Farahdhiya

Penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia

Farah Dhiya Mohamed Amin (lahir 28 April 1984) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mula meraih kejayaan komersial pada 2004 menerusi single sulungnya, "Bertakhta Di Hati" yang dimuatkan dalam album studio pertamanya yang bertajuk sama. Pada tahun 2015, beliau menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua di Astro Ria di mana beliau dinobatkan sebagai naib juara. Bagi kerjayanya sebagai pelakon, antara kredit lakonannya termasuk Spa Q, Derhaka Seorang Madu dan Rumah Siti Khadijah.

Farahdhiya
Kelahiran
Farah Dhiya binti Mohamed Amin

(1984-04-28) 28 April 1984 (umur 40)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2004–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, Balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
KRU Records
NAR Records

Kehidupan awal

sunting

Beliau dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau berdarah kacukan Melayu-Inggeris. Ibunya berketurunan Inggeris dari Portsmouth, England manakala ayahnya berketurunan Melayu yang berasal dari Johor [1] ini menjadikan beliau juga berbangsa 'Eurasian' atau Eropah-Asia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Telok Gadung, Klang, Selangor kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.

Kerjaya

sunting

Farahdhiya mula menjinakkan diri di dalam dunia nyanyian sejak berusia belasan tahun lagi di bawah naungan KRU Records. Kini bernaung di bawah NAR Records. Beliau telah menghasilkan dua buah album, Bertakhta Di Hati dalam tahun 2004 dan Yang Ku Puja di akhir 2006. Bertakhta Di Hati mendapat tempat di dalam carta carta di dalam radio Era dan Hot FM serta mendapat pencalonan di dalam Anugerah AIM sebagai Artis Baru Terbaik.[perlu rujukan]

Selain menyanyi, Farah Dhiya berkecimpung di dalam bidang pengacaraan di mana beliau menjadi hos rancangan realiti, Jaguh Futsal RTM selama beberapa episod. Selain dari itu, Farahdhiya juga telah berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Drama pertama lakonannya adalah Mencari Arah Kiblat yang disiarkan di TV sempena Awal Muharam 2007. Pada masa kini, beliau membintangi drama popular di TV3, dalam slot akasia, iaitu Spa Q untuk 60 episod, yang disiarkan pada 23 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008 lalu, sebagai Fatin. Drama inilah yang menaikkan namanya sekarang.

Kemunculan semula beliau dalam pertandingan Gegar Vaganza nama beliau kembali diperkatakan dalam bidang muzik bila berjaya memenangi tempat kedua pertandingan tersebut dengan perbezaan markah kurang dari 2 markah dari pemenangnya Siti Nordiana.

Diskografi

sunting

Album studio

sunting

Single

sunting
  • Bertakhta Di Hati (2004)
  • Yang Ku Puja (2006)
  • Rasa Cinta (2008)
  • Kau Telah Pergi (2012)
  • Ku Tak Rela (2015)
  • Milikku Abadi (2016)
  • Pujangga (2018)
  • Kepada Dia (2019)

Gegar Vaganza 2015

sunting

Farahdhiya merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim 2015.

Konsert Tema Lagu Penyanyi Asal Kedudukan
Minggu 1 Kembali Menyengat Bertahta Di Hati Dirinya Sendiri 11th
Minggu 2 Aku dan Lagu Di Alam Fana Cinta Kumpulan Fotograf 8th
Minggu 3 Ada Bran? Joget Siapa Dia Wann 3rd
Minggu 4 Duet Aku dan Dirimu (duet bersama Alif Satar) Ari Lasso & Bunga Citra Lestari 1st
Minggu 5 Hits Vaganza Mencintaimu Krisdayanti 2nd
Minggu 6 Kenangan Terindah Di Mana Kan Ku Cari Ganti Tan Sri P.Ramlee 3rd
Minggu 7 Rockdut (Rock+Dangdut) Enter Sandman Metallica 1st
Minggu 8 Karok Tarik Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu Ramlah Ram 6th
Minggu 9 Akhir Pusingan 1 (Solo) - Janji Manismu Aishah Naib Juara
Pusingan 2 (Battle vs Nassier Wahab) - Ooh! La! La! Kumpulan KRU

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Sophia Filem pertama
2017 Kolestrol vs Cinta Fazira
2020 Town Mall Ariani
Mulut Masin Mak Ngah
2022 Tilam Perca Kiah
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Mencari Arah Kiblat
2007–2008 Spa Q Fatin / Julia TV3
2008–2009 Ku Milikmu Soraya @ Kirana
2010 Chinta Saadatul Saadah
2011 Annissa Shila
2013 Derhaka Seorang Madu Rozita
Nur Hidayah Nur Hidayah
2014 Perempuan Dalam Pasungan Farah Astro Prima
Cahaya Dihujung Nyawa Tiara HyppTV
Tanah Kubur (Musim 9) Ina Astro Oasis Episod: "Isteri Mithali"
2016 Bodyguard Nasya TV3
Tanah Kubur (Musim 15) Dhiya Astro Oasis Episod: "Jual Jiwa"
2018 Mencari Qiblat TV3
2019 Cinta Tanpa Henti Salina TV3
Rumah Siti Khadijah Sakinah
2021 Sis Stars Hotel Lily Awesome TV
Ali Alia Diana Astro Prima
2022 Nurlaila Sara TV1
Selamanya Suri Cinta Maisarah TV9
AI.5YA Tok Da Viu
Roti Cicah Susu Arissa Astro Ria
2023 Geng Daddy Daddy Juwita TV3
2024 Otai@Kolej Cik Siti TV1
Mentua Lidya TV3

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Dan Sebenarnya Astro Citra
2014 Perempuan Lindungan Kaabah
2015 Ombak Kenangan Cempaka
2016 Ragut TV1
2019 Wakaf Dosa Nazirah TV3
2021 Nak Balik Kampung Melissa
Akil Balik TV2
2023 Matin TV1

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Jaguh Futsal Pengacara TV1
2016 Sepahtu Reunion Live Inara Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Misteri Volkswagen Merah"
2022 Julia Artis Jemputan: Episod "Sayang Bukan Sekadar Wayang"

Rujukan

sunting
  1. ^ Farahdhiya Selesa Masak Makanan Melayu. mstar. Dicapai pada 11 Januari 2019.

Pautan Luar

sunting