Terier Yorkshire

baka anjing dari England
(Dilencongkan daripada Yorkshire terrier)

Terier Yorkshire,[a] juga dikenali sebagai yorkie, ialah satu baka anjing mainan British daripada jenis terier. Ia merupakan antara terier terkecil dan sememangnya antara semua baka anjing dengan berat yang tidak lebih daripada 3.2 kg (7 lb).[1] Ia berasal dari abad kesembilan belas di kaunti Yorkshire di England yang sempenanya ia dinamai.[2] Lapis bulunya sawo matang di kepala dan kelabu keluli gelap pada tubuh; tiada warna lain yang diterima sama ada oleh The Kennel Club atau Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[1][3]

Terier Yorkshire
Negara asalEngland
Trait
Berat tidak melebihi 3.2 kg (7 lb)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Ia merupakan anjing suka bermain dan bertenaga yang biasanya dibela sebagai anjing teman. Ia telah menyumbang kepada perkembangan baka lain seperti terier sutera, dan juga kepada baka silang seperti yorkipoo.

Sejarah

sunting
 
Seekor terier Yorkshire dari 1915
 
Dua ekor terier Yorkshire—"Huddersfield Ben" milik Pn. Foster dan "Katie" milik Lady Giffard (sekitar 1870)
 
Sebuah lukisan dari abad ke-19 yang menggambarkan terier mirip Yorkshire oleh Ernest Gustave Girardot

Terier Yorkshire berasal dari Yorkshire. Pada pertengahan abad kesembilan belas, buruh dari Scotland datang ke Yorkshire untuk mencari kerja dan membawa bersama dengan mereka beberapa keragaman anjing terier. Pembiakbakaan terier Yorkshire "terutamanya dicapai oleh orang ramai – kebanyakannya pekerja di kilang kapas dan wul – di kaunti Yorkshire dan di kaunti Lancashire."[4] Pada tahun 1800-an, para pelombong ingin mengembangkan terier pemburu tikus, maka membiakbakakan terier hitam dan sawo matang dengan terier Paisley dan terier Clydesdale.[5]

Butiran adalah jarang. Pn. A. Foster dipetik berkata pada tahun 1886,[6][7]

Jika kita menganggap bahawa pekerja kilang yang mewujudkan baka ini hampir kesemuanya merupakan lelaki jahil, yang tidak terbiasa menyampaikan maklumat untuk kegunaan awam, kita mungkin melihat sesetengah sebab fakta yang boleh dipercayai tidak mudah dicapai.

Baka ini berasal daripada dua ekor anjing berlainan, seekor jantan bernama Old Crab, seekor betina bernama Kitty, dan seekor lagi betina yang namanya tidak diketahui.[8][9] Terier Paisley, iaitu versi lebih kecil bagi terier Skye yang dibiakbakakan untuk lapis bulu sutera panjang cantik, juga terbentuk sebagai sebahagian anjing awal. Sesetengah pihak berkuasa percaya bahawa anjing Malta juga digunakan.[10] "Semuanya pada asalnya dibiakbakakan daripada terier Scotch (yang memaksudkan anjing dari Scotland, bukan baka terier Scotland kini) dan ditunjukkan oleh itu nama terier Yorkshire diberikan kepadanya kerana ia banyak diperelok di Yorkshire."[6]

Terier Yorkshire ditunjukkan dalam kategori pertunjukan anjing (kelas) yang pada masa itu dipanggil "Rough and Broken-coated, Broken-haired Scotch and Yorkshire Terriers" ("terier Scotch berbulu kasar dan putus-putus, berbulu putus-putus, dan Yorkshire"). Hugh Dalziel, yang menulis pada tahun 1878, mengatakan bahawa "pengelasan anjing-anjing ini dalam pertunjukan dan dalam Buku Pembaka The Kennel Club mengelirukan dan tidak masuk akal" dalam melonggokkan jenis berlainan ini.[11] Pada zaman awal baka ini, "hampir apa-apa dalam bentuk terier yang mempunyai lapis bulu panjang dengan biru pada tubuh dan kepala dan tungkai berwarna perang kekuning-kuningan dan perak, dengan ekor terpotong dan telinga terpotong juga, diterima dan dikagumi sebagai terier Yorkshire".[4] Walau bagaimanapun, pada lewat tahun 1860-an, terier Yorkshire jenis Paisley pertunjukan popular bernama Huddersfield Ben, yang dimiliki oleh seorang wanita yang tinggal di Yorkshire, Mary Ann Foster, terlihat dalam pertunjukan anjing di serata Great Britain dan menentukan jenis baka untuk terier Yorkshire.[12]

Huddersfield Ben

sunting

Huddersfield Ben ialah seekor terier Yorkshire yang potretnya dilukis oleh George Earl[13] dan pada tahun 1891 pihak berkuasa mengenai baka ini menulis, "Huddersfield Ben ialah anjing pembaka terbaik daripada bakanya semasa hayatnya dan salah seekor daripada anjing paling luar biasa antara mana-mana baka anjing peliharaan yang pernah hidup; dan kebanyakan spesimen pertunjukan pada masa kini mempunyai satu atau lebih silangan bagi darahnya dalam pedigrinya."[7] Sebagai pemenang pertunjukan, Huddersfield Ben, melalui anak-anaknya, membantu untuk mentakrifkan baka terier Yorkshire. Ia masih dirujuk sebagai "bapa baka".[12]

