Kolestrol vs Cinta
Kolestrol vs Cinta merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures. Filem ini dibintangi oleh Kamal Adli dan Tiz Zaqyah sebagai pelakon utama dan ditayangkan pada 14 September 2017.[1] Ini merupakan filem terakhir terbitan Metrowealth sebelum syarikat itu mengambil keputusan untuk berhenti menerbitkan filem cereka.
Kolestrol vs Cinta | |
---|---|
Pengarah | Eyra Rahman |
Lakon layar | Eyra Rahman |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 14 September 2017 |
Masa tayangan | 93 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Plot
suntingMengisahkan tentang Krisya (Tiz Zaqyah), seorang pereka fesyen yang berjaya dan memiliki butik di Taiping, Perak. Beliau juga seorang yang amat menjaga ketrampilan, sesuai dengan kerjayanya. Mempunyai kehidupan yang sempurna dengan rupa yang cantik, bentuk badan yang menarik dan setiap perlakuannya menjadi perhatian umum. Kerana obses kepada kecantikan, beliau mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang sihat untuk memastikan dirinya tidak gemuk. Malangnya beliau sukar untuk jatuh cinta dan menganggap kebanyakan lelaki yang mudah jatuh cinta kepadanya tidak memenuhi citarasa beliau. Semua ini mula berubah bila beliau pertama kali bertemu dengan Irfan (Kamal Adli), CEO sebuah syarikat terkemuka di Malaysia yang bersikap bersahaja dan mampu membuat Krisya jatuh hati.
Malangnya, tidak sedikit pun terdetik di hati Irfan untuk jatuh hati kepada Krisya dan menganggap Krisya agak annoying bila tiba-tiba Krisya meluahkan isi hatinya kepada Irfan. Lebih menyedihkan lagi, bila si Irfan bo layan si Krisya. Memang terasa si Krisya dengan sikap Irfan sehinggakan dia dapat tahu yang Irfan ini sebenarnya menyukai perempuan yang gemuk dan bersederhana dimana 100% berbeza benar dengan si Karisya. Demi cinta, Krisya sangup mengorbankan segala kecantikan dan penampilan diri terutamanya bentuk tubuhnya demi memikat hati Irfan. Sejak itu, kehidupan Krisya mula berubah.
Pelakon
sunting- Kamal Adli sebagai Irfan
- Tiz Zaqyah sebagai Krisya
- Vicha Saywho sebagai Juwita
- Anam Azizani sebagai Phil
- Ardell Aryana sebagai Jasmin
- Dayang Areeda sebagai Jannah
- Siti Elizad sebagai Suria
- Farahdhiya sebagai Fazira
- Acong Sweetchild sebagai Lelaki Hensem
Ulasan kritis
suntingAmerul Haswendy Ashari, menulis untuk Harian Metro menyifatkan Kolestrol vs Cinta mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dari segi idea, walaupun secara asasnya agak klise dengan cerita cinta biasa tapi garapannya lebih santai dan mudah dihadam.[2]
Rujukan
sunting- ^ "Kolestrol vs Cinta" 14 September Astro Awani (13 September 2017). Diperoleh pada 15 Julai 2018.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (17 September 2017). Detik romantis menjadi Harian Metro. Diperoleh pada 15 Julai 2018.