan meluas sebagai pelakon kanak-kanak menerusi watak Mawi lakonannya dalam filem Tentang Bulan yang ditayangkan pada 21 Disember 2006. Filem ini turut dibintangi oleh Nik Adruce, Fatin Afeefa dan Erin Malek. Menerusi filem ini, beliau dicalonkan bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20.
Beliau membintangi telefilem pertamanya, Cerita Adam yang disiarkan di TV1 yang mana beliau melakonkan watak sebagai Rahmat. Pada tahun 2009, Aedy berlakon bersama Elfira Loy yang memegang watak tajuk dalam drama Qalesya yang bersiaran di Astro Prima yang mana beliau memegang watak sebagai Muhammad.
Pada tahun 2010, Aedy memegang watak Faiz dalam siri televisyen Disney Channel, Waktu Rehat yang antara lain turut dibintangi oleh Nik Adruce, Sweet Qismina, Tengku Iezahdiyana dan Elfira Loy. Siri ini telah bersiaran sebanyak 3 musim dan merupakan versi tempatan untuk francais As the Bell Rings yang diadaptasi dari siri TV Itali, Quelli dell'intervallo.
Antara 2012 dan 2013, beliau membintangi drama pendidikan Oh My English! sebanyak 2 musim di Astro TVIQ. Beliau memegang watak sebagai Shafiq, beliau kembali melakonkan wataknya dalam telefilem Oh My Ganu!. Drama Separuh Jiwaku (2014) telah menyaksikan beliau kembali digandingkan bersama Elfira Loy. Menerusi drama yang disiarkan di Slot Ratu TV9, Aedy memegang watak sebagai Emir Izlan, seorang pemuda kampung berhijrah ke Kuala Lumpur bekerja sebagai pemandu kepada Dato’ Darwish dan Datin Sofinah. Beliau juga berlakon dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, memegang watak sebagai Tajul Zahin, adik Tajuk Razin lakonan Amar Baharin.
Pada tahun 2015, beliau berlakon dalam dua episod terakhir drama remaja, Dunia Generasi Baru yang dibintangi oleh Kaka Azraff, Natasha Elyzza, Erwin Dawson, Fadlan Hazim, Zahirah MacWilson dan Ben Amir. Setahun kemudian, beliau berlakon dalam beberapa drama TV termasuk Jasmine dan Lara Aishah.[2]
Pada tahun 2017, beliau berlakon dalam filem Dorm Melati arahan Eyra Rahman dengan memegang watak sebagai Adam. Ia menjadi filem pertama lakonannya dalam tempoh 11 tahun sejak Tentang Bulan (2006) dan juga satu-satunya filem lakonan beliau dalam tahun 2017.[3] Pada tahun yang sama, Aedy berlakon dalam beberapa drama televisyen, antaranya ialah Suamiku Paling Sweet sebagai Hakimi, Bahagia Kasihmu sebagai Nazril dan Hero Seorang Cinderella sebagai Darius. Beliau seterusnya membuat penampilan sulung muzik video dengan membintangi muzik video lagu "Pematah Hati" nyanyian Nabila Razali.
Aedy berlakon dalam tiga drama TV serentak dalam tahun 2018, antaranya ialah Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN. Beliau memegang watak sebagai Mukhriz yang dipadankan daripada watak Christian lakonan Jericho Rosales dalam versi asal Fillipina. Beliau juga muncul dalam drama Papa Nak Menantu lakonan Jaja Iliyes dan Hafidz Roshdi. Tawaran berlakon filem juga diperolehinya apabila membintangi dua filem, iaitu Blok 404 dan Gol & Gincu Vol. 2.[4]
Pada tahun 2020, beliau memegang watak sebagai Tongki dalam Budak Tebing dan kembali melakonkan wataknya dalam kesinambungannya. Drama lain yang dibintanginya pada tahun itu juga termasuk Memoir Kamila dan Biar Mereka Cemburu. Pada tahun 2021, beliau juga muncul dalam drama pendidikan Projek: Anchor SPM yang berkisarkan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar 2000. Drama arahan Razaisyam Rashid itu turut dibintangi oleh Daiyan Trisha dan Shasha Abedul. Beliau juga berlakon di samping Amelia Henderson dalam drama Kisah Cinta Kita yang disiarkan di Slot Akasia TV3.[5]
Aktiviti lain
suntingDi luar kerjaya lakonan, Aedy merupakan pemilk dan pengasas bersama gerai snek kentang goreng, Fam Fries yang beroperasi di The Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Aedy berkata, idea untuk mengusahakan perniagaan makanan bermula ketika mencuba kentang goreng serupa di gerai rakannya pada 2016.[6]
Kehidupan peribadi
suntingPada tahun 2017, beliau dikatakan bahawa beliau pernah bergosip dengan pelakon Fasha Sandha yang juga merupakan isteri kepada Aidil Aziz.[7] Beliau juga merupakan seorang yang berpegang pada prinsip mendahului bakat, dan bukan bersandarkan populariti.[8]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2003 | Jutawan Fakir | Azman | Filem pertama |