Di Amerika Utara

sunting

Terier Yorkshire diperkenalkan di Amerika Utara pada tahun 1872[14] dan terier Yorkshire pertama didaftarkan dengan American Kennel Club (AKC) pada tahun 1885.[2][15] Semasa era Victoria, terier Yorkshire ialah haiwan peliharaan dan anjing pertunjukan popular di England dan apabila orang Amerika menerima amalan era Victoria, begitu juga mereka menerima terier Yorkshire.[16] Kepopularan baka ini merosot pada tahun 1940-an, apabila peratusan anjing baka kecil yang didaftarkan jatuh ke paras terendah sepanjang masa iaitu 18% daripada jumlah pendaftaran.[17] Smoky, terier Yorkshire dan anjing perang masyhur dari Perang Dunia Kedua, dikreditkan dengan permulaan pembaharuan minat terhadap baka ini.[18] AKC menilai terier Yorkshire sebagai baka tulen ke-6 paling popular di Amerika Syarikat pada tahun 2012 dan tahun 2013.[2]

Untuk terier Yorkshire dewasa, American Kennel Club meletakkan kepentingan pada warna, kualiti, dan tekstur lapis bulu.[19] Menurut The Kennel Club (United Kingdom), bulu mesti licau, halus, lurus dan bak sutera. Secara tradisional, lapis bulunya tumbuh dengan sangat panjang dan terpisah di bahagian tengah belakang, tetapi "tidak boleh membatasi pergerakan".[20] Bulu terier Yorkshire dapat digunakan untuk menentukan kandungan logam pada organisma anjing.[21]

Dari belakang leher ke pangkal ekor, lapis bulu patut berwarna kelabu gelap hingga hitam,[19] dan bulu pada ekor patut berwarna hitam lebih gelap.[20] Pada kepala, dada tinggi, dan tungkai, bulu patut berwarna sawo matang pekat cerah yang lebih gelap pada akar berbanding dengan yang di tengah, yang berubah menjadi sawo matang lebih cerah di hujungnya, tetapi bukan untuk semua anjing. Juga, pada anjing dewasa, tidak patut ada bulu hitam yang bercampur dengan mana-mana bulu berwarna sawo matang.[19] Lapis bulu halus, lurus, bak suteranya dianggap hipoalergenik.

Terier Yorkshire dewasa yang warna lapis bulunya menyimpang daripada piawaian atau yang mempunyai lapis bulu wul atau terlebih halus, masih merupakan terier Yorkshire. Satu-satunya perbezaan ialah bahawa ada syor untuk tidak membiakbakakan terier Yorkshire tidak tipikal dengan sengaja.[22] Sebagai tambahan, penjagaan mungkin lebih sukar untuk lapis bulu bertekstur "wul" atau "kapas", atau lapis bulu yang terlalu halus.[19] Lapis bulu mungkin berbeza dari segi warna. Sebagai contoh, yorkie matang mungkin mempunyai warna biru perak dengan perang muda, manakala yorkie lain mungkin mempunyai warna hitam dan krim.

Lapis bulu panjang pada terier Yorkshire memerlukan pemberusan kerap.[2]

Bulu hipoalergenik

sunting

Lapis bulu halus, lurus, dan bak sutera tipikal terier Yorkshire juga telah disenaraikan oleh banyak tapak web maklumat anjing popular sebagai lapis bulu hipoalergenik. Berbanding dengan banyak baka lain, yorkie tidak bersalin bulu pada tahap sama, kerana kehilangan sejumlah kecil apabila dimandikan atau diberus.[23] Bulu mati dan air liur anjing biasanya mencetuskan tindak balas alahan.[24] Pakar alahan sedar bahawa, pada masa-masa tertentu, pesakit alahan akan dapat mentoleransi anjing tertentu, tetapi mereka bersetuju bahawa "nasib segelintir orang dengan haiwan peliharaan mereka tidak dapat diregangkan agar sesuai dengan semua orang alah dan keseluruhan baka anjing."[25] Lapis bulu terier Yorkshire dikatakan gugur hanya apabila diberus atau dipatahkan, atau hanya dikatakan tidak gugur.[26] Walaupun kedua-dua kenyataan tersebut tidak bersetuju dengan yang diketahui oleh ahli biologi, doktor haiwan, dan pakar alahan tentang bulu anjing, pakar alahan "berfikir bahawa benar-benar terdapat perbezaan pengeluaran protein antara anjing yang mungkin membantu seseorang pesakit dan bukan pesakit lain".[25]

Warna lain

sunting

Terier Yorkshire ialah anjing sawo matang dengan pelana biru. Anjing berwarna-warni wujud, tetapi tidak betul untuk piawaian baka. Lapis bulu berwarna-warni berwarna putih dengan biru hitam dan sawo matang. Warna putihnya disebabkan oleh gen piebald resesif. Pemerolehan anjing berwarna-warni adalah sangat jarang, dan jika terdapat pun, ia cenderung untuk menjadi sangat mahal.[27] Sesetengah terier Yorkshire berwarna keemasan padu, iaitu ia hanya menghasilkan feomelanin, yang lain berwarna hati atau coklat, iaitu warna perang; ia menghasilkan eumelanin perang dan bukan eumelanin hitam.[28][29] Piawaian sejelasnya menetapkan warna bulu tertakrif dan warna bukan piawai mungkin menunjukkan pembiakbakaan silang dengan baka lain atau dalam kes jarang malah masalah kesihatan.[22] Borang pendaftaran AKC untuk terier Yorkshire mengizinkan empat pilihan: biru dan sawo matang, biru dan emas, hitam dan sawo matang, hitam dan emas. Warna sahaja tidak menjejaskan sama ada anjing berkenaan ialah pendamping dan peliharaan baik atau bukan. Walaupun terier Yorkshire luar warna diiklankan pada harga premium, pemilikan warna luar biasa atau tidak tipikal tidak dinyatakan sebagai baharu, diingini, mahupun eksotik.[27]

