Zulkifly Amirudin
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Ts. Zulkifly Amirudin (lahir 31 Disember 1983) merupakan seorang Penerbit, Pengarah Animasi, juru animasi dan pelakon suara animasi dari Malaysia. Penglibatan terdahulu beliau merupakan siri animasi Alif & Sofia terbitan bersama Blindspot Studios dan Primeworks Studios. Beliau turut aktif mengajar animasi dengan menjadi pensyarah sambilan atau jemputan di kolej dan universiti awam serta swasta tempatan, dan aktif berkongsi pengetahuan di dalam bidang animasi di media sosial. Pengalaman dan kepakaran beliau di dalam bidang Art & Media (AM) diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia, dan menggunapakai gelaran Teknologis atau Ts.
Zulkifly Amirudin | |
---|---|
Nama lain | Zul, Kap |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Seni, Komunikasi Visual dan Media Baharu Ijazah Sarjana Muda Sains, Teknologi Multimedia |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi Mara (2014) Universiti Malaysia Sabah (2006) |
Pekerjaan | Pengarah Animasi |
Tahun aktif | 2005 hingga kini |
Organisasi | Inspidea |
Karya terkenal | Lolirock (2014-2016) Alif & Sofia (2019-2021) |
Ahli lembaga | Teknologis, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) |
Pasangan | Halimatonor Sabran |
Anak-anak | 3 |
Laman web rasmi | https://www.linkedin.com/in/zulkiflyamirudin/ |
Pendidikan awal
suntingZulkifly dilahirkan di Klang, Selangor, dan kemudiannya membesar di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd Rahman Putra, dengan mengambil jurusan Sains Tulen. Seterusnya beliau mengikuti Program Matrikulasi dengan mengambil jurusan Sains Fizikal di Kolej Teknologi Timur, Sepang.
Pendedahan terhadap komputer dan teknologi maklumat sejak dari kecil menjadikan beliau amat berminat di dalam bidang multimedia. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains, Teknologi Multimedia di Universiti Malaysia Sabah. Setelah mengumpul pengalaman, beliau melanjutkan pengajian Sarjana Seni, Komunikasi Visual dan Media Baharu di Universiti Teknologi MARA.
Kerjaya animasi
suntingPada Disember 2005, Zulkifly mula menceburi industri animasi dengan menjalani latihan industri di sebuah syarikat animasi tempatan, Inspidea Sdn Bhd. Di bawah bimbingan dan didikan, beliau mendapat ilmu yang tepat dalam produksi animasi. Seterusnya beliau ditawarkan bekerja sebagai Junior Animator di syarikat yang sama setelah tamat menjalani Latihan Industri dan bergraduasi dari Universiti Malaysia Sabah. Kerja ini memberi peluang kepada beliau untuk terlibat dalam pembikinan pelbagai jenis animasi bagi pasaran dalam negeri dan antarabangsa. 'Setelah beberapa tahun, Zulkifly berpeluang dipertanggungjawabkan mengemudi pasukan animator kecil, seterusnya menjadi Assistant Supervisor dalam produksi animasi.
Pada Jun 2012, Zulkifly memulakan perniagaan sendiri dengan mengasaskan KapMedia, perniagaan rekaan grafik, cetakan, multimedia dan animasi. Pada 2013, KapMedia berpeluang membentangkan idea di Intellectual Property Creator's Challenge (IPCC) 2013 anjuran Perbadanan Kemajuan Ekonomi Digital Malaysia. Beliau kembali menyertai Inspidea pada tahun 2014 sebagai penyelia animasi bagi menghasilkan siri animasi luar negara. Pengalaman menjalankan perniagaan sendiri mendewasakan beliau dengan cabaran perniagaan dan menyeimbangkan dengan perjalanan produksi.
Pada Mac 2019, Zulkifly kembali ke industri animasi dengan menyertai Blindspot Studios Sdn Bhd sebagai Pengarah Animasi bagi siri animasi Alif & Sofia. Beliau bersama krew syarikat tersebut berusaha gigih menghasilkan 104 episod dalam tempoh yang ditetapkan. Pengalaman yang ditimba selama ini digunakan sebaiknya untuk mengemudi produksi animasi ini. Pada Januari 2021, beliau diberi kepercayaan mengemudi produksi sebagai Pengurus Produksi syarikat. Selain animasi Alif & Sofia, syarikat turut menghasilkan beberapa animasi lain.
Pada Ogos 2021, beliau menyertai Lil Critter Workshop sebagai Penolong Pengarah Animasi untuk membantu penyeliaan bagi 3 buah projek animasi. Beliau kembali menyertai Inspidea pada Jun 2023 sebagai Penyelia Animasi.
