15 Julai
tarikh
(Dilencongkan daripada 15 Juli)
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
15 Julai merupakan hari ke-196 (hari ke-170 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 169 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
sunting- 1410 – Peperangan Besar 1409-1411: Kerajaan Poland dan Duchy Agung Lithuania menewaskan Kesateria Teuton dalam Pertempuran Grunwald.
- 1685 – James Scott, Duke Monmouth, dihukum mati kerana keterlibatan dan perananya dalam Pemberontakan Monmouth.
- 1799 – Askar-askar Perancis menemui Batu Rasyid (gambar) di sebuah kubu berhampiran bandar pelabuhan Rasyid, Mesir.
- 1806 – Ekspedisi Pike yang diketuai oleh Zebulon Pike untuk menjelajah Wilayah Louisiana, bermula berhampiran St. Louis, Missouri.
- 1888 – Gunung Bandai meletus (gambar), mengorbankan lebih 470 orang di Prefektur Fukushima, Jepun.
- 1910 – Dalam buku Clinical Psychiatry, Emil Kraepelin memberikan nama penyakit Alzheimer, bersempena penemu yang juga rakan sekerjanya Alois Alzheimer.
- 1910 - William George Maxwell berkhidmat sebagai Penasihat Inggeris pertama bagi negeri Kedah.
- 1974 – Presiden Cyprus Makarios III digulingkan dalam satu rampasan kuasa dan digantikan oleh Nikos Sampson.
- 2003 – Mozilla Foundation diasaskan untuk memastikan projek sumber terbuka Mozilla dapat bertahan selepas AOL Time Warner membubarkan Netscape Communications.
- 2010 – Kebakaran sebuah hotel di Sulaimaniya, Kurdistan, Iraq mengorbankan 30 orang termasuk 14 warga asing.
- 2010 – BP mengumumkan yang ia berjaya menghentikan sementara tumpahan minyak Deepwater Horizon.
- 2011 – Ansonia latidisca, sejenis spesies kodok yang hilang sejak 1924, ditemui semula dan diambil gambarnya buat pertama kali.
- 2012 – Palang Merah mengisytiharkan pemberontakan Syria sebagai perang saudara, mencetuskan pemakaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
- 2012 – Nkosazana Dlamini-Zuma terpilih sebagai wanita pertama mengetuai Suruhanjaya Kesatuan Afrika.
Kelahiran
sunting- 1917 - Nur Mohammad Taraki, Perdana Menteri Afghanistan ke-10
- 1946 - KDYMM PSB Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Wad'daulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddin, seorang Sultan Brunei ke-32.
- 1967 - Ita Purnamasari, pelakon dan penyanyi Indonesia
Kematian
sunting- 2017 - Martin Landau, seorang pelakon dari Amerika Syarikat.