Terier Yorkshire tidak sepadan tidak patut disilangkan dengan terier Biewer, iaitu baka baharu yang berasal dari Jerman.[30] Walaupun AKC tidak menafikan pendaftaran terier Yorkshire berdasarkan warna sahaja, yang bermaksud bahawa anjing berwarna-warni kini boleh didaftarkan dengan AKC, Yorkshire Terrier Club of America mempunyai arahan bahawa "sebarang warna padu atau gabungan warna selain hitam dan sawo matnag" untuk anjing dewasa ialah syarat penyingkiran dan "anjing dengan warna padu, gabungan warna luar biasa, dan warna-warni patut disingkirkan."[31]

Bulu anak anjing

sunting
 
Seekor anak terier Yorkshire yang memaparkan lapis bulu hitam dan sawo matang

Masa tiga tahun atau lebih mungkin diperlukan supaya lapis bulu mencapai warna akhir. Warna akhir biasanya warna hitam atau kekelabu-kelabuan.[31] P. H. Combs, yang menulis pada tahun 1891, mengadu tentang kemenangan pertunjukan yang dianugerahkan kepada anak anjing, iaitu apabila lapis bulu anjing ini tidak terbentuk sepenuhnya sehingga usia tiga atau empat tahun, "dan penghormatan kemenangan hadiah sedemikian (untuk anak anjing) oleh itu dapat mempunyai hanya sedikit manfaat praktikal kepada pemiliknya" kerana warna anjing dewasa tidak dapat setepatnya diramalkan.[32][33]

Penjagaan bulu

sunting

Pemilik boleh memangkasa bulu sehingga pendek untuk penjagaan lebih mudah. Untuk pertunjukan, lapis bulunya dibiarkan panjang dan boleh dipangkas mengikut panjang lantai untuk memudahkan pergerakan dan memberikan penampilan lebih kemas. Bulu pada kaki dan di hujung telinga juga boleh dipangkas.[19][20] Lapis bulu panjang tradisional memerlukan penyelenggaraan sangat tinggi. Lapis bulunya mungkin bersimpul jika tidak diberus setiap hari (berus kejur untuk lapis bulu pendek dan tercukur dan berus pin untuk lapis bulu panjang). Untuk mengelakkan kepecahan, lapis bulu boleh dibalut dengan kertas beras, kertas tisu, atau plastik, selepas penyapuan sedikit minyak lapis bulu. Minyak perlu dicuci supaya tanggal sebulan sekali dan pembalut mesti dibaiki secara berkala sepanjang minggu untuk mengelakkannya daripada tergelincir ke bawah dan memecahkan bulu. Penjagaan terperinci lapis bulu bermula dari hari-hari terawal baka ini. Pada tahun 1878, John Walsh memerihalkan persiapan serupa: lapis bulunya "dilumuri dengan baik" dengan minyak kelapa, anjing dimandikan setiap minggu, dan kaki anjing "disimpan dengan teliti di dalam stoking".[34]

Perangai

sunting
 
Perwatakan terier Yorkshire diperihalkan sebagai perwatakan "yang membawa angin penting". Menurut piawaian, cara bawa kepala tinggi dan cara yakin anjing ini patut memberikan kesan bertenaga dan kepentingan diri.

Perwatakan atau "keperibadian" unggul terier Yorkshire telah diperihalkan oleh The Kennel Club sebagai perwatakan yang mempunyai "gaya angkat sangat tegak yang membawa angin penting".[20]

Terier Yorkshire ditempatkan di kedudukan ke-34 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren.[35]

Kesihatan

sunting

Isu kesihatan yang kerap terlihat pada terier Yorkshire termasuk bronkitis, limfangiektasia, pirau portosistemik, katarak, dan keratitis sika.[36] Selain itu, terier Yorkshire kerap mempunyai sistem pencernaan rapuh dengan muntah atau cirit-birit akibat pengambilan makanan di luar diet biasa.[37] Saiz agak kecil terier Yorkshire bermakna bahawa ia biasanya mempunyai toleransi lemah untuk anestesia. Selain itu, anjing mainan seperti terier Yorkshire lebih berkemungkinan untuk cedera akibat terjatuh, anjing lain, dan kecemerkapan pemilik.[37] Tindak balas suntikan (keradangan atau keguguran bulu di tapak suntikan) dapat berlaku. Selain itu, alahan dapat menyebabkan kulit menjadi kering, gatal, dan/atau merah.[38]

Terier Yorkshire mempunyai jangka hayat melebihi purata. Sebuah kajian tahun 2013 di United Kingdom mengenai rekod pesakit mendapati bahawa baka ini mempunyai jangka hayat selama 13 tahun yang lebih tinggi daripada purata.[37][39] Sebuah kajian serupa pada tahun 2022 di United Kingdom mendapati baka ini mempunyai jangka hayat sebanyak 12 tahun setengah.[40] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 13.3 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[41] Sebuah kajian di Jepun yang berdasarkan data perkuburan haiwan peliharaan mendapati jangka hayat sebanyak 14.3 tahun yang melebihi purata jangka hayat.[42] Sebuah kajian Itali tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 13 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[43]

Alopesia pencairan warna, iaitu suatu bentuk alopesia yang berkaitan dengan lapis bulu warna biru, adalah lazim pada terier Yorkshire.[44]

 
Seekor anak morkie (separuh anjing Malta, separuh terier Yorkshire) dengan gigi susunya dan gigi dewasa yang sedang tumbuh
 
