Elfira Loy

Pelakon dan pengacara wanita Malaysia

Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri (lahir 8 Mac 1994) atau lebih dikenali sebagai Elfira Loy (Jawi: نورول ايلفير لوي) ialah seorang selebriti berpengaruh, pengacara dan usahawan muda.

Elfira Loy
Kelahiran
Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri

(1994-03-08) 8 Mac 1994 (umur 30)
Nama lainElfira, El
PendidikanUniversiti Kolej KDU
PekerjaanPelakon, model, pengacara, usahawan
Tahun aktif2006–kini
PasanganMuhamad Faris Khairol Anuar (k. 2019)
Anak-anak2
IbuFilzah Yusoff
BapaAhmad Sabri Haji Ariffin
SaudaraAhmad Ezzraa Loy (abang)
Ezlisa Loy (adik perempuan)
Ezzrin Loy (adik lelaki)
Ahmad Evvraa Loy (adik lelaki)
Laman web rasmiNurul Elfira Loy

Kehidupan awal

sunting

Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri dilahirkan anak yang kedua pada 8 Mac 1994 di Kuala Lumpur, kepada pasangan Ahmad Sabri Haji Ariffin dan Filzah Yusoff. Beliau mempunyai darah keturunan Melayu, Cina dan Arab Yaman. Bapanya merupakan pemilik dan Pengarah Projek Pusat Pengajian Islam dan Maahad Tahfiz Bustanul Haji Ariffin, Kuala Kangsar, Perak. Ibunya merupakan pengurus kepada beberapa selebriti dan model Malaysia. Elfira mempunyai lima adik-beradik iaitu abang sulungnya Ahmad Ezzraa Loy, adiknya Nurul Ezlisa Loy, Ahmad Ezzrin Loy dan paling bongsu Ahmad Evvraa Loy. Elfira juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn 2, dan menuntut dalam aliran sains di sekolahnya. Elfira memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Beliau juga merupakan pengusaha/pengurus sebuah kafe yang terkenal di ibu negara di samping melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti antarabangsa swasta pertama, UOW Malaysia KDU University College, di Utropolis Glenmarie, Shah Alam. Beliau akhirnya berjaya menghabiskan pengajiannya pada tahun 2017 berkelulusan Communication, Creative Arts, Entertainment Arts, Entrepreneurial Design.

Kehidupan peribadi

sunting

Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang lahir pada 1 Oktober 2019, dan adiknya Nur Aria Mikayla yang lahir pada 20 Mei 2022.

Kerjaya

sunting

2008 - 2011: Permulaan kerjaya

sunting

Sebelum beliau meneruskan watak dalam drama, dia dilamar pula membintangi teater kanak-kanak popular, Ali Baba The Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 2006, juga Ibu Zain Musim 1 dan 2, semakin dikenali ramai tatkala lakonan hebatnya dalam drama. Seterusnya menjadi seorang model dan pelakon pada tahun 2006, juga model dalam The New Face Of Maybelline New York (Malaysia). Elfira Loy mula melakonkan wataknya pada 2008, dalam sebuah telemovie drama iaitu Cinta Itu Buta dia sahaja yang lakonan dan terus memainkan watak dalam Persis, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan Selaginya Ada Cinta juga drama Indonesia, sama dikeluarkan ketiga - tiga drama, seterusnya merupakan watak dalam Disney Waktu Rehat sebagai Amirah bersama dengan adik - beradik iaitu Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezzlisa Loy. Pada Tahun 2009 dan 2010, Elfira Loy juga mula berlakon seperti dalam drama bersiri Roh Natrah , Qalesya 1 ditayangkan sepanjang bulan ramadhan dan Senja Permai. Pada tahun 2010 dan 2011 terusnya watak memainkan seperti Tentang Bulan The Series, Syurgamu Ramadhan, Qalesya 2 juga sepanjang bulan ramadhan ditayangkan, Kum Kum : The Series, Jangan Ambil Padang Kami, Hani, Mahligai Itu Milikku dan Second Chance. Wataknya terus menerus ke telemovie drama seperti Kak Long, Permata Hati, Sanggar Cinta Raudhah, Sayang Abah, Ekspress Dania. Pada awal tahun juga terusnya usaha berlakon dalam filem seperti Damping Malam dan Kum Kum : The Movie.