Kerjaya akademik
suntingPada tahun 2016, beliau mengorak langkah dengan menceburi dunia akademik sebagai pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan. Pengalaman dan kepakaran yang dipelajari dan diperolehi sepanjang berada di industri dimanafaatkan sepenuhnya dalam pengajaran dan penyelidikan bidang animasi. Antara kursus yang dipertanggunjawabkan kepada beliau ialah:
- Sejarah & Prinsip Animasi
- Rekabentuk Konsep & Karekter
- Studio Animasi 2D
- Animasi Eksperimentasi
Zulkifly juga berpeluang menyumbang kepakaran dengan lantikan sebagai Pengurus Creative Accelerator Center (CAC), sebuah pusat keusahawanan kreatif inisiatif fakulti. CAC berperanan memacu keusahawanan kreatif pelajar dan warga fakulti khususnya dalam bidang pengajian masing-masing. Beliau turut diberi kepercayaan memangku dan menjalankan tugas sebagai Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Keusahawanan.
Beliau menyumbang kepakaran sebagai pensyarah sambilan di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi MARA, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Pensyarah Adjung di MSU, Pusat Pengajian Diploma UTHM.
Filemografi
suntingBerikut merupakan senarai animasi bersiri dan filem sepanjang penglibatan beliau di dalam industri animasi. Semakan turut boleh dilakukan melalui Internet Movie Database (IMDb) melalui pautan ini.
Tahun | Tajuk | Jenis | Penglibatan | Pelakon Suara | Pencapaian | Anugerah |
---|---|---|---|---|---|---|
2006 | Mustang Mama Football Fever | Animasi Bersiri Pendek | Junior Animator | |||
2006 | Milly Molly | Animasi Bersiri | Junior Animator | |||
2007 | Combo Ninos | Animasi Bersiri | Animator | |||
2007 | Cookarina | Animasi Bersiri Pendek | Team Leader | |||
2008 | Mustang Mama Diehard Sport Fan | Animasi Bersiri Pendek | Animator | |||
2008 | Happy Together | Animasi Bersiri Pendek | Team Leader | Samurai Crab | ||
2009 | Mat Kacau Animated Series | Animasi Bersiri Pendek | Team Leader | |||
2009 | A Kind of Magic | Animasi Bersiri | Animator | |||
2010 | Boo & Me | Animasi Bersiri | Animator | |||
2010 | Tripura | Filem | Senior Animator | Winner | FICCI Frames BAF (Best Animated Frames) Awards 2011 | |
2011 | Arjun & The Adventure of Ice Lotus | Filem | Senior Animator | |||
2011 | Sons of Ram | Filem | Team Leader | |||
2011 | Johnny Bravo Goes To Bollywood | Filem | Animator | |||
2012 | Scary Larry | Animasi Bersiri | Assistant Animation Director | |||
2013 | Hopscothers | Pembentangan Idea | Creator, Writer | |||
2014 | Pak Pandir Animated | Pembentangan Idea | Creator, Writer | |||
2016 | Lolirock | Animasi Bersiri | Animation Supervisor | |||
2019 | Alif & Sofia | Animasi Bersiri Pendek | Animation Director | Papa Alif & Sofia | ||
2020 | Alif & Sofia X Captain Gigi | Iklan | Animation Director | |||
2021 | Alif & Sofia | Animasi Bersiri Pendek | Production Manager | Papa Alif & Sofia | Winner | Asian Academy Creative Awards 2020 |
Finalist | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2021 | |||||
2021 | Walinong Sari | Filem Pendek | Production Manager | |||
2021 | Peppa Pig Nursery Rhymes | Animasi Pendek | Assistant Animation Director | |||
2021 | Underdogs United | Animasi Bersiri | Assistant Animation Director | Nominated | 2023 Quirino Awards - Best TV Series | |
2021 | The Pillar of Strength | Filem Pendek | Special Appearance Artist | |||
2022 | My Little Pony: Tell Your Tale | Animasi Bersiri Pendek | Animation Director | Winner | 2023 Kidscreen Award. Best Web/ App Series - Branded | |
2022 | True Leaves | Animasi Bersiri Pendek | Producer, Director, Writer | |||
2022 | Periodic Town | Animasi Bersiri Pendek | Producer, Director, Writer |
Sembang Animasi
suntingSebagai seorang animator yang mempunyai minat yang mendalam dalam mendidik dan mengembangkan lagi ilmu animasi, Zulkifly menggunakan hastag #sembanganimasi di media sosial sebagai platform perkongsian ilmu. Saluran yang digunakan adalah seperti:
Penerbitan Buku
suntingBeliau menerbitkan sebuah buku berjudul Produksi Animasi sebagai panduan dan rujukan pelajar dan bakat baharu animasi. Pengalaman beliau sepanjang aktif di industri dan akademik, perkongsian diskusi antara rakan pemain industri animasi dimuatkan di dalam buku tersebut. Ia dijangka diluncurkan pada November 2023.
Pautan luar
suntingZulkifly Amirudin di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Zulkifly Amirudin di LinkedIn