Taring susu kekal seekor terier Yorkshire

Keadaan kesihatan yang dapat ditemukan pada terier Yorkshire termasuk distikiasis, hidrosefalus, hypoplasia of dens, sindrom Legg–Calvé–Perthes, tempurung lutut terkehel, pirau portosistemik, displasia retina, dan batu pundi kencing.[45] Yang berikut merupakan keadaan kesihatan lain yang menjejaskan baka ini:

  • Distikia, bulu mata yang timbul daripada tempat abnormal (biasanya salur kelenjar Meibom di pinggir kelopak mata), kerap ditemukan pada terier Yorkshire.[46] Distikia dapat merengsakan mata dan menyebabkan koyakan, juling, keradangan, lelasan kornea atau ulser kornea, dan parut. Pilihan rawatan mungkin termasuk pembuangan manual, elektrolisis, atau pembedahan.[47]
  • Hypoplasia of dens ialah ketiadaan pembentukan titik pangsi vertebra serviks kedua, yang membawa kepada kerosakan saraf tunjang.[45] Permulaan keadaan ini mungkin berlaku pada sebarang umur dengan menghasilkan tanda-tanda daripada sakit leher hingga kuadriplegia.[48]
  • Sindrom Legg–Calvé–Perthes, yang menyebabkan bahagian atas femur (tulang paha) merosot, berlaku pada terier Yorkshire pada susur garis tertentu.[49] Keadaan ini kelihatannya disebabkan oleh peredaran tidak cukup ke kawasan di sekitar sendi pinggul. Apabila bekalan darah berkurangan, tulang di kepala femur runtuh dan mati dan salutan rawan di sekelilingnya menjadi retak dan cangga.[49] Biasanya penyakit ini muncul apabila terier Yorkshire masih muda (pada usia antara lima dengan lapan bulan); tanda-tandanya merupakan nyeri, kepincangan, atau ketempangan.[50] Rawatan piawai ialah pembedahan untuk membuang bahagian tulang terjejas.[50] Selepas pembedahan, otot menahan femur di tempatnya dan tisu berserat terbentuk di kawasan pembuangan untuk mencegah gosokan tulang pada tulang.[51] Walaupun tungkai terjejas akan menjadi lebih pendek sedikit daripada sebelum pembedahan, terier Yorkshire mungkin mendapat semula penggunaan hampir normal.[50]
  • Tempurung lutut terkehel (tempurung lutut tergelincir) ialah satu lagi kecacatan umum yang dianggap sebagai keadaan genetik pada terier Yorkshire, walaupun ini mungkin juga disebabkan oleh kejatuhan secara tidak sengaja. Ligamen dan tendon lemah pada lutut atau alur tempurung lutut cacat bentuk (terlalu cetek) membolehkan tempurung lutut tergelincir keluar dari alurnya ke arah tepi.[52] Ini menyebabkan tungkai 'terkunci' dengan kaki yang tertahan daripada diletakkan di atas tanah.[52] Anjing dengan masalah ini mungkin mengalami kesakitan dan ketempangan kerap, atau mungkin terganggu olehnya hanya sekali-sekala. Lama-kelamaan, rabung tempurung lutut dapat menjadi haus, lalu menjadikan alur lebih cetek dan menyebabkan anjing berkenaan menjadi semakin tempang.[52] Pembedahan ialah pilihan rawatan utama yang tersedia untuk tempurung lutut terkehel, walaupun ini tidak perlu untuk setiap anjing dengan keadaan ini. Keparahan tempurung lutut terkehel adalah pada skala 1 hingga 4, dengan 4 sebagai yang paling parah. Banyak anjing tidak akan berkembang melepasi peringkat 1 atau 2.
  • Pirau portosistemik, iaitu cacat bentuk kongenital bagi vena portal (yang membawa darah ke hati untuk pembersihan), juga lazim pada terier Yorkshire. Dalam keadaan ini, darah sesetengah anjing memintas hati dan darah "kotor" terus meracuni jantung, otak, paru-paru, dan organ lain dengan toksin. Terier Yorkshire dengan keadaan ini mungkin menunjukkan pelbagai simptom, seperti tubuh kecil, selera makan kurang, perkembangan otot lemah, penurunan kebolehan pembelajaran, koordinasi inferior, muntah dan cirit-birit sekali-sekala, keabnormalan tingkah laku, sawan (terutamanya selepas makan), dan kebutaan, yang dapat menyebabkan koma dan kematian. Selalunya, pirau dapat dirawat dengan pembedahan.[53]
 
Keruntuhan tenggorokan
  • Trakea runtuh, yang disebabkan oleh pelemahan progresif dinding trakea, berlaku pada banyak baka mainan, terutamanya terier Yorkshire sangat kenit.[54] Sebagai hasil genetik, dinding trakea dapat menjadi lembik, iaitu keadaan yang menjadi lebih parah seiring dengan usia. Sindrom Cushing, iaitu kecelaruan yang menyebabkan pengeluaran hormon steroid berlebihan oleh kelenjar adrenal, juga dapat melemahkan rawan dan membawa kepada keruntuhan trakea.[55] Terdapat kemungkinan bahawa ketegangan fizikal terhadap leher mungkin menyebabkan keruntuhan trakea atau menyumbang kepada keruntuhan trakea. Memandangkan ini biasanya disebabkan oleh terier Yorkshire bertenaga yang menarik-narik kolarnya, ramai doktor haiwan mengesyorkan penggunaan abah-abah untuk perjalanan bercawak.[54] Batuk "bunyi angsa" sekali-sekala, terutamanya semasa senaman atau keterujaan, biasanya merupakan tanda pertama bagi keadaan ini.[54] Lama-kelamaan, batuk mungkin menjadi hampir berterusan dalam kehidupan terier Yorkshire kemudian. Pernafasan melalui halangan trakea runtuh (atau separa runtuh) selama bertahun-tahun dapat mengakibatkan komplikasi, termasuk penyakit paru-paru kronik. Batuk dapat diatasi dengan ubat penahan batuk dan bronkodilator.[54] Jika keruntuhan itu sudah lanjut dan tidak bertindak balas terhadap ubat, kadang-kadang pembedahan dapat membaiki trakea.[54]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa terier Yorkshire adalah 6.79 kali lebih berkemungkinan menghidap perfusi hati terganggu berbanding dengan anjing lain.[56]

