Terier Biewer
Terier Biewer[a] ialah satu baka anjing mainan daripada keturunan Jerman yang merupakan hasil pembiakbakaan dua ekor terier Yorkshire dengan satu gen piebald resesif . Ia biasanya dibela sebagai haiwan pendamping atau anjing pertunjukan. Terier Biewer diiktiraf oleh AKC pada tahun 2021.
Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah
suntingTerier Biewer pertama kali dibiakbakakan di Jerman pada tahun 1984 oleh pembiak baka Werner dan Gertrude Biewer selepas dua ekor anaka anjing triwarna lahir di kenel mereka. Seorang sahabat yang merupakan doktor haiwan mencadangkan agar baka baharu ini dipanggil "Biewer Yorkshire terrier" ("terier Yorkshire Biewer").[1][2] Sepasang anak anjing bernama "Schneeflockchen von Friedheck" dan "Schneeman" kedua-duanya dijual kepada penyanyi Margot Eskens, yang mencadangkan tambahan "a la Pom Pon" kepada nama penuh baka ini yang menghasilkan nama penuh "Biewer Yorkshire terrier a la Pom Pon".[1][3]
Para penggemar Amerika mula mengimport baka ini dari Jerman ke Amerika Syarikat pada tahun 2002. Terier Biewer menjadi semakin popular dan Biewer Terrier Club of America (BTCA) dibentuk pada tahun 2006 untuk mempromosikan baka ini.[1] Para anggota BTCA menghubungi Mars Veterinary untuk menentusahkan bahawa terier Biewer ialah baka terpisah daripada terier Yorkshire. Selepas menganalisis sepuluh sampel darah daripada terier Biewer, kesimpulan dibuat bahawa baka ini terpisah daripada terier Yorkshire.[1][4] Baka ini dimasukkan ke dalam Khidmat Ternakan Asasi AKC pada tahun 2014 dan menjadi baka ke-197 yang diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2021.[1][5][6][7]
Ciri
suntingPenampilan
suntingTerier Biewer ialah anjing kecil yang hampir-hampir menyerupai baka induknya, terier Yorkshire, dengan lapis bulu halus, lurus, bak sutera. Tidak seperti terier Yorkshire, ekornya secara tradisional tidak terpotong dan terier Biewer terdapat dengan dua gabungan daripada tiga warna, sama ada putih, biru, dan hitam atau putih, hitam, dan emas/sawo matang.[6][8] Pewarnaannya ialah hasil daripada gen piebald resesif yang sedia wujud.[9][10] Terier Biewer pada umumnya setinggi 4–8 paun (1.8–3.6 kg) dan seberat 7–11 inci (18–28 cm).[8]
Perangai
suntingTerier Biewer merupakan pendamping penyayang dan cergas. Anjing ini mudah bergaul dan menjalin ikatan kukuh dengan pemiliknya dan memaparkan perilaku ramah terhadap orang asing. Pembawaan suka bermain dan bertenaga menjadikannya sesuai untuk pelbagai kegiatan dan ia bertahan dengan interaksi dan penglibatan dengan manusianya.[8][11]
Kesihatan
suntingTerier Biewer dapat menderitai berbilang isu kesihatan termasuk keruntuhan tenggorokan, batu pundi kencing, kehelan tempurung lutut, pirau portosistemik kongenital, dan hipoglisemia.[12]
Catatan
sunting- ^ Jawi: تيريئر بيۏر ; bahasa Inggeris: Biewer terrier , /ˌbiːvər ˈtɛriər/
Bacaan tambahan
sunting- Hoppendale, George; Moore, Asia (8 Jun 2018). Biewer Terrier: Complete Owners Manual [Terier Biewer: Panduan Lengkap Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). IMB Publishing. ISBN 9781910861868.
- Jones, Athena (30 Ogos 2021). The Complete Guide for Biewer Terrier [Panduan Lengkap untuk Terier Biewer] (dalam bahasa Inggeris). Athena Jones. ASIN B09F1KM4JP. ISBN 9798467673851.
Rujukan
sunting- ^ a b c d e "Biewer Terrier History | From Germany to America" [Sejarah Terier Biewer | Dari Jerman ke Amerika] (dalam bahasa Inggeris). 9 November 2020. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "AKC Biewer Terrier History" [Sejarah Terier Biewer AKC]. www.windsongbiewers.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Day®, National Purebred Dog (23 Ogos 2019). "The Biewer a' la Pom Pon". National Purebred Dog Day® (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Radko, Anna; Podbielska, Angelika (26 Mac 2021). Szwaczkowski, Tomasz; Cassandro, Martino (penyunting). "Microsatellite DNA Analysis of Genetic Diversity and Parentage Testing in the Popular Dog Breeds in Poland" [Analisis DNA Mikrosatelit bagi Kepelbagaian Genetik dan Pengujian Keindukan pada Baka Anjing Popular di Poland]. Genes (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 12 (4): 485. doi:10.3390/genes12040485. ISSN 2073-4425. PMC 8066952. PMID 33810589. S2CID 232771580.
- ^ Green, Ranny (27 April 2021). "Meet the Biewer Terrier: Newest 2021 AKC-Recognized Breed" [Kenali Terier Biewer: Baka Terbaharu 2021 yang Diiktiraf oleh AKC]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ a b McReynolds, Tony (4 Januari 2021). "American Kennel Club decrees the Biewer terrier an official breed" [American Kennel Club dekri Terier Biewer baka rasmi]. Persatuan Hospital Haiwan Amerika (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Meet the Biewer" [Kenali Terier Biewer], DogWatch, DogWorld (dalam bahasa Inggeris), 96 (3)
- ^ a b c "STANDARD OF THE BIEWER TERRIER" [PIAWAIAN TERIER BIEWER] (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 3 Julai 2019.
- ^ Krämer, Eva-Maria (6 April 2017). Der Kosmos-Hundeführer: Hunderassen kennenlernen [Panduan Anjing Kosmos: Mengenali Baka Anjing] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-6). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. m/s. 23. ISBN 9783440149461. OCLC 966422507.
- ^ "Biewer Yorkshire Terrier | Informational Center" [Terier Yorkshire Biewer | Pusat Maklumat]. www.yorkieinfocenter.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Slater, Georgia (5 Januari 2021). "American Kennel Club Recognizes New Toy Dog Breed — Meet the Biewer Terrier!" [American Kennel Club Iktiraf Baka Anjing Mainan Baharu — Kenali Terier Biewer!]. People.com (dalam bahasa Inggeris). Missing or empty
|url=
(bantuan) - ^ Vasquez, Erica (22 November 2023). "Biewer Terrier" [Terier Biewer]. PetMD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.