2012 - Kini: Kemuncak populariti

sunting

Elfira Loy mula teruskan kerjayaan seperti lakonan bersama dengan Zoey Rahman sebuah drama Demi Dia, juga bersama Randy Pangalila merupakan drama Malaysia - Indonesia iaitu Dalam Hati Ada Taman dan Untuk Terakhir Kali juga merupakan drama Malaysia - Indonesia lakonan bersama Baim Wong. Kini Elfira Loy berlakon lagi dalam drama dan filem seperti Rentap : The Movie, Aku Bukan Malaikat, Permata Hati, Laikatong. Elfira Loy meneruskan lakonannya dalam telefilem seperti akan datang Marrisa, Ketika Cinta Merintih, Sebalik Kasyafmu dan banyak lagi. Pada tahun 2020, sekali lagi Elfira Loy berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila beliau satu-satunya selebriti Malaysia yang disunting untuk bekerjasama bagi peringkat antarabangsa dengan jenama tudung popular di Indonesia iaitu, Buttonscarves yang berpangkalan di sana. Hobinya pula adalah membaca bahan ilmiah dan sebagainya.

Aktiviti lain

sunting

Elfira Loy juga diberikan peranan utama sebagai model dalam iklan televisyen dan penyiaran di sosial media. Beliau menjadi jurucakap produk seperti Motosikal Honda, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB, Mamee Slurp dan baru ini The New Face Of Maybelline New York (Malaysia) and Plus One. Line New York (Malaysia) and Plus One.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Damping Malam Elfira Filem pertama
2011 Second Change Rin Filem Jepun
2012 The Smurfs Odile Alih suara BM
2013 The Smurfs 2 Vexy
2014 Ribbit Sandy (suara) Filem animasi
Rentap Elaina
2024 Misi Ainaa Filem pendek
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Tentang Bulan The Series Zurina Astro Prima
2009 Roh Natrah Natrah TV2
Qalesya Qalesya Astro Prima
Senja Permai Yasmine
2010 Waktu Rehat[1] Amirah Aminuddin Disney Channel
Chinta Chinta (muda) TV3
Syurgamu Ramadhan Suzana
Qalesya 2 Qalesya Astro Prima
2011 Kum Kum The Series Syikin Astro Ria
Hani Nisa TV3
Samson & Delaila Amira
Waktu Rehat (Musim 2) Amirah Disney Channel
2012 Waktu Rehat (Musim 3)
Jangan Ambil Padang Kami Juju Astro Ria
Dalam Hati Ada Taman Bella
2013 Tanggang Ayu Alissa Astro Prima
Demi Dia Azura TV3
Plus One Marissa TV9
2014 Arka Raja Haji Puteri Hamidah Astro Box Office
Separuh Jiwaku Hana TV9
2015 Kayuhan Cinta TVi
Setulus Janji TV1
2016 Mr Secret Admirer Zureen HyppTV
2017 Kerna Syurga Bukan Percuma Solehah Astro Oasis
2020 Bila Cupid Jatuh Cinta Keisha TV3
2021 Di Sebalik Kasyaf Diya
Dear Cinta Elena

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Cinta Itu Buta Astro Ceria
2010 Permata Hati TV2
Sabrina Vs Sazaly TV3
Kum Kum Mariam Astro Ria
2011 Mahligai Itu Milikku Aida TV9
Lara Hati Seorang Ibu Astro Oasis
Sayaaang Abah Intan Astro Prima
Ekspress Dania Dania Astro Ria
Biar Mimpi Sampai Ke Bintang Alya
Hati Yang Terpinggir Shazreen TV1
2012 Cik Paris Diva Kampung Mariam Astro Prima
2013 Putih dan Putera Hodoh Putih Astro Ceria
Untuk Terakhir Kali Aishah Astro Ria
Aku Bukan Malaikat Adik TV3
Nak Jadi Menantu, Ye? Rusnani TVi
2014 Laikatong Dian Astro Ria
Biasan Lehah TV3
Di Sebalik Kasyafmu Dhia
Ketika Cinta Merintih
Siti Aishah Suraya TV1
2015 Munajat Terhenti TV2
2016 Cinta Viral Solehah TV1
Umrah Dot Com Zulaikha Astro Ria
Menantuku Rock Salina
Oh My English!: Road to Jogja! Jazlin Astro TVIQ
2017 Permata Hati Liz Astro First Eksklusif
Nak Jadi Menantu Ye? TV1
Encik Ustaz Atikah HyppTV
2018 Cinta Tanpa Syarat Zahirah ntv7
Striker Hati Ayah Sofia Astro Ria
Cinta Untukku Indah TV Okey
2020 Rahsia Malam Jumaat Nani TV3
2024 Putih dan Putera Hodoh: Revival Putih Astro Ceria

