Wikipedia:WikiProjek Penukar Tulisan/Pengenalan
Berikut merupakan pengenalan berkaitan kepelbagaian tulisan untuk sesuatu bahasa. Laman ini akan ditambah lebih banyak bahagian untuk bahasa lain apabila bahasa lain tersebut terdapat keperluan untuk membina penukar tulisan.
Bahasa Melayu
suntingBahasa Melayu merupakan salah satu daripada pelbagai bahasa di dunia yang mempunyai lebih daripada dua jenis sistem tulisan.[1] Antaranya termasuklah tulisan Rumi dan tulisan Jawi.[2] Kedua-dua jenis sistem tulisan ini berbeza dari segi struktur huruf, kaedah penulisan, serta prinsip pembentukan kata.
Sistem ortografi tulisan Rumi mempunyai 36 grafem yang terdiri daripada 21 huruf konsonan tunggal, 5 huruf vokal tunggal, 5 digraf (yakni <ng>, <ny>, <sy>, <kh>, dan <gh>), serta 3 diftong.[3] Manakala sistem ortografi tulisan Jawi pula mempunyai 37 grafem, yang terdiri daripada 28 huruf Arab asas, 3 huruf Arab lanjutan (yakni hamzah < ء >, ta marbutah < ة >, dan ye < ى >) dan 6 huruf tambahan khas untuk bahasa Melayu (yakni < چ >, < ڠ >, < ڤ >, < ݢ >, < ۏ >, dan < ڽ >).[4]
Dari sudut fonem pula, tulisan Rumi mempunyai kadar keberkongsian bunyi vokal yang lebih rendah berbanding tulisan Jawi. Hal ini disebabkan oleh sistem fonologi bahasa Melayu Moden terdapat 6 fonem (iaitu: /a/, /i/, /u/, /ə/ (e pepet), /e/ (e taling), dan /o/) dengan hanya 2 daripada fonem vokal tersebut berkongsi satu huruf dalam tulisan Rumi iaitu <e>. Manakala dalam tulisan Jawi pula adalah sukar untuk membezakan pasangan fonem /a/-/ə/, /i/-/e/ dan /u/-/o/ disebabkan pasangan fonem masing-masing berkongsi abjad yang sama iaitu < ا > (atau mana-mana huruf abjad tanpa tambahan ya atau waw), ya < ي >, dan waw < و >. Namun, tulisan Jawi pula mempunyai kadar keberkongsian bunyi konsonan yang lebih rendah berbanding tulisan Rumi kerana tulisan Jawi mempunyai konsonan penegas (yakni < ص >, < ض >, < ط >, < ظ >, dan < ع >), konsonan lidah-gigi (yakni < ث > dan < ذ >), serta huruf ha pedas yakni < ح >, sedangkan dalam tulisan Rumi bunyi-bunyi tersebut masing-masing mungkin akan berasimilasi dengan padanan huruf Rumi seperti <s>, <d>, <t>, <z>, < (bunyi vokal) >, <s>, <z> dan <h>. Semua perubahan yang wujud pada tulisan Jawi dan tulisan Rumi menunjukkan terdapat pertembungan budaya antara tamadun Melayu setempat dengan tamadun Arab dan tamadun Barat sehingga terdapatnya akomodasi sistem penulisan bahasa Melayu dengan sistem tulisan yang dipinjam daripada tamadun luar.
Kesemua perubahan yang berlaku pada ortografi dua jenis sistem tulisan itu telah menyebabkan kedua-dua sistem tulisan tersebut tidak dapat dipadankan huruf-demi-huruf serta bunyi-demi-bunyi. Hal ini belum lagi termasuk kepelbagaian sistem di bawah dua sistem tulisan utama itu, seperti sistem ejaan tulisan Rumi bahasa Melayu yang sekurang-kurangnya boleh terbahagi lagi kepada ejaan Wilkinson,[5] ejaan Za'ba,[6][7] ejaan DBP pra-1972[8] dan ejaan Rumi Baharu pasca-1972;[9] serta sistem ejaan tulisan Jawi bahasa Melayu yang sekurang-kurangnya boleh terbahagi lagi kepada ejaan Za'ba,[6][10] ejaan DBP pra-2020[9] serta ejaan DBP pasca-2020.[11]
Disebabkan semua faktor tersebut, terdapat satu keperluan untuk membina sebuah penukar tulisan yang komprehensif untuk menampung keberagaman ejaan bahasa Melayu khusus untuk projek-projek wiki bawah Yayasan Wikimedia ini.
Rujukan
sunting- ^ "Wikipedias in multiple writing systems - Meta". meta.wikimedia.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-09.
- ^ Baluch, Bahman; Abdullah-Darlan, Kamsiah (1991-10-01). "On Processing the Roman and Arabic Orthographies of Malay: Some Implications from the Stroop Color-Word Test". Psychological Reports (dalam bahasa Inggeris). 69 (2): 563–569. doi:10.2466/pr0.1991.69.2.563. ISSN 0033-2941.
- ^ Lee, Lay Wah; Wheldall, Kevin (2011). "Acquisition of Malay word recognition skills: lessons from low-progress early readers". Dyslexia (dalam bahasa Inggeris). 17 (1): 19–37. doi:10.1002/dys.421. ISSN 1099-0909.
- ^ Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (2016). Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (ed. 2nd). Malaysia. ISBN 9789836294838.
- ^ Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary (dalam bahasa Inggeris). Kelly & Walsh.
- ^ a b Ahmad, Zainal Abidin (1941). Daftar ejaan Melayu, Jawi Rumi. Tanjong Malim : Pejabat Karang-Mengarang Sultan Idris Training College,: Pejabat Karang-Mengarang Sultan Idris Training College.CS1 maint: extra punctuation (link)
- ^ Ahmad, Zainal Abidin (1940–1949). Pelita Bahasa Melayu (Penggal I - III). Department of Education, Federation of Malaya.CS1 maint: date format (link)
- ^ Teuku Iskandar (1970). Kamus Dewan (ed. 1). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ a b Dewan Bahasa dan Pustaka (2020). Kamus Dewan Perdana. Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 9789834926441.
- ^ Ahmad, Zainal Abidin (1931). Kitab Rahsia Ejaan Jawi. Malaya Publishing House.
- ^ Dewan Bahasa dan Pustaka (2020). Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan. Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 9789834925468.