Ahmad Jazlan Yaakub
YH Dato' Sri Haji Ahmad Jazlan Yaakub (30 Ogos 1964) ialah ahli politik di Malaysia, beliau juga merupakan bekas ahli Dewan Rakyat Malaysia yang mewakili kawasan Parlimen Machang di Kelantan dari 2013 hingga 2022. Beliau telah menyandang kerusi Parlimen Machang selama 2 penggal iaitu 2013-2018 dan 2018-2022 mewakili parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Ahmad Jazlan Yaakub PJN; SSAP (Pahang); DCSM (Melaka); DJMK (Kelantan) | |
---|---|
احمد جزلان يعقوب | |
Pengerusi FELCRA | |
Menyandang jawatan 14 Mac 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Ahmad Zahid Hamidi |
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia | |
Dalam jawatan 2 April 2020 – 6 Januari 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Didahului oleh | Tan Sri Dato' Seri Mohd Bakke Salleh |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Machang, Kelantan | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Saifuddin Nasution Ismail (PKR - PR) |
Digantikan oleh | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal |
Majoriti | 805 (2013) 2,824 (2018) |
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah | |
Dalam jawatan 28 Julai 2015 – 7 April 2018 Berkhidmat with Alexander Nanta Linggi | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Hasan Malek Joseph Entulu Belaun |
Digantikan oleh | Sivarasa Rasiah |
Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara | |
Dalam jawatan Feb 2015 – Ogos 2015 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Menteri | Douglas Uggah Embas |
Digantikan oleh | Datuk Mohd Adhan Kechik |
Presiden Kelantan FA | |
Dalam jawatan 2004–2007 | |
Didahului oleh | Wan Hashim Wan Daud |
Digantikan oleh | Annuar Musa |
Pengurus Kelantan FA | |
Dalam jawatan 2006–2008 | |
Didahului oleh | Azman Ibrahim |
Digantikan oleh | Peter James Butler |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad Jazlan bin Yaakub 30 Ogos 1964 Jelawat, Bachok, Kelantan Darul Naim |
Parti politik | UMNO |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) Perikatan Nasional (PN) (2020-2021) |
Pasangan | Datin Hajah Wan Norizan binti Wan Ismail Datin Hajah Noorul Ain binti Mohmad Nor |
Anak | Nur Diana Ahmad Jazlan Marisa Afira Ahmad Jazlan Nur Efani Ahmad Jazlan Ahmad Azrul Arif Ahmad Jazlan Ahmad Edry Ariff Ahmad Jazlan Ahmad Imran Ariff Ahmad Jazlan |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Laman web | www |
Kini, beliau menjadi Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Dalam parti, Ahmad Jazlan merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih). Ahmad Jazlan juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam Kabinet pada tahun 2015 hingga 2018.
Latar Belakang
suntingKeluarga
suntingAhmad Jazlan dilahirkan pada 30 Ogos 1964 di Jelawat, Bachok, Kelantan. Anak kepada Allahyarham Haji Yaakub bin Muhamad dan Allahyarhamah Hajah Fatimah binti Jusoh dan merupakan anak ke tiga daripada 21 adik-beradik, beliau merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga yang besar.
Keluarga beliau berpindah ke Machang setelah mengikuti bapa beliau yang berkhidmat sebagai pendidik anak bangsa ketika itu, dan mengambil keputusan untuk terus menetap di Machang setelah bersara. Setelah bersara, bapa beliau memulakan perniagaan yang terlibat dengan jual-beli kereta import terbesar di Kelantan, syarikat pemaju, perladangan dan memiliki hartanah yang diberi sewa kepada penduduk setempat di Machang, Bachok dan Kota Bharu seawal tahun 1980 an.
