Tuanku Zara Salim
Tuanku Zara Salim (lahir Zara binti Salim Davidson; 22 Mac 1973) merupakan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. Baginda adalah permaisuri (isteri) kepada Paduka Seri Sultan Perak yang ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Tuanku Zara Salim | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan | |||||||||
Raja Permaisuri Perak | |||||||||
Pemerintahan | 20 Jun 2014 - kini (10 tahun, 5 bulan dan 17 hari) | ||||||||
Pertabalan | 6 Mei 2015 | ||||||||
Didahului oleh | Tuanku Bainun | ||||||||
Raja Puan Besar Perak | |||||||||
Pemerintahan | 17 Mei 2007 – 28 Mei 2014 | ||||||||
Pemasyhuran | 18 Mei 2007 | ||||||||
Didahului oleh | Che’ Puan Besar Bainun (sebagai Che’ Puan Besar) | ||||||||
Diikuti oleh | Raja Nor Mahani | ||||||||
Keputeraan | Ipoh, Perak, Malaysia | 22 Mac 1973 (umur 51 tahun, 7 bulan dan 24 hari)||||||||
Pasangan | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (k. 2007) | ||||||||
Anakanda | Raja Azlan Muzzaffar Shah Raja Nazira Safya | ||||||||
| |||||||||
Ayahanda | Dato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson | ||||||||
Bonda | Dato' Seri Sharifah Azaliah binti Syed Omar Shahabudin | ||||||||
Agama | Islam |
Biodata
suntingBaginda merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik kepada pasangan Dato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson dan Dato' Seri Sharifah Azaliah Binti Syed Omar. Tuanku Raja Permaisuri Zara Salim merupakan puteri tunggal kepada Dato' Seri Salim Davidson.
Baginda mempunyai darah campuran Inggeris di sebelah bapanya manakala di sebelah ibunya Sharifah Azaliah binti Syed Omar mempunyai darah campuran Melayu, Arab dan Siam. Bapanya Salim Davidson merupakan seorang peguam yang terkemuka.
Tuanku Zara Salim juga merupakan cicit kepada Sultan Kedah ke-26, Almarhum Sultan Hamid Halim Shah manakala datuknya, Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin ialah Menteri Besar Kedah ketiga. Syed Omar belajar di London bersama dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Isteri Syed Omar, Tunku Aminah binti Sultan Abdul Hamid Halim Shah, adalah anakanda Sultan Kedah ke-26 Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang juga merupakan adik kandung Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Pendidikan
suntingSebelum ini Tuanku Zara merupakan seorang yang kurang dikenali, akan tetapi baginda merupakan pelajar cemerlang di Universiti Nottingham serta berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Kimia pada Julai 1995.
Secara kebetulan, ayahanda mentuanya Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, juga adalah penuntut jurusan undang-undang di universiti yang sama serta mendapat Ijazah Kelas Pertama Undang-Undang pada 1953 sebelum dilantik sebagai peguam di England pada 1954.
Kecemerlangan dan ciri kepemimpinan Tuanku Zara sudah terserlah pada peringkat sekolah lagi kerana beliau pernah dilantik sebagai pengawas ketika di Tingkatan Empat dan Lima pada 1989 dan 1990 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh dan turut aktif dalam sukan seperti Tenis, Skuasy dan Taekwando.
Baginda mempunyai minat yang mendalam dalam bahasa asing. Baginda juga mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh dan pernah mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis dari 1988 hingga 1990 serta mewakili Perak dalam acara sukan renang antara 1981 hingga 1987. Baginda merupakan bekas perenang Perak. Tuanku Zara juga mempunyai sijil penyelamat renang yang bertauliah dan amat meminati aktiviti sukan lasak.
Selepas menamatkan A-Level di Prime College di Ipoh pada 1992, Tuanku Zara Salim berangkat ke Britain bagi melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham dan lulus dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995.
Kerjaya dan peranan
suntingBaginda pernah bekerja dengan anak syarikat Petronas, Petlin (M) Sdn. Bhd. sebagai pengurus produk di Kerteh, Terengganu. Selain itu, baginda juga pernah menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, Syarikat Pembangunan Perisian dan Kejuruteraan Teknikal Hidrokarbon di Kuala Lumpur.
