Blindspot Studios
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Blindspot Studios Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat produksi berstatus MSC dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan bertapak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2013 oleh Lukman Nul Hakim Othman.
Industri | Animasi |
---|---|
Ditubuhkan | 2013 |
Pengasas | Lukman Nul Hakim Othman |
Tokoh penting | Lukman Nul Hakim Othman Fairus Kamaruddin |
Keluaran | Harta Intelek & Animasi |
Jenama | Alif & Sofia |
Perkhidmatan | Animasi |
Tapak web | https://www.blindspot.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingBermula pada 2013, Blindspot Studio memulakan operasi di sebuah unit komersil di GIATMARA Kota Raja, Seksyen 27 Shah Alam. Beberapa pelajar yang mengikuti kursus animasi yang ditawarkan oleh GIATMARA diserap masuk menyertai produksi ini. Pada permulaan, selain menghasilkan animasi 3D, Blindspot Studios turut menyediakan perkhidmatan rekaan grafik, laman web dan video motion graphics.
Blindspot Studios berpindah ke lot komersil Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam pada 2017 dan meneruskan operasi produksi di sana.
Produksi Animasi
suntingBlindspot Studio menerokai industri animasi dengan menyertai Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada tahun 2013. Harta intelek yang dibangunkan di sebagai penyertaan IPCC ialah Food Dojo.
Pada 2015, Blindspot Studios membangunkan harta intelek seterusnya iaitu Tony Jet Skate
Pada 2016, Blindspot Studios menghasilkan beberapa siri animasi awal Alif & Sofia dan disiarkan di media sosial Facebook dan YouTube. Animasi awal ini memuatkan isi kandungan Islamik sebagai wadah didik hibur bagi kanak-kanak prasekolah. Ia mendapat sambutan hangat dikalangan ibu bapa dan anak-anak. Pelbagai reaksi positif diperolehi hasil daripada animasi versi awal tersebut.
Pada 8 Ogos 2018, persetujuan bersama telah dicapai oleh Primeworks Studios (anak syarikat Media Prima Berhad) dan BlindSpot Studios untuk menghasilkan siri animasi Alif & Sofia melalui platform saluran YouTube Alif & Sofia.
Bil | Tahun | Harta Intelek | Genre | Penerbit |
---|---|---|---|---|
1 | 2013 | Food Dojo | Animasi, Aksi, Komedi, Pengembaraan | Blindspot Studios |
2 | 2014 | Afro Rider | Animasi, Aksi | Blindspot Studios |
3 | 2015 | Tony Jet Skate | Animasi, Aksi, Komedi, Pengembaraan | Blindspot Studios |
4 | 2016 | Alif & Sofia | Animasi, Pendidikan, Islamik, Komedi, Muzikal | Blindspot Studios |
5 | 2019 | Alif & Sofia | Animasi, Pendidikan, Islamik, Komedi, Muzikal | Blindspot Studios & Primeworks Studios |
Pencapaian & Anugerah
suntingPada 2013, Blindspot Studios diumumkan antara pemenang Kategori Animasi, Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), dan menerima RM50,000 sebagai geran pemula penghasilan harta intelek.
Pada Disember 2019, Blindspot Studios memperolehi Silver Creator Award daripada YouTube melalui saluran animasi Alif & Sofia setelah mencapai 100,000 subscribers.
Pada November 2020, Alif & Sofia terpilih sebagai National Best Preshool Program, mewakili Malaysia pada Asian Academy Creative Awards 2020
Bil | Tahun | Pencapaian & Anugerah | Penyampai Anugerah |
---|---|---|---|
1 | 2013 | Pemenang Kategori Animasi (Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC)) | MDEC |
2 | 2019 | Silver Creator Button | YouTube |
3 | 2020 | National Best Preshool Program 2020 | Asian Acedemy Creative Awards 2020 |
4 | 2020 | Tempat Pertama, Pertandingan Animasi Lagu Kanak-kanak | Dewan Bahasa & Pustaka & Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) |
Pautan Luar
sunting