Hipoglisemia

sunting

Gula darah rendah pada anak anjing, atau hipoglisemia juvenil sementara, disebabkan oleh puasa (terlalu banyak masa antara waktu makan).[57] Dalam kes jarang, hipoglisemia mungkin terus menjadi masalah pada terier Yorkshire yang matang, biasanya sangat kecil. Ini kerap terlihat pada anak terier Yorkshire pada usia 5 hingga 16 minggu.[57] Anak terier Yorkshire sangat kenit terutamanya terdedah kepada hipoglisemia kerana kekurangan jisim otot menjadikannya sukar untuk menyimpan glukosa dan mengawal atur gula darah.[57] Faktor-faktor seperti stres, kelesuan, persekitaran sejuk, pemakanan buruk, dan perubahan diet atau jadual pemakanan mungkin membawa kepada hipoglisemia.[58] Gula darah rendah juga dapat disebabkan oleh jangkitan bakteria, parasit, atau pirau hati portosistemik.[59] Hipoglisemia menyebabkan anak anjing berkenaan menjadi mengantuk, lesu (bermata kaca), goyah, serangan uncpoglycaemic, anak anjing berkenaan biasanya mempunyai gusi sangat pucat atau kelabu.[60] Anak anjing itu juga mungkin tidak makan melainkan disuap secara paksa.[57] Hipoglisemia dan penyahhidratan kelihatannya hadir seiringan dan penyuapan paksa atau penyuntikan bendalir juga mungkin diperlukan. Selain itu, terier Yorkshir hipoglisemik mungkin mempunyai suhu badan lebih rendah daripada normal dan, dalam kes ekstrem, mungkin mengalami sawan atau koma.[61] Anjing yang menunjukkan gejala patut diberi gula dalam bentuk sirap jagung atau Nutri-Cal dan dirawat oleh doktor haiwan dengan segera, kerana serangan hipoglisemia berpanjangan atau berulang dapat merosakkan otak anjing berkenaan secara kekal.[61] Dalam kes parah, ini dapat membawa maut.[57]

Terier Yorkshire ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat degenerasi rod-kon progresif. Suatu mutasi resesif autosom pada gen PRCD bertanggungjawab atas keadaan ini pada baka ini.[62]

Pemotongan ekor dan telinga

sunting

Secara tradisional, ekor terier Yorkshire dipotong ke panjang sederhana.[3] Penentangan terhadap amalan ini bermula sangat awal dalam sejarah baka ini; Hugh Dalziel, yang menulis tentang terier Yorkshire pada tahun 1878, mengisytiharkan bahawa "Tiada sebab untuk mencacatkan anjing peliharaan dan telinga dan ekor sempurna patut dibiakbakakan, bukan dipotong menjadi bentuk dengan gunting."[11] AKC dan Canadian Kennel Club masih mensyaratkan agar ekor terier Yorkshire dipotong untuk bertanding dalam acara masing-masing.[19] Majoriti negara lain di dunia telah menerima pakai peraturan "dilarang memotong ekor/telinga".[perlu rujukan]

Baka berkaitan dan baka terbitan

sunting

Baka terier Yorkshire diturunkan daripada baka Scotland yang lebih besar tetapi serupa, seperti terier Skye dan terier Paisley yang kini pupus. Pada gilirannya, baka lain telah dihasilkan daripada terier Yorkshire, seperti terier sutera. Permintaan untuk haiwan peliharaan luar biasa telah menghasilkan harga tinggi yang dibayar untuk terier Yorkshire yang disilangkan dengan pelbagai baka lain, yang diperihalkan dengan kata lakur yang terdiri daripada suku kata (atau bunyi) daripada terier Yorkshire dan nama baka bagi induk lagi satu. Sesetengah silangan bernama kata laur ini dapat ditemukan dalam senarai baka silang anjing.

Terier Biewer, yang dibiakbakakan daripada anak anjing biru, putih, dan emas bernama Schneeflocke dan Schneeflöckchen von Friedheck,[63][64][65] yang dimiliki oleh En. dan Pn. Biewer di Jerman,[66] pernah dianggap sebagai variasi terier Yorkshire tetapi sejak itu telah diiktiraf sebagai baka terpisah oleh banyak kelab kenel, termasuk AKC.[67]

Terier Yorkshire terkenal

sunting
 
Seekor terier Yorkshire yang sedang dipamerkan dalam pertunjukan pada Oktober 2009
  • Pada tahun 1997, Juara Ozmilion Mystification menjadi terier Yorkshire pertama yang memenangi Best in Show dalam Crufts, pertunjukan anjing tahunan terbesar di dunia.[68][69]
  • Sylvia, terier Yorkshire bersaiz kotak mancis yang dimiliki oleh Arthur Marples dari Blackburn, England, ialah anjing terkecil dalam sejarah tercatat. Anjing itu mati pada tahun 1945 ketika ia berusia dua tahun. Pada ketika itu ia berdiri setinggi 2 12 inci (6.4 cm) pada paras bahu dan berukuran sepanjang 3 12 inci (8.9 cm) dari hujung hidung ke ekor dan seberat 4 auns (110 g).[70][71]
  • Smoky, anjing perang dan pahlawan Perang Dunia Kedua, dimiliki oleh William Wynne dari Cleveland, Ohio. Wynne mengadopsi Smoky semasa ia berkhidmat dengan Tentera Udara ke-5 di medan Pasifik.[72]
  • Pasha, terier Yorkshire peliharaan milik Tricia Nixon Cox, tinggal di Rumah Putih semasa kepresidenan Richard Nixon.[73]

