Raja Azlan Muzzaffar Shah
Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (diputerakan pada Hospital Pakar Damansara, Selangor) merupakan Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan. Baginda adalah anakanda pertama serta putera sulung kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Baginda ialah salah seorang Raja Bergelar Perak dan waris yang ketiga dalam kedudukan Sistem Hierarki Kesultanan Perak.
14 Mac 2008 diRaja Azlan Muzzaffar Shah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan | |||||
Raja Kecil Besar Perak | |||||
Pelantikan | 20 Jun 2014 - kini (10 tahun, 7 bulan dan 4 hari) | ||||
Didahului oleh | Raja Iskandar Dzurkarnain | ||||
Keputeraan | Hospital Pakar Damansara, Selangor | 14 Mac 2008||||
| |||||
Kerabat | Kesultanan Perak | ||||
Ayahanda | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah | ||||
Bonda | Tuanku Zara Salim | ||||
Agama | Islam |
Pendidikan
suntingRaja Azlan Muzzaffar Shah menerima pendidikan awal di Alice Smith School, Kuala Lumpur. Kini baginda sedang menuntut pelajaran di Eton College, United Kindom sebelum akan melanjutkan pelajaran di universiti pada masa hadapan.
Kelahiran
suntingRaja Azlan Muzzaffar Shah diputerakan di Hospital Pakar Damansara, Selangor pada jam 10:00 pagi tanggal 14 Mac 2008 dan merupakan putera tunggal kepada Sultan Nazrin Shah bersama Tuanku Zara.
Kehidupan diraja
suntingRaja Azlan Muzzaffar Shah mempunyai seorang adinda perempuan, Raja Nazira Safya yang diputerakan pada 2 Ogos 2011.
Raja Azlan Muzzaffar Shah juga merupakan cucunda kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun.
Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan
suntingMesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar telah memutuskan bahawa Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dikurniakan pangkat raja bergelar iaitu dengan gelaran Yang Teramat Mula Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan berkuat kuasa pada 20 Jun 2014 sekaligus menjadikan baginda sebagai pewaris ketiga takhta kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.
Kerabat dan keluarga
suntingNama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Sultan Perak) |
27 November 1956 | George Town | 68 tahun, 1 bulan dan 28 hari |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim (Raja Permaisuri Perak) |
22 Mac 1973 | Ipoh | 51 tahun, 10 bulan dan 2 hari |
Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Nazira Safya |
2 Ogos 2011 | Hospital Pakar Damansara, Selangor | 13 tahun, 5 bulan dan 22 hari |
Terasul dan gelaran
suntingGelaran hormat bagi Raja Azlan Muzzaffar Shah | |
Gaya panggilan | Yang Teramat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Engku |
Gaya pilihan | Raja Kecil Besar |
- 14 Mac 2008 - 2 Ogos 2011 : Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Raja Nazrin Shah
- 2 Ogos 2011 - 20 Jun 2014 : Yang Amat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
- 20 Jun 2014 - kini : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Nama penuh berserta gelaran rasmi ialah: Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, S.P.C.M., S.P.M.P.
Darjah kebesaran
suntingRaja Azlan Muzzaffar telah dikurniakan:
- Perak:
- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M) - Dato' Seri (27 Ogos 2016)
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P) - Dato' Seri (20 Jun 2014)
Keturunan diraja
suntingPautan luar
suntingYang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Tarikh keputeraan: 14 Mac 2008
| ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Gelaran Diraja | ||
Susunan penggantian | ||
Didahului oleh Raja Iskandar Dzulkarnain |
Pwaris Tahkta Negeri Perak Darul Ridzuan Kedudukan ketiga 10 Mac 2010 - 20 June 2014 |
Pemegang jawatan kini Heir: Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Raja Nazrin Shah |
Didahului oleh tiada |
Raja Kechil Besar Perak Waris ketiga Kesultanan Perak 20 June 2014 - Kini |
Pemegang jawatan kini |