Pada 1 Januari 2012, Duli Yang Maha Muila Tuanku Zara Salim telah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Baginda juga merupakan Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak.
Perkahwinan
suntingPemilihan DYTM Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah menjadikan Tuanku Zara sebagai teman hidup baginda adalah pilihan paling tepat, apatah lagi keperibadian tinggi dan kehalusan budi terpancar pada raut wajah Tuanku Zara yang lemah lembut.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan,Kuala Kangsar. Tuanku Zara kemudiannya dikurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak oleh ayahanda mentuanya Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar selepas berlangsungnya majlis perkahwinan diraja baginda berdua. Tuanku Zara juga dikurniakan Darjah Kerabat Sultan Azlan Shah (D.K.S.A).
Pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang putera, Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzaffar Shah yang diputerakan pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri, Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya yang diputerakan pada 2 Ogos 2011.
Raja Permaisuri Perak
suntingTuanku Zara Salim telah dimasyhur dan dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak pada 20 Jun 2014 oleh Dewan Negara Perak selepas suami baginda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35 pada 28 Mei 2014 berikutan kemangkatan ayahanda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah.
Keluarga dan kerabat
suntingHasil perkahwinan Sultan Nazrin Shah dengan Tuanku Zara Salim dikurniakan dua orang anakanda iaitu seorang putera, Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan seorang puteri, Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya.
Name | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah | 27 November 1956 | George Town, Pulau Pinang | 67 tahun, 11 bulan dan 19 hari |
Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah (Raja Kecil Besar Perak) | 14 Mac 2008 | Hospital Pakar Damansara, Selangor | 16 tahun, 8 bulan dan 1 hari |
Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya | 2 Ogos 2011 | Hospital Pakar Damansara, Selangor | 13 tahun, 3 bulan dan 13 hari |
Terasul dan gelaran
suntingGelaran hormat bagi Tuanku Zara Salim | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tuanku |
Gaya pilihan | Raja Permaisuri |
- 22 Mac 1973 - 17 Mei 2007: Yang Mulia Che' Zara binti Salim Davidson
- 17 Mei 2007 - 28 Mei 2014: Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim
- 28 Mei 2014 - 20 Jun 2014: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim
- 20 Jun 2014 - kini: Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim
Gelaran penuh baginda ialah:
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, D.K., D.K.S.A., D.K.A.
Darjah kebesaran
sunting- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (Pada 6 Mei 2015)
- Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Dihormati (D.K.S.A.) (Pada 18 Mei 2007)
Lihat juga
suntingRujukan
suntingPautan luar
sunting- Zara Salim Davidson will become Raja Puan Besar of Perak The Star, 11 May 2007.
- Zara is great-grandchild of Kedah’s Sultan Abdul Hamid The Star, 11 May 2007.
- Ex-Nottingham U Top Student Zara Davidson To Wed Raja Muda Of Perak Bernama, 8 May 2007.
- Raja Muda Perak And Zara Tie The Knot Bernama, 17 May 2007.
- Tuanku Zara Is Raja Puan Besar Perak Bernama, 18 May 2007.
- Find Articles: Son for Raja Nazrin, Tunku Zara New Straits Times, 15 March 2008.
- Young prince makes the photographers day New Straits Times, 22 May 2012.
- ‘Confidence in legal system vital’ The Star, 23 May 2012.
- Lawasia: Lawyers - Dato’ William Stanley Walker Davidson Diarkibkan 2011-08-19 di Wayback Machine Retrieved 30 January 2011.
- Perak - The Siak Dynasty: Genealogy Retrieved 30 January 2011.
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim Tarikh keputeraan: 22 Mac 1973
| ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Didahului oleh Kosong sejak April 1987 |
Raja Puan Besar Perak 17 Mei 2007 - 20 June 2014 |
Diikuti oleh: Raja Nor Mahani Binti Almarhum Shahar Shah |
Gelaran pemerintah | ||
Didahului oleh Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali |
Raja Permaisuri Perak 20 June 2014 - Kini |
Pemegang jawatan kini |