Timor Barat
Timor Barat merupakan sebuah wilayah yang mencakupi bahagian barat Pulau Timor, kecuali daerah Oecussi-Ambeno (sebuah eksklave milik Timor Leste). Secara pemerintahan, Timor Barat merupakan sebahagian dari Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Ibu kota sekaligus pelabuhan utamanya ialah Kupang. Selama masa penjajahan, kawasan ini dinamakan Timor Belanda dan menjadi pusat pejuang asal Belanda pada masa Perang Kemerdekaan Indonesia (1945 - 1949). Keluasan wilayah Timor Barat ialah 15,850 km². Puncak tertinggi adalah Gunung Mutis (2427m dpl).
Bahasa utama Timor Barat, iaitu Dawan, Tetun, juga Kemak dan Bunak, dari kumpulan bahasa Proto dan Melayu Deutero, juga digunakan di Timor Leste. Tiga bahasa lainnya yang hanya digunakan di wilayah setempat dari grup bahasa Austronesia dari cabang Fabron yaitu Ndao, Rote dan Helong.
Pada 6 September 2000, tiga staf UNHCR diserang hingga tewas di Kota Atambua.
Pentadbiran
suntingNama | Ibu negara | Pembentukan | Asas undang-undang | Luas (km²) | Penduduk Bancian 2019[1] |
---|---|---|---|---|---|
Kabupaten Kupang | Oelamasi | 1958 | UU 69/1958 | 5,898.18 | 402,000 |
Kabupaten Timor Tengah Selatan | Soe | 1958 | UU 69/1958 | 3,947.00 | 466,000 |
Kabupaten Timor Tengah Utara | Kefamenanu | 1958 | UU 69/1958 | 2,669.66 | 256,000 |
Kabupaten Belu | Atambua | 1958 | UU 69/1958 | 1,284.94 | 226,000 |
Kabupaten Malaka | Betun | 2012 | UU 69/2012 | 1,160.63 | 190,000 |
Kota Kupang | 160.34 | 438,000 | |||
Timor Barat | Kota Kupang | 15,120.83 | 1,978,000 |
Rujukan
sunting- ^ (Indonesia) "Indikator Strategis Nusa Tenggara Timur". BPS. Dicapai pada 2019-12-18.
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Data di Preventconflict.org