Ahmad Jazlan turut membantu bapa beliau menguruskan perniagaan seawal usia 18 tahun. Sebagai pendedahan awal, beliau sering ditugaskan untuk ke Jepun dan United Kingdom untuk memilih dan membeli kereta terpakai, dan beliau memilih untuk terus menguruskan perniagaan keluarga bagi membantu adik-adik yang masih di bangku persekolahan setelah bapa beliau meninggal dunia. Beliau turut memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ketika itu bagi memastikan adik-adiknya tidak ketinggalan di dalam pelajaran.
Ibu beliau merupakan penyeri rumah bagi keluarga besar Allahyarham Haji Yaakub yang hanya menumpukan sepenuh masa untuk menguruskan hal-hal rumah tangga dan membesarkan anak-anak.
Perkahwinan
suntingBeliau telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan Datin Hajjah Wan Norizan binti Wan Ismail dan Datin Hajjah Noorul Ain binti Mohmad Nor dengan dikurniakan seramai 6 cahaya mata; 3 perempuan dan 3 lelaki
Pendidikan
suntingAhmad Jazlan yang memiliki Diploma Keusahawanan (Level 4) dan Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di University of West Scotland dengan tesis yang bertajuk Strategic Orientation in adopting an open approach to innovation on business performanceː A study on rural development.
Walaupun di peringkat awal beliau tidak meneruskan pengajian demi menjaga adik-adiknya yang masih kecil untuk terus belajar serta menjadi ketua keluarga, beliau amat menitik berat akan hal pendidikan dan percaya hanya pendidikan mampu merubah masa depan seseorang dan akan menjadikan sesebuah negara itu maju. Falsafah hidup beliau antaranya, pendidikan tidak akan terhenti selagi kita bernafas.
Pengalaman Pentadbiran
suntingBerdasarkan pengalaman dan pengetahuan beliau, Ahmad Jazlan turut menjawat beberapa jawatan penting di dalam pentadbiran kerajaan, antaranya ː
2020 - 2021 Pengerusi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)[1][2][3]
2015 - 2018 Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)[4]
2015 - 2016 Pengerusi, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)[5]
2013 - 2016 Pengerusi, Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN)[6]
2004 - 2007 Presiden, Kelantan FA (KAFA)[7]
Penglibatan Sosial / Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
suntingAhmad Jazlan amat dekat dengan masyarakat, beliau turut dilantik oleh pertubuhan-pertubuhan untuk beberapa jawatan antaranya adalah ː
2018 - kini Penolong Kanan Pesuruhjaya Kehormat Jabatan Penjara Malaysia
2017 - kini Penolong Pesuruhjaya Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
2017 - 2018 Timbalan Menteri Mentor Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
2017 - 2018 Timbalan Menteri Mentor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
2016 - kini Penolong Pesuruhjaya Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
2016 - kini Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Machang
2008 - kini Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Machang
1996 - 2001 Pengerusi Majlis Sukan Daerah Machang
1996 - 2001 Pengerusi Majlis Belia MAYC Daerah Machang
Penglibatan dalam politik
suntingParti UMNO
suntingBeliau mula terlibat di dalam landskap politik Malaysia seawal usia 25 tahun dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan mula mendapat kepercayaan di usia 31 tahun di bahagian Machang. Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang sejak tahun 1995 sehingga kini adalah ː
2018 - kini Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan
2018 - kini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia
2008 - kini Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang
2014 - 2018 Timbalan Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan
2004 - 2008 Pemangku Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang
2004 - 2004 Timbalan Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang
1998 - 2001 Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan
1997 - 1998 Setiausaha Pemuda Negeri, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan
1995 - 2001 Ketua Pemuda Bahagian, UMNO Bahagian Machang
Pilihanraya
suntingAhmad Jazlan pernah bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 di DUN Kemuning, Kelantan. Walau bagaimanapun, beliau tewas. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 pula, beliau telah dipilih bertanding di Parlimen Machang dan menang. Ahmad Jazlan mengekalkan kemenangan di Parlimen yang sama pada Pilihan raya umum Malaysia 2018.