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Berani Jadi Bos Dirinya sendiri Astro Ceria
Cuti-Cuti Famili TV1
Selamat Pagi Putera Puteri Musim 1 dan 2
Shana & Nina TV3
Kids and Cash
2012 Chictivity Dirinya sendiri Celebrate TV
Rekativiti Astro TVIQ
2013 Fear Factor Malaysia Dirinya sendiri Astro Ria Sebagai peserta; Musim kedua (selebriti)
Festival Filem Malaysia ke-25 Astro & RTM Pengacara (bersama Hefny Sahad); Sesi acara karpet merah
Dinamik 2 TV2 Pengacara
Over The Top TV3 Shows The Design (Musim 2)
Sembang Sahur Artis undangan
Projek Gila TV9 Pengacara (bersama Siti Saleha); Episod 8
MeleTOP Astro Ria Artis undangan (bersama Ajak Shiro)
Artis undangan (bersama Hanez Suraya)
Propaganza Astro Ria danAstro Maya HD Artis undangan (bersama Marsha dan Johan)
Hello Bro... Tolong Deko Dirinya sendiri Artis undangan (bersama Zoey Rahman and Dafi)
TGIAF Astro Ria Artis undangan (bersama Zizan Razak dan Hanis Zalikha)
Destinasi Ria Astro Ria & Manggis TV Artis undangan (bersama adik beradiknya); Episod 4: "Hong Kong"
Mad Markets TV9 Pengacara (bersama Akhmal Nazri); Episod 6: Macau, Episod 7&8: Philippines, Episod 9: Thailand (Chiangmai) & Episod 10: Thailand (Lampang)
Ceria Superstar Astro Ceria Penari (bersama Glamgirls)
Kan Dah Kena Artis jemputan (bersama adiknya Ezlisa Loy); Episod 8
2014 Supper TV9 Artis undangan (bersama Kaka Azraff)
Stailista TVi
WayangXtraVaganza RTM Pengacara
2015 Tua Pun Boleh Astro Prima Pengacara (bersama Zoey Rahman & Hafizul Akmal)
2016 Extreme Roadtrip Dirinya sendiri Astro Bella & Astro Mustika HD Pengacara bersama Ardell Aryana & Sherry Alhadad
2017 Ketuk - Ketuk Ramadan TV1 Artis undangan
Ramadan 101 TV9 Pengacara
Tahun Tajuk
2011 Motosikal Honda
Sunway Lagoon
Mee Sedap
Institut Jantung Negara
Bank RHB
Mamee Slurp
2012 The New Face of Maybelline New York (Malaysia)[2]
2013 Sofy Body Comfit
2017 F&N

Teater

sunting
Tahun Tajuk Watak
2006 Ali Baba: Bujang Lapok[3] Nursiah
Ibu Zain 1 & 2[3] Dirinya sendiri
2012 Ali Baba Marjina
2014 Di Bawah Lindungan Kaabah

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2010
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24
Artis Baru Wanita Popular Tercalon
2011
Anugerah Skrin ke–15
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Kum Kum Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Artis Wanita Paling Popular Online Tercalon
2012
Anugerah Stail EH!
People Choice of Selebriti Tercalon
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Artis Sensasi Popular Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Mohd Ifqdar Abdul Rahman (21 Ogos 2010). "Karya tempatan di Disney". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  2. ^ http://www.junipersjournal.com/elfira-loy-is-maybelline-new-yorks-latest-malaysian-spokesperson.html
  3. ^ a b http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/6/13/southneast/21497348

Pautan luar

sunting