Kolej Teknologi Timur
Kolej Teknologi Timur (KTT) ialah sebuah kolej yang terletak di Bandar Baru Salak TInggi,Sepang, Selangor, Malaysia. Kolej ini yang memulakan operasinya pada 6 Jun 1997 dahulunya dimiliki oleh Hiraki Timur Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Sarit bin Haji Yusoh, Ahli Parlimen Temerloh, Pahang. [[Norayini binti Ali |Datin Hajah Norayini binti Ali ialah Ketua Pegawai Eksekutif kolej ini. Namun selepas terkesan oleh PKP, kolej ini dibeli oleh seorang usahawan Datuk Ooi iaitu bekas pemilik Kolej Lagenda dan Linton College di Mantin. Walaupun kini 100% dimiliki oleh pemilik baru, nama kolej serta Hiraki Timur masih dikekalkan.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/5/5f/KTT.jpg/320px-KTT.jpg)
Sejarah
suntingKTT memulakan operasinya pada 1997 dengan pengambilan pelajar persendirian untuk Program Peringkat Lanjutan (A-Level) serta Program Asas Universiti (UFP). Pada 2 Jun 1997, KTT mula menjalankan program Matrikulasi Sains Biologi dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). KTT kemudiannya menjalankan program Matrikulasi Sains Universiti Sains Malaysia (USM), Matrikulasi Sains Universiti Putra Malaysia (UPM), Matrikulasi Sains UKM, Diploma Sains Komputer UPM, serta Sijil Sains Komputer.
KTT adalah antara beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dipilih untuk menjalankan program Matrik Sains & Perakaunan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kontroversi
suntingPada pertengahan tahun 2024, KTT mula dilanda kontroversi apabila pihak pengurusan mula tidak membayar gaji, membayar gaji separuh dan lewat kepada staf-stafnya termasuk staf akademik dan bukan akademik. Kesan daripada itu, ramai staf mula mogok dan melaporkan pada JTK (Tenaga Buruh)
Akibat laporan beramai-ramai tersebut, maka terbongkar tunggakan KWSP dan juga staf tidak didaftarkan. Ramai staf mulai meletakkan notis 24 jam dan memberi kesan kepada pelajar yang masih lagi berada disana. Pihak pengurusan juga mengambil mudah hal berkenaan dan tidak peduli kepada kebajikan staf. Sehingga kini, KTT masih lagi tiada staff dan nasib pelajar-pelajar disana seperti dihujung tanduk.
Rujukan
sunting- Laman web rasmi Kolej Teknologi Timur Diarkibkan 2006-11-09 di Wayback Machine