Xanana Gusmao
Kay Rala Xanana Gusmão (lahir 20 Jun 1946), dilahirkan sebagai José Alexandre Gusmão, merupakan ahli politik Timor Leste yang kini berkhidmat sebagai perdana menteri negara tersebut sejak 2023, sebelumnya dari 2007 hingga 2015. Beliau juga merupakan bekas presiden Timor Leste yang pertama semenjak kemerdekaan negara itu dari 2002 hingga 2007.
Kay Rala Xanana Gusmão | |
---|---|
Perdana Menteri Timor Leste ke-6 | |
Menyandang jawatan 1 Julai 2023 | |
Presiden | José Ramos-Horta |
Didahului oleh | Taur Matan Ruak |
Dalam jawatan 8 Ogos 2007 – 16 Februari 2015 | |
Presiden | José Ramos-Horta Taur Matan Ruak |
Didahului oleh | Estanislau da Silva |
Digantikan oleh | Rui Maria de Araújo |
Presiden Timor Leste ke-3 (yang pertama) | |
Dalam jawatan 20 Mei 2002 – 20 Mei 2007 | |
Perdana Menteri | Mari Alkatiri José Ramos-Horta Estanislau da Silva |
Didahului oleh | Sérgio Vieira de Mello as UN Administrator (1999–2002) Nicolau dos Reis Lobato as acting president (1975–1978) |
Digantikan oleh | José Ramos-Horta |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Manatuto, Timor Leste | 20 Jun 1946
Kewarganegaraan | east timorese |
Parti politik | National Congress for Timorese Reconstruction |
Pasangan | Kirsty Sword (k.2000 b.2015) |
Kehidupan
suntingGusmão, yang dari keturunan mestiço, lahir di Manatuto di wilayah yang dulunya dikenali sebagai Timor Portugis dan dididik di sebuah sekolah tinggi Jesuit di luar bandar Dili. Selepas meninggalkan sekolah tinggi disebabkan masalah kewangan pada umur 16 tahun, beliau telah bekerja dalam beberapa pekerjaan sambil melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah malam. Pada 1965 apabila berumur 19 tahun, beliau bertemu dengan Emilia Batista yang kemudian menjadi isterinya.
Pada 1966 Gusmão berjaya memperolehi sebuah pekerjaan di perkhidmatan awam yang membolehkannya untuk meneruskan pendidikannya. Pelajarannya terganggu pada 1968 apabila beliau dikerahkan ke dalam tentera Portugis untuk menjalani perkhidmatan negara. Gusmão berkhidmat selama 3 tahun dan mendapat pangkat kopral. Pada masa ini, beliau telah berkahwin dengan Emilia Batista, dan mendapat dua orang anak; anak lelaki, Eugenio dan anak perempuan, Zenilda. Beliau telah bercerai dengan Emilia yang kini sedang menetap di Australia.
Tahun 1971 merupakan titik permulaan bagi Gusmão dalam penglibatannya dalam gerakan pembebasan Portugis Timor. Beliau terbabit dengan sebuah pertubuhan nasionalis yang diketuai oleh José Ramos Horta. Untuk tiga tahun yang berikutnya, beliau melibatkan diri secara aktif dalam bantahan aman yang diarahkan kepada kerajaan penjajah.
Sebuah rampasan kuasa yang berlaku di Portugal pada 1974 mengakibatkan permulaan kemerdekaan bagi wilayah Portugis Timor. Tidak lama kemudian, Gabenor Mário Lemos mengumumkan rencananya untuk memberi kemerdekaan kepada Timor. Sebuah pilihanraya telah dirancangkan untuk Timor dengan tujuan untuk memerdekakannya pada 1978.
Sepanjang 1975, sebuah pertelingkahan dalaman berlaku di antara dua puak utama di Portugis Timor. Gusmão yang terlibat dengan kumpulan FRETILIN telah ditangkap dan dipenjarakan oleh kumpulan saingan Kesatuan Demokratik Rakyat Timor (UDT) di pertengahan 1975. Pada lewat 1975, apabila FRETILIN berjaya menjadi kuasa utama di Timor mereka telah membebaskan Gusmão dari penjara. Gusmão dilantik sebagai Setiausaha Akhbar di dalam kumpulan FRETILIN. Pada 28 November, 1975, FRETILIN mengisytiharkan kebebasan Portugis Timor sebagai, "Republik Demokratik Timor Timur", dan Gusmão bertanggungjawab mengfilemkan peristiwa bersejarah ini.