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO) | 7,087 | 46.38% | Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS) | 8,003 | 52.37% | 15,090 | 916 | 83.69% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO) | 25,660 | 50.79% | Dr Wan Zawawi Wan Ismail (PKR) | 24,855 | 49.21% | 50,515 | 805 | 86.70% | ||
2018 | Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO) | 26,076 | 47.40% | Dato' Sazmi Miah (BERSATU) | 5,695 | 10.35% | 55,023 | 2,824 | 82.35% | ||
Zulkifli Mamat (PAS) | 23,252 | 42.25% |
Kontroversi
suntingJazlan telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 6 Januari 2021 atas tanda penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas arahan Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.[8]
Anugerah dan Darjah Kebesaran
sunting- Malaysia
- Darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk - 2010
- Melaka
- Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) - Datuk Wira - 2017
- Kelantan
- Pahang
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri - 2024[9]
Rujukan Akhbar
sunting- Ucapan Ketua Bahagian Machang Perhimpunan Agung UMNO 2017 [1]
- Ahmad Jazlan rela lepas kerusi disandang kepada Pas [2]
- Ahmad Jazlan leaves it to party president on Umno reps in Cabinet [3]
- Former deputy minister Ahmad Jazlan replaces Bakke as MPOB chairman [4]
- UMNO Kelantan terima Tok Pa [5]
- UMNO tidak pupus – Ahmad Jazlan [6]
- Ahmad Jazlan retains Machang seat, PKR’s election petition dismissed [7]
- LKTN sasar 400 hektar tanam benih kenaf di Kedah dan Perlis [8]
- Ini adalah tsunami rakyat, kata Ahmad Jazlan [9]
- PRK Tanjung Piai mampu beri tekanan politik kepada PH - UMNO Kelantan [10]
- #HPU914: Janji kembalikan keharmonian rakyat, kemakmuran negara - Ahmad Jazlan [11]
- HPU terjemah perpaduan, bukan ancaman - Datuk Ahmad Jazlan [12] Diarkibkan 2019-09-23 di Wayback Machine
- HPU penyatuan Melayu terbesar dalam demografik politik tempatan [13]
- Rakyat mula percaya kesan penyatuan UMNO-Pas - Ahmad Jazlan [14]
- Kemenangan BN bukti ummah telah bangkit: Ahmad Jazlan [15]
- Kemenangan BN terjemahan kebangkitan rakyat [16]
- Keharmonian, kestabilan ekonomi hak rakyat [17]
- UMNO terus bangkit pejuang bangsa dan agama [18]
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ NST Business (9 April 2020). "MPOB appoints Ahmad Jazlan as its chairman". New Straits Times. Dicapai pada 24 April 2020.
- ^ Arjuna Chandran Shankar (9 April 2020). "Former deputy minister Ahmad Jazlan replaces Bakke as MPOB chairman". The Edge Markets. Dicapai pada 24 April 2020.
- ^ Mohd Zaky Zainuddin (9 April 2020). "Ahmad Jazlan Pengerusi MPOB yang baharu". Berita Harian. Dicapai pada 24 April 2020.
- ^ "Rombakan Kabinet: 7 menteri, 9 timbalan menteri baharu dilantik". Astro Awani. 28 Julai 2015. Dicapai pada 24 April 2020.
- ^ "Ahmad Jazlan buat lawatan rasmi ke MPOB". BERNAMA. 10 April 2020. Dicapai pada 24 April 2020.
- ^ "MSN Kelantan minta ujian doping pada setiap kejohanan". Astro Awani. 27 Ogos 2013. Dicapai pada 24 April 2020.
- ^ "Presiden baru azam kembalikan kegemilangan The Red Warriors". Malaysiakini. 11 Julai 2019. Dicapai pada 24 April 2020.
- ^ Ahmad Jazlan letak jawatan Pengerusi MPOB
- ^ https://malaysiagazette.com/2024/07/30/tunku-azizah-dahului-penerima-darjah-kebesaran-sempena-hari-keputeraan-sultan-pahang/#google_vignette