Cinta Kolestrol | Ayie/Yusri (kecil) | ||
2004 | Tangkai Jering | Ashraf | |
I Know What You Did Last Raya | Roslan (kecil) | ||
2005 | Tak Ori Tapi Ok | ||
2006 | Tipah Tertipu The Movie | Amer (kecil) | |
Remp-It | Penampilan khas | ||
Tentang Bulan | Mawi | ||
2017 | Dorm Melati | Adam | |
2018 | Blok 404 | Duan | |
Gol & Gincu Vol. 2 | Mateen | ||
2023 | Tebus | Johan | |
War On Terror: KL Anarki | Khalid | ||
2024 | Kahar: Kapla High Council | Reza/Beja | |
2025 | Klepet | Pali | |
Dari Yong Peng Ke Kodiang | Hidayat | Pra-produksi |
Drama
suntingTelefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Cerita Adam | Rahmat | TV1 |
2011 | Mahligai Itu Milikku | Aidil | TV9 |
8 Bahagian | Ashraf | TV1 | |
Si Puteh | Fadil | TV3 | |
2012 | Pulang | TV9 | |
Lobak | Amir | ||
2013 | Setia Hujung Nyawa Raya | Qarun | TV3 |
Banglo Seksyen 2 | Allee | Astro Ria | |
Oh My Ganu! | Shafiq | Astro TVIQ | |
Surat Di Bawah Pintu | TV9 | ||
Designer DD Naik Haji | TV1 | ||
2014 | Imam Bisu | Ayeng | Astro Oasis |
Salam Buat Kekasih | Muis | TV9 | |
Kemelut Dosa | Fathullah | TV3 | |
2015 | Gadis Tudung Merah & Labu Labi | Astro Prima | |
Kubur Berdarah | Astro Ria | ||
2016 | Reza, Arman Dan Bill | Reza | TV3 |
2017 | Bukan Cinta Biasa | Aiman | TV2 |
Komplot | TJ | Astro Citra | |
Cerita Dari Dinding | Radzi | TV1 | |
2018 | Lakaran Cinta | Wafi | Unifi TV |
Kembalikan Sinarnya | Azali | TV3 | |
Datangmu Kubenci Pergimu Kutangisi | TV2 | ||
Cinta Untukku | Rizqi | TV Okey | |
2019 | Kau Selalu Di Hatiku | Ridzuan | TV1 |
Puisi Wan Malini | Ehsan | ||
Abang Hidung Merah | Izlan | ||
Wali Jantan Semantan | |||
2020 | Satu Kampug Dua Orang | Bidin | Astro Citra |
Heri Bota | Heri | TV1 | |
10 Malam Terakhir | TV Okey | ||
Keranaku Mencintaimu | Iskandar | TV1 | |
Aku Bukan SyurgaMu | Haidar | ||
Makbul | Akhbar | TV3 | |
2021 | Dia Abangku | Qori | |
2022 | Setia | Syakir | TV2 |
Dania | Luqman | TV3 |
Iklan
suntingTahun | Iklan | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2004 | Kementerian Pendidikan Malaysia | Samad | |
2018 | Pizza Hut | Dirinya sendiri | bersama Diana Danielle |
2022 | Calvin Klein | Dirinya sendiri |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | My Ghost Story Asia | Bio. | |
2016 | Relaks Selebriti | Astro Ria | |
2017 | Awak Kat Mana | ||
Bas Ria | bersama Syafiq Kyle | ||
2018 | Terbukti Lazat | TV Okey |
Muzik video
suntingTahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2014 | "Siapa Diriku" | Amylea ft Nadia Aqilah |
2017 | "Pematah Hati" | Nabila Razali |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2007 | Pelakon Kanak-Kanak Terbaik | Dirinya sendiri | Tentang Bulan | Tercalon | |
2023 | Aktor TV Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2024 | Artis Filem Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Menang | ||
Aktor TV Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Aedy Ashraf hadam kritikan Diarkibkan 2018-10-25 di Wayback Machine Kosmo! (1 Ogos 2017). Dicapai pada 25 Oktober 2017.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (16 Januari 2016). "Saksi 3 generasi dunia hiburan". Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2020.
- ^ Mohd Aizat Shamsuddin (23 Januari 2017). "Tukar imej lebih matang". Berita Harian. Dicapai pada 21 Disember 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (25 Ogos 2018). "'Saya sangat privasi'". Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2020.
- ^ Hanis Aliaa Hidzir (16 Disember 2021). "Gandingan hebat Aedy Ashraf, Amelia Henderson". Harian Metro. Dicapai pada 22 Disember 2021.
- ^ Najiy Jefri (15 Mac 2019). Lupakan lakonan seketika - Aedy Ashraf Harian Metro. Dicapai pada 20 Mei 2019.
- ^ Muhammas Azrol Mohd Radi (16 Januari 2017). Aedy Ashraf dewasakan diri Diarkibkan 2017-10-22 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Mei 2017.
- ^ Farhana Abd. Rahman (2 September 2018). Aedy Ashraf bukan pelakon bermusim Berita Harian. Dicapai pada 3 September 2018.