Yamani Hafez Musa
Datuk Yamani Hafez Tan Sri Musa (lahir 31 Oktober 1978) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Sipitang. Pada tahun 2021, Yamani telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dalam Kabinet Ismail Sabri.[3]
Yamani Hafez Musa | |
---|---|
Timbalan Menteri Kewangan II | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz |
Didahului oleh | Abd Rahim Bakri Mohd Shahar Abdullah |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sipitang, Sabah | |
Dalam jawatan 7 Januari 2019 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | Sapawi Ahmad |
Digantikan oleh | Matbali Musah |
Pengerusi FELCRA | |
Dalam jawatan 29 Julai 2020 – 29 Ogos 2021 | |
Didahului oleh | Shabudin Yahaya |
Digantikan oleh | Ahmad Jazlan Yaakub |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Yamani Hafez bin Musa 31 Oktober 1978 Sabah, Malaysia |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | UMNO (sehingga 2019) PPBM Sabah (2019-2022) GAGASAN (sejak 2023-) |
Gabungan politik lain | BN (sehingga 2019) PH (2019-2020) PN (2020-2022) GRS (sejak 2022-) |
Pasangan | Faizah Mohd Saufi |
Pertalian | Anifah Aman (Bapa saudara) |
Ibu bapa | Musa Aman (bapa)[1][2] |
Tempat belajar | Universiti Canterbury |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kehidupan peribadi
suntingYamani merupakan anak lelaki kepada bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman.[1][2][4] Beliau memiliki ijazah sarjana perdagangan dari Universiti Canterbury, New Zealand dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pilihan raya
suntingPilihan raya umum 2018
suntingPada pilihan raya umum 2018, parti beliau UMNO meminta beliau bertanding di kerusi parlimen Sipitang walaupun penyertaannya dalam politik ditentang oleh bapanya.[1][2][4] Beliau menghadapi calon baru Noor Hayaty Mustapha dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan seterusnya menang.[5][6]
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Yamani Hafez Musa (UMNO) | 12,038 | 37.8%2 | Noor Hayaty Mustapha (WARISAN) | 11,186 | 35.1%2 | ||
Catatan: Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah. 2 Berbeza % digunakan untuk pilihan raya 2018. |
Politik
suntingSetelah memenangi kerusi Parlimen Sipitang, beliau masih gagal untuk mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat Malaysia. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusof memberikan tempoh sehingga 15 Januari 2019 untuk mengangkat sumpah jawatan bagi mengelak hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.[8] Yamani kemudiannya telah mengangkat sumpah jawatan pada 7 Januari 2019 lalu.[9]
Jawatan
suntingBeliau telah dilantik sebagai Pengerusi FELCRA pada 29 Julai 2020 bagi menggantikan Datuk Shabudin Yahaya.[10]
Rujukan
sunting- ^ a b c Nancy Lai (26 April 2018). "Yamani happy youth leaders allowed to contest". The Borneo Post. Dicapai pada 29 May 2018.
- ^ a b c Stephanie Lee; Fatimah Zainal; Natasha Joibi (28 April 2018). "Musa Aman's debutante son faces off against two women candidates". Berita Harian. Dicapai pada 29 May 2018.
- ^ Tujuh pemimpin muda dilantik sertai Kabinet
- ^ a b "Umno: 'Anak palsu Musa' terbabit dakwaan nepotisme" (dalam bahasa Malay). Free Malaysia Today. 26 April 2018. Dicapai pada 29 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Noorasvilla Muhamma (28 April 2018). "Pertembungan tiga penjuru di Libaran". Utusan Borneo. Dicapai pada 29 May 2018.
- ^ Nandini Balakrishnan (10 May 2018). "Historic Win: The Complete Result Of GE14's Parliamentary Seats Across Malaysia". Says.com. Dicapai pada 29 May 2018.
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 29 May 2018. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Yamani Hafez diingatkan agar angkat sumpah jawatan
- ^ Anak Musa Aman angkat sumpah di Parlimen
- ^ Yamani Hafez dilantik Pengerusi FELCRA
Pautan luar
sunting