Namun, pertelingkahan dalaman yang berlaku di antara FRETILIN dan UDT telah melemahkan kedua-dua pihak. Indonesia pada masa itu memiliki hasrat untuk menyerap Portugis Timor dalam negaranya. Kerajaan Indonesia mengambil kesempatan dari pertelingkahan ini dengan melancarkan beberapa serangan dari Indonesia Timor. Sembilan hari setelah kemerdekaan Portugis Timor, Indonesia telah menyerang dan berjaya menakluk negara Timor Timur.
Penentangan
suntingSelepas perlantikan sebuah "Kerajaan Sementara Timor Timur" oleh kerajaan Indonesia, Gusmão menjadi sangat terlibat dalam aktiviti-aktiviti penentangan. dan bertanggungjawab mengembangkannya menjadi sebuah gerakan yang efektif. Pada hari-hari awal gerakan tersebut, Gusmão telah berjalan dari kampung ke kampung untuk mendapatkan sokongan dan tenaga baru. Tetapi selepas FRETILIN menghadapi beberapa masalah besar pada awal 1980an, Gusmão meninggalkannya dan menyokong gabungan pelbagai parti fahaman tengah sehingga berjaya menjadi penentang utama FRETILIN.
Pada awal 1990an Gusmão melibatkan diri dalam diplomasi dan pengurusan media, dan telah mewaspadakan kepada dunia mengenai pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Santa Cruz pada 12 November 1991. Gusmão telah ditemuduga oleh banyak saluran media utama di dunia dan berhasil memperolehi perhatian mereka.
Disebabkan profil tingginya, Gusmão menjadi sasaran utama kerajaan Indonesia. Beliau berjaya ditawan pada November 1992 dan pada Mei 1993 dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan pengkhianatan kepada negara. Beliau tidak diberikan peluang untuk membela dirinya. Walaupun tidak dilepaskan sehingga lewat 1999, Gusmão berjaya mengetuai gerakan penentangan dari dalam penjara. Semasa dipenjara, Gusmão sering dikunjungi oleh para wakil dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan para pembesar seperti Nelson Mandela.
Kemerdekaan Timor Timur
suntingPada 30 Ogos 1999, sebuah pungutan suara telah dijalankan di Timor Timur dan majoriti telah memilih untuk kemerdekaan daripada Indonesia. dipegang di East Timor dan suatu majoriti yang banyak mengundi untuk bebas. Tentera Indonesia bertindak dengan memulakan sebuah kempen keganasan yang mengakibatkan kemusnahan yang banyak. Walaupun kerajaan Indonesia menolak sangkaan bahawa mereka telah mengizinkan kempen ini, mereka telah ditegur kerana gagal mencegahnya. Disebabkan tekanan dari PBB yang diketuai oleh Portugal sejak lewat 70an dan dari Amerika Syarikat dan Australia pada tahun 90an, sebuah pasukan keamanan (INTERFET) yang diketuai oleh Australia memasuki Timor Timur untuk mengembalikan keamanan. Gusmão juga telah dibebaskan. Sekembalinya beliau ke Dili, Gusmão memulakan sebuah kempen perdamaian dan pembinaan semula.
Gusmão dilantik ke sebuah peranan kanan di dalam PBB yang mentadbir Timor Timur hingga 2002. Pada masa ini, beliau sering berkempen untuk perpaduan dan keamanan dalam Timor Timur, dan pada umumnya dianggap sebagai pemimpin yang lazim (de facto) di wilayah itu. Sebuah pilihan raya telah dijalankan pada lewat 2001 dan Gusmão, disokong oleh sembilan parti tetapi bukan oleh Fretilin, berkempen sebagai kandidat bebas dan berjaya dilantik sebagai pemimpin. Oleh itu, Gusmão telah dijadikan presiden sebuah negara Timor Timur yang merdeka pada 20 Mei 2002.
Gusmão telah menulis sebuah autobiografi yang bertajuk, "To Resist Is to Win" (Menentang Adalah untuk Menang). Beliau kini berumahtangga dengan Kirsty Sword, seorang rakyat Australia yang beliau temui dalam penjara di Jakarta dan mempunyai tiga orang anak: Alexandre, Kay Olok, dan Daniel.