José Ramos-Horta

(Dilencongkan daripada Jose Ramos Horta)

José Manuel Ramos Horta, (lahir 26 Disember 1949) adalah presiden Timor Leste yang terkini sejak 2022, sebelumnya berkhidmat dari 2007 hingga 2012. Sebagai pengasas dan bekas ahli Barisan Revolusi Kemerdekaan Timor Timur (FRETILIN), Ramos Horta berkhidmat sebagai jurucakap kepada penentang Timor Leste semasa pendudukan Indonesia dari tahun 1975 sehingga tahun 1999. Pada tahun 1996, beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel kerana usahanya itu.

José Ramos-Horta
GCL
Ramos-Horta pada 2022
Presiden Timor Leste ke-4 dan ke-7
Menyandang jawatan
20 Mei 2022
Perdana MenteriTaur Matan Ruak
Xanana Gusmão
Didahului olehFrancisco Guterres
Dalam jawatan
17 April 2008 – 20 Mei 2012
Didahului olehFernando de Araújo (pemangku)
Digantikan olehTaur Matan Ruak
Dalam jawatan
20 Mei 2007 – 13 Februari 2008
Perdana MenteriEstanislau da Silva
Xanana Gusmão
Didahului olehXanana Gusmão
Digantikan olehVicente Guterres (pemangku)
Perdana Menteri Timor Leste
Dalam jawatan
26 Jun 2006 – 19 Mei 2007
PresidenXanana Gusmão
Didahului olehMari Alkatiri
Digantikan olehEstanislau da Silva
Maklumat peribadi
Lahir (1949-12-26) 26 Disember 1949 (umur 74)
Dili, Timor Portugis
Parti politikBebas

Selepas Timor Timur mencapai kemerdekaan pada tahun 2002, Horta dilantik menjadi Menteri Luar Negeri pertama negara baru itu. Beliau kekal dalam jawatan itu sehingga peletakan jawatannya pada 25 Jun 2006, berikutan krisis politik di negaranya. Pada 26 Jun, iaitu selepas perletakan jawatan Perdana Menteri Mari Alkatiri, Horta dilantik menjadi pemangku Perdana Menteri oleh Presiden Xanana Gusmão. Dua minggu kemudian, pada 10 Julai 2006, beliau disahkan jawatan sebagai Perdana Menteri Timor Leste yang kedua.

Ramos Horta sering kali disebut sebagai calon bagi jawatan Setiausaha Agung PBB.

Sejarah awal dan keluarga

sunting

Horta dilahirkan di Dili, ibu negara Timor Leste. Ibunya seorang wanita berketurunan Timor Leste manakala ayahnya berketurunan Portugis dari Portugal yang dibuang negeri ke Timor Leste ketika zaman diktator Salazar. Beliau diberi pendidikan Katolik di sebuah perkampungan kecil di Soibada. Soibada kemudian dipilih oleh FRETILIN sebagai ibu pejabat pergerakan mereka menentang pendudukan Indonesia. Daripada sebelas abang dan kakaknya, empat mati dibunuh oleh tentera Indonesia.

Horta mempelajari Undang-undang Awam Antarabangsa di Akademi Undang-undang Antarabangsa Hague (1983). Horta dilatih dalam Undang-undang Hak Asasi Manusia di Institut Antarabangsa Hak Asasi Manusia di Strasbourg (1983), dan menghadiri kursus pasca-graduan di Universiti Columbia di New York (1983). Kemudian di Universiti Antioch, beliau menghabiskan pengajiannya dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Keamanan pada tahun 1984.

Horta telah bercerai dengan Anna Pessoa Pinto yang merupakan Menteri Pentadbiran Negeri Timor Leste. Mereka mempunyai seorang anak lelaki iaitu Loro.

Kerjaya politik

sunting

Horta melibatkan diri secara aktif dalam perkembangan politik di Timor Portugis, dan ini mengakibatkan buangannya ke Afrika Timur Portugis selama dua tahun antara 1970-71. Buangan merupakan suatu tradisi dalam keluarga, dengan datuknya dibuang negeri dari Portugal ke Kepulauan Azores, kemudian ke Teluk Verde, Guinea Portugis, dan akhirnya ke Timor Portugis; serupa juga dengan ayahnya yang dibuang negeri ke Timor Leste ketika zaman diktator Salazar.

Seorang yang sederhana pandangan politiknya dalam pimpinan nasionalis Timor, Horta dilantik sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan "Republik Demokratik Timor Timur" yang diisytiharkan oleh parti-parti penyokong kemerdekaan pada November 1975. Ketika dilantik sebagai menteri, Horta hanya berumur 25 tahun.

Tiga hari sebelum tentera Indonesia menyerang Timor Timur, Horta bertolak untuk meminta bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau tiba di New York untuk menyampaikan ucapannya kepada Majlis Keselamatan PBB dan mendesak majlis tersebut untuk mengambil tindakan terhadap serangan tentera Indonesia yang mengakibatkan melebihi 200,000 kematian orang Timor Timur antara 1976 dan 1981. Horta adalah Wakil Tetap Fretilin kepada PBB untuk sepuluh tahun yang berikut.

Pada tahun 1993, ketika Hadiah Rafto dianugerahkan kepada rakyat Timor Timur, Horta, sebagai Menteri Luar Negeri dalam buangan, mewakili negaranya dalam upacara penyampaian hadiah itu.

Pada Disember 1996, José Ramos Horta berkongsi Hadiah Keamanan Nobel dengan teman senegerinya, Biskop Carlos Filipe Ximenes Belo. Jawatankuasa Nobel memilih untuk memberi penghormatan kepada kedua-dua tokoh ini kerana "usaha-usaha mereka yang berterusan untuk menghalang penindasan terhadap segolongan orang kecil", dan mengharapkan bahawa "anugerah ini akan mendorong usaha-usaha untuk mencapai suatu penyelesaian diplomatik terhadap pertempuran di Timor Timur, berdasarkan hak rakyat untuk penentuan diri". Jawatankuasa Nobel telah menganggap Horta sebagai "jurucakap antarabangsa yang terutama demi Timor Timur sejak tahun 1975".[1]

Pada 3 Jun 2006, Horta menambah jawatan Pemangku Menteri Pertahanan kepada portfolionya sebagai Menteri Luar Negeri, selepas pelewatan jawatan menteri dahulu. [2] Pada 25 Jun 2006, beliau meletakkan kedua-dua jawatan dan mengumumkan bahawa "Saya tidak ingin mempunyai sebarang perkaitan dengan kerajaan kini atau mana-mana satu kerajaan yang melibatkan Mr. Alkatiri." [3] Perdana Menteri Alkatiri telah menghadapi tekanan untuk meletakkan jawatannya sebagai ganti untuk Presiden Xanana Gusmão, tetapi dalam mesyuarat 25 Jun, pemimpin-pemimpin parti Fretilin bersetuju untuk mengekalkan Alkatiri sebagai Perdana Menteri; Horta meletakkan jawatan dengan serta merta menyusul keputusan ini. [4] Menteri Luar Negeri Australia Alexander Downer menyatakan kekecewaan peribadinya terhadap tindakan Horta. [5] Menyusul peletakan jawatan Mari Alkatiri pada 26 Jun, Horta menarik balik peletakan jawatannya untuk bertanding jawatan perdana menteri dan menyandang jawatan ini buat sementara sehingga pewaris kepada Alkatiri dapat dipilih. [6] Pada 8 Julai 2006, Presiden Gusmão melantik Horta sebagai Perdana Menteri. [7] Horta mengangkat sumpah pada 10 Julai 2006.

Dalam temu ramah bersama dengan Al Jazeera yang disiarkan pada 22 Februari 2007, Ramos Horta menyatakan yang dia akan bertanding bagi merebut jawatan presiden dalam Pilihan Raya Umum Timor Leste 2007.[8] Pada 25 Februari 2007, Ramos Horta secara rasminya mengumumkan pencalonannya. Dia menerima sokongan daripada Gusmão, yang tidak akan bertanding.[9]

Dalam pertandingan pusingan pertama pilihan raya terbabit yang diadakan pada 9 April, Ramos Horta mendapat tempat kedua dengan 21.81% undi; dia dan calon FRETILIN, Francisco Guterres, yang mendapat tempat pertama, menyertai pertandingan pusingan kedua pilihan raya pada bulan Mei.[10] Ramos-Horta menang dengan mendapat 69% undi keseluruhan.[11]

Presiden

sunting

Dia dilantik menjadi Presiden Timor Leste dalam satu upacara yang diadakan di Parlimen di Dili pada 20 Mei 2007.[12] Dia meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sehari sebelum upacara berkenaan. Jawatan Perdana Menteri kini disandang oleh Estanislau da Silva.

Rujukan

sunting
  1. ^ Jawatankuasa Nobel Norway (2006). Hadiah Keamanan Nobel 1996. Dicapai pada 26 Jun 2006.
  2. ^ Seattle Times (3 Jun 2003). Pemenang Hadiah Nobel mengambil jawatan keselamatan.
  3. ^ Australian Associated Press (2006). Menteri Luar Negeri Timor meletakkan jawatan. Dicapai pada 25 Jun 2006.
  4. ^ Associated Press (2006). Alkatiri dikekalkan sebagai Perdana Menteri. Dicapai pada 25 Jun 2006.
  5. ^ AM (2006). Downer berasa hampa disebabkan peletakan jawatan Horta. Dicapai pada 26 Jun 2006.
  6. ^ Reuters (2006). Jose Ramos-Horta berhajat menjadi perdana menteri Timor Timur. Dicapai pada 8 Julai 2006.
  7. ^ Associated Press (2006). Ramos-Horta dipilih sebagai Perdana Menteri Timor Timur. Dicapai pada 8 Julai 2006.
  8. ^ "PM Timor Leste bertanding jawatan presiden", Al Jazeera, 22 Februari 2007.
  9. ^ "Pemenang Hadiah Nobel, Jose Ramos-Horta bertanding jawatan Presiden Timor Leste", Associated Press (International Herald Tribune), 24 Februari 2007.
  10. ^ "Dua calon bertanding jawatan presiden", AAP (news.com.au), 18 April 2007.
  11. ^ "Horta Presiden baru Timor Leste", Xinhua (People's Daily Online), 11 Mei 2007.
  12. ^ "Ramos-Horta dilantik menjadi Presiden Timor Leste"[pautan mati kekal], 20 Mei 2007.

Pautan luar

sunting
Didahului oleh
Mari Alkatiri
Perdana Menteri Timor Leste
2006–2007
Diikuti oleh:
Estanislau da Silva
Didahului oleh
Xanana Gusmão
Presiden Timor Leste
2007 – kini
Pemegang jawatan kini