1735
Tahun
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1735. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1735 (nombor).
1735 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Rabu dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
suntingJanuari - Jun
sunting- 8 Januari - Pertunjukan perdana opera Ariodante oleh George Frideric Handel di Royal Opera House, Covent Garden.
- 13 April - Maharaja Sakuramachi naik takhta Jepun.
- 16 April - Pertunjukan perdana opera Alcina di London oleh George Frideric Handel, opera Italinya yang pertama untuk Royal Opera House di Covent Garden.
Julai - Disember
sunting- 11 Julai - Menurut pengiraan matematik, hari ini ialah hari bahawa Pluto bergerak lebih mendekati Matahari, berbanding dengan Neptun, buat kali terakhir sebelum 1979.
- 4 Ogos - Kebebasan akhbar: John Peter Zenger, penulis Jurnal Weekly, dibebaskan daripada tuduhan fitnah bertulis yang menghasut terhadap gabenor diraja New York, bersandarkan dasar bahawa apa yang diterbitkannya adalah benar.
- Perang Rebut Takhta Poland: Keamanan permulaan yang diratifikasi pada tahun 1738 dicapai.
- Maharaja Qianlong mewarisi Yongzheng sebagai maharaja Dinasti Qing, dan memulakan pemerintahannya selama 60 tahun.
Tanpa tarikh
sunting- Perang Rusia-Turki, 1735-1739: Angkatan tentera Rusia gagal menaklukkan Crimea, akibat rasputitsa.
- Perancis berdamai dengan Empayar Austria-Hungary (sehingga tahun 1740).
- Industri pembinaan kapal dimulakan di Mumbai.
- Carolus Linnaeus menerbitkan karyanya, Systema Naturae.
- Keakhiran pemerintahan Maharaja Nakamikado dari Jepun.
- George Hadley menerangkan peredaran sejagat dengan tepat buat kali pertama.
- King's Highway (Charleston to Boston) disiapkan.
- Etienne Fourmont menulis Réflexions critiques sur les histoires des anciens peuples.
- Pembinaan dimulakan untuk Chemin du roy di antara Quebec dengan Montreal.
- William Hogarth menerbitkan karya A Rake's Progress.
- Edmund Curll mencuba menerbitkan "Mr. Pope's Literary Correspondence", dengan stok bukunya kemudian dirampas.
- Augusta, Georgia, diasaskan.
Kelahiran
sunting- 1 Januari - Paul Revere, tukang perak dan setia negarawan Amerika Syarikat (maut 1818)
- 8 Januari
- John Carroll (paderi), Ketua Biskop Roman Katolik di Amerika Syarikat (maut 1815)
- John Jervis, Earl Pertama St Vincent, laksamana Angkatan Tentera Laut Diraja British (maut 1823)
- 27 Januari - Étienne Clavière, ahli kewangan dan ahli politik Perancis (maut 1793)
- 28 Februari - Alexandre-Théophile Vandermonde, ahli muzik dan ahli kimia Perancis (maut 1796)
- 13 April - Isaac Low, wakil New York kepada Kongres Benua (maut 1791)
- 1 Mei - Lorenzo Hervás y Panduro, ahli filologi Jesuit Sepanyol (maut 1809)
- 23 Mei - Charles Joseph, Prince de Ligne (maut 1814)
- 5 September - Johann Christian Bach, penggubah Jerman (maut 1782)
- 20 September - James Keir, ahli geologi, ahli kimia dan usahawan Scotland (maut 1820)
- 28 September - Augustus FitzRoy, Duke Ke-3 Grafton, Perdana Menteri United Kingdom (maut 1811)
- 1 Oktober - Augustus Henry Fitzroy, Duke Ke-3 Grafton (maut 1811)
- 9 Oktober - Karl Wilhelm Ferdinand, Duke Brunswick (maut 1806)
- 21 Oktober - Richard Gough, purbawan Inggeris (maut 1809)
- 30 Oktober - John Adams, Presiden Amerika Syarikat Ke-2 (maut 1826)
- 10 November - Granville Sharp, penyokong penghapusan perhambaan Inggeris (maut 1813)
- 29 Disember - Thomas Banks, pengarca dan pelukis Inggeris (maut 1805)
- 31 Disember - Jean de Crévecoeur, penulis Perancis-Amerika (maut 1813)
- Tarikh tidak diketahui - John Julius Angerstein, saudagar dan pemilik syarikat insurans Inggeris (maut 1822)
Kematian
sunting- 12 Januari - John Eccles, penggubah British (lahir 1668)
- 18 Januari - Maria Clementina Sobieski, puteri Poland (lahir 1702)
- 27 Februari - John Arbuthnot, pakar perubatan dan penulis British (lahir 1667)
- 5 April
- William Derham, paderi dan penulis Inggeris (lahir 1657)
- Samuel Wesley, pemuisi dan ketua agama Inggeris (lahir 1662)
- 10 Jun - Thomas Hearne, purbawan British (lahir 1678)
- 27 September - Peter Artedi, ahli alamiah Sweden (mati lemas) (lahir 1705)
- 8 Oktober - Maharaja Yongzheng dari China (lahir 1678)
- 14 Disember - Thomas Tanner, biskop dan purbawan Inggeris (lahir 1674)