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: تيريئر يورکشير; bahasa Inggeris: Yorkshire terrier

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Yorkshire Terrier (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ a b c d "Get to Know the Yorkshire" (dalam bahasa Inggeris), 'American Kennel Club', dicapai pada 23 Januari 2024.
  3. ^ a b "FCI-Standard N° 86 YORKSHIRE TERRIER" [Piawaian FCI No. 86 Terier Yorkshire] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 22 Februari 2012. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  4. ^ a b Shields, George Oliver, penyunting (1891). The American Book of the Dog: The Origin, Development, Special Characteristics, Utility, Breeding, Training, Points of Judging, Diseases, and Kennel Management of All Breeds of Dogs [Buku Amerika tentang Anjing: Asal Usul, Perkembangan, Ciri Khas, Utiliti, Pembiakbakaan, Pelatihan, Isi Penghakiman, Penyakit, dan Pengurusan Kenel bagi Semua Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: Rand McNally. m/s. 443. OCLC 1711209.
  5. ^ Fogle, Bruce (1 September 2000). The New Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Baharu Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 272. ISBN 9780789461308. OCLC 43615283.
  6. ^ a b Pn. A. Foster dari Bradford, England, dipetik oleh James Watson dalam Century Magazine pada 1886
  7. ^ a b Shields, George Oliver, penyunting (1891). The American Book of the Dog: The Origin, Development, Special Characteristics, Utility, Breeding, Training, Points of Judging, Diseases, and Kennel Management of All Breeds of Dogs [Buku Amerika tentang Anjing: Asal Usul, Perkembangan, Ciri Khas, Utiliti, Pembiakbakaan, Pelatihan, Isi Penghakiman, Penyakit, dan Pengurusan Kenel bagi Semua Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: Rand McNally. m/s. 454. OCLC 1711209.
  8. ^ Rencana 1885 oleh Ed. Bootman dari Halifax, England dicetak dalam The Stock-Keeper (dalam bahasa Inggeris), memperincikan asal usul baka
  9. ^ Shields, George Oliver, penyunting (1891). The American Book of the Dog: The Origin, Development, Special Characteristics, Utility, Breeding, Training, Points of Judging, Diseases, and Kennel Management of All Breeds of Dogs [Buku Amerika tentang Anjing: Asal Usul, Perkembangan, Ciri Khas, Utiliti, Pembiakbakaan, Pelatihan, Isi Penghakiman, Penyakit, dan Pengurusan Kenel bagi Semua Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: Rand McNally. m/s. 441–442. OCLC 1711209.
  10. ^ Drury, William D. (1903). British Dogs: Their Points, Selection, and Show Preparation [Anjing British: Kelebihan, Pemilihan, dan Penyiapan Pertunjukannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). London, United Kingdom: L. Upcott Gill. m/s. 582. OCLC 16734268. I think the Yorkshire gets the softness and length of coat due to Maltese blood
  11. ^ a b Walsh, John Henry (1878). The Dogs of the British Islands: Being a Series of Articles on the Points of Their Various Breeds, and the Treatment of the Diseases to Which They Are Subject [Anjing Kepulauan British: Sebagai Siri Rencana tentang Kelebihan Pelbagai Bakanya, dan Rawatan Penyakit yang Kepadanya Ia Tertakluk] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). London, United Kingdom: "The Field" Office. m/s. 213. OCLC 1043004520.
  12. ^ a b Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 484. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
  13. ^ Bowron, Edgar Peters (3 Ogos 2006). Best in Show: The Dog in Art from the Renaissance to Today [Terbaik dalam Pertunjukan: Anjing dalam Kesenian dari Renaisans hingga Kini] (dalam bahasa Inggeris). New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat: Yale University Press. ISBN 9780300115888. OCLC 65165426.
  14. ^ Weston, Lee. "Yorkshire Terrier History" [Sejarah Terier Yorkshire]. wordofpoochs.blogspot.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  15. ^ Coile, D. Caroline (1 November 2003). The Yorkshire Terrier Handbook [Buku Panduan Terier Yorkshire] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 5. ISBN 9780764125850. OCLC 52477262. first Yorkshire Terrier was registered with the American Kennel Club (AKC) in 1885.
  16. ^ "Yorkshire Terrier" [Terier Yorkshire] (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! Pets. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2007. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  17. ^ "Yorkies Have Their Year! Tiny Toy Overtakes Venerable Favorites - Golden Retriever and German Shepherd - as Second Most Popular Dog in America" [Yorkie Dapat Tahunnya! Anjing Mainan Kenit Atasi Kegemaran Tersanjung - Anjing Pengutip Keemasan dan Anjing Gembala Jerman - sebagai Anjing Kedua Paling Popular di Amerika] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 7 Januari 2007. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  18. ^ "Special Issue: Yorkshire Terrier" [Keluaran Khas: Terier Yorkshire] (dalam bahasa Inggeris). Popular Dog Magazine. 2001.
  19. ^ a b c d e f "Yorkshire Terrier (Yorkie) Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Terier Yorkshire (Yorkie)]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  20. ^ a b c d "Kennel Club Standard" [Piawaian The Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2007. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  21. ^ Kośla, Tadeusz; Skibniewska, E. M. (2010). "The content of aluminum in the hair of Yorkshire terrier dogs from the Warsaw area depending on sex, age and keeping conditions" [Kandungan aluminium pada bulu terier Yorkshire dari kawasan Warsaw bergantung jantina, usia, dan keadaan pembelaan]. Trace Elements and Electrolytes (dalam bahasa Inggeris). Dustri-Verlag. 27: 209–213. doi:10.5414/TEP27209. ISSN 0946-2104. S2CID 101756151.
  22. ^ a b "Parti-Color Yorkshire Terriers?" [Terier Yorkshire Berwarna-warni?]. The Yorkshire Terrier Club of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2009. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  23. ^ Jeffrey Adelglass, M.D., ear, nose, throat and allergy information (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 1 Disember 2008 di Wayback Machine quote: "No dog is considered non-allergenic because all dogs produce dander, saliva and urine which are the offending allergens."
  24. ^ "Pet allergy - Symptoms and causes" [Alahan haiwan peliharaan - Gejala dan punca]. mayoclinic.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  25. ^ a b Grady, Denise (5 Februari 1997). "Nonallergenic Dog? Not Really" [Anjing Tidak Alergenik? Tidak Juga]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  26. ^ Wash, John. "Yorkshire Terrier" [Terier Yorkshire] (dalam bahasa Inggeris). NetPets. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  27. ^ a b Shirley Patterson Secretary of the YTCA. "What Is A RESPONSIBLE BREEDER" [Apakah PEMBIAK BAKA BERTANGGUNGJAWAB]. The Yorkshire Terrier Club of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2009. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  28. ^ Bowling, Sue. "Coat Color Genetics - Brown Locus" [Genetik Warna Bulu - Lokus Perang] (dalam bahasa Inggeris). Sue Ann Bowling.
  29. ^ Genomia: Yorkshire Terrier coat colours (dalam bahasa Inggeris)
  30. ^ "The Biewer Terrier Was Developed in Germany by Werner and Gertrude Biewer, Making Its Debut in Germany in 1986. The Biewer Terrier was introduced in America in 2003" [Terier Biewer Dikembangkan di Jerman oleh Werner dan Gertrude Biewer, Buat Debutnya di Jerman pada 1986]. Biewer Terrier Club of America (dalam bahasa Inggeris). 28 Disember 2020.
  31. ^ a b "Carl C. Yochum, President". The Yorkshire Terrier Club of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2009. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  32. ^ Shields, George Oliver, penyunting (1891). The American Book of the Dog: The Origin, Development, Special Characteristics, Utility, Breeding, Training, Points of Judging, Diseases, and Kennel Management of All Breeds of Dogs [Buku Amerika tentang Anjing: Asal Usul, Perkembangan, Ciri Khas, Utiliti, Pembiakbakaan, Pelatihan, Isi Penghakiman, Penyakit, dan Pengurusan Kenel bagi Semua Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: Rand McNally. OCLC 1711209.
  33. ^ "Official Standard of the Yorkshire Terrier" [Piawaian Rasmi Terier Yorkshire] (dalam bahasa Inggeris). The Yorkshire Terrier Club of America. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  34. ^ Walsh, John Henry (1878). The Dogs of the British Islands: Being a Series of Articles on the Points of Their Various Breeds, and the Treatment of the Diseases to Which They Are Subject [Anjing Kepulauan British: Sebagai Siri Rencana tentang Kelebihan Pelbagai Bakanya, dan Rawatan Penyakit yang Kepadanya Ia Tertakluk] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). London, United Kingdom: "The Field" Office. m/s. 212. OCLC 1043004520.
  35. ^ Coren, Stanley (6 Mac 2006). The Intelligence of Dogs: Canine Consciousness and Capabilities [Kecerdasan Anjing: Kesedaran dan Keupayaan Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. baharu). London, United Kingdom: Pocket Books. ISBN 9781416502876. OCLC 62478745.
  36. ^ Lane, Marion (6 Ogos 1996). The Yorkshire Terrier: An Owner's Guide to a Happy Healthy Pet [Terier Yorkshire: Panduan Pemilik untuk Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876054772. OCLC 34283089.
  37. ^ a b c Schultz, Jacque Lynn (2004). "The Terrier Tyke With a Big Attitude" [Tyke si Terier dengan Sikap Besar]. ASPCA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2004. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  38. ^ "Yorkie Skin Problems" [Masalah Kulit Yorkie] (dalam bahasa Inggeris). yorkieinfocenter.com. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  39. ^ O'Neill, Dan Gerard; Church, David B.; McGreevy, Paul Damien; Thomson, Peter Campbell; Brodbelt, David C. (25 September 2013). "Longevity and mortality of owned dogs in England" [Kelanjutan usia dan mortaliti anjing berpemilik di England]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 198 (3): 638–643. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.020. ISSN 1532-2971. PMID 24206631. S2CID 13103255.
  40. ^ Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, David C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O'Neill, Dan Gerard (28 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom" [Jadual kehidupan jangka hayat dan mortaliti tahunan untuk anjing teman di United Kingdom]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 12 (1): 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35484374 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 248432001 Check |s2cid= value (bantuan).
  41. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  42. ^ Inoue, Mai; Kwan, Nigel C. L.; Sugiura, Katsuaki (24 Mei 2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data" [Menganggarkan jangka hayat anjing teman di Jepun dengan menggunakan data perkuburan haiwan peliharaan]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 1347-7439. PMC 6068313. PMID 29798968. S2CID 44157193.
  43. ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo E.; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo; Podaliri, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni L.; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267743971 Check |s2cid= value (bantuan).
  44. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 58. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
  45. ^ a b "Hereditary and Congenital Diseases of Purebred Dogs" [Penyakit Keturunan dan Penyakit Kongenital Anjing Baka Tulen] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Universiti Negeri Kansas. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Februari 2007. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  46. ^ Schultz, Jacque Lynn (2004). "The Terrier Tyke With a Big Attitude" [Tyke si Terier dengan Sikap Besar] (dalam bahasa Inggeris). American Society for the Prevention of Cruelty to Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2004. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  47. ^ Distichiasis Can Damage Corneas in Cavaliers [Distikiasis Dapat Merosakkan Kornea pada Cavalier] (dalam bahasa Inggeris), Cavalier Health, 2007, dicapai pada 6 Mac 2024
  48. ^ Linville, Robert L. (6 Mac 2006). "Breed Predisposition to Disease and Congenital Conditions" [Predisposisi Baka terhadap Penyakit dan Keadaan Kongenital] (dalam bahasa Inggeris). Dr. Bob's All Creatures Site. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  49. ^ a b Degner, Danial (2004). "Legg-Calve-Perthes disease (or Legg-Perthes disease)" [Penyakit Legg-Calve-Perthes (atau penyakit Legg-Perthes)] (dalam bahasa Inggeris). Vet Surgery Central Inc. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  50. ^ a b c Voit, Pam. "Legg Perthe's Disease: What you Should Know" [Penyakit Leff Perthes: Yang Patut Anda Ketahui] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2022. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  51. ^ Degner, Danial (2004). "Femoral Head and Neck Excision" [Eksisi Kepala Femur dan Leher] (dalam bahasa Inggeris). Vet Surgery Central Inc. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  52. ^ a b c Foster, Race; Smith, Marty (2007). "Luxating Patella" [Tempurung Lutut Terkehel] (dalam bahasa Inggeris). PetEducation.com. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  53. ^ "Portosystemic Shunt" [Pirau Portosistemik]. Genetic Welfare Problems of Companion Animals (dalam bahasa Inggeris). Universities Federation for Animal Welfare. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2015. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  54. ^ a b c d e Degner, Danial (2004). "Tracheal Collapse" [Keruntuhan Tenggorokan] (dalam bahasa Inggeris). Vet Surgery Central Inc. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  55. ^ "Cushing's Disease & the Cavalier King Charles Spaniel" [Penyakit Cushing dan Cavalier King Charles Spaniel]. cavalierhealth.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  56. ^ Bandara, Yuvani; Bayton, W. A.; Williams, T. L.; Scase, T.; Bexfield, Nicholas H. (21 Jun 2021). "Histopathological frequency of canine hepatobiliary disease in the United Kingdom" [Kekerapan histopatologi penyakit hati hempedu anjing di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 62 (9): 730–736. doi:10.1111/jsap.13354. ISSN 1748-5827. PMID 34155648. S2CID 235595314 Check |s2cid= value (bantuan).
  57. ^ a b c d e "Hypoglycemia symptoms and treatment" [Gejala dan rawatan hipoglisemia] (dalam bahasa Inggeris). Go Pets America. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  58. ^ O'Neil, Jacqueline (2007). "Dealing with Your Chihuahua's Health Issues (Adapted from Chihuahuas for Dummies)" [Menghadap Isu Kesihatan Anjing Chihuahua Anda (Diadaptasi daripada Chihuahuas for Dummies)] (dalam bahasa Inggeris). Dummies.com. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  59. ^ Brooks, Wendy C. (31 Julai 2005). "Toy Breed Hypoglycemia" [Hipoglisemia Baka Mainan] (dalam bahasa Inggeris). VeterinaryPartner.com. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  60. ^ "系统发生错误". www.yorkiesllc.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
  61. ^ a b Weston, Lee. "Hypoglycemia" [Hipoglisemia] (dalam bahasa Inggeris). Pomeranian Club of Canada. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  62. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  63. ^ Pedigree Online: Schneeflocke von Friedheck (dalam bahasa Inggeris)
  64. ^ Pedigree Online: Schneeflöckchen von Friedheck (dalam bahasa Inggeris)
  65. ^ Club for Terrier 1984: Schneeflöckchen Registration at VDH/KFT (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 22 September 2019 di Wayback Machine
  66. ^ "Biewer Terrier Standard" [Piawaian Terier Biewer] (dalam bahasa Inggeris). Biewer Terrier Club of America. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  67. ^ "Biewer Terrier Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Terier Biewer]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  68. ^ "Crufts Best in Show Roll of Honour 1990 - 1999" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 7 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2007. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  69. ^ Linzy, Jan (2003). Yorkshire Terrier Champions: 1994 – 2001 [Terier Yorkshire Juara: 1994–2001] (dalam bahasa Inggeris). Incline Village, Nevada, Amerika Syarikat: Camino E E & Book Co. ISBN 9781558931084. OCLC 71430973.
  70. ^ Choron, Sandra; Choron, Harry (2005). Planet Dog: A Doglopedia [Planet Dog: Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Boston, Massachussetts, Amerika Syarikat: Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 92. ISBN 9780618517527. OCLC 60348998.
  71. ^ Barr, Tracy L.; Veling, Peter F. (20 Ogos 2004). Yorkshire Terriers for Dummies (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 289. ISBN 9780764568800. OCLC 56497996.
  72. ^ Wynne, Bill. "Smoky 'Corporal Smoky' United States Army/Air Corps" (dalam bahasa Inggeris). PatsyAnn.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2014. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  73. ^ "Time & Again: White House Pets" (dalam bahasa Inggeris). MSNBC. 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2006. Dicapai pada 6 Mac 2024.