Wuduk Sahibul Jabirah
Sahibul Jabirah adalah orang yang sedang berada dalam balutan atau tempelan yang diletakkan kerana keperluan perubatan seperti orang yang disimen kerana patah tulang dan orang yang dibalut kerana luka.[1] Secara lahiriahnya balutan atau tempelan tersebut menghalang air daripada sampai ke kulit. Jika balutan ataupun tempelan itu terletak pada anggota wuduk, seseorang itu hendaklah berwuduk seperti biasa, menyapu air ke atas balutan dan bertayammum bagi menggantikan bahagian yang tidak dapat sampai air tersebut.
Permisalan
suntingJika balutannya terletak di jari, dia hendaklah berwuduk seperti biasa dan ketika membasuh tangan seseorang itu hendaklah membasuh bahagian tangan yang boleh menerima air terlebih dahulu, menyapu air ke atas balutan tersebut dan jari yang berbalut itu boleh diganti dengan tayammum kemudian barulah dia boleh menyapu kepalanya. Begitulah yang dia perlu lakukan pada balutan-balutan yang melibatkan anggota-anggota wuduk yang lain. Dia wajib mengqadakkan semula solat-solatnya jika:
- Balutan itu diatas anggota tayammum
- Ketika balutan itu diletakkan seseorang itu tidak berada di dalam keadaan suci
- Balutan itu melebihi had yang sepatutnya.
Menurut pandangan kedua Mazhab Syafie, seseorang yang berada dalam keadaan Sahibul Jabirah hendaklah berwuduk seperti biasa dan hanya menyapu air pada balutan tersebut. Dia digalakkan untuk mengqadakkan solat-solatnya setelah dia sembuh. Berdasarkan keputusan Muzakkarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke-20 pada tanggal 10-12 Mei 2004 yang berlangsung di Melaka Keputusan adalah sepertimana yang digambarkan dalam teks ketetapan seperti dibawah: “Menurut pendapat Muqabil Al-Azhar dalam Mazhab Syafie pendapat Al-Hanafiyah dan Al-Malikiyah, Sahibul Jabirah hanya perlu membasuh anggota wuduknya yang sihat dan menyapu air pada Jabirahnya. Adalah digalakkan untuk melakukan ia’dah (mengulangi) solat yang dilakukan dengan Wuduk Sahibul Jabirah”.
Rujukan
suntingBuku Ibadat Haji,Umrah dan Ziarah, m/s 156 & 158,cetakan 2007/2008. Terbitan Lembaga Tabung Haji Malaysia. Buku itu telah mendapat kebenaran untuk diterbitkan dari Kementerian Haji dan Wakaf, Kerajaan Arab Saudi.