Wuduk atau wudhu ialah salah satu cara untuk menyucikan diri daripada hadas kecil. Jika dalam keadaan darurat, wuduk boleh digantikan dengan tayammum.(Iaitu menggunakan debu yg diyakini kesuciannya.

Pengertian wuduk pada syarak ialah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Orang mengambil wuduk sebelum bersolat di Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan.

Dalil Al-Quran tentang Wuduk

sunting

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ... “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)

Hukum berwuduk

sunting

Hukum berwuduk ialah:

  1. Wajib
  • Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
  1. Sunat

Fardu Wuduk

sunting

Cara berwuduk dalam Islam berlainan sedikit mengikut mazhab:

sunting

Fardu/Rukun wuduk ada enam:

  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam batasnya
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  6. Tertib
sunting

Fardu/Rukun wuduk ada tujuh:

  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh dua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu semua kepala
  5. Membasuh dua kaki
  6. Tertib
  7. Berturut-turut

Batal Wuduk

sunting
sunting

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya ialah:

  1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
  2. Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
  3. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
  4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
  5. Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.
  6. Murtad
sunting

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya ialah:

  1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
  2. Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat
  3. Menyentuh kemaluan manusia tanpa berlapik
  4. Tidur, kecuali tidur ringan samada berdiri atau duduk
  5. Makan daging unta
  6. Murtad
  7. Memandikan mayat
  8. Keluar apa jua najis dari tubuh badan

Kesempurnaan Wuduk

sunting

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:

  • Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
  • Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
  • Tidak berkata-kata
  • Menghadap kiblat
  • Berniat
  • Membaca basmalah
  • Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
  • Berkumur
  • Menggosok gigi (bersiwak)
  • Membersihkan hidung
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan hingga ke siku
  • Mengusap sebahagian kepala
  • Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
  • Membasuh kaki hingga ke buku lali
  • Membaca doa sesudah berwuduk
  • Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
  • Tertib (berurutan)

Perkara-perkara Sunat Ketika Berwuduk

sunting

Menghadap ke arah Kiblat.

  • Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • Membasuh kedua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan sebelum berwudhu'.
  • Berkumur atau bersugi.
  • Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • Menyapu air ke kepala.
  • Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
  • Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
  • Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • Berjimat ketika menggunakan air.
  • Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
  • Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.

Fadhilah (Faedah yang diperolehi) dari Wuduk

sunting

Secara amnya kita mendapati wuduk ialah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara. Namun demikian, terdapat fadhilah lain yang juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali. Misalnya:

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik, dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu ialah hamba dan utusan-Nya. Allah jadikanlah aku daripada